Jumaat, 26 November 2010

Tekno Daei VS Protaz / Protazah


Tekno-Daei dan Pendakwahan

Istilah "Tekno-Daei" yang diperkenalkan oleh IKIM merupakan satu istilah yang merujuk kepada pendakwah yang menggunakan teknologi dalam menyampaikan dakwah. Golongan "Tekno-Daei" ini perlu diwujudkan sekarang dalam masyarakat sekarang kerana masyarakat moden khususnya generasi muda hari dibesarkan dalam satu persekitaran yang digerakkan oleh teknologi, khususnya ICT. Justeru, penting bagi negara mempunyai secara online satu golongan pendakwah yang  mengaplikasikan teknologi dalam menyampaikan kefahaman  tentang Islam.

Penggunaan teknologi adalah satu pendekatan yang perlu diambil kerana ia mampu merapatkan jurang di antara golongan pendakwah dan mad’u. Para pendakwah harus menggunakan pendekatan terkini supaya tidak ketinggalan zaman dari segi ilmu dan teknik penyampaian. Dalam hal ini, aplikasi-aplikasi terkini teknologi seperti multimedia, Internat, audio-video streaming haruslah dimanfaatkan oleh golongan pendakwah era moden ini.

Dalam dunia hari ini tidak memadai bagi pendakwah hanya sekadar berceramah. Sebaliknya penyampaian mesej Islam itu disekalikan dengan gabungan grafik, animasi dan teks agar lebih menarik perhatian orang ramai. Gabungan audio dan video akan perkukuhkan lagi kefahaman mengenai Islam. Dakwah dalam abad-21 ini perlulah kreatif dan interaktif supaya wujud komunikasi antara golongan pendakwah dan ahli masyarakat. Perbincangan dua hala secara interaktif secara teknologi mampu mempertingkatkan kefahaman orang ramai mengenai satu-satu isu.

Wancana Protaz /Protazah

Profesional Ustaz / Ustazah melahirkan istilah Protaz / Protazah. Ia sememangnya isu yang cukup menekan jiwanya. Istilah itu seolah-olah memceroboh had dan disipilin ilmu. Istilah ini agak mengelirukan. Seolah-olah cuba memisahkan antara golongan profesional dan golongan agama walaupun pada zahirnya ia nampak memberi ruang kepada golongan dalam bidang lain untuk turut serta dalam perbincangan ilmu agama. Istilah ini menunjuk seolah menidakkan keprofesionalan golongan ustaz.

Entahlah kenapa dan mengapa apa maksud dan tujuan sebenar orang menghidupkan istilah itu tapi kita kene faham masalah disiplinkan ilmu. Memang tidak dinafikan yang ilmu agama untuk semua. Semua umat Islam perlu fahami, mempelajari soal halal dan haram mengikut kaca mata agama. Ulama kita dah tulis kitab yang namanya Fiqh Ukhtilaf. Setiap umat Islam kena faham yang tak semua masalah perbincangan ilmu agama akan difahami oleh semua oleh semua orang dengan mudah hingga menceroboh masuk melepasi had penetapan hukum, melanggari disiplin ilmu."
Walaupun demikian, kemungkinan dan kebarangkaliannya istilah itu sebenarnya digunakan untuk menaikan semangat para pelajar perubatan atau golongan dalam bidang selain ustaz turut memahami agama. Bukankah ilmu agama ni untuk semua orang. Barangkali, niat itu bagus namun caranya silap. Istilah itu seolah mahu menjatuhkan nilai profesional ustaz atau ulama. Ia tetap salah. Kalau sekalipun golongan profesional ingin mendalami agama tetapi secara disiplinnya mereka tetap perlu menghormati pengkhususan golongan yang digelarkan ustaz atau ulama. 

Pendakwah dan Ulama

Satu lagi kita kena perincikan anatara Pendakwah dan Ulama. Semua kita boleh dan perlu menjadi pendakwah atau daei tapi sunnah yang Allah menjadikan tidak semua umat Islam diberi kemampuan untuk melepasi had pengkhususan dalam bidang agama secara Alim sekali sudah bergelar ustaz. Orang Islam yang tidak melalui disiplin ilmu secara khusus dalam bidang hukum hakam tidak boleh dengan mudah berfatwa sekali pun tahu. 

