Ahad, 27 Februari 2011

Subuh Yang Terakhir

 

HambaMu datang menyahut panggilan Engkau, ya Allah. Seluruh jiwa dan raga pasrah menyerah diri hanya mengharap redhaMu.

Harapanku untuk memperolehi keberkatan dan kenikmatanMu memenuhi kalbuku. Kepayahan dan kesukaran tidak mampu menepis kerinduan untuk bernaung di bawah rahmatMu serta menziarahi makam kekasihMu Rasulullah. Terimalah diri ini sebagai tetamuMu, agar hambaMu menjadi kekasih yang sentiasa merinduMu spanjang hayat.

Perjalanan menujuMu, Aku menujuMu Ya Allah.. Terimalah daku.

Khamis, 24 Februari 2011

Jadilah Penjual Yang Membeli


Assalamualaikum. Gambar atas tu kueh kegemaran saya. Yang lapis merah puteh tu. Tiada yang tanyakan? Saya sengaja dan saja beritahu. (Haha. - gelak tak nampak gigi tau.) Kali ni nak bercerita pasal kueh. atau dalam skop yang besar kedebaknya ialah makanan. Bukan nak beri resepi tapi nak beri ilmu tentangnya. Kebiasaannya kita kalau makan mesti tahu sedap atau tidak. Kita makan mesti kita dapat mark atau tahu di makanan itu dijual dan pasti sedap. Tapi kita hanya tahu makan saja. Bila ditanya apa nama kueh ni? Entah. Tak tahu. Entahlah. Tiada masalah. Kalau nak selesai hal ini kena hafal nama kueh. Nanti orang tanya atau orang bukan tempatan  tanya mulalah susah nak menjawab.

Jadilah Penjual Yang Membeli. Kelirukan? Begini. Apabila kita ke pasar malam ke pasar tani ke atau di mana mana sahaja tempat menjual makanan pastinya kita mahukan makanan kita itu sedap, cukup lemak untuk dimakan disamping harga yang berpatutan. Tapi sekarang ni peniagaan bersifat ala kadar tak bertempat. Ala kadar mereka ialah mereka mengurangkan bahan-bahan untuk membuat makanan tersebut. Seperti nasi kerabu. Kita kalau buat nasi kerabu untuk keluarga kita pastinya kita buat yang terbaik. Maknanya di sini, kepada penjual anggaplah kamu juga pembeli. 

Orang akan beli makanan yang penjual jual yang sedap. Sedap macam mana? Pastikan semua bahan bahan yang dikehendaki untuk menyediakan makanan itu. Jangan jadikan alasan bahan-bahannya harga naik sehinggakan sesuka hati anda untuk mengurangkan bahan bahan dalam masakan anda dan mengurangkan bahan bahan dalam peneydiaan kueh mueh. Jika tetap juga anda melakukan perkara itu maka anda juga mengurangkan pelanggan anda dan sekaligus anda menanggung kerugian dan ketidakjujuran dalam berniaga. 

Kerugiaan macam mana? Pastinya anda akan buang lebihan kueh atau lauk itu. Kan rugi. Kan lebih elok kalau anda bersungguh dalam menyiapkannya dan laku semua dijual. Iye, benar. dalam berniagaan ada untung dan rugi. Jawapan saya, anda yang membuatkan anda rugi. Percaya cakap saya. Jika anda salah satu tempat di mark atau dilabelkan sedap maka tidak putus kunjungan orang pada anda. Insya-Allah.. 

P/S : Ana kongsikan kueh arab pula nanti ea? Tak janji tapi Insya-Allah.

Isnin, 21 Februari 2011

Lakukan Kali Kedua

 

Gambar telur.. Berasap lagi.. Bukan penulis buka gerai burgar atau buka kedai makan tau.. Senang buat tajuk senang sahaja letak gambar tapi nak mengarang ilmu nak kongsi dengan anda semua walaupun tak semua suka saya menulis, sejujurnya saya menulis untuk sesiapa sudi menaip " www.lampuneonmu.blogspot.com " dan sesiapa yang sudi meluangkan masa untuk ziarah dan mengutip ilmu.. Itulah saya rasa setiap kali apabila memengang kekunci keyboard saya yang berwarna hitam tapi berpelekatkan tulisan arab warna hijau.

Bercerita mengenai telur.. Baru dua tiga minit tadi roti dilapis dengan telur selamat mendarat dan dikisar dalam perut saya.. (Apalah penulis ni kata jelah makan ni pepanjang pula) hahaha.. Saja je nak puitis sikit biar ada pancar sinar minat untuk membaca.. Sebenar sibuk dengan tanggungjawab tiba malam ni saya buat sesuatu yang saya rasa senang dahulu, al maklumlah dulu masa sekolah rendah hari hari saya bawa bekal (roti telur).. Yang saya nak ceritanya saya dah rasa kekok nak mengoreng telur.. Lepas telur pertama saya goreng hancur saya cuba lakukan kali keduanya (dalam hati kata lakukan yang terbaik).. Saya berjaya (ada sikit upe telur yang ko goreng Shah).. Hahaha..

