Rabu, 29 Februari 2012

Setahun Lepas Tak Lama Lagi

 

( DI MASJID NABAWI BERSAMA TETAMU ALLAH)

 

(SUASANA SELEPAS SOLAT ISYAK DI MASJID NABAWI)

 
 (BERSAMA TETAMU ALLAH DGN SATU NEGARA SATU TUJUAN)


ramainya tetamu Allah

Bersama seorang akhy

Alhamdulillah Tahun lepas saya telah menjejak dan menjadi tetamu Allah.. Insya-Allah tahun ni famili saya, ibu bapa dan 3 orang adik saya akan mengerjakan umrah pada 14 hb mac 2012 selama 15 hari.. Sehubungan dengan itu, saya menjemput Tuan Puan, Dato' Datin, Ustaz Ustazah, Sahabat sahabiah, rakan taulan, rakan kenalan dan semua untuk majlis kesyukuran famili saya pada 2 hb mac 2012, majlis akan bermula dengan solat fadhu Maghrib berjemaah hinggalah penutupan majlis.. sekian.. Insya-Allah..

Jumaat, 17 Februari 2012

Tak Boleh Beli Di Kedai Spare Spart

 

Risau betul saya.. Betul saya risau.. Nyawa orang lain kita kena prihatin tapi kalau nyawa kita ada orang prihatin? Ish, ni nak masuk bab melenting ni.. Sabar, orang belakang ingatkan supaya sabar dan perlahankan nada ayat anda.. Baik baik orang di sebalik tabir.. Benar, dia mana mana sahaja boleh nyawa ini diambil hatta dalam tidur pun tanpa amaran (betulkan kalau saya salah) Allah boleh ambil nyawa kita.. Tapi Nabi ajar "sediakan payung sebelum hujan" eh bukan ayat ini Nabi ajar "mencegah lebih baik daripada mengubati" dan orang duluan pun nak masuk juga mereka reka "sediakan payung sebelum hujan".

Semua bahaya di mata saya. Saya berjalan kaki dan memandu. Walaupun saya seorang berjalan kaki dan memandu saya amat risau orang menunggang, berjalan kaki dan memandu juga. Saya merisaukan orang lain lebih dari diri saya sendiri. Kan Nabi pesan yang kita (manusia sahaja bukan jin) yang kita kena menyanyangi orang lain lebih daripada diri kita sendiri barulah sempurnalah iman kita. Tapi sedihnya kita ramai yang mementingkan diri masing masing.. Ramai yang hanya memikirkan situasi dan apa yang dirasai sahaja.. Ramai yang disebabkan kecuaian diri orang lain jadi mangsa.. Kalau saya jadi anda saya akan jaga diri dan orang disekeliling..

Khamis, 16 Februari 2012

Apa Harus Saya Kata

 

Saya jumpa kata kata ini tadi :

"Alhamdulillah Allah beri peluang dan buka hati saya untuk bertudung."

Pertama kali terbaca ayat ini saya semua ada tercenggang ada, ternganga ada, terkejut pun ada ibarat nak pinjam kata kata "macam macam ada" .. Dalam hati terdetik dua je kata kata, yang pertama kalau saya 'istiqomahlah' maka sebenarnya saya hanya kata agar berterusan dan jika saya kata 'dah lama dah benda tu jatuh wajib' maka nampak sikit kekurangan adab pada diri saya. Entahlah. Bukan saya tak mahu kata apa apa cuma saya tak berkenan tudung yang ramai panggil apa namanya tudung hana ape ke benda? hana tamika? hana jia? Hana apa? Tak pandailah saya nak sebut. Betulkan kalau saya salah. 

Entahlah kenapa, saya cuma berkenan pada tudung yang bidang 60 dan tudung labuh ni.. Pada tudung bukan pada orangnya tau.. Nak nak kalau yg berpurdah dup dap dup dap dap lagi saya rasa namun apakan daya saya ni jenis segan dan seganlah.. Balik pada topik.. Apa harus saya kata? Kalau ada jadi saya apa yang anda kata? Apa yang harus terniat di hati anda? Bagaimana dan kenapa? Jawab sayaa...