Tahu bukan bermakna faham. Semacam doktor juga. Specialist tak ramai, yang ramai hanya doktor biasa. Orang yang tidak melalui disiplin ilmu kedoktoran juga tidak sama dengan doktor perubatan bertauliah sekalipun dia tahu. Nilai profesional sebenarnya terletak pada disiplin ilmu.

Bukanlah bermaksud menyempitkan  konteks disiplin ilmu hanya dengan memperolehi ijazah di Universiti. Pengajian pondok misalnya masih mementingkan disiplin ilmu. Talaqi di masjid Azhar juga sama mementingkan disiplin ilmu. Masalah yang hendak dirungkaikan ialah istilah protaz / protazah ini cuba memudahkan perkara agama. Hanya dengan pembacaan dan tahu serba sedikit sudah mahu meletakkan diri dalam had isbat, had penetapan hukum. Menghormati bidang orang lain juga termasuk dalam pengertian profesional, tak begitu?

Pelbagai pro dan kontra yang diutarakan dan kesimpulannnya bahawa semua golongan seharusnya menghormati antara satu sama lain. Menghoramti pengkhususan bidang masing-masing dan perlu memahami disiplin ilmu selaku orang yang mengaku sebagai mahasiswa yang mementingkan nilai akademi dan profesional sesuatu perkara.
P/S : Pernah tak terfikir? Kalau semua orang pandai.. Siapa nak kerja sebagai pemungut sampah? Pemotong rumput dan penyampu sampah? Fikirlah..

Khamis, 25 November 2010

Gadis Melayu (Aku Mahu Gadis Islam)

Aduhai... lemah lembut gayanya
Serta manis senyumnya
Hitam pekat rambutnya
Ayuh ambil si dia

(Petikan Lagu Gadis Melayu)
 


 Gadis Melayu..
Mahukah kamu?
Rambut hitam tapi terdedah..
Rambut hitam tapi dulu sekarang perang sudah...

Gadis Melayu..
Mahukah kamu?
Bertudung cantik tapi tak menepati syarat tutup aurat...

Gadis Melayu..
Mahukah Kamu?
Atas bawah pandang tapi pandang bawah lama sebab..
Stokin kaki tak bersarung...

Gadis Melayu..
Aku Mencari gadis Islam..
Tak Melayu takpe asalkan Islam...
Bah kata kawan (Anda baca Anda Tentukan)


Selasa, 16 November 2010

Tiada Kata Seindah Bahasa

 

Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah mengatakan:
 
"Sungguh jika hati telah berasakan manisnya ibadah 
kepada Allah dan ikhlas kepada-Nya, nescaya ia tidak akan menjumpai hal lain yang lebih 
manis, indah, nikmat dan baik daripada Allah. Manusia tidak akan meninggalkan sesuatu dicintainya, 
melainkan selepas memperoleh kekasih lain yang lebih dicintainya.
Hati mereka rindu apabila ianya tidak terisi oleh rase cinta,syukur,zikir dann ibadah kepada Allah"

Kata Pujangga :

Jujur terhadap diri sendiri ketika bermuhasabah dan koreksi satu persatu kesalahan kita.
Jangan nafikan realiti setelah disedari kelemahan dan kesilapan kita.
Maka akui hakikat itu dan ingat. kita perlu maafkan diri kita kerana
kita juga perlu menjaga dan megasihinya..

"Hitung kesyukuran, bukan kesukaranmu

Isnin, 15 November 2010

Hari Raya Kedua Umat Islam


Tanda Eid Adha itu bila..

Bila AYAM tersenyum tanda selamat,
LEMBU dan KAMBING menghitung hari,
UNTA hilang selera makan dan asyik termenung,
MANUSIA sibuk mengatur strategi dan bajet,
Qariah masjid tak sabar melaksanakan tugas..

Apa apa pun..
Ampun dan Maaf silap dan Salah sepanjang perkenalan..
Selamat Hari Raya Eid Adha...

