Rabu, 31 Oktober 2012

Taufan Sandy Taufan Nama Perempuan (A.S. ambil itibar)



NEW YORK 30 Okt. - Sekurang-kurangnya 17 orang dilaporkan terbunuh di tujuh buah negeri apabila Taufan Sandy mengganas, membadai kawasan persisiran pantai timur Amerika Syarikat (AS), awal hari ini menyebabkan lebih sejuta penduduk di beberapa negeri terpaksa dipindahkan.

Antara negeri yang mencatat kematian termasuklah New York, New Jersey, Maryland, Pennsylvania, West Virginia dan North Carolina apabila taufan itu melanda AS sejak pukul 8 malam tadi (8 pagi waktu Malaysia hari ini, menjejaskan lebih 50 juta penduduk di wilayah itu.

Kira-kira sejuta penduduk yang terjejas teruk turut dipindahkan.

Taufan gergasi itu membawa kelajuan angin 130 kilometer sejam, melanda kawasan persisiran pantai sejauh beratus-ratus kilometer dengan beberapa negeri dilanda hujan lebat dan bandar-bandar utama lumpuh dengan bandar raya New York paling teruk terjejas.

Presiden Barack Obama mengisytiharkan dekri kecemasan di New York dan New Jersey, selepas taufan tersebut mengakibatkan kira-kira 13,500 penerbangan di seluruh negara dibatalkan semalam dan hari ini.

Bandar raya New York lumpuh apabila sistem pengangkutan kereta api bawah tanah terjejas teruk, terburuk dalam tempoh 108 tahun, sementara kira-kira tujuh juta penduduk di seluruh negara turut mengalami masalah terputus bekalan elektrik
.
Satu kebakaran besar di kawasan penempatan di New York City yang banjir, menyebabkan 50 buah rumah musnah, namun hanya dua orang mengalami kecederaan ringan.

Suasana di sekitar pusat bandar Manhattan turut panik apabila banjir setinggi 3.9 meter menenggelamkan terowong-terowong dan stesen kereta api bawah tanah, selain menyebabkan pelancong serta pesakit-pesakit di hospital terpaksa mencari tempat berlindung.

Dalam perkembangan berkaitan taufan gergasi itu, dua buah loji kuasa nuklear masing-masing di New Jersey dan New York ditutup awal hari ini, namun operator loji menyatakan, ia tidak mendatangkan risiko terhadap keselamatan awam.

Pusat Taufan Kebangsaan menyatakan, Sandy yang berubah lemah kini bergerak ke kawasan pedalaman, namun masih mampu menghasilkan angin kencang serta banjir di sepanjang pantai timur.

Sejak membadai Caribbean beberapa hari lalu, taufan tersebut telah mengorbankan sekurang-kurangnya 67 nyawa.

Firma pengurusan bencana, Eqecat meramalkan, Sandy boleh menjejaskan kira-kira satu perlima atau 60 juta penduduk AS dan mengakibatkan kerugian berjumlah AS$20 bilion (RM60 bilion). - AGENSI

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20121031/lu_01/Taufan-Sandy-mengganas-di-AS#ixzz2AsiIz6D4

P/S : Diharapkan TAUFAN SANDY ini memberi pengajaran buat A.S. dan menerimanya sebagai keinsafan. Taufan sandy mungkin balasan Allah kepada A.S. kerana kejam terhadap negara2 Islam. Tapi nama taufan setakat ni tetap nama wanita. Katrina, sandy dan lain lain.

Jumaat, 12 Oktober 2012

Ku kejar Kau dan Kau kejar Aku

 

Bismillahir rahmanir rahim.. Alhamdulillah.. (DOA KHASNYA BUAT IBUNDA DAN AYAHANDA yang sedang mengerjakan HAJI tahun ni)

Sedikit terasa RINDU pada mereka.. Mestilah anak mana yang tak merindui mereka.. Merindui mereka dalam menghadapi kesibukkan tanggungjawab dan amanah pemberian Allah.. Alhamdulillah.. Sengaja calitkan MERAH pada RINDU itu kerana lumrah kebiasaannya apa yg melibatkan bahagia dan hati ini MERAH atau PINK.. Kih Kih

KU KEJAR KAU DAN KAU KEJAR AKU ini topik sebenarnya.. Apa pulakan main kejar kejar ni.. Macam masa kuncil kuncil dulu rasanya.. Anda berlaman sosial tak? Jangan kata TIDAK kerana ini bukan rokok yang perlu katakan HARAM.. Mesti adakan? Alhamdulillah, manfaat sebagai apa? Sebagai DAKWAH? Bagus budak ni. Sebagai luaskan perkenalan? Harap dengan niat yang betul. Sebagai cari gf/bf ? adoyai, ini yang kena hadkan atau kena mujahadah Nafs dan tukar niat kepada niat pertama atau kedua. Sebagai memenuhi masa? Kalau saya kata buang masa adalah macam mana? oh. Oke, bosan.. Sebagai apa lagi? Anda?