Rabu, 15 Februari 2012

'Surat Cinta" Dari Kakak Parking

 

'Surat Cinta' yang tak mengenal siapa.. Benar ke macam tu? Surat cinta ini hanya mengenal orang awam sahaja. Kitalah orang awam ni.. Ayoo wat duit fulus manyak manyaklah macam ni.. Mungkin di negeri negeri tertentu tidak berpeluang mendapat 'surat cinta' daripada kakak dan Abang Abang parking berbilang bangsa namun hati boleh bikin panas kalau satu hari sampai berkali kali terima ini surat tau. 

Wah, blogger you rock la beb? Melayu chinise style gitu.. Amboi, orang yang berjalan pun boleh geleng kepala tengok.. Mak bedah, Cik Kiah dan Mak Jah serta Abang Derus dan Pak Long semam pasti pun kata bikin panas kalau 'Surat Cinta' ini diedar tanpa batasan dan tanpa perjudisnya.. Orang sekarang macam ni ka? Mana mana pun hanya fikir 'wang' sahaja.. Betul, sikarang hidup bukan macam dulu. Sikarang hidup susah bukan macam dulu. Sikarang ni not RM 10  itu mana ada apa apa.. Ayoo, top up sikijap saja sudah habis..

P/S : Mengenang nasib anak cucu walaupun belum berumah tangga akan datang dengan hal hal yang susah susah yang dilakukan orang senang..

Selasa, 14 Februari 2012

Aku Blogger Takut

 

Ente P.Ramlee ka? Antara kata kata P.Ramlee : 

"Oii, sini wayang gmabar pusing ka?Ooo...lu pon tersampuk ka?"...Berjalan meninggalkan jaga.

"Eh, sudahlah, mari kita baliklah. Ini diorang semua banyak anginlah."

"Nama saja orang Melayu, sikit adab pon tak tau. Orang ada ka panggil, hoi, hoi,hoi. Saya ni apa ka? Batu ka? Kayu ka?" 

"Alamak, benggali tu bahasakan kite la!"Tersentak Sudin.

"Memang betul dia cakap. Engkau tu mana ada bahasa. Panggil orang hoi, hoi, hoi... Bahasa menunjukkan bangsa tau!" Pintas Ramlee.

Nampak bersahaja bukan? Tapi disitulah letaknya pengajaran. Bukan sahaja erti sopan santun kemelayuan itu sendiri, tapi adab Islam yang saling menghormati. 

Bukan membuka sepuluh jari dengan menulis pasal Allahyarham P.Ramle (al-Fatihah) di tajuk 'Aku Blogger Takut'.. Sebenarnya Ana ramai baca yang Allah itu maha Melihat dan dalam kalam Al-Quran Allah kata Dia ada sifat Maha Melihat dan Maha Mendengar jadi bila Ana jadi blogger takut maknanya apa yang kita ulas, apa yang kita tulis semuanya tak terlepas daripada apa yang dikatakan.. 

Antara dipertanggungjawabkan ialah umur, harta benda, Ilmu dan kesihatan serta keadaan tubuh badan.

Ciri yang membezakan antara manusia dan haiwan adalah adanya akal. Dengan akal manusia mampu menilai kebaikan-kebaikan, informasi-informasi, dan lain-lain. Dengan akal pula manusia mampu menghasilkan ilmu. Berbekal ilmulah manusia mencari kebahagiaan serta keselamatan di dunia dan di akhirat. Semakin banyak ilmunya, semakin dekat pula dia kepada Sang Pencipta (apabila digunakan sebagaimana mestinya). Rasulullah saw telah bersabda,  
 
"Apabila datang kepadaku suatu hari, di mana pada hari itu aku tidak berupaya menambah ilmu, maka tidak ada keberkahan bagiku pada hari itu."