<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>> >

Zulhijjah

Bulan Zulhijjah adalah salah satu diantara empat bulan haram. Bulan-bulan haram ialah bulan Zulkaedah, Zulhijjah, Muharram dan Rejab.

Bulan Zulhijjah adalah kemuncak bulan haji. Zulhijjah sendiri membawa erti "bulan haji". Sejak dari zaman sebelum Rasulullah SAW lagi umat manusia telah mengerjakan haji di bulan Zulhijjah.

Amalan-Amalan Di Bulan Zulhijjah

Bulan Zulhijjah adalah bulan haji, maka ibadat haji adalah menjadi keutamaan dikerjakan di bulan ini. Bagi yang mengerjakan haji, kita doakan mereka pergi dan kembali dalam keadaan selamat. Moga ibadah haji mereka akan diterima Allah SWT.

Bagi yang masih belum berkesempatan dan belum berkemampuan, bersabarlah dan sentiasalah memasang cita-cita untuk ke Makkah di tahun akan datang, InsyaAllah. Pada 10 Zulhijjah, seluruh umat Islam akan menyambut Hari Raya Haji atau disebut juga dengan Hari Raya Korban dalam bahasa Arabnya Idul Adha. Kita disunatkan bersolat sunnat 'Id di pagi harinya dan disunnatkan menyembelih binatang ternak yang berkaki empat (unta, lembu atau kambing).

Pada 11, 12 dan 13 Zulhijjah adalah dikenali dengan Hari Taysrik yang mana korban masih disunnatkan lagi dilakukan. Disunatkan juga kita bertakbir setiap masa khasnya selepas solat pada 10, 11, 12 dan 13 Zulhijjah tersebut dan diharamkan kita berpuasa padanya.

Sejarah telah merakam berbagai peristiwa yang berlaku di bulan Zulhijjah. Umat Islam telah melalui berbagai pengalaman suka, duka, senang, susah, menang, kalah, untung dan rugi di bulan ini. Berikut adalah diantara peristiwa penting yang pernah tercatat di bulan Zulhijjah;

1. Penyembelihan Nabi Ismail AS. Nabi Ibrahim AS yang mendapat gelaran Rasul Ulul A'zmi sekali lagi membuktikan kepatuhannya terhadap perintah Allah SWT untuk menyembelih anaknya, Ismail AS. Ismail AS juga dengan penuh ketaatan bersedia untuk disembelih oleh ayahnya tanpa ada bantahan. Lambang kepatuhan dua beranak ini telah diabadikan menjadi syiar Islam (sembelihan). Umat Islam samaada yang berada di Makkah ataupun di mana-mana disunatkan untuk berkorban menyembelih samaada unta, lembu, atau kambing pada 10, 11, 12 atau 13 Zulhijjah.

2. Baiatul Aqabah. Pada tahun ketiga belas selepas perlantikan Baginda SAW menjadi nabi, berlakulah peristiwa Baiatul Aqabah (perjanjian setia Aqabah), ianya disertai oleh 73 orang lelaki dan 2 orang perempuan dari kaum Aus dan Khazraj. Mereka telah berjanji akan terus setia mempertahan, menolong dan menyebarkan ajaran Rasulullah SAW kepada penduduk Yatsrib (Madhinah). Sebenarnya Baiatul Aqabah adalah pembuka kunci kepada penghijrahan nabi SAW ke Madhinah. Nabi sudah menyediakan pendokong-pendokongnya terlebih dahulu di Madhinah sebelum berhijrah. Maha suci Allah yang telah mengatur dan menolong kekasihnya (Rasulullah SAW).

3. Hajjatul Wida' (Haji Selamat Tinggal) Rasulullah SAW hanya sempat mengerjakan haji sebanyak sekali sahaja seumur hidupnya. Pada tahun kesepuluh Hijrah, Nabi saw mengerjakan 'ibadah Haji yang dikenali dengan Hajjatul Wida'. Pada peristiwa Hajjatul Wida' itu, baginda SAW menyampaikan khutbah terakhirnya (Khutbatul Wida') yang mana amanat-amanatnya yang kesemuanya adalah intipati peraturan dan aturcara kehidupan di dalam Islam.