Dalam hati saya.. Inilah hidup kita kekadang perkara yang sudah lama kita tinggal amat yakin dan pasti kita akan berasa kekok dan lupa untuk buat.. Walaupun semudah goreng telur.. Saya pun boleh goreng telur hancur walaupun saya pernah lakukan perbuatan mengoreng telur itu dengan cantik dan ketika waktu pertama kali saya goreng telur saya rasa saya belajar benda baru.. Tapi malam ni, saya hampa dan saya nak pesan kat diri saya dan anda bahawa jangan tinggal perkara yang kita buat yakni semestinya perkara baik (istiqomah) agar ianya berterus kita dapat lakukan dan kita dapat manfaat daripadanya serta memberi manfaat kepada orang lain. Saya juga nak berpesan agar apabila gagal sekali jangan segan dan malu nak lakukan kali keduanya kerana satu usaha itu tangga tangga kepada kejayaan. Jangan tengok orang berjaya tapi tengok bagaimana dia usaha untuk kecapi berjaya.. Insya-Allah kita bermotivasi daripada cara orang lain berjaya yang di kiri dan kanannya dipimpin oleh keredhaan Allah dan manusia..

Ahad, 20 Februari 2011

Kasihku Kasih Abadi (Bab 1)

Bab 1

Kasihku Buat Atuk

______________________________

Esok ataukah nanti
Ampuni semua salahku
Lindungi aku dari segala fitnah

Kau tempatku meminta
Kau beriku bahagia
Jadikan aku selamanya
Hamba-Mu yang selalu bertakwa

Berdendang lagu nyanyian Afgan yang bertajuk padaMu ku bersujud di petang yang mendung. Cuaca mendung seakan memahami hati kecil seorang tua yang duduk di kerusi malasnya. Seorang tua mengenang zaman-zaman mudanya yang penuh diselang-selikan antara dosa dan pahala apabila mendengar lagu yang menjadi halwa telinga cucunya, Amalina.

Amalina satu-satunya cucunya yang hasil daripada pernikahan anak tunggalnya yang kini sudah pergi menghadap Ilahi akibat daripada kemalangan pada pagi hari raya 7 tahun dahulu. Amalina kini sudah berumur 20 tahun yang sedang menghabiskan sisa-sisa cuti semester di kampung.

     Seorang tua itu amat bahagia apabila Amalina merupakan cucu yang solehah yang sanggup pulang ke kampungnya apabila menjelangnya cuti semester bagi menjaga makan minumnya. Cucunya itu sering tidak tumpah seperti perangai arwah ayahnya yang merupakan seorang yang penyanyang dan menghormati orang yang lebih tua.

    “Atuk, mari makan tuk. Malina dah siapkan lauk kegemaran atuk. Kejap lagi dah nak azan maghrib. Kita makan dulu lepas tu Malina nak solat dengan atuk.”

    “Ya, cucu atuk.. Mari kita makan.” Jawab seorang tua itu pendek.

Suara itulah yang menghiburkan hatinya. Suara itulah yang menjadi penawar rindu hatinya yang merindui arwah anaknya. Malina itulah satu-satu harta peninggalan anaknya kepadanya.

    “Ayah, ampunkan dosa saya. Saya rasa saya dah tak lama lagi.. Ayah jaga cucu ayah.. Jaga Malina untuk saya..”

Itulah pesanan arwah 7 tahun dahulu sebelum menghembuskan nafas terakhirnya. Amanat anaknya itu seolah-oleh masih terngiang-ngiang di benak telinganya walaupun peristiwa itu sudah bertahun-tahun berlalu. Seorang tua itu masih merindui anaknya yang meninggal dunia akibat daripada kemalangan yang tragis.

Air matanya bergenang. Cermin mata tuanya dibetulkan. Tangan kanannya masih menyuap sesuap nasi.

    “Atuk, sedap tak Malina masak? Atuk tambah nasi ea? Malina suka lihat Atuk selera makan.” Malina tersenyum puas.

    “Ya cucu atuk. Pandai Malina masak. Selera atuk makan.” Masih jawab seorang tua itu pendek.

Malina perasan yang atuknya sejak kebelakangan ini sering murung dan kurang bercakap namun dia tidak mampu beramal apa yang ada di benak fikiran atuknya. Tetapi tidak mahu melontarkan persoalan kepada atuknya kerana bimbing soalan itu menyinggung perasaan atuknya.