Dengan ilmu yang dimiliki, manusia diharapkan akan menjadi orang yang baik dalam semua lini kehidupannya, terutama ilmu agama. Namun, jika ada orang yang pengetahuan agamanya lebih dari cukup, lalu tindakan kesehariannya tidak sesuai dengan ilmunya, bahkan bertentangan, maka orang yang demikian ini akan lebih dulu disiksa oleh Allah SWT, sebelum Dia menyiksa orang-orang kafir penyembah berhala. Salah seorang ulama dalam syairnya menyebutkan:
 "Orang alim yang tidak mahu melaksanakan ilmunya maka ia 
akan disiksa sebelum disiksanya para penyembah berhala"

Isnin, 13 Februari 2012

Mereka Budak Kita Remaja

 

This is your fixie bike style. The color problem follow the tastes. This year Fixie Bikes components has been very plentiful dan inexpensive. Want to change the tires with a red color, or yellow is also there. Make your fixie bike with all white also can. Fixie bike frame.You can buy assembly frame type that more exciting. Buy a plain frame or with white background, then painted according to your taste. Now a lot of bike builder offers service to paint fixie bikes. Paint a fixie bike usually inexpensive.

Wheels or Rim for fixie. have various models although have the same shape but there are some wheels that made thicker. Wheel color from black and white a lot of in the market.Handlebar of fixie bike is also unique. Made shorter so that it can slip between traffic . jam. Want to retain the old handlebar will do.

The most cool with fixie bikes. This bike can back and forth at will. Encouraged to forward or backward, the fixie bike going forward or backward. because these bikes generally use fixed gear type.

Semalam nampak budak budak seusia muda rasanya, nak pakai basikal fixie tahu mereka tak mampu pastinya ibu atau bapa mereka yang beli.. Bukan nak salah ibu bapa mereka belum dan jauh sekali nak kata yang saya minta basikal pixie ni.. Minta jauh, jauh simpangnya jauh jauh.. Cuma nak kata juga mungkin sikit teguran atau nasihat.. Masa tu tengok mereka adalah dalam 10 hingga 12 orang agak berbahaya menunggang dengan gahnya basikal pixienya macam mereka sahaja ada.

Bukan nak mengata cuma, nak ingatkan yalah benar mereka je ada basikal fixie tu tapi nyawa ni semua yang hidup ada.. Jangan sekali kali gadai nyawa sebab gah nak layang menayangkan basikal fixie yang lik lau lik klik klik mata dengan warna-warninya.. Kami akui zaman zaman kami walaupun ada basikal namun basikat BMX atau basikal GT tiada pixie pixie ni tapi zaman kami dengan zaman kamu sama.. Kita sama sama ada nyawa.. Sayangi nyawa lebih daripada harta benda kita.. (nostagia)..

Jumaat, 10 Februari 2012

Biar Lambat Asalkan Tepat

 

Maaf ini agar peribadi. Ini buat diri sesiapa yang faham sahaja. Diri ini pernah mencuba satu, dua, tiga dan empat kali serta kelima kali. Namun jawapan gagal sering muncul. Bila hati tekad memilih jalan nikah. Bila hati tekad memilih dahulu sebelum di dahului namun tetap sahaja diri ini di dahului. Diri ini percaya jodoh itu hadiah daripada Allah termasuk hadiah hadiah yang Allah kirim satu persatu pada hamba-Nya namun fitrah hati mengatakan usahalah untuk jodoh namun fitrah hati lambat mengatakan hadnya. Akhirnya gagal menempa diri. 

Alah, biarlah yang satu dan dua sudah bahagia dengan takdir yang Allah berikan pada mereka.. Huhh, biarlah yang seterusnya punca perancangan dan ditemui dgn pemilik tulang rusuk  mereka.. Maafkan diri ini tidak bercerita kepada yang seterusnya tentang yang sebelumnya.. Benar, semuanya hampir. Hampir tunang dan belum hampir nikah namun benar mereka bukan pemilik tulang rusukku yang hilang. 