4. Umar RA meninggal dunia,Uthman RA dilantik. Umar adalah khalifah ke dua selepas Abu Bakar RA. Beliau adalah sahabat rapat Rasulullah SAW dan terkenal dengan sifat tegas dan cerdik sehingga digelar dengan Umar Al-Faruk (pembeza). Pada tahun 23 Hijrah, Amir Al Mu'minin Umar bin Al Khattab meninggal dunia dibunuh oleh Abu Lu'luah Al Majusi. Dengan itu urusan kepimpinan negara bertukar kepada Saidina Uthman RA. Perlantikan Uthman bin 'Affan sebagai khalifah yang dipilih sebulat suara oleh sebuah majlis mesyuarat Syura yang telah ditubuhkan oleh Umar bin Al Khattab sebelum kematiannya.

5. Ali RA menjadi khalifah yang keempat. Setelah berlaku kontraversi tentang pembunuhan Uthman RA, urusan kepimpinan kerajaan diterajui pula oleh Saidina Ali RA. Perlantikan Ali bin Abi Talib sebagai khalifah menggantikan Uthman bin Affan pada tahun 35 Hijrah. Dan akhirnya Ali juga di bunuh oleh pihak yang tidak berpuas hati dengan kepimpinannya.
 
Renungan Zulhijjah

" KHUTBAH TERAKHIR DARI NABI MUHAMMAD SAW "
(Khutbah ini disampaikan pada 9hb Zulhijjah 10H di Lembah Uranah, Gunung Arafah)* 

Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan. Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu selepas ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikan ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir di sini pada hari ini. Wahai manusia, seperti mana kamu menganggap bulan ini dan Kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang muslim sebagai amanah suci. kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.

Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba adalah dibatalkan mulai sekarang. Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutnya dalam perkara-perkara kecil.

Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak ke atas isteri kamu mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik, berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu ke atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina. Wahai manusia, dengarlah kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah 'Ibadah haji' sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap muslimin adalah saudara kepada muslimin yang lain. Kamu semua adalah sama, tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lain kecuali dalam taqwa dan beramal soleh.

Ingatlah bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari nanti untuk dipertanggungjawabkan di atas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku. Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku.

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah Mu kepada hamba-hambaMu..

Sabtu, 13 November 2010

Pulang Dari Medan Perang Bersenjatakan Mata Pena

 

Baru balik dari "Medan Perang" setelah 3 tahun di teratak Ilmu memberi dan mengajar cara untuk hidup dan cara menghadapi hidup. 3 Tahun yang panjang di rasakan pendek. Suka Duku, Pahit Manis dan Senang Payah semuanya sudah dilalui.. Ikhlas atau tidak urusan kami (Para Daei) dengan Allah.. Baru sahaja berjihad di medan perang berpedangkan mata pena selama 2 minggu.

Ustazah kata :

"3 tahun  dah Ustazah didik Antum seramai 82 orang untuk jadi manusia.. Berabuk dah nasihat dan tunjuk ajar Ustazah pada Antum semua. Di hadapan malaikat nanti tiada hujah dah Antum semua nak berselindung. Daripada sekecil kecilnya hingga sebesar besarnya semuanya Ustazah dah ajar."

Kalau Antum masih alpa dan leka. Antum kene campak di dinding oleh malaikat karang.. Itulah ayat motivasi Ustazah pada kami. "Nanti Malaikat Campak Antum Ke Dinding". Ustazah tidaklah garang tapi ibarat ibunda pada kami. Ibu kedua pada kami semua.. Habis belajar bukan bererti kami berpisah total dengan ustazah dan ustaz ustaz yang lain malah kami makin jauh makin kami bermain rindu..

Sebenarnya Ana penat saat ini tapi sebak juga kerana perpisahan yang sementara..
Biar gambar di bawah bercerita :



- Minggu Pertama masuk - Sem 1/2008 -

 

- Picnic Bersama Madam Sem 2/2008 (Madam Betudung Putih) -

 

- Rakan Seperjuanga Sem 2/ 2008


- Lawatan Ke Pusat Setelit Sem 3 / 2009 -

Sesungguhnya 'GAMBAR' tidak akan menghilangkan kerinduaan
malah 'GAMBAR' makin membangkitkan kerinduan..