Setelah usai makan malam, mereka mendirikan solat maghrib. Menjadi kebiasaan dua beranak ini makan malam sebelum menjelangnya maghrib. Seorang tua itu walaupun sudah mencecah usia 60-an namun masih kuat tulang empat keratnya menjadi imam kepada cucunya dan sekali sekala menolong cucunya menyiapkan kerja rumah.

Pokok bunga di mini kebun peninggalan arwah anaknya kerap dijadikan tempat menghirup udara segar dan melepaskan rindu. Walaupun sudah 7 tahun berlalu namun rindu pada anaknya masih lagi kuat. Seorang tua itu pasrah dengan kematiaan anaknya namun rindu itu sering dibuainya setiap pagi.

Setiap yang hidup pasti merasai mati..

Ayat 185 itu, surah al-Imran sering diulang diingatannya namun kerinduan pada anaknya melemahkan dirinya yang menyebabkan dia sering menyendiri.

    “Atuk, cantik mini kebun ni. Pandai atuk berbakti pada tanah.” Sapa Malina.

    “Kebun ni arwah ibu kamu yang punya. Dulu masa arwah ada setiap pagi arwah siram pokok-pokok bunga ni. Kembang dan segar pokok bunga ni semua. Atuk sangat rindukan arwah ibu kamu. Muka kamu tak tumpah sepertinya.”

Sudah biasa bagi Malina apabila atuknya bercerita tentang ibunya. Walaupun semasa arwah ibunya meninggal dunia, dia baru berusia 13 tahun namun 9 tahun yang sudah berlalu, hanya atuklah tempat dia berlindung dan bercerita. Dia berjanji pada dirinya yang dia akan menjaga dan menyayangi atuknya walaupun bagaimanapun keadaannya kelak. Lebih-lebih lagi di waktu atuknya sakit dan uzur.


Siapa menghulurkan kepadamu suatu kebaktian maka balaslah dia, jika kamu tiada apa-apa balasan, maka hendaklah kamu doakan kepadanya"

(Riwayat Al-Tabrani)

Sebagai seorang pelajar Diploma Usuludin, Amalina menghafal beberapa hadith yang menjadi panduan hidupnya. Hadith Riwayat Al-Tabrani ini juga merupa salah satu “falsafah” hidupnya. Baginya atuknya banyak berjasa kepadanya. Selepas kematian ibu bapanya, atuknyalah yang menatangnya bagai minyak yang penuh. Dia menyanyangi atuknya seperti mana atuknya menyanyanginya. Tiada yang boleh memisahkan dia dan datuknya kecuali jemputan Ilahi.


********* 

“..Ya Allah, janganlah kau pesongkan hati ( keimanan) kami sesudah kau memberi Hidayah kepada kami dan tetapkan kami dalam golongan yang diberi pertunjuk. Amin Ya Rabbal Alamin.”

Amalina menyapu seluruh muka dengan tapak tangannya selepas usai berdoa. Menjadi rutin hariannya dia terjaga sepertiga malam untuk mendirikan qiamulail dan bertahajud serta sujud kepada Pengcipta. Bagi dirinya pada waktu beginilah dia mengadu pada Tuhannya apa yang ada di simpan dalam hatinya.

Benar menjadi rutin harian Amalina. Dia akan tidur awal di malamnya dan bangun sepertiga malam untuk bersujud kepada Penciptanya hingga azan subuh berkumandang. Kemudian dia akan bangunkan atuknya dan mereka mengerjakan solat subuh secara berjemaah. Setelah selesai Malina akan mengajak atuknya jogging dan ke pasar untuk membeli sedikit barang dapur untuk keperluan harian mereka dua beranak.

     Ibu Amalina seorang pensyarah yang mengajar di sebuah Universiti tempatan di Malaysia. Ibunya lepasan Master di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu sudah hampir 10 tahun menjadi pensyarah pengajian di situ. Bapanya pula seorang pengawal kerajaan yang merupakan seorang pengawai kewangan (S41). Harta peninggalan ibu bapanya jika dihitung boleh menampung 10 Tahun kehidupan anaknya Amalina dan atuknya. Namun masih menjadi kebimbangan Amalina yang merancang cita-citanya mengikut jejak ibunya sebagai seorang pensyarah.

“Bila Malina habis cuti?” pendek pertanyaan atuk.

“Kurang sebulan lagi atuk. Kenapa tuk?” jawabnya.

“Nasib baik ada Malina teman atuk, kalau tidak sunyilah atuk”. Katanya.

“Eh, tuk ni, sejak bila pandai sunyi ni? Hehe” gelak Malina.

