Jumaat, 28 Oktober 2011

Keluarga Di Dahulukan Redha Di Utamakan


Rasullullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

"Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibubapa manakala kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibubapa."

Hadis ini membenarkan apa yang disebut sebelum ini, bahawa hubungan seorang anak dengan ibubapanya memiliki kaitan dengan hubungannya kepada Allah. Jika seorang anak berbuat baik kepada kedua ibubapanya sehingga mereka redha kepadanya, maka Allah juga redha kepada anak tersebut. Akan tetapi jika seorang anak tidak berbuat baik sehingga menimbulkan kemurkaan ibubapanya, maka Allah juga murka kepadanya.

Persoalan yang Ana belum jawab, mungkin segan nak jawab, mungkin malas nak jawab dan mungkin mungkin mungkin mungkin lagi.. Berapa banyak mungkin da???  Baik Ana jawab.. Jelaskan berdasarkan hadis? Ana sedang menuntut hadis di atas.. Ana sedang mencari redha Allah melalui redha ibu bapa.. Ana selalu sebut ayat ini. Ana dan semua diluar sana punya cita-cita dan impian.. Iye Ana juga punya impian dan cita-cita.. Cita-cita Ana nak jadi seorang posmen.. (Wa.. Kwang kwang kwang) ambil diploma jadi posmen? Itu cita cita masa darjah 4 - 6 da..

Ya mungkin ada kata rugi tak sambung..Tapi itulah Ana sedang sambung menuntut ijazah keredhaan Ibu bapa yang insya-Allah bakal Allah anugerakan.. Mungkin Ana tidak sebaik mana, mungkin Ana ada khilaf dan salah, mungkin Ana alpha dan leka, mungkin dan mungkin lagi.. Berapa banyak mungkin da?? Baik Ana faham.. Insya-Allah hikmahnya mula Ana rasai sikit demi sikit hari ini.. Syukur sangat.. Tak perlulah sebut tau.. Yang penting apa? K.E.B.E.R.K.A.T.A.N (Teringat pula cerita dunia baru } Mak dan Mohammad Adif { ).. Kesimpulannya?? Jeng jeng jeng.. 

Pengajaran lain yang tidak kurang pentingnya daripada hadis di atas, yakni sabda Rasulullah yang bermaksud:Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibubapa manakala kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibubapa, ialah jika kita mengalami kehidupan yang sempit lagi serba tak menjadi, hendaklah diperhatikan hubungan kita dengan ibubapa. Ini kerana seorang anak yang berada di bawah keredhaan ibubapanya, kehidupannya akan menjadi lapang lagi mudah hasil daripada keredhaan Allah Subhanahu wa Ta‘ala kepadanya. Sebaliknya seorang anak yang berada di bawah kemurkaan ibubapanya, kehidupannya akan menjadi sempit dan serba tak menjadi, disebabkan kemurkaan Allah kepadanya. 
 
Wa'Allahu'lam..

Khamis, 27 Oktober 2011

Berbicara Dengan Hati

 

Kenapa wahai hati?  Kenapa diikuti hati? 
Sekeping hati yang baik daging hati itu maka baiklah semuanya dan sekeping hati yang buruk daging hati itu maka buruklah semuanya. 
Berbicara dengan hati. 
Bukan mudah. 
Bukan tepat. 
Hati membenci tapi mata memandang,
Hinanya hatimu. 
Hati membenci tapi mulut melafazkan suka,
Lancang mulutmu.
Hati membenci tapi tanganmu menjalar liar,
Subhanallah, haram buatmu.

Masih berbicara dengan hati,
Bicara tentang butanya hati.
Debaran hati, sakitnya hati,
Itu kesannya akibat perbuatan anggota lain.

Dahimu berkerut meluahkan amarah,
Hatimu tidak stabil tidak kuat..
Air mata mencurah menjatuhkan ego hatimu,
Hatimu mudah tersentuh dan pecah ibarat kaca..

Usah menyalahkan hati yang diberi percuma untuk dijaga,
Usahlah ikutkan hati bak kata orang 'ikut hati mati',
Usah sedapkan hati dengan mengikut saja nafsu hawa yg tak kesudahan,
Usah usah dan usah..

Bahkan, ikutlah hati kepada perkara ketaatan,
Ikutlah kata hati apabila akalmu menyeru hatimu bersetuju,
Ikutlah kata hati apabila mulutmu berkata hatimu terlaksana,
Ikutlah hati apabila matlamatmu menghalalkan caramu..

Ikut kata hati, pena bisa melayang,
Ikut kata hati, tergadai maruah diri,
Ikut kata hati, ahh sudah sudah tak usah mengerti,
Biar hati ini sendiri, membaluti luka terdiam sendiri,
Menanti waktu bilanya nanti Insya-Allah akan terubat sendiri..