 

 Ustazah Safiah (Ibunda Kami)

Insya-Allah kita jumpa lagi di konvo 2008/2011..
See yea..


.........................................................

Khamis, 11 November 2010

Madu atau Gula ? Yang Mana Pilihan Hati?

 Intro : 
Madu di tangan kanan mu,
Racun di tangan kiri mu,
Aku tak tahu mana yang,
Akan kau berikan padaku...
 
Mesti ramai tertanya. Kenapa Blogger (Ana)  sejak dua menjak galok benor. Galok tu kalau orang ganu (terengganu) sebut gembira dan happy. Orang terengganu pun dah maju sekarang cakap orang puteh lancar dah.. Maaflah, intro hari ini lagu madu dan racun nyanyian nyanyian Jamal Mirdad.. Sebut  Madu dan Racun teringat satu iklan yang mana pelakon iklan tu Sabri Yunus seorang pekerja buruh binaan yang bergayut dengan pacar nya di telefon awam. Intro sikit agi. Engkau yang cantik, Engkau yang manis, Engkau yang manja, Selalu tersipu, Rawan sikapmu, Di balik kemelutmu. (ewah ewah).Iye, terima kasih ingatkan. Blogger (Ana) tahu banyak ketawa tu mematikan hati. Hehe. (Thanks with a lots of saranghae, miss melur ^^")  Sudah sudah. Bila nak mula curahan idea ni. 
 
Apa cerita Madu atau Gula kali ini.  Macam ade tulis sebelum ni ke? Belumlah. Bila sebut pasal Madu secara umumnya pasti di kepala tergambar dua perkara. Satu, madu yang dihasilkan oleh lebah yang sedap di makan dan di katakan madu adalah salah satu aliran sungai di syurga.. Yang keduanya, madu yang digeruni oleh para isteri isteri risau di madukan oleh suami. Budak kecik yang baca, baca sahaja je, usah tanya banyak.  kui3

Tapi "Madu atau Racun? Yang Mana Pilihan hati ?" Tiada kaitan dengan dua bab di atas. Mari kita renung sifat madu dan gula.. Kedua duanya manis dan menjadi pilihan ramai orang. Antara madu dan gula? Mana lebih manis? (Buzen di tekan.. ) Treeettttt, dan ada yang jawab 'Madu'. Hah, benar tu..

Blogger (Ana) Ibaratkan Madu dan Gula ini dikaitkan dengan sahabat kita. Kita mahukan sahabat yang gula ke madu? Sekarang banyak sahabat yang gula daripada madu. Sahabat yang gula kejap sahaja berada dalam kenangan hidup kita manakala sahabat madu akan berada lama dan terkesan dalam hidup kita. Kemanisannya kuat. Dan kenangan bersamanya akan diingati. 

Sahabat 'Madu' adalah orang yang amat rapat dengan kita dan semestinya susah dan senang bersama, saling memerlukan, dia tempat meluahkan dan kita tempat dia bercerita. Walaupun tidak selalu berkepit dengan dia namun dia tahu apa yang manusia normal tidak selesa, dia menghormati kita dan berusaha menjaga hati kita. Bergitu sebaliknya kita. Menjadikan sahabat itu seorang 'madu' adalah sebahagian daripada sikap kita terhadap dia juga sebenarnya.

Sahabat 'Gula' pula adalah orang yang juga rapat dengan kita cumanya dia ada disaat di perlukan sesuatu sahaja daripada kita. Dia hanya mencari kita di saat di susah dan dia hanya akan membuat sesuatu yang memberi manfaat kepad dirinya sahaja. Apabila dia mahukan sesuatu maka kitalah yang dia dampingi dan apabila kita memerlukan sesuatu atau bantuan daripada dia pastinya ada sahaja alasannya dan tak mahu susah sikit demi kita..

'Madu dan Gula' Kedua-duanya perihal seorang sahabat yang manisnya dirinya ibarat madu atau gula. Kesan yang ditinggalkn itu selamannya ke sementara. Namun dalam bersahabat perlulah ada proses "memberi dan menerima". Kita memberi dia menerima dan dia memberi kita menerima. Bukan satu pihak sahaja beri dan satu pihak menerima. Sahabat akan tidak kekal apabila senang menerima tapi susah nak memberi. Kekadang bukannya gagal memberi tapi susah memberi. 