Atuk tersenyum mempamerkan susunan gigi putihnya yang masih elok.. Kerutan di wajah atuk membuktikan bahawa atuk lebih mengetahui kancah kehidupan ini lebih dari sesiapa pun. Umur atuk kini mencecah 78 tahun telah banyak melalui warna-warni kehidupan. Walaupun usianya sudah lanjut, namum kesihatan pemberian Allah S.W.T tidak dipersiakan dan malah Atuk mengunakannya untuk bersujud dan bersimpuh kepada-Nya.


********

Diriku Bukan Aku

 

Jika masa kamu berdiri mungkin diriku juga berdiri.. Jika masa kamu mendongak mungkin masa itu aku akan tunduk.. Jika saat itu diriku bukan aku maka apa apa pun yang aku buat aku akan rasa menyusahkan diri orang.. Selalu dan setiap kali cuba peringatkan diri kita agar menjadi diri kita.. Melebihi satu tahu orang lain tiada salahnya tapi pastikan diri kita mampu menanggungnya..

Jika ditanya, suka merah ke oren? Saya yang pertama sebut oren. (Warna Favourite sayakan). Begitu juga anda akan memilih warna kegemerana anda sendiri. Begitulah dalam menjadi diri sendiri. Mesti jujur pada diri, mesti ikhlas pada diri, mesti akui silap dan salah diri juga mesti akui kehebatan diri serta kebolehan diri. Bukan saya ajar anda riak tapi kalau sesuatu perkara itu bidang kita apa salahnya kita ringan tangan memudahkan kerja orang lain yang kurang tahu atau tiada tahu apa apa pasal sesuatu perkara. 

Diriku bukan aku.. Kadang kadang kala lah, ramai yang kata saya boleh menulis tapi jujur saya kata nak siapkan satu novel pun payah (Tajuknya Kasihku Kasih Abadi).. Saya sejujurnya tiada masa untuk mengadap sesuatu perkara itu lama.. Kekadang terasa nak maju diri ke hadapan juga melihat penulis muda semuda belasan tahun atau awal dua puluhan sudah ada beberapa novel yang dikatakan dan dilabelkan terlaris. Tapi inilah diri saya. Kekadang saya mengikut alur perjalanan hidup saya dan sesekali saya lari sikit dari alur yang dah ditentukan kerana itulah diriku bukan aku. Kekadang cuba lakukan yang terbaik tapi kurang baik atau hanya memuaskan. Terkilan adalah tapi itu sudah Allah kata "Kau buat ini, kau dapat ini, dapat kurang daripada ini atau lebih". Terima apa yang Dia beri dengan ikhlas dari redha.. Insya-Allah..

P/S : Keranaku, diriku bukan aku.. Jasad + Roh*Akal = Manusia.. Beza haiwan dengan manusia ialah akal.. Think it... (Kalau terizin masa saya akan masukkan sikit kisah tentang Kasihku kasih abadi sebelum saya pergi)

Jumaat, 18 Februari 2011

Bakal Pergi Jadi Tetamunya

 
 (Mengundang sesiapa yang sudi mengundang dirinya ke majlis ini)


Bertempat di Kediaman Penulis :
NO 2 LORONG 2/56
BANDAR INDERA MAHKOTA 2
25200 KUANTAN, PAHANG.

Khamis, 17 Februari 2011

Puaskah Kamu Melihat Orang Lain Derita?

 
Puaskah kau lukaiku. Puaskah kau sakitiku.. Puaskah khianatiku.. Puaskah? Di manakah nuranimu? Di mana akal sihatmu? Di mana sifat keperimanusia kamu? Hidupku tak tenteram kerana perbuatanmu. Mungkin hanya bila ku mati atau hati aku mati baru Kau akan berhenti untuk menyakitiku?

Kenapa dan kenapa? Semuanya persoalan. Semuanya telinga ( ??? ) Kenapa orang tak boleh melihat orang lain senang? Ah, mana boleh.. Dia lebih sikit sahaja mesti aku kene lebih daripada dia.. Itukah anda fikir? Siapa yang tak mahu hidup tenteram dan bahagia? Siapa tak mahu? Semua orang mahu. Tapi kenapa masih mahu menganggu kehidupan orang lain? Kenapa tak mahu beri ruang dan peluang orang lain mengecapi bahagia? Kenapa? Kerana dendam dan benci ke? Kerana apa? Kalau bab cinta pula kalau orang dah tak suka nak buat macam mana? Tak perlulah "cinta ditolak bomoh bertindak".. Tak perlu.. Tak belajar hadith ke? Rasulullah paling menerkankan konsep ukhwah dan hak persaudaraan.. Pegang hadith ini pun cukup kalau naif dan dhaif sangat nak belajar hadith.

"Tidak sempurna iman seseorang jika dia tidak menyanyangi saudaranya melebihi dirinya sendiri.