Sabtu, 22 Oktober 2011

Menunggu Perkhabaran

 

Penantian itu satu penyeksaan. Menanti apa sebenarnya? Dan apa yang menyeksakan itu? Entahlah. Mungkin menanti khabar. Khabar yang bagaimana? Khabar sedih? khabar gembira? Khabar dari dunia? Khabar dari akhirat? Namun benar adakalanya penantian itu satu penyeksaan. Kita mula dengan perkara yang mudah. Apa yang anda nantikan? Penantian seseorang berbeza ikut umur dan jantina.

Cuma kekadang rasa tak faham dan tak tercapai akal memikirkan ramai remaja melayang menanti sesuatu yang tak pasti. Menanti tanpa sebab yang kukuh, menanti dengan penuh luarannya hawa nafsu, menanti tanpa persediaan. Mereka menanti apa? Mereka menanti apa yang mereka sebut 'imam'. Pelbagai cara, ada yang siap dah surat untuk bakal imam mereka mengatakan ini dan itu. Dan entah kenapa Ana merasakan mereka mereka ini susah nak faham apa itu yang dikatakan takdir. Diri mereka masih belajar, masih mentah dalam umurnya, masih baru lihat sesuku daripada dunia, belum ada pekerjaan sendiri, masih di bawah tanggungan pinjaman dan ibu bapa serta bagi Ana amat amat 'tidak sesuai' nak berkata perihal jodohlah, nikahlah bahkan berumah tangga..

RUmah tangga ni bukan semudah ABC.. Bukan, Dah ada rumah pun belum tentu sempurna tangga yang di bina.. Ana tak nafikan ada yang berumah tangga di usia muda. Bahkan ada yang masih belajar, ada yang habis belajar terus nikah, ada juga yang menjadi ibu di usia yang muda. Tak dinafikan, tapi jangan dan harap harap ada yang tidak terpengaruh dengan kebahagian yang dipamirkan orang lain yang mungkin pandai mengemudikan rumah tangganya walhal ditayang, dipamer dan diceritakan serta tidak kurang diperhebahkan dilaman sosial yang memprovokasikan golongan muda untuk bernikah muda. Boleh, tiada masalah untuk nikah muda tapi cubalah fikir demi kepentingan bersama, fikir demi keluarga dan fikir demi tujuan kita hidup serta fikir tanpa dorongan nafsu. Jangan nafsu jadi panduan walaupun ada yang kata daripada duk couple baik nikah.. Betul, sape suruh couple, ibu bapa hantar luar daerah suruh belajar, bukan duk cari laki dan cari wanita. Fikirlah secara matang dan rasional, andaikata takdir dah tertulis tiada daya kita nak lawan namun jagalah diri, jagalah keluarga, jagalah maurah diri dan jagalah apa apa pun yang bakal mengaibkan dirimu sendiri.

Menunggu perkhabaran biar waktunya tepat, takdirnya tepat, Allah pilih setepatnya, Insya-Allah perkhabaranmu akan terisi.. Bukan sahaja dengan mudah, malah lebih tepat dan lebih perlu.. Insya-Allah..

Ahad, 16 Oktober 2011

Kehendak Manusia

 

Manusia bukan manusia diciptakan untuk sia-sia. Tidak sia sia juga tidak dipersia serta jangan menyiakan diri. Kehendak manusia kini banyak kehendak memenuhi fitrah manusia untuk menyerlah di dunia namun malap di akhirat. Sayangnya kalau ini berlaku. Memang benar, memang ianya sudah berlaku. Bukan satu dua namun berlambakkan kehendak manusia memenuhi nafsu untuk menyerlah di dunia sahaja. Kehendak apa yang dimaksudkan? Kehendak untuk memenuhi hidup namun kehendak itu hanya menyedapkan nafsu dan mahu lagi serta lagi bagi memenuhi ketamakan diri dan hati.

Kehendak manusia kini berbentuk keseronokkan (hiburan dan pengisian kesepian serta kesunyian). Pada masa kini berlaku sikit perkara pelik. Manusia yang beragama Islam banyakkannya berkehendak kepada keseronokkan walhal manusia yang bukan Islam pula semakin berkehendak hidup dalam agama yang Allah redhai. Banyak dan meningkat setiap tahu saudara saudara baru kita yang berkehendak kepada Islam walhal yang sudah Islam atas asbab dilahirkan atau sedia Islam menjauhi kehendak untuk mendampingi Islam. 

Pelik bukan? kehendak bukan sahaja berbentuk konkrit dan benda nampak hatta kehendak manusia untuk beragama dan memeggang teguh pada Agama (Ana maksudkan Islam) sama ada Islam yang diteruskan mahupun Islam melalui kurniaan hidayah dari Allah S.W.T. Jika engkau berkehendak pada agama yakni Islam maka kehendak engkau pada dunia akan berkurang. Jika engkau berkehendak kepada dunia makan kehendak engkau pada agama (Islam) akan berkurang lalu bakal padam macam api dihujung lilin. 

Berkehendaklah kepada perkara yang baik dan dapat meningkatkan kualiti dan mutu agama..