Benar yang kamu baca diriku macam agak bosan menceritakan hal ni.. Satu tika pernah diriku suarakan rasa hati yakni diriku masih muda, masih punya cita cita mengemudiakan cinta namun mereka (ibu bapa) mahu diriku yang dulu. Yang punya semangat dan perasaan hidup. Bukan punya perasaan untuk tidak hidup, cuma berbeza pada dahulu. Kini diriku macam alam maya, duniaku untukku. Dalam duniaku hanya diriku berhak menentukan diriku, selagiku tidak langgar apa Allah larang dan tidak tinggal apa yang Allah suruh maka duniaku ialah dunia buat kekosongan diriku.  Penat, letih, lelah itu bukan keluhan.. Keluhan yang sebenarnya jemu.. Bagaimana rancang pun diriku percaya jika belum masanya maka belum masanya. Benarkah? Tadi memandu. Tengok tiga warna lampuenoen arah. Dah merah maka berhenti, nak cepat macam mana pun kena berhenti. Begitu jugalah diri kita. Kisah hidup kita sudah dicoret cuma kadang kadang Allah beri peluang kita untuk ambil pemandam betulkan sikit sikit hidup kita.

Usah lagi bertanya kerana diriku sendiri belum ada jawapan tenang untuk menjawabnya. Kudoakan semua kalian gembira tanpaku. Maafkanku kerana tak ada apa dapatku lakukan. Disaatku merinduimu, maafkanku katakan cinta terlarang yang ku sedar cinta tak akan bersemi kembali.

Khamis, 9 Februari 2012

Arghhh masuk lalat kang

 

Arghhh.. Arghhh.. Amboi, nak marah pi mai hentam sape? Arghhh kejap kejap kenapa ada triple h?  Tak tipu perasaan tak arghhh <---- hhh.. Mai tengok kejap..

 

Arghhh yang ni ka?

atau

]

Arghhh dinisbahkan kepada triple H

Atas gambar hiasan sahaja. Semua Abang Google beri pinjam tanpa izin. Karang Abang Google akan pinjam satu gambar lagi. Gambar tak menceritakan apa apa bahkan saya nak cerita ni. Saya seakan akan suka dan sokong cerita cerita p.ramlee. Tak jemu tengok cerita p.ramlee ada yang kata macam tu seolah olah p.ramlee berjasa untuk menegur masyarakat dari segenap lapisan masyarakat agar faham hidup ini.

Antara babaknya
 "Kalau marah nanti kena jual!!"

Maaf beri kredit lebih kepada Allahyarham p.ramlee namun kredit patut diberi kepada Rasulullah s.a.w. kerana dari celik mata hingga tutup mata Rasulullah tinggalkan sunnahnya untuk kita amalkan dan dapat pahala buat diri kita..

Sambung cakap pasal arghhh. Saya cuma nak pesan satu je tentang arghhh ni yakni janganlah marah tak bertempat. Banyak dah kes akibat marah banyak perkara yg tak diingini berlaku. Saya belek surat khabar dan belek belek lagi khabar ngeri.. Cuba anda belek surat khabar ngeri ni..

Abang Google beri pinjaman plus plus :


Cuma pesannya " Don't try this at home "

Rabu, 8 Februari 2012

Susah Salah Diam

 

Maaf, bukan berniat nak tekan atau beri tekanan kepada pembaca. Maaf, saya peribadinya tak pandai dalam mengolah sesuatu bagi orang berhibur dan terhibur. Maaf lagi saya sebenarnya tak pandai nak buat lucu dan nak buat sesuatu yg menunjukkan diri saya menarik tapi saya peramah bertempat. Dapat tangkap maksud saya?

Maksud saya kalau saya cakap salah dan saya tak cakap juga salah dan tak salahkan kalau saya berdiam. Bukan, saya ambil keputusan untuk diam. Kekadang saya kurang nak ambil tahu hal orang. Risau hal orang jadi hal kita dan orang tak pening kepala tapi kita yang tolong pinjam pening kepada untuk dia. Bagi saya sendiri buat masalah, pandailah sendiri selelsaikan. Bukan maksudnya saya tak mahu ambil tahu, cuma kadang kadang kalau ambil tahu serupa je nak nak tuan diri tidak entah tentang masalah itu inikan kita nak lebih lebih fikir fikir tentangnya..