Jadi kepada sahabat yang mahu sahabat anda adalah sahabat yang 'madu' maka diri terlebih dahulu menjadi 'Madu'. Ingatlah dia sahabat kita dan kita sahabat kita. Kau dan aku sahabat dan kita mahukan 'Madu' yang sedap dan nikmat.
 
Renungkan...

P/s : Pernah dengar ada seorang sahabat tu yang gelarkan sahabat dia 'MADU'.

Isnin, 8 November 2010

Dulu Kau Sia Siakan Yang Kini Tersisa

 


Hari demi hari berlalu,
Dunia berputar masih dipaksinya, 
Aku masih berjuang dengan caraku,
Setiap hari, setiap detik ianya aku alami berbeza..

Sudah aku kata ianya tidak sama, 
Setiap yang hadapinya berbeza,
Hati yang menerima perlu dijaga,
Perasaan yang rasa perlu dipimpin..

Aku tak mahu begini, ianya sakit,
Tentu kamu juga tidak mahu begitu,
Menahan derita jauh di badai ombak,
Derita sendiri di badan sendiri,
Tak mahu rasai usah buat yang lain dilukai..

Aku terkulai layu, memikirkan nasib diri,
Tetap berdiri walaupun hati rasa mahu menyendiri,
Tetap tersenyum bukan hipokritasi,
Tapi mengamati apa yang terjadi,
Musabah diri harap ia tak terjadi lagi..

Yang minta izin pergi, teruskan langkahmu,
Diriku ini optimis dan merelakan langkahmu,
Hari akan berlalu, Dua hati berjauhan akan meluput rindu,
Terbang burung di angkasa, melayang semua segala keruan,
Usah diratapi apa yang telah pergi,
Yang dulu kau sia siakan yang kini tersisa..


Ahad, 7 November 2010

Aku Mahu Anak Yang Ramai (Boleh Tak Isteriku?)


Dialog Dahulu..

Aku  : Isteriku sayang.. Abang nak minta sesuatu ni..

Dia   : Ya Abang.. Nak Minta apa?? 

Aku : Kita baru je nikah seminggukan? 

Dia   : Ha'ah kan.. Dah Seminggu.. Habis tu?
 
Aku : Kalau boleh Abang nak anak ramai dengan sayang... 

Dia   : Anak itu rezeki bang.. Abang nak berapa ramai? 

Aku???


_ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _  _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _

Bila bercerita pasal nak anak ramai.. Dalam benak fikiran ini banyak betul difikirkan..

Apa ea?? Check check it out!!!

1)  "Keseronokan" manusia membuang bayi macam membuang sampah yang dah tak pakai..

2)  Teringat Anak-anak di Palestin dan Gaza yang tiada ibu bapa dan menderita di sana..

3)  Bilalah aku nak nikah dan berapalah anak aku? (Nakalnyee ^&%^&%() )

4) Sukanya aku akan budak budak... 

5) Pesan Ustazah.. (Ni yang nak share ni) yeeppiieeee.. (sharing is caring)..



(shh.. Anak Tidur.. Jangan Bising..)


Semasa duduk mengadap Ustazah di pejabat dia menanyakan tentang Tesis Ana.. Ustazah ada bertanya pada Ana sama ada Ana sudah ada yang berkenan ke belum? Ana jawab ringkas " Ada Ana berkenan tapi dia tak berkenan kat Ana kot"..  Alamak bertompok 'kot' pula kat belakang tu.. Jawapan macam tak yakin saja.. Pastu Ustazah membuka bicara..  

Pesan Ustazah :

Anta kalau dah suka muslimah tu terus je khitbah.. Ustazah sokong Anta nikah awal.. Kalau Anta susah hati sangat Ustazah boleh bantu.. (Dalam hati Ana.. errr.. nglup - telan air liur). Ustazah suka orang nikah awal biar nanti banyak zuriat dan banyak zuriat perjuang yang akan bantu Anta berjuang.. Ana menanya maksud ustazah?

