Isnin, 27 Mei 2013

Kita Hamba Allah


Bismillahir Rahmanir Rahim..


Sesekali terdetik hati ini bertanya kepada diri sendiri, apakah amalan selama ini sudah cukup untuk menjadi bekalan di akhirat sana? Sekalipun cukup, apakah timbangan amal kebajikan itu dapat mengatasi amalan kejahatan? Bagaimana hendak disembahkan amalan-amalan ini kepada Dia. Apakah Dia sudi menerimanya…?Astaghfirullahal ‘aziim…, kecilnya diri insan bila menyedari bahawa kita hanya seorang hamba. Sekalipun di angkat darjat sebagai manusia yang menjadi khalifah di muka bumi ini dan dikurniakan akal fikiran, hakikatnya kita tetap kerdil di sisiNya jika kita tidak beriman. Apalah gunanya pangkat dan nama, jika kita sering menzalimi diri sendiri? Bagaimana ingin dipulangkan kembali segala apa yang dipinjamkanNya di dunia ini dalam keadaan sempurna? Malunya untuk berhadapan denganNya dengan keadaan yang penuh dengan dosa ini.

Tangan ini dikurniakan untuk beramal bakti, tolong-menolong untuk kebajikan, memohon doa kepadaNya, kaki ini diberikan untuk melangkah ke tempat-tempat mulia yang dapat menuju ke SyurgaNya, mata pula dikurniakan untuk melihat dan menghayati segala ciptaanNya dan kemudian menginsafi akan kelemahan diri sendiri. Bibir ini dicipta untuk menyebut asma-asmaNya.Tetapi apakah semua ini digunakan tepat pada jalanNya? Jika benar, mengapa terlalu sukar untuk kita mengalirkan air mata bila melihat kebesaranNya? Mengapa pula sukar untuk tinggalkan kemaksiatan? Apakah kerana terlalu sedikit keikhlasan yang diberikan atau mungkinkah kita terlalu ego? Mengapa kita membiarkan diri kita terus berada dalam dosa sedangkan kita tahu bahawa segala yang dijanjikanNya adalah benar yakni nikmat dan azabNya itu adalah benar?Kita tahu akan dosa dan pahala, tetapi sering tidak mengendahkannya. Kita sedar akan adanya kematian, tetapi sering melupakannya. Kita juga sedar dunia ini hanya sementara tetapi hidup seolah-olah untuk selamanya.

Bila mendapat kejayaan dan nikmat, jarang sekali mgucapkan syukur kepadaNya seolah-olah kita perolehnya dengan usaha kita sendiri semata-mata. Kita mengaku adanya Tuhan, tetapi sedikit sekali yang beriman. Bukankah kita terlalu angkuh kepadaNya…..mengapa kita jadi sebegini jahil sedangkan kita ini lemah tiada kuasa dan daya melainkan dengan pertolonganNya. Sedarlah insan, tiada apa yang membahagiakan di dunia ini melainkan hanya penderitaan semata-mata jika kita tidak beriman kepadaNya. Dekatkanlah diri kita denganNya. Rendahkanlah diri dihadapanNya dalam beribadah, basahilah pipi ini dengan air mata taubat yang sebenar-benar taubat, sinarkanlah wajah ini dengan siraman air wudhuk, bersihkan dan sucikan hati yang selama ini dikotori dosa-dosa dengan wangian keikhlasan dalam segala amal kebaikan dan pagarilah diri ini dengan benteng keimanan yang utuh dan kukuh dengan keyakinan yang kuat bahawa Allah sentiasa bersama kita biarpun dalam suka mahupun duka.

Fuh, pergilah salah sangka


Ramai orang kata, wanita ramai yang masuk neraka, ramai penghuni neraka. Ada juga wanita yang mengatakan Islam ni tak best, NO LIFE katanya. Islam lah agama yang paling mudah. Islam tu menjaga, memakmur, membahagiakan, mendamaikan dan banyak lagilah.

