Isnin, 25 Februari 2013

Hujan Yang Turun


Apabila hujan turun, umat Islam disunatkan untuk berdoa. Antara doa yg diajar oleh Rasulullah Sollallahu'alaihiwasallam ialah doa yg diriwayatkan oleh 'Aisyah R.A

Doanya seperti berikut:

اللَّهُمَّ صَيِّباً نَافِعاً
"Ya Allah, jadikanlah ia hujan yg memberi manfaat." (Riwayat Bukhari)

Terdapat juga beberapa riwayat lain dengan lafaz yg sedikit berbeza.

Ada juga maksudnya :
YA ALLAH KURNIAKANLAH CURAHAN YANG BERMUNAFAAT

Jumaat, 22 Februari 2013

ORANG JAWA KATA

I muaaahh muaah ISLAM <3 span="">

BISMILLAHIR RAHMANIR RAHIM...

Kita kempen/ pasang banner/ sepanduk/ banting bagai nak galakkan CINTA LEPAS NIKAH / NO COUPLE UNTIL NIKAH / LEPAS NIKAH CONFIRM BERCINTA.. Pumm Pangg Pumm Pang..

Alih habis, ada antara sahabat memberi alternatif suruh bercouple dan bercinta dalam diam.. Nak mesej/kol malam/ tapi jauh dari pengetahuan semua termasuk NO update di wall FB / NO tukar in relationship with BUT ALLAH nampak dan ALLAH tahu.. Please semua, memberi alternatif lain buat maksiat itu ORANG JAWA kata SUBAHAT.. Take NOTE!!!

Dhuha Pelaburan Yang Tak Pernah Rugi

Daripada Abu Dzar r.a. Rasulullah SAW bersabda: “ Hendaklah masing-masing di antara kamu setiap pagi bersedekah untuk setiap ruas tulang badanmu. Maka tiap kali bacaan tasbih adalah sedekah, setiap tahmid adalah sedekah, setiap tahlil adalah sedekah, dan setiap takbir adalah sedekah. Menyuruh kebaikan adalah sedekah, mencegah keburukan juga adalah sedekah. Dan sebagai ganti daripada itu semua, cukuplah mengamalkan dua rakaat solat Dhuha.”   (HR Ahmad, Muslim dan Abu Daud)

No No No


 SOMEONE SAY

`
~ DAH NIKAH CONFIRM BERCINTA

Sabtu, 16 Februari 2013

Makruh Hukumnya

 

BISMILLAH..



Soalan : Apa hukum bawa masuk tandas baju yg tertulis I LOVE ALLAH?

Jawapan : Makruh..



Jumaat, 15 Februari 2013

Balik Kampung

Bismillahir Rahmanir Rahim..

Cuti.. Cuti..
Raya cina je pun.. Alhamdulillah boleh rehat sebentar di rumah Ayoh dan Mok mertua. Bakpe citee? ERrr.. Boleh tak kata gini, blog saya hati saya suka daa.. Adeii, maaf.. Bahasa tak sopan.. :))

Nok kab0 hati hati balik kampong, asyik tengok kemalangan je depan mata.. Astafirullah, terlalu rakus dan asyik nak cepat sampai sahaja tanpa memikirkan penumpang (keluarga kita) dan pengguna jalan raya yg lain.. 

Ubahlah, bersabarlah dan berhati-hatilah.. Oke, terbaik!!!

Ahad, 10 Februari 2013

Muhasabah


                                                   (Bukan     Bukan      Bukan)

Bismillahir Rahmanir Rahim..


Assalamualaikum w.b.r...



Dengan kaki atau tangan yang sakit,engkau mungkin payah melakukan sesuatu. Tetapi dengan hatimu yg sakit, kau akan kehilangan tujuan dan harapan. Betapa ramai orang yang punya fizikal sihat, apabila hatinya sakit, hidupnya melarat. Miskin dalam kejayaan dan derita dalam keseronokan serta berapa ramai orang yang OKU hidupnya ceria berbanding orang yang sihat.