Rabu, 12 Oktober 2011

Kehendak Masa

 

Masa berkehendak. Masa itu melarutkan segala-galanya. Allah menyumpah demi masa. Masa itu tetap berkehendak. Tetap hendak mengubah. Tetap juga mahu mengatasi. Susah bercerita tentang masa. Kata hukama : "Masa itu ibarat pedang, jika kamu tidak memotongnya maka masa itu akan memotongmu". Allah firman mengingati tentang masa yang berbunyi : -

 "Apabila kamu berada pada waktu petang, jangan tangguh amalan baik sehingga tiba waktu pagi. Apabila kamu berada pada waktu pagi, jangan tangguh amalan baik sehingga tiba waktu petang. Gunakan waktu kamu masih sihat dengan melakukan amalan baik untuk menggantikan amalan yang kamu tidak mampu lakukan ketika kamu sakit. Gunakan waktu kamu masih hidup dengan melakukan amalan baik untuk menggantikan amalan yang kamu tidak mampu lakukan selepas kamu mati."

Banyak kita buang masa. Sekarang sebulan macam seminggu. Seminggu macam beberapa hari sehari tak tahulah macam mana. Masa mengubah segala galanya sekarang ni. Pemimpin boleh digulingkan apabila masa berlalu, Islam boleh dilupakan apabila masa berlalu, Islam juga boleh di dikagumi apabila masa berlalu, usia kita meningkat apabila masa berlalu. Sungguh semua berkaitan dengan masa. Masa mudamu sebelum tuamu, masa lapangmu sebelum sempitmu, masa sihatmu sebelum masa tuamu. Susah apabila masa berkehendak tapi senang apabila kamu tahu menghargai masa dan menjimatkan masa. Dua puluh empat jam seorang tak ada lebih tak ada kurang. Tingkatkan produktiviti dengan menjimatkan masa.. Insya-Allah..

Khamis, 6 Oktober 2011

Tolong Tolong


Assalamualaikum..
Ana ada Sony ericsson Xperia 8 untuk dijual.. 
- Warna putih
- Sudah sekali dengan screen protector tanpa kesan jari
- Dijual sekali set lengkapnya (Kotak, Charger SE, Case hanphone, Usb cable serta warranty yang masih valid hingga bulan 8 tahun depan)
- Hp ni baru Ana pakai sebulan
... ... - Harga RM 420 (Boleh runding lagi termasuk penghantaran)



Ana ada hp nokia C3 warna putih gold untuk dijual
- Dijual sekali dengan set lengkapnya (Kotak,Charger nokia ori, earphone, usb cable serta Protecter cover belakang warna hijau)
- Hp ini masih ada warranty sampai bulan 6 tahun depan
- Harga RM 380 (Masih boleh runding termasuk penghantaran)

* Ana sebenarnya urget nak jual hp ni sebab nak guna duit sikit.. harap sahabat dapat membantu.. Terima kasih...

Ahad, 2 Oktober 2011

Bible For Android (Umat Islam)

 
Android ini sekarang semakin menjadi perhatian pada penggemar gadget. Android adalah sistem operasi untuk peranti bergerak seperti telefon selular, komputer tablet dan notebook. Android dibangunkan oleh Google berdasarkan sistem perisian Linux dan perisian GNU. Android asalnya dibangunkan oleh Android Inc. (firma yang kemudiannya telah dibeli oleh Google).

Kemudian untuk mengembangkan Android, dibentuklah Open Handset Alliance, konsortium daripada 34 syarikat telekomunikasi, termasuk Google, HTC, Intel, Motorola, Qualcomm, T-Mobile, dan Nvidia.Android mempunyai komuniti yang besar dalam membangunkan serta menulis aplikasi untuk pengembangan fungsi peralatan. Dianggarkan hampir 70,000 aplikasi untuk Android boleh didapati, pada awal dahulu, menjadikanya sasaran pengembangan peralatan kedua paling popular untuk peralatan mobile.

Sistem operasi Android adalah platform smartphone terlaris di dunia, mengalahkan Nokia Symbian dari kedudukan teratas 10 tahun.Android mempunyai komuniti besar pemaju menulis program aplikasi (apps). Dianggarkan sekarang ini ada lebih dari 150.000 aplikasi yang sedia untuk Android. Muat turun percuma!!!

 
  
Namun awas!!! Dalam kelekaan manusia terutamanya umat Islam mengunakkan aplikasi android ini ada terselit agenda perang salib yang memaksa kita menjadi rujukan yang tak dapat diterima di akal.. Aplikasi Android mungkin sudah banyak melalaikan manusia dari tugas seorang hamba Allah tambahan pula terselitnya bible pelbagai terjemahannya.

 
Sejauh mana aplikasi ini dapat bertahan dan diharapkan umat Islam yang mengunakan aplikasi android ini dapat buka mata dan berhati hati..




Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha
Letakkan Al-Quran sebagai Panduan Hidupmu dan As-Sunnah sebagai gaya hidupmu

Antum/Antuna semua (ukhwah fillah)

Artikel - Artikel Popular