Ada wanita yang mengatakan, "Itu hak kami untuk pakai apa pun, suka hati kamilah nak pakai seksi pun." Semalam ada dengar satu talk tau. Speaker dia lelaki, dia mengatakan "Allah telah ciptakan dalam hati lelaki, dia tak boleh tengok perempuan yang menggoda, itu semua satu fitrah." Dalam hal ni, solutionnya, lelaki jaga pandangan dan wanita jaga pemakaian.

Berusaha untuk panjatkan cinta kepada Rasulullah. Berikut adalah nasihat Rasulullah SAW untuk wanita:

1. Doa perempuan lebih makbul dari lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak sia-sia."

2. Apabila seorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah mencatatkan baginya setiap hari dengan 1000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1000 kejahatan.

3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah SWT.

4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.

7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah SWT dan orang yang takutkan Allah SWT diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah). Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10 000 tahun).

10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana saja yang dia kehendaki.

11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh.

12. Aisyah berkata, "Aku bertanya siapa yang lebih besar haknya terhadap wanita?" Jawab Rasulullah SAW, "Suaminya." "Siapa pula lebih berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah SAW, "Ibunya."

13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga solat dan puasanya.

15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana yang ia kehendaki.

16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.

17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi SAW) di dalam syurga.

18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.

19. Daripada Aisyah r.a "Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu dari anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka."

Ahad, 26 Mei 2013

Mari berkenalan dgn Srikandi Siti

Gambar Hanyalah Hiasan
Bismillahir rahmanir rahim..

Mari berkenalan dgn Siti

1) Siti Khadijah - Beliau merupakan isteri Rasulullah s.a.w yg melahirkan anak-anak Rasulullah, setia dan menyokong Rasulullah walaupun ditentang hebat oleh orang-orang kafir dan musyrik, menghantarkan makanan kepada Baginda ketika Baginda beribadat di Gua Hira’. 

2) Siti Fatimah - Anak Rasulullah yg tinggi budi pekertinya. Sangat kasih dan setia kpd suaminya Ali karamallahu wajhah walaupun Ali miskin. Tidur berkongsikan 1 bantal dan kadang-kadang berbantalkan lengan Ali. Rasulullah pernah berkata aku takkan maafkan kamu wahai Fatimah sehinggalah Ali maafkan kamu. 

3) Siti Aishah - Beliau isteri Rasulullah yang paling romantik. Sanggup berkongsi bekas makanan dan minuman dengan Rasulullah. Di mana Nabi s.a.w minum di situ beliau akan minum menggunakan bekas yang sama. 

4) Siti Hajar - Isteri Nabi Ibrahim yang patuh kpd suami dan suruhan Allah. Sanggup ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim atas suruhan Allah demi kebaikan. Berjuang mencari air utk anaknya Nabi Ismail (Pengorbanan seorang ibu mithali). 

5) Siti Mariam - Wanita suci yg memang pandai menjaga kehormatan diri dan mempunyai maruah yg tinggi sehingga rahimnya dipilih oleh Allah s.w.t untuk mengandungkan Nabi Isa.

6) Siti Asiah - Isteri Firaun yang tinggi imannya dan tidak gentar dengan ujian yg dihadapinya daripada Firaun Laknatullah.

 7) Siti Aminah - Wanita mulia yang menjadi ibu kandung Rasullullah. Mendidik baginda menjadi insan mulia. 

8) Siti Muti’ah - Isteri yang patut dicontohi dan dijanjikan Allah syurga untuknya kerana setianya kepada suami, menjaga makan minum, menyediakan tongkat untuk dipukul oleh suaminya sekiranya layanannya tidak memuaskan hati, berhias dengan cantik untuk tatapan suaminya sahaja. 

9 ) Siti Zubaidah - Wanita kaya dermawan yang menjadi isteri Khalifah Harun Al-Rashid. Sanggup membelanjakan semua hartanya untuk membina terusan untuk kegunaan orang ramai hanya niat kerana Allah S.W.T.


UAI Bernikoh Lagi

Bismillah..  Barakallah..



Sape nervous? Tok Imang ke Ustaz?

 

Nama isteri ke 3 (Izyan)


Nak ajar Doa ini.