Ustazah sambung katanya :

Anta jangan terkejut dengan apa ustazah kata.. Ustazah nak Anta nikah awal biar bini Anta beranak ramai ramai pastu bantu perjuangan Anta sebagai seorang daei.. Anta letaklah nama anak Anta nama nama perjuangan Islam.. Letaklah nama Salehudin Al-Ayubi, Hassan Al-Banna, Kadir Al-Jailani, Umar Abdul Aziz ke.. Kalau Anta tak hafal nama perjuangan Islam, bila Anta ada anak bawa jumpa Ustazah.. Ustazah namakan anak Anta.. (Dalam hati Ana.. errr.. nglup - telan air liur) + (Di Fikiran - betul juga kata ustazah)..

Ustazah masih bicara :

Shah!!! Anta kene nikah awal.. Biar Anta nikah awal nanti Anta baru umur 40 anak Anta dah besar besar.. Taklah Anta dah umur 40 masa tu umur anak Anta baru 3,4 tahun baru.. Macam mane Anta nak berjuang kalau anak anak masih kecik lagi.. 

Di akhir bicara :

Shah!! Dengar tak ustazah kabo ni.. Anta fikirlah apa ustazah cakap ni.. Kalau Anta masih tak ada calon biar ustazah carikan.. Ana mengiyakan kata ustazah dengan senyuman..

P/S : Harap dengan perceritaan Ana ini mendapat input dan ada perkongsian ilmu serta idea..

(Kisah benar yang berlaku penghujung bulan 6)


 

Jumaat, 5 November 2010

Komen Atas Pagar ( Tak Sempat Seberang Titi)



Coution!!!
 
Lirik Hanya Hiasan..

JANGAN Hafal Lirik..

Hahaha... huk 3

Kalau Berpacaran kobalorasi daripada Ana Raffali, Sohaimi Mior Hassan, dan Altimet.

(Sohaimi Mior Hassan)
Kalau berpacaran memang banyak pantang larang
Menjaga susila ibu bapa adik abang
Apabila berdua carilah tempat yang terang
Agar tidak pula mencoba aksi terlarang

(Korus
Boleh pandang-pandang jangan pegang-pegang
Duduk renggang-renggang bertambah sayang
Biar malu-malu biar segan-segan
Kerna malu itu perisai orang beriman

(Ana Raffali)
Kalau berpacaran jangan tunggu lama-lama
Kalau dah berkenan jumpalah ayah dan mama
Hantarkan rombongan meminang dengan segera
Kalau terlambat kekasihku disambar buaya


(Altimet)
Yeah kita sambung cerita
Kalau kamu berdua aku yang ketiga ha ha ha
Aku penambah perasa
Akulah pendarab nafsu serakah
Hai teruna bikin perangai selamba
Hati si dara kata tak apa
Berani buat terima padah
Kalau tak sedia ucap syahadah


Boleh pandang-pandang (boleh pandang-pandang)
jangan pegang-pegang (boleh pegang-pegang)
Duduk renggang-renggang (duduk rapat-rapat)
bertambah sayang (nanti konfirm dapat)
Biar malu-malu (jangan malu-malu)
biar segan-segan (jangan segan-segan)
Kerna malu itu perisai orang beriman (hahahaha)


Dah habis nyanyi ke?? Kui3.. Okey.. Serius... 

Nampak tak lirik yang Ana warnakan dengan merah? Nampakkan?? 
"Boleh pandang-pandang" Boleh ke?? Meh kita check Al-Quran.. 

Surah An-Nur Ayat 30 -31

30. Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandanganya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih Suci bagi mereka, Sesungguhnya Allah Maha mengetahui apa yang mereka perbuat".

31.  Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya"


Lagu ni best, ada nasihat , sedap didengar dan untuk beringat..
Cuma part tu je kene ubah..Hehehe

P/S : Biar malu malu, biar segan segan
Kerna malu itu perisai orang beriman..

Rabu, 3 November 2010

You're Either Nexus or You're Against Us


  
Nexus atau terjemahan dari kamus merupakan sama maksud dengan perhubungan atau rantaian.. Perhubungan yang dimaksudkan dalam kehidupan masyarakat Islam dan yang sering dilaung "Satu Ummah". Satu Jemaah masih releven kerana kita semua satu jemaah yakni Ahli Sunnah Wal Jamaah.. Tapi persoalannya You're Either Nexus or You're Against Us? 