Bukan nak kasi hentam sesiapa tapi tolonglah. Merayu dah ni tahap minta tolong (tolong orang dapat pahala). Tolong jangan ganggu orang yang dan jangan menguasai kebahagiaan orang lain. Dia ada hidup dia. Kita ada hidup kita. Tujuan hidup kita sama. Menuju Allah yang satu. Apa guna kita kacau hidup orang? Apa yang kita dapat? Apa yang kita kecapi? Apa yang kita telah penuhi? Tiadakan melainkan kita cuma mengundang kemurkaan manusia itu dan kemurkaan Allah. 


P/S : Penulis sendiri memohon maaf kepada sesiapa sahaja yang mengenali penulis sama ada secara langsung atau tidak langsung. Maaf dan ampun semalam, hari ini dan akan datang..

Rabu, 16 Februari 2011

Kupercaya Ada 'Cinta'

 

Kupercaya ada 'Cinta'. Bukan nak mengalakkan untuk 'Cinta'. Walaupun hari kekasih yang patut diabaikan telah pergi dua hari lepas. Tapi ada aku kisah pasal hari kekasih? Tak adakan. Cuma benci dalam hati ada. Kalau buka surat khabar hari ini. Di Malaysia sahaja 3 negeri yang dicop dan disenaraikan tertinggi tangkap khalwat. Kenapa Malaysia yang beria menjadi ranking ditangkap khalwat? Apa kaitan dengan kita hari kekasih ini? Negara kita agama rasmikan Islam? Mazhab kita Imam Syafie. Apa kejadahnya muda mudi kita terlibat dengan hari kekasih ini? Pelikkan.. Tapi sepelik-peliknya ada timbul rasa muda-mudi kita ini bodoh dan terlalu taksub dengan apa yang barat bawa. Di IC Islam tapi di hati barat. Sia Sia.

Kupercaya ada 'Cinta'. Cinta sebenarnya bermula dalam diri kita. Siapa tak tahu nak belajar mencintai diri kita? Siapa? Siapa? Rasa semua orang tahu tapi bagaimana caranya? Bukti kita cinta diri kita dari sudut dapat lihat di mata kasarnya ialah kita makan dan kita mandi. Kalau kita tak percaya pada 'Cinta'. Tak mungkin semua itu kita buat. Kalau kita tak makan kita lapar, maka kita akan lapar dan melarat serta kebuluran. Juga bila kita tak mandi. Kita akan busuk, daki akan berkepul serta mulalah kita akan mendatangkan penyakit. Nah, itu tandanya kamu semua yang mandi dan makan ini percaya ada 'Cinta'

Kupercaya ada 'Cinta'. Ya Allah, kalau nak berbicara tentang bertapa cintanya Allah pada kita serupalah seperti kita katakan tak terhitung nikmat dan kebesaran-Nya yang dia anugerahkan pada kita. Kupercaya ada 'Cinta'. Jangan percaya lagi malah yakin yang Allah yang mencintai kita. Agung perabadian cinta Dia pada kita. Cuma kalau orang cinta kita sedayanya kita balas. Tapi bila Allah bila jadikan kita sebaik baik kejadian kita balas acuh tak acuh sahaja. Sebab apa ea? 

Jum selaminya Allah pada kita. Allah berfirman : Kata-Nya selagi kita tidak syirik pada-Nya (maksudnya masih berpegang pada Tiada Ilah Melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu persuruh Allah) maka dosa segunung atau seluas alam semesta pun kita, kita tetap dijanjikan syurga selepas kita menerima azab yang juga dijanjikan bagi sesiapa yang ingkar sama ada azab di dunia mahupun azab di akhirat. Tapi kerana 'Cinta' nya tetap dia beri kita merasa nikmat-Nya di dunia dan syurga-Nya di akhirat. Cuma mendapatkan syurga-Nya itu berbeza caranya dan perjalanannya. Wa'Allahu'alam..

Isnin, 14 Februari 2011

Sejarah Valentine's Day (Yang Beragama Islam Meraikannya Hukumnya Haram)


Benar.. (Apa penulis ni belum apa apa dah benar).. Saya membenarkan gambar di atas dan saya nak kata benar tak kenal maka tak cinta dan juga benar tak kenal maka tak benci.. Remaja sekarang kalau tak tahu pangkal pokok, maksud saya tak tahu asal usul satu perkara maka keluarlah pada mulut mereka "Ada aku kisah?" tak pun yang paling tak suka dengar "Kau kau dan aku aku, kubur masing masing".. Okey, takpe.. Di blog lain semua seru agar tinggalkan valentine's, valentine's tu haram, valentine's itu budaya barat.. Benar, mereka betul tapi di blog Ana, mari kita baca kisah sejarah hari ini..