Maaf, saya tak menarik. Tiada rupa, tiada berbekalkan senyuman yang menawan. Sesungguhnya tiada yang lain yakni saya yang hanya punya sekeping hati untuk mengenal fitrah dan makfirah. Akan tetapi sebenarnya diri saya sudah penat. Anda juga begitukan kadang kadang anda mahu bersendiri. Anda mahu lalui hari dgn tenang. Anda mahu respon daripada sekeliling anda akan sesuatu anda lakukan akan tetapi pastikan apa yg anda lakukan itu jauh dari bau bau riak.  

Saya seperti di atas "enjoy to be silent" dan saya diam agar tidak menjadi punca sesuatu yang saya tak diingini. Saya diam kerana saya risau dan bimbang akan akan sangat membuat orang terluka. Dan saya diam terutamanya saya risau tak diam saya membuka satu lubang dosa dengan manusia. Maaf, anda saya kata saya "enjoy to be silent". Saya ada satu rasa, rasa saya fitrah, saya terima hinaan dan tomahan, saya punya hati lembut, saya diri saya. Saya khilaf saya. Saya susah, salah dan diam.

Isnin, 6 Februari 2012

Jika Esok

 

Sila baca tanpa noktah.. 

Jika esok aku bangkit, jika esok aku berdiri, jika esok aku masih di sini, jika esok aku masih bernyawa dan bernafas lagi, jika esok ^$%$^&*&^ Dah dah dah.. (Dah ada noktah sila berhenti)

Kenapa semua esok ni? Ada dikalangan kita, eh bukan di antara kita, eh bukan segelintir di antara kita (tu betul) hanya memikirkan esok walhal dia berada dalam hari ini, ketika ini saat ini dan nikmat ini serta nafaz hari ini. Bagaimana pula dengan yang ini?

Andai hari esok langit akan runtuh,
Tabahlah menjunjung bersamaku,
Andai hari esok dunia gelora,
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu.

Mungkin hiperbolanya agak melampau, mana taknya nak junjung langit tapi ayat pertama itu
andai hari esok langit akan runtuh apa maknanya tu? Makna kiamat adakah? Kalau benar kenapa ada segelintir di antara kita suka 'esoklah'.. Bagi yang asyik esok esok tu cuba ambil pedoman mengenai ayat ini..

Daripada Ibn Umar r.a., katanya : "Rasulullah SAW telah memegang bahuku dan bersabda : ‘ Anggaplah dirimu di dunia ini sebagai seorang perantau, atau pengembara." Maka Ibn Umar berkata : Jika engkau berada di waktu petang, maka janganlah engkau menunggu pagi. Dan jika engkau berada di waktu pagi maka janganlah engkau menunggu petang. Gunakanlah waktu sihatmu sebelum datang waktu sakit. Dan gunakanlah waktu hidupmu sebelum datang waktu mati. 

Hari ini lebih baik daripada semalam. Esok belum tentu ada buat hari ini. Hari ini sihat, hari ini hidup esok mungkin sakit dan esok mungkin mati.. 

Kelelakian VS Keperempuanan

 

(Siapa lukis hok ni, ambe pinjom lame lame bleh?)

Ada yang buka persoalan lagi dan lagi.. Maaf si saya tak pandai nak menulis gaya gaya santai, santai ke? Gaya entahlah anda nilailah sendiri..  Ops, kata tak mau guna si saya lagi? Baik guna Anta kerana saya lelaki atau guna 'saya'. Persoalan tadi ialah bagaimana kawan lelaki dan perempuan yang anda cari? Saya terfikir pada soalan tu sebenarnya? Lalu saya dalam hati menjawab "Penuh sifat kelelakiannya dan Penuh juga sifat keperempuannya". Biar betul jawab macam tu.. Soalan kenapa letak gamba UAI di atas pun belum dijawab. Kenapa entry in banyak orang persoal? Baik baik.. Saya pun kurang stabil ni.. Pening sikit..