Walaupun apa niat anda pastikan JANGAN anda main kejar kejar.. Adoyai, macam mana main kejar kejar di laman sosial? Haha.. Ce cari macam mana? Entah saya pun tak tahu tapi maksud saya yang sedikit anda TAK FAHAM ialah berlumba lumba update status.. Oh, itu je. Tertunggu tertanya tertengek dan termusykil tadi. Maaf kalau ada ada 4T tadi kerana saya pun nak 2T je yakni Tertulis dan Terbaca..

Tiada salahnya nak update status itu. Buatlah, guna apa pun di laptop atau telefon canggih anda sebab bil dan kredit tanggungjawab sendiri cuma Anda bertanggungjawab dalam apa yang anda UPDATE. Ianya seperti anda berkata atau anda menyampaikan sesuatu pastinyiaSHOHIH dan boleh dijadikan AMALAN. Kalau ianya tak SHOHIH dan orang beramal maka anda tahulah apa akibatnya. Dia beramal dengan ILMU yang salah dan SAHAM dosanya KHAS buat ANDA..

Saya tinggalkan anda dengan ANDA BERFIKIR...

WASSALAMUALAIKUM W.B.R

Isnin, 1 Oktober 2012

Satu Dua Tiga adeii.... Tiada pun...

Bismillahir rahmanir rahim..

Sembunyikan amalan dan jangan banding-bandingkan amalan kamu dan orang lain. Belum tentu amalan kita diterima dan doakan semoga Allah menerima amalan kita. 

Firman Allah dalam surah Al Maidah ayat 27 bermaksud :

"Sesungguhnya Allah hanya menerima (amalan) dari orang-orang yang bertakwa."
Ibnu Diinar mengatakan, "Tidak diterimanya amalan lebih ku khawatirkan daripada banyak beramal."

‘Umar bin ‘Abdul Aziz berkata tatkala beliau berkhutbah pada hari raya Idul Fitri,

Wahai sekalian manusia, kalian telah berpuasa selama 30 hari. Kalian pun telah melaksanakan sholat tarawih setiap malamnya. Kalian pun keluar dan memohon pada Allah agar amalan kalian diterima. Namun sebahagian salaf malah bersedih ketika hari raya Eidul Fitri."

Dikatakan kepada mereka, Sesungguhnya hari ini adalah hari penuh kebahagiaan.” Mereka malah mengatakan, “Kalian benar."

Akan tetapi aku adalah seorang hamba. Aku telah diperintahkan oleh Rabbku untuk beramal, namun aku tidak mengetahui apakah amalan tersebut diterima ataukah tidak.” Itulah kekhawatiran para salaf.

Teman tercinta, selamat beribadah semua. Saya doakan semoga kalian semua selamat, dipermudahakan urusan, diterima amalan. Insya-Allah. Moga Allah permudahkan perjalanan kalian semua dalam apa jua. Allahuma Ameen.. :))

Ketukan Misteri

 
 (Ketukan, buka pintu yang mana?)

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah 
dan Maha Mengasih dan Penyanyang..

Assalamualaikum w.b.r..

Ini kisah benar..

Sedang leka sebenarnya. Ana leka sikit hari ni. Mungkin penat sebab kerja. Ana leka main PS2 selepas solat maghrib tadi. Nauzubillah. Isyak tadi azan 8.15 malam. Ana leka bermain sampai 8.30. Tiba tiba ketukan pintu bilik menyapa Ana. Dup dap hati Ana bergetar, nauzubillah. Ana nak buka pintu namun hati Ana mula bersarang takut. Dalam hati mungkin malaikat maut yang mengetuk pintu itu. Ya Allah, kalau bilik air Ana ada tandas. Nak je Ana ambik wudhuk dulu baru buka pintu. Saat ini Ana fikir, kalau diluar yang ketuk malaikat maut. Ya Rabbi, mati tak solat Isyak Ana..

Jadi sahabat semua, jadi lebih baik sikit pada Ana. Jangan leka dgn dunia buat Anda tangguh sesuatu yg wajib.. Dah solat ke belum ni? Sahabat semua?

Surah Ali-Imran ayat 102 bermaksud :
 
"Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa, dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam."

Istifar..

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha
Letakkan Al-Quran sebagai Panduan Hidupmu dan As-Sunnah sebagai gaya hidupmu

Antum/Antuna semua (ukhwah fillah)

Artikel - Artikel Popular