Terdapat pelbagai khilaf yang memberikan maksud sebenar hari valentine. Menurut sebuah buku yang ditulis oleh Khadijah bt Hambali, ia mengatakan valentine diasasakan mengikut peristiwa penting dalam masyarakat Kristian sempena mengenang perkara sedih yang berlaku kepada seorang penganut Katholik yang taat iaitu St. Valentine.

Perayaan ini disambut untuk mengenang jasa St.Valentine yang tidak ternilai dalam perkembangan ajaran Kristian di Rom. Disampaing itu juga The Origins of Valentine adalah seorang doctor Kristian Katholik yang patuh ke atas ajaran Jesus Christ yang berkhhidmat di Rom. Akibat pertuduhan yang dikenakan ke atasnya, beliau telah dipenjarakan. Di dalam tahanan tersebut beliau juga telah menyembuhkan mata seorang gadis. Sebelum dihukum gantung, beliau telah menulis ucapan selamat tinggal kepada gadis tersebut dengan ucapan “From Your Valentine”. Keadaan ini secara tidak langsung telah mngembangkan ajaran Kristian. 
 
Oleh itu, para pemimpin gereja katholik Rom berusaha agar masyarakat Rom pada masa meletakkan valentine sebagai hero dalam kepercayaan Katholik. Suasana ini berterusan hingga kini dalam masyarakat Kristian dan mereka lebih cenderung meraikannya sebagai hari kasih sayang di bawah Tuhan Jesus.
 
Pendapat ke dua juga mengatakan bahawa hari valentine adalah hari yang memperingati dua orang suci (saint) Kristian yang memiliki nama yang sama. Hari tersebut jatuh pada 14 Februari. Menurut lagenda Kristian, salah seorang daripada dua orang tersebut adalah seorang paderi Rom yang terkorban dalam zaman penindasan Maharaja Claudius di Rom.

Bagaimana? Sudah dapat input.. Bagus.. Benarlah begitu..

Ahad, 13 Februari 2011

Belajar Sedikit Sabar


Tak Tih, Tak Tih.. Tak Tih.. Adeii (jatuh).. Tak Tih.. Begitulah seterusnya.. Sampai ketahap ini, sampai boleh berdiri sendiri macam ni tapi masih kurang erti sabar dalam hidup..  Dari kecil, dari tadika.. Yang Tabika.. Tapi diriku Tadika jenis chinese.. Dua tahun disitu.. Tetap Lau xe (cikgu) ajar erti sabar namun sampai kini masih apa yang saya belajar ialah 'tidak sabar'. Pasti ada yang tak kena (Something wrong somewhere).. Ini masalah bahasa orang puteh ni.. Pasti nak salahkan perkara lain dan tak mahu salahkan diri sendiri. Mulai hari ini kita tukar (Something wrong somewhere kepada Myself wrong somewhere). Boleh? Cantik..
 
Pelbagai cara Allah ajar dan Nabi kita ajar untuk kita bersabar.. Malah sabar itu daripada satu tingkatan iman meningkat yang tinggi namun kita lebih banyak belajar 'tidak sabar' dari sabar.. Teringat satu kisah benar yang terjadi depan mata.. Kawan saya boleh betumbuk dengan kawan sebiliknya angkara penat menguasa diri.. Saya juga tidak pernah terkecuali pernah membantah cakap mama saya angkara saya amat penat.. Bukan nak mendedahkan aib diri cuma nak pembaca lebih faham di mana nak letak sabar dalam diri melebihi sifat tidak sabar.. Kena kaji lebih lagi erti sabar.. Meniti di mulut nasihat kat orang sabar tapi tak sebati dalam diri tak guna juga.. Sabar Sabar... Satu daripada kesempurnaan iman.

Selasa, 8 Februari 2011

Awan dan Angin

 
(Bila Goggles, inilah pendekar Awan Angin)

Pendekar awan dan angin.. Tajuk tiada kaitan dengan gambar.. Tak pandai nak menulis pasal cerita fantasi ni.. Cuba mengolah tajuk Awan dan Angin.. Awan dan Angin satu kombinasi yang berjiran.. Damai, tenang dan nyaman.. Itu sifat angin dan sifat awan kekadang putih menjernih dan kekadangn hitam kerana angin 'nakal' mengusik awan oleh kerana terlalu sensitif awan menangis..

Dengan sifat awan yang cepat sedih, datang beberapa angin lain yang pandai memujuk untuk menenangkan awan lalu awan memikirkan bahawa dengan menangis dia akan tenang. Lalu turunlah hujan bukti air mata awan yang sedih.. Kemudian, awan dan angin rapat kembali kerana mereka tak lengkap jika tidak berdua.. Berduakan lebih baik.. hehe (Penulis buat tabiat kot malam ni)

Puisi Awan dan Angin
Awan putih tika angin menyapa
Menyampaikan kata rindu bertahtakan tenang di balik senyum..