Baik baik.. Soalan kenapa saya guna gambar UAI sebab setakat ni memang saya suka dengar ceramah beliau walaupun beberapa ke kuliyahnya dan banyak kali tengok di tube awak tak jemu jemu dengar ceramah UIA. Dan kenapa saya jawab soalan itu dengan jawapan ini "Penuh sifat kelelakiannya dan Penuh juga sifat keperempuannya".. Nak kata kita baik tak kan? Nak kata kita tak baik tak juga kan? Realitinya tiada orang baik yang mengaku dia baik serupa juga tiada pencuri yang mengaku dia mencuri.. Baik bagi melengkapkan jawapan itu saya menjawab penuh sifat kelelakian dan penuh sifat keperempuanna ialah kalau kita baik kita suka mendekatkan diri kepada orang yang baik sahaja, tak kira lelaki dan perempuan yang baik baik.. Kita tak mahu berkawan sekaligus 'ajak' mereka yang kurang baik kearah lebih baik sebab kita risau diri kita pula akan 'tarik' kepada kurang baik.. Kenapa macam ni?

Ini realitinya.. Saya tak pandai sangat, saya pun ada kekurangan diri.. Adakah kalau kita nak jadi baik kita kena dampingi orang baik baik? Benar, saya tanya saya jawab.. Adakah orang baik baik tak boleh dampingi kita dulu? Ke mereka takut? Berjubah dan berkopiah, lari lari.. Adakah begitu? Saya tinggalkan persoalan buat semua di sini.

Khamis, 2 Februari 2012

Penulis Picisan

 

Si saya penulis picisan. Dah jangan guna 'si saya'. Maaf saya cepat terikut bila baca belog belog orang. Penulis picisan ni sebenarnya picisan itu sipi sipi sahaja. Boleh juga kata sambilan sahaja dalam penulisan ni. Nak berkira sikit, mana menulis ni untuk hanya berkongsi, tak perlu kena bayar pun (bayar bil broadband, bayar elektrik) itu saya dan anda kenalah. Tapi buka belog belog penulis picisan ni satu je perlu hafal link sahaja. Nak komen ke nak bantah ke tak nak komen ke tak nak bantah ke terpulang pada anda. Cuma biasalah penulisan picisan ni biasanya bebas memilih tema apa yang nak tulis, banyak ratanya saya tengok tentang ilmiah tak kurang tentang kisah hidup dan luahan hati. 

Cuma penulisan picisan ni tak bolehlah menulis ikut suka sahaja. Jangan sampai menulis dengan gaya berlagak, menulis dengan kata kata kesat dan menulis dengan rasa bangga serta riak. Tak berkata pada sesiapa cuma ingatkan. Menulis ni macam buku baharuddin bekri kata 'Penulis disayangi Allah'. Haa, macam tu menulis biarlah ada isi dan ada ilmiah serta ada sesuatu yang dapat dijadikan model untuk jadi 'penulis yang disayangi Allah'. Macam mana tu?

Bukan nak ajar atau nak kata tak boleh. Ini tak boleh itu nak boleh.. Orang kita ni biasalah.. Bila kita cakap sikit berbunga fikirannya.. Berbunga bukan apa -ve sahaja difikirnya.. Tak mahu cakap pasal ni.. Nak cakap pasal penulis picisan ini.. Saya suka membaca.. Suka meneliti karya karya.. Maaf bukan karya bahasa Inggeris.. Saya suka bahasa melayu iaitu BMT bahasa melayu tinggi.. Benar bahasa saya bukan termasuk dalam bahasa yang kaya maksudnya bahasa pelbagai juga saya belum boleh guna bahasa melayu klasik namun itulah saya hormat penulis yang menulis untuk memertabatkan bahasa melayu ini.. Saya tidak rasa satu masalah bila saya menulis, saya menaip sms dan saya bercakap dengan bahasa yang saya gelar bahasa kamus juga lebih sedap didengar BMT (bahasa melayu tinggi).. Bukan masalah dan juga pada anda bukan masalah.. Insya-Allah sama sama kita menjadi penulis yang disayangi Allah sebagai 'model'.