Adakah masyarakat kita bersatu? Adakah perbuatan kita menunjukkan kita bersatu? Kita masih berbalah.. Tak boleh salah sikit pastu yang menjadi pencetusnya adalah keegoan dan masing masing nak menunding jari kepada masing-masing.. Kenapa kita tak mahu cari titik penyatuan? Titik untuk kita martabatkan Islam? Titik kita sama sama berpimpin tangan menuju kerjayaan.

Laungan Azan Hayya alah Falakh... Tahukah apa maksudnya tu? Yakinlah kamu kamu lebih mengerti.. Maksudnya mari menuju kerjayaan.. Kerjayaan macam mana maksudnya? Allah suruh kita mengerjakan solat.. Hayya alas solahhh... Selepas itu Hayya alah falakh... Solat menunjukkan sinonim kepada ibadah dan kerjayaan sinonim kepada percapaian kita di dunia tiket ke akhirat.. Macam mana kita nak berjaya? Berjaya bermula dengan penyatuan Ummah.. Usahlah kita bergaduh sesama kita.. Kita satu ummah satu tujuan satu paksi jadi kita patut pimpin satu sama lain menuju ke arah kerjayaan..

Selasa, 2 November 2010

Izinkan Aku Menuai..

 

Dalam kemelut majikan berfening-feningan memikirkan bagaimana melunaskan gaji pekerja.. Awal bulan dinanti-nantikan pekerja sudah tiba.. Dalam angan-angan yang ingin merealisasikan, masih ada lagi budaya orang melayu yang patut dicontohi dan barangkali susah untuk mengatakan "tidak" walaupun ianya hanyalah satu frasa yang pendek..

Izinkan aku menuai.. Izinkan bukan bererti meminta atau merayu tapi memberi dengan mengharapkan pahala dapat di tuai walaupun tidak setimpal mana pengorbanannya dan tidak luak mana jika nak dihitung.. Pernahkah anda diduga dengan satu situasi? Situasinya begini.. Ianya berlaku sama ada anda dalam keadaan susah mahupun ia berlaku dengan spontan.

Pernah anda diberi hanya satu pilihan.. Yang bila anda menolak, maka anda telah membataskan orang memberi membuat pahala. Dan bila anda menerima tandanya anda mengizinkan orang yang memberi menuai pahala mahupun anda telah berjaya menjaga hatinya.

dialog sikit..

Situasi pertama :

Si A : Ambillah, ni ada barang sikit buat awak..

Si B : Ala, takpelah.. Buat susah susah je..

Si A : Apa nak susahnya.. Ni memang niat saya buat awak.. 

Si B : (Dengan segannya menerima) + (Dalam hati hendak menjaga hati)


Situasi kedua : 

Si A : Nah, ambil RM 10 ni buat belanja..

Si B : Takpelah.. Duit saya masih ada.. 

Si A : Takpe, ambil je.. Anggap rezeki untuk awak..

Si B :
(Dengan segannya menerima) + (Dalam hati hendak menjaga hati)


Pasti di akhirnya kita terpaksa menerima.. Bukan "ter" itu melambangkan tidak sengaja tapi kerana orang yang memberi itu menyatakan "Izinkan Aku Menuai.." menyebabkan no komen yang harus diberikan padanya.. Itulah budaya melayu yang masih ada kini.. Yang masih lekat.. Yang masih utuh dan yang masih tidak berjaya aku akhirnya dengan terima kasih sajalah..

Bagaimanakah "Tangan memberi lebih baik daripada tangan yang menerima"? Tapi dalam hidup ini tiada kita dapat merangkak dari amalan memberi dan menerima.. Selalulah jadilah yang memberi dan sekali sekalalah menjadi orang yang menerima..

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha
Letakkan Al-Quran sebagai Panduan Hidupmu dan As-Sunnah sebagai gaya hidupmu

Antum/Antuna semua (ukhwah fillah)

Artikel - Artikel Popular