Tika angin menyapa kata rindu
hati awan berkocak laju 
tidak tenang lagi seperti biasa
rindu dan sayang disebalik persahabatan

Angin dan awan akan kekal bersatu
tidak kira apa berlaku
hingga satu tarikh yang menentu 
berpisah dua jiwa jasad bersatu sekian lama

Angin teman awan baik satu-satunya
apakah akhir kesudahannya??

Ahad, 6 Februari 2011

1001 Fungsi (Anak, Lelaki dan Suami serta Bapa)


Keluarga bahagia.. Sakinah, Mawardah dan Warrahmah.. Itu semua orang idamkan.. Insya-Allah aku juga mahu.. Tapi sebelum itu, saya mohon maaf kepada semua pembaca yang membaca semua entry saya setakat ini.. Kalau ada terasa, ada yang nak marah dan ada yang kata saya ni biadab serta tak tahu apa saya tulis. Jujur saya kata ini blog saya. Anda semua pembaca yang juga ukhwah saya serta saya hanya menulis untuk berfikir bersama. Tiada niat saya aib kan orang dan tiada niat saya nak ajar benda salah.. Jika tidak suka penulisan saya tak mengapa.. Saya tak kisah dan terlebih dahulu saya mohon maaf atas segala salah silap..

Berbalik kepada tajuk " 1001 Fungsi (Anak, Lelaki dan Suami serta Bapa)". Sering kali saya berfikir.. Nikah itu bukan mudah.. Anak luar nikah itu bukti nikah itu bukan mudah.. Mereka lebih suka berzina daripada melunaskan mas kahwin dan berjabat tangan wali/wali hakim. Saya sendiri sudah mampu bernikah namum saya lebihkan keluarga dahulu dari segala-galanya.. Saya kene benteng diri saya dengan konkrit Iman yang kukuh.. (Secara bersahajanya )Rasulullah kata : Jika ada di antara kamu yang tidak mampu bernikah maka berpuasalah bagi menahan nafsu. Saya meminta pada Allah, Dia tahu apa saya minta..

Semuanya saya mahu.. Saya mahu anak kembar, saya mahu jadi suami 1001 fungsi dan macam macam lagi. Bagaimana suami 1001 fungsi ni? Saya berpendapat begini.. Saya ingin membantu isteri saya dalam tugasnya sebagai seorang isteri.. Saya mahu menjadi doktor dan pakar permakanan serta kalau boleh jadi jururawat dia sepanjang masa agar dia merasai bahagia bersama saya. 1001 bermakna semuanya, apa sahaja 'jawatan' yang dia perlu untuk menghadapi hidup bersama dan membantu dia tepati semua syarat diperlukan untuk memilih pintu syurga.. Ini bukan jaminan saya namun ini saya cuba usaha sekarang.. Hah? Usaha? Biar betul?? Betullah.. Saya sekarang hanya mendalami ilmu tentang semua bidang.. Tak jadi master bidang tersebut tahu sikit banyak sikit pun jadilah.. Anda pun boleh.. Biar kita jadi  anak 1001 fungsi dalam berbakti kepada ibu bapa kemudian menjadi lelaki 1001 fungsi untuk berbakti kepada masyarakat dan amanah yang dipertanggungjawabkan lalu jadi suami 1001 fungsi buat melahirkan "Impian Kasih Masjid" yang kita bina.. Insya-Allah..

P/S : Maaf ea? Jika anak, gadis dan wanita serta ibu yang baca entry ni tukarlah frasa frasa seperti anak, lelaki dan bapa ea? (Harap manfaat)

Khamis, 3 Februari 2011

Tiada Lebih Indah


Tika dulu.. Pernah sekali aku melakukan apa sahaja yang biasa orang buat untuk capai ketenangan.. Mereka kata ada yang pergi ke tempat tinggi mereka menjerit.. Ada yang kata melapangkan fikiran boleh mengecapi ketenangan.. Ada yang mengajarku agar intim dengan buku kerana aku akan dapat dua dalam satu yakni ilmu dan manfaatnya.. Pernah ketika dahulu aku melakar impian (hajat) bertunjangkan 7 frasa (Hajat) kalau tak silap aku masa tu aku masih dalam angan-angan menjadi dewasa.. Masa itu hanya 7 frasa (Hajat) itu aku ingin kecapi, itu yang aku tanamkan dan itu yang Allah beri aku sebagai hajat yang aku rasa bahagia, yang akau rasa aku kenal siapa aku di sisi aku, di sisi orang-orang yang aku sayang dan di sisi pengcipta Yang Maha Agung dan Esa. 