JUM BERDOA DENGAN DOA INI..
" Ya Allah, jadikanlah penulisanku ini sebagai satu ibadah. Ya Allah, janganlah engkau biarkan hambamu ini terleka dengan sifat riak dan takbur. Ya Allah, peliharalah hati ini dari cinta dunia yang bisa buatkan diri terleka, kuatkan hati ini dari cinta manusia yang alpa. Biarlah aku mencintai manusia setelah cintaku kepada Allah dan Rasul. Ya Allah, ikhlaskanlah hati ini menulis hanya kerana Allah. Ya Allah, berikanlah ilham kepadaku untuk terus menulis dan mengingatkan diri ini padaMu, andai suatu hari nanti aku terleka. Amin."

Selasa, 21 Mei 2013

Telah lama berhenti

Perbualan Man dan Din

Man : Sakit pula dada ni.

Din : Tu laaa... Suruh berenti isap rokok tak nak...

Man : Esok sok aku berentilah..

Din : Tak pon buat aje mcm kawan kita tu. Doh 3 bulan dia berenti rokok.

Man : OOo.. Yang kena KANSER PARU PARU tu?!! Bukan ke dia dah meninggal?!!

Din : Yup, dan berjaya berhenti merokok dah tu...

MOHON PEROKOK TERASA.. :D

Isnin, 20 Mei 2013

Serius Sikit

Assalamualaikum.

 
" Ehsan Tuan Guugey "

Terpanggil menulis sesuatu. Ianya untuk tatapan umum. mengurangkan beban di hati dengan cuba meluahkan. lama tidak menapak di sini. ya, agak lama.maaf kalau komitmen aku tidak seperti dulu. sudah tidak segigih sebelum ni. aku bukan lagi blogger tegar yang kau, kau dan kau kenal seketika dulu. bukan aku tak cuba luangkan masa tapi hasilnya? beginilah jadinya. malas dan lansung tiada bernafsu untuk menghupdate blog. sumpah aku kecewa.setiap pagi bila aku terjaga. aku selalu ingin buat yang terbaik untuk orang yang aku sayang. tapi pernahkah kau terpikir adakah dia hargai semua kebaikan kau pada dia? apatah lagi pengorbanan. aku dah penat sebenarnya. dan aku ingin berhenti berpikir benda yang aku rasa tak berbaloi untuk aku. kau pahamkan?

Kekadang aku hairan kenapa sesetengah manusia ni suka menghukum tanpa sebab tertentu. kau yakin dengan cara berdiam diri boleh puaskan hati kau? terpulang. kan bagus kalau aku boleh menduga hati orang. boleh baca satu persatu. tapi aku manusia biasa. memang mustahil lah kan.takde perasaan nak mengarang panjang panjang. risau bertambah emosional. kenapa mesti serius dari kebiasaan? malam ni kau memang aneh Pak Cik penulis. Selamat malam. Moga hari esok lebih baik dari semalam.

          Tidoo Dulu... ZzZZzzZZ

Jumaat, 17 Mei 2013

Blah Lah Engkau!!



Apa akan jadi jika sekiranya kata-kata bernada begitu, tidak lagi diucap oleh manusia sebaliknya daripada Allah yang Maha Berkuasa?

"Sesiapa yang melawan Aku, silakan keluar dari bumi-Ku. Manusia yang ingkar, yang derhaka seperti kamu tidak diperlukan di atas muka bumi-Ku!"

Jika Allah beremosi sebegitu, lalu bagaimana? Boleh dan mampu lagi tak kita tersenyum?

Dalam satu hadis Qudsi;

Allah berfirman :

"Sesiapa yang tidak redha dengan keputusanKU, dan tidak sabar dengan ujianKu, dan tidak bersyukur atas nikmatKU, sila keluar dari bumiKu dan silalah cari Tuhan selainKU"

Insaflah segera!!