Si cacat itu tidak punya ibu bapa lagi. Dengan kakinya yg lumpuh dan kehidupannya yg miskin itu, dia seolah olah tidak punya sebab untuk meneruskan hidup. Namun, si cacat itu tetap tersenyum. Apa rahsianya?


Ketika ditanya siapa akan menjaganya pada hari kematian ibunya (bapanya telah lama meninggal), si cacat itu menjawab 'ALLAH'.


Katanya : "Allah yg telah menciptakan aku begini, maka DIAlah yg akan menjagaku", jawabnya dgn yakin.


Allah Allah Allah, kita?


Mengeluh je lebih. Ini susah, itu susah.

Wa'Allahu alam...



Muslimah Kami Sayang Anda Bukan Benci

Bismillahir Rahmanir Rahim..
Assalamualaikum w.b.r.

Saya ingin bertanya pada wanita Pernahkah kita semua lihat lelaki yang sehariannya memang memakai jubah dan serban mengupload gambarnya untuk tunjuk kepada tontonan umum?

pernahkah kita semua lihat lelaki yang dahulunya teruk dan jahat tiba-tiba diberi hidayah untuk berubah dan mula memakai pakaian "Sunnah" adakah dia mengupload gambarnya dan memberitahu semua orang tentang perubahannya?

pernahk ah kita semua lihat lelaki yang memakai jubah dan serban mengupload gambar mereka sambil membuat aksi-aksi pelik?

Tapi kenapa kita tak contohi perbuatan mereka? bila ditanya kenapa upload gambar banyak ? ada yang cakap sebab nak berdakwah dalam FB dan nak bagitahu tentang niqab . lelaki boleh je berdakwah tanpa perlu letak gambar mereka berjubah dan berserban. boleh je cerita apa kelebihan bila memakai serban dan jubah dan mereka tak ada pun letak gambar mereka berjubah dan berserban.

Tapi kenapa kita perlu letak? kitakan boleh je tulis tentang kelebihan niqab? apa itu niqab? tanpa meletakkan gambar kita kan? jadi tak perlulah kamu menukar-nukar gambar profile kamu yg bermacam gaya tu. dan kamukan niat berpurdah kerana Allah jadi buktikan kepada Allah bukan pada manusia. dan bagi kawan -kawan yang baru nak berpurdah takperlulah kamu bagitahu yang kamu sudah berpurdah biarlah Allah dan kamu sahaja yang tahu sebab takut-takut bila kita bagitahu orang terutama di laman sosial takut-takut ada timbul bangga dan sifat tunjuk-menunjuk. kita tak tahu kalau syaitan nak rosak kan kita jadi fikirlah apa yang baik. saya hanya nasihat dan saya tak sempurna seperti orang lain tapi saya sedih bila lihat kaum Hawa seperti itu dan sampai bila perlu terus keadaan macam ni tanpa ada orang menegur?

P/S : Sila fahami apa yang ingin saya sampaikan dan bila baca or terbaca sila baca dalam keadaan tenang.

Iman Senipis kulit Bawang

Iman kita ada pasang surut. Kadang² bila rajin buat amal ibadat, sedekah, perkara baik, tu tanda iman kita makin kuat. Bila kita buat perkara maksiat, dosa, tu tanda iman kita makin lemah. Bahaya bila iman makin lemah ni sebab boleh ada titik hitam kat hati kita, sampai cahaya hidayah Allah susah nak tembus.

Surah 'Ali-Imran, ayat 8


Insya-Allah.. Nak beribadah lebih kita ni malas.. Biarlah kita berdoa lebih dan jaga diri kita, ibu bapa kita, isteri isteri kita dan anak anak kita daripada bolak baliknya.. :))

Ahad, 3 Februari 2013

Jadual Kuliyah UAI Bulan Febuari



Bismillahir rahmanir rahim..

Alhamdulillah.. Ini jadual kuliyah UAI bulan ni..

JUM pakat pakat mai.. :D

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha
Letakkan Al-Quran sebagai Panduan Hidupmu dan As-Sunnah sebagai gaya hidupmu

Antum/Antuna semua (ukhwah fillah)

Artikel - Artikel Popular