Sabtu, 26 September 2009

Lirik Pilihan ( Far east - Menanti Di Barzakh)




(
Album "Halwatul Iman" )

Ku Merintih, Aku Menangis,
Ku Meratap, Aku Mengharap,
Ku Meminta Dihidupkan Semula,
Agar Dapat Kembali Ke Dunia Nyata,

Perjalanan Rohku,
Melengkapi Sebuah Kembara,
Singgah Di Rahim Bonda,
Sebelum Menjejak Ke Dunia,
Menanti Di Barzakh,
Sebelum Berangkat Ke Mahsyar,
Diperhitung Amalan,
Penentu Syurga Atau
Sebaliknya,

Tanah Yang Basah Berwarna Merah,
Semerah Mawar Dan Jugak Rindu,
7 Langkah Pun Baru Berlalu,
Susai Talkin Penanda Syahdu,
Tenang Dan Damai Di Pusaraku,
Nisan Batu Menjadi Tugu,
Namun Tak Siapa Pun Tahu Resah Penantianku,

Terbangkitnya Aku Dari Sebuah Kematian,
Seakan Ku Dengari,
Tangis Mereka Yang Ku Tinggalkan,
Kehidupan Disini Bukan Suatu Khayalan x2
Tetapi Ia Sebenar Kejadian x2

Kembali Oh Kembli,
Kembalilah Kedalam Diri,
Sendirian Sendiri,
Sendiri Bertemankan Sepi,
Hanya Kain Putih Yang Membaluti
Tubuhku,
Terbujur Dan Kaku,
Jasad Terbujur Didalam Keranda Kayu,

Ajal Yang Datang Dibuka Pintu ,
Tiada Siapa Yang Memberi Tahu,
Tiada Siapa Pun Dapat Hindari,
Tiada Siapa Yang Terkecuali,
Lemah Jemari Nafas Terhenti,
Tidak Tergambar Sakitnya
Mati,
Cukup sekali Jasadku Untuk Mengulangi,

Jantung Berdenyut Kencang,
Menantikan Malaikat Datang,
Mengigil Ketakutan Gelap Pekat Dipandangan,
Selama Ini Diceritakan x2
Kini Aku Merasakan x2
Dialam Barzakh Jasad Dikebumikan x2

Ku Merintih, Aku Menangis,
Ku Meratap, Aku Mengharap,
Ku Meminta Dihidupkan Semula,
Agar Dapat Kembali Ke Dunia Nyata,

Ahad, 20 September 2009

Lentera Mestika by Nisah Haron




" Tidak ada yang dapat mencabar Nisah Haron dalam 'wilayahnya'. Cinta, kemelut, seni, undang-undang pasti mematangkan diri pembaca " - Faisal Tehrani 

Sinopsis:



Bercerita tentang Profese Madya Dr.Ainur Mustika, wanita elit yang, mengharapkan nyalaan lentera cinta dalam hatinya.
Dia mengakui, tidak lengkap hidupnya tanpa sumai di sisi, namun pada sisi lain hatinya, dia bertanya, adakah ia benar kini? pada saat cinta semakin mendekat, hatinya pula semakin berkicau dengan pertanyaan-pertanyaan apakah akhir sebuah cinta, dan bermulalah dilema Ainur Mustika.
 
Novel yang beralur manis, digarap dengan diksi yang bertenaga, disambung-sambung rangkaian kata-kata dinamik, dan sejauh dasarnya, memberikan pembelajaran tentang cinta dan teladan. 

Adakah aku atau kamu mengerti ?



" Kemarahan berpunca dari kekecewaan, dan kekecewaan itu berpunca dari ketidakpuas hati menerima satu ketentuan. Atau boleh dianggap kekecewaan itu lahir apabila kita cuba menolak takdir yang tersurat. Bukan mudah menerima takdir yang besar. Apatah lagi menerima hakikat kita kehilangan sesuat berharga. "

" Sesungguhnya kita tidak pernah memiliki apa-apa, bagaimana kita perlu merasai kehilangan sesuatu? Aku mengajak diriku dan temanku berfikir.. Adakah kamu memahami bahawa segala yang di dunia ini hanya pinjaman, sebagai modal untuk bekal ke akhirat. Adakah kamu mengerti? "

  • Kamu harus sedar bahawa kamu atau saya tidak memiliki apa-apa. Semuanya hak milik-Nya.
  • Segala yang kita miliki adalah pinjaman sementara. Lihat sahaja tubuh yang dapat melakukan pelbagai perkara, ia adalah anugerah Allah. Begitu juga dengan perasaan kamu, ia dapat merasakan bahagia, benci, suka dan duka, semuanya terilham dengan izin Allah.

Justeru, seandainya tuan punya barang meminjam sesuatu kepada kita, lalu diambil kembali barang itu, adakah kita wajar marah kepadanya? Sudah tentu tidak, memang dia berhak keatas barangnya dari awal lagi.

Ya tepat,itulah konsep manusia terhadap Allah S.W.T. Segalanya adalah pinjaman untuk dijadikan alat beramal sebagai bekal di akhirat. Jika kamu pernah memiliki sesuatu dan kehilangannya, bersyukurlah kerana kamu pernah merasa nikmat memiliki sesuatu itu. Begitu juga dengan nikmat perasaan, jika suatu ketika Tuhan anugerahkan kesedihan selepas kegembiraan, kamu juga patut bersyukur. Mudah-mudahan hidupmu akan segera diganti dengan kegembiraan yang lebih baik.

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha
Letakkan Al-Quran sebagai Panduan Hidupmu dan As-Sunnah sebagai gaya hidupmu

Antum/Antuna semua (ukhwah fillah)

Artikel - Artikel Popular