Masa deras berlalu, untuk sesuatu yang baru sukar untuk aku bersedia. Hatiku merintih kosong. Sepatutnya aku gembira tapi aku lebih murung. Bukan bermakna tidak bersyukur, namun kehidupanku di sini memerlukan aku kuat berdiri. Memerlukan aku kuat untuk melangkah. Lebih memerlukan aku untuk kuat mengenggam apa yang telah aku capai dan melepaskan apa yang bukan menjadi rezekiku. Hati berpuing merintih sedih melihat masalah manusia seagamaku, makin dicanang makin memikirkan dirinya bagus dan membuktikan mereka sahaja yang bagus dengan menonjolkan sesuatu yang menyakitkan mata apabila melihat. Bila melihat keadaan ini terasa mahu cepat meninggalkan tanah tumpah dosa golonganku.. Yang mustahil kini semuanya berlaku.. Yang berlaku pula tidak lagi pelik di mata mata mereka.

Tak guna berkata lagi, tak guna mengungkil kata lagi, tak guna memperingat melalui mata pena lagi apabila sudah menjadi kebiasaan yang biadap maka nafsu mendahului akal merosakkan hati. Zaman dan era ini sudah banyak melahirkan bijak pandai tapi jauh sekali jika dikataka mereka dikalangan ornag berfikir kerana mereka tidak pernah mengunakan akal fikiran  untuk membenteng diri malah mencipta aib diri pula (nazak).. 

Entahlah.. Tiada yang lebih indah aku rasakan rutin harian yang aku lengkapi bersama orang-orang yang aku sayang.. Matang tak matang aku buat terpulanglah pada mereka menilai.. Tiada lebih indah apabila melakukan sesuatu yang menyeronokkan  tanpa berkaitan dengan mencipta dosa, melalaikan diri dan menyalahi.. Susah untuk menjadi diri ini tapi senang jika kita sudah tahu apa yang serasi dalam diri.. 

P/S : Surat khabarlah perkara yang paling saya benci nak baca. Bukan surat khabar tapi Surat khabar derita. Surat khabar saksi dan bukti bangsaku musnah.. (Kecapi bahagia yang dicipta kerana Ilahi lebih bermakna)  - Nanti saya cuba jelaskan hajat yang saya telah saya akan capai yang membuatkan saya kata tiada yang indah ( Nantilah kot)

Rabu, 2 Februari 2011

Aku Sayang Allah

 

 Aku Sayang Allah 

Aku cinta Allah Aku sayang Allah

Bagaimana anda 'berkomunikasi' dengan Allah? 
Kalau saya bertanya kepada Anda pasti anda tercenggang? Bagaimana? Anda dan saya tahu jawapannya. Jawapannya ialah solat. Adakah sempurna solat saya dan anda? Insya-Allah.. Jika solatnya masih dalam waktu (tak lewat-lewatkan), wudhuk yang sempurna, mengadap kiblat dan niat kerana Allah serta memenuhi tertib rukun solat tersebut.

Berapa kali solat dalam satu hari (24 jam)?

Tahukah anda sejarah solat? Pasti Anda tahu.. Anda lebih arif.. Ya, tepat sekali solat difardhukan pada permulaannya adalah 55 kali sehari semalam kemudian Nabi Muhammad (Selawat pada baginda) naik dan turun mengadap Allah untuk mengurangkannya sehingga 5 kali sahaja sehari semalam. Hanya 5 kali sehari. Hanya 5 niat kerana Allah Taala. 17 Al-Fatihah dibaca.  28 sujud dahi ke tanah simbolik sujud pada Allah melalui kiblat yang satu yakni Kaabah. 

Apa itu 2 4 4 3 4 ?

Anda semua (yang membaca atau tidak) semua ada nombor telefon? Ala, mesti ada punya. Tak cayalah tak ada. Dan saya  percaya di fikiran anda pasti ada beberapa nombor telefon yang anda ingat atau anda hafal. Tak mengapa, hafallah. Saya tak marah dan saya tak patut cegah tapi saya nak minta anda hafal nombor 2 4 4 3 4 ini? Kenapa? Sebab sebanyak mana pun nombor anda hafal kalau anda tak hafal nombor 2 4 4 3 4 ini maka sia sialah hidup anda. 2 4 4 3 ini adalah talian bebas tol anda dengan Allah S.W.T. Anda ingat 2 4 4 3 4 ini maka insya-Allah Anda ingat Allah. Ingat, inilah perkara pertama anda ditanya.. Insya-Allah.. Makmur diri anda, setkan minda anda dengan 2 4 4 3 4.

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha
Letakkan Al-Quran sebagai Panduan Hidupmu dan As-Sunnah sebagai gaya hidupmu

Antum/Antuna semua (ukhwah fillah)

Artikel - Artikel Popular