Rabu, 15 Mei 2013

Sebuah Kisah Janji Ditepati (Benar)


Mereka menanyakan kepadamu tentang hari akhir : “Bilakah terjadinya ?”. Katakanlah:”Sesungguhnya pengetahuan tentang itu ada pada sisi Tuhanku; tidak seorangpun yang dapat menjelaskan waktu kedatangannya selain Dia. Kiamat itu amat berat bagi yang di langit dan di bumi. Kiamat itu tidak akan datang kepadamu melainkan dengan tiba-tiba”. Mereka bertanya kepadamu seakan-akan kamu benar-benar mengetahuinya. Katakanlah:”Sesungguhnya pengetahuan tentang hari kiamat itu adalah di sisi Tuhan, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui”. (AL-A’raaf :187)

“Telah dekat terjadinya Hari Kiamat. Tidak ada yang akan menyatakan terjadinya hari itu selain Allah” (An-Najm : 57-58)


Al- Qori’ah (√)

1- Hari Kiamat, 2- apakah hari Kiamat itu? 3- Tahukah kamu apakah hari Kiamat itu? 4- Pada hari itu manusia seperti anai-anai yang bertebaran, 5- dan gunung-gunung seperti bulu yang dihambur-hamburkan. (Al Qori’ah 1-5)

Al- Zalzalah (√)

1- Apabila bumi diguncangkan dengan guncangannya (yang dahsyat), 2- dan bumi telah mengeluarkan beban-beban berat (yang dikandung) nya, 3- dan manusia bertanya: “Mengapa bumi (jadi begini)?”, 4- pada hari itu bumi menceritakan beritanya, 5- karena sesungguhnya Tuhanmu telah memerintahkan (yang sedemikian itu) kepadanya. (Al Zalzalah 1-5)

Al – Infitar (√)

1- Apabila langit terbelah, 2- dan apabila bintang-bintang jatuh berserakan, 3- dan apabila lautan dijadikan meluap, ( Al Infitar 1-3)

At – Takwir (√)

1- Apabila matahari digulung, 2- dan apabila bintang-bintang berjatuhan, 3- dan apabila gunung-gunung dihancurkan, 4- dan apabila unta-unta yang bunting ditinggalkan (tidak diperdulikan), 5- dan apabila binatang-binatang liar dikumpulkan, 6- dan apabila lautan dipanaskan, (At Takwir 1-6)

Berikut Hadits yang berkaitan dengan kiamat :

Daripada Abu Hurairah ra, bahawa RasuluLLah SAW telah bersabda (yang bererti) “Sebaik-baik hari yang terbit matahari padanya adalah hari Jumat. Pada hari itulah Adam dicipta, pada waktu itu juga ia dimasukkan dalam syurga dan waktu itu juga dia dikeluarkan daripadanya. Hari kiamat tidak akan terjadi kecuali pada hari Jumat.”

(Hadith Riwayat Muslim, Abu Daud, Nasa’i serta Tirmidzi yang mengesahkannya).

Nabi Muhammad SAW bertanya pada para sahabat: “Apa yang sedang kalian perbincangkan? Para sahabat menjawab : Kami sedang membicarakan hari kiamat. Kemudian Nabi bersabda :

Kiamat tidak akan terjadi sebelum kelihatan 10 macam tanda :

(1) Ad-Dukhon, asap atau kabut
(2) Dajjal
(3) Dabbaah
(4) Matahari terbit dari barat
(5) Turunnya Isa al masih
(6) Ya’juj Ma’juj
(7) Gerhana di timur
(8) Gerhana di barat
(9) Gerhana di wilayah arab
(10) Api menyala di Yaman menghalau umat manusia ke mahsyar.”

(Hadith Riwayat Muslim)

# Kiamat adalah sebuah kisah Janji Ditepati (benar)

Sabtu, 11 Mei 2013

Solat itu selamat..


Assalamualaikum dan selamat sejahtera :))

Bismillahir Rahmanir Rahim..

Firman Allah S.W.T dalam surah Al Hajj ayat 77 yg bermaksud :

" Wahai orang-orang yang beriman! Rukuklah, Sujudlah dan sembahlah Tuhanmu serta buatlah kebaikan agar kamu beruntung".

Selamatlah melaksanakan solat dan insya-Allah kamu selamat dunia dan akhirat.

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha
Letakkan Al-Quran sebagai Panduan Hidupmu dan As-Sunnah sebagai gaya hidupmu

Antum/Antuna semua (ukhwah fillah)

Artikel - Artikel Popular