Rabu, 1 Februari 2012

Sumpah Tak Tipu

 

Nabi bersabda :-

فمن كان حالفاً فليحلف بالله أو ليصمت

Ertinya : Barangsiapa yang ingin bersumpah, hendaklah dia bersumpah dengan nama Allah atau (jika tidak), hendaklah dia diam sahaja (tidak bersumpah).
 
(Riwayat Al-Bukhari)
Dewasa ni, sumpah kiri! Sumpah kanan! Sumpah itu. Sumpah ini. Takot dan serun (gerun) dengar bila ada golongan main sumpah sumpah ni. Famous si sesumpah kerana ramai sebut nama dia. Nak beri cash ke kat sesumpah? Nak snap snap cybershot ke? Ke HD? Haha.. Tak maulah sebut hal hal orang atas (bakal turun juga).
Nak sebut pada kita ni. Dulu masa kecil. Kita asyik main sumpah sumpah. Sumpah itu ibarat mainan di mulut. Mungkin waktu tu ala, waktu kita kecil tak faham apa pun. Hari ni kita rasa kembali mcm budak budak dulu malah mengalahkan kita bila orang besar pula main sumpah sumpah. Daripada orang atas yang bakal jatuh hinggalah orang orang bijak pandai sampai passing passing kepada beberapa blog para akhy dan ukhty yang entah kenapa tak lepas daripada menaip perkataan sumpah. Nantikan komen saya pasal penulisan blog yang dianggap 'nak tunjuk terror' bertajuk penulis picisan.


Tadi Si Saya Ingat Waktu Dulu

 
Tadi [ 6.15 petang waktu malaysia ] - [Lokasi - Kafe Siber - Bandar Indera Mahkota 3]. Telefon biasa je mana ada GPS. Tak mengapa, tak penting pun.. Buat apa kat kafe siber bang? Dah tua tua pun main CC lagi? CC? Itulah nama glamour Kafe Siber juga famous buat budak budak. Tu depa tanya ' bang buat apa di CC bang? ' Tua dah si saya ni.

Tinggalkan persoalan tu. Sebenarnya ke siber kafe tu nak print out lirik selawat thola'al badru alaina (selawat masyarakat madinah ketika menyambut kedatangan Nabi Muhammad s.a.w ) (solloallah alaiwasalam) kerana adik si saya ketua rombongan perarakan sekolahnya sempena maulidur rasul (salam eid milad ya Rasulullah ya habibullah)

Kalau anda seperti si saya ni yang suka melihat dan berfikir maka tadi kuingat waktu dulunya si saya. Ingat apa? Awek lama ke? Eh, bukan. Suasana yang semua orang pernah laluinya. Dulu cuba bayangkan, siapa kaki CC? Saya si kaki CC. Ala, biasalah main games dulu sampai sekarang si famous Counter strike dan half life atau ricochet. Amboi bang, semua ingat dalam kepala. Ala dik, si saya macam adik juga dulu. Cuba tenung sikit, jangan berangan tau, dulu sampai sekarang permainan sewa si siber kafe 1 jam hanya RM2. Kita budak sekolah manalah ada duit banyak. Betul dok adik ku tanya adik adik yang tak puas main. Bila mula main rasa lama lagi masa tamat, bila tengah syok tak ingat mainnya mulalah belum ditengah jalan (belum puaslah) tetiba pc mati.. Timbul rasa kecewa dalam hati tu ada.. Rasa membazir pun adakan.. Itulah tadi si saya ingat waktu dulu. Tiada dulu maka tiada yang sekarang.


P/s : Nakal nakal kita dulu itu je. Dunia main itu kita punya. Anda macam tu kan?

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha
Letakkan Al-Quran sebagai Panduan Hidupmu dan As-Sunnah sebagai gaya hidupmu

Antum/Antuna semua (ukhwah fillah)

Artikel - Artikel Popular