Jumaat, 26 Julai 2013

Sedikit Perkongsian Fiqh Perubatan


  1. Perkara Perubatan Yang Tidak Membatalkan Puasa Ramadhan

    (Fiqh Perubatan)

    1-Menderma darah adakah membatalkan puasa?

    Tidak. Tetapi tidak digalakkan berlebihan kerana bimbang menjejaskan puasa.

    2-Pengambilan darah melalui suntikan vena, adakah membatalkan puasa?

    Tidak. Masalah ini sama seperti menderma darah, dan dikiaskan dengan masalah berbekam yang tidak membatalkan puasa.

    3-Adakah semua suntikan tidak membatalkan puasa?

    Bergantung. Suntikan yang memberikan rasa kenyang kepada pesakit membatalkan puasa pesakit. Suntikan lain diruang bukan rongga terbuka tidak membatalkan puasa.

    4-Mencabut gigi ketika berpuasa, bolehkah membatalkan puasa seseorang?
    Boleh membatalkan, jika darah yang keluar itu bercampur air liur lalu ditelan dengan sengaja.

    5-Suntikan insulin diberikan, adakah membatalkan puasa?

    Tidak, kerana suntikan iu untuk mengurangkan kadar glukosa darah, bukan memberikan kepuasan serta kekenyangan kepada pesakit.
     
     6-Dalam satu prosedur, air disuntik ke kelopak mata pesakit lalu mengalir ke tekak. Adakah membatalkan puasa?Tidak jika air tersebut dikeluarkan semula melalui mulut tidak ditelan. Jika ditelan batal puasa. Jika tertelan tidak menjejaskan puasa.

    7-Suntikan glukosa adakah membatalkan puasa?

    Ya. Membatalkan puasa.

    8-Adakah pesakit menjalani bius itu batal puasa?

    Batal jika dia pengsan dari siang sehingga selepas masuk waktu berbuka.

    9-Pengkateteran (Memasukkan Tiub) itu adakah membatalkan puasa?

    Tidak membatalkan puasa.

    10-Pada bulan Ramadhan di siang hari, doktor melakukan prosedur memasukkan tiub berkamera ke dalam perut, adakah puasa terbatal?

    Harus sahaja, tidak membatalkan puasa dengan syarat tidak memasukkan sebarang cecair ke dalam perut.
    11-Jika seorang ingin berbekam adakah batal puasanya?

    Tidak, samalah dengan permasalahan menderma darah. Dan masalah tidak batal menderma darah diqiyaskan dengan tidak batal berbekam.

    12-Melakukan prosedur penyaringan dan pembersihan darah (Dialisis) adakah membatalkan puasa?

    Tidak batal melakukannya.


Rabu, 24 Julai 2013

Ramadhan Ini





Antara kelebihan Ramadhan ialah puasa pada siangnya berlaku terus menerus selama sebulan. Kita sedia maklum bahawa sesuatu amalan yang dibuat berulang-ulang akan menjadi suatu tabiat. Berpuasa dalam Ramadhan selama sebulan melahirkan satu tabiat kesederhanaan dalam diri seseorang muslim. Islam menyuruh seseorang Muslim besederhana dalam makan minum, berpakaian, tidur dan tutur kata.

Kita dilatih berbuka segera dengan tamar dan air kemudian terus menunaikan solat Maghrib. Makanan yang diambil haruslah tidak berapa berat agar memudahkan seseorang berdiri lama dalam tarawihnya. Adalah dilarang kita menghidangkan terlalu banyak makanan untuk berbuka atau sahur. Kita dituntut untuk tidur seketika pada waktu siang dan malam. Oleh kerana Ramadhan adalah bulan ibadah. Berlebihan tidur pada siang ataupun malam bererti menyia-nyiakan bulan barkah ini.

Pertuturan yang tidak dikawal dalam puasa Ramadhan mungkin memerangkap seseorang itu dalam kancah dosa umpatan atau pembohongan. Kedua-dua itu merosakkan kelebihan puasa. Seseorang akan kehilangan janji rahmat dan keampunan daripada Allah SWT. Kesemua sikap sederhana di atas disimpul dalam hadith baginda yang berbunyi:
اَرْبَعٌ اِذَا كُنَّ فِيْكَ فَلاَ عَلَيْكَ مِمَّا فَاتَكَ مِنَ الدُّنْيَا: حِفْظُ أَمَانَةٍ وَصِدْقُ حَدِيْثٍ وَحُسْنُ خَلِيْقَةٍ وَعِفَّةُ مِنْ طُمْعَةٍ

Empat perkara yang apabila ada padamu, tidak akan merugikan apapun (peluang) dunia daripadamu, iaitu: memelihara amanah, tutur kata yang benar, akhlak yang baik dan bersih dari tamak.

( Hadith Riwayat Ahmad ).

Terdapat manusia yang berasa rugi dalam kehidupannya apabila dia tidak berbohong, tidak bercakap banyak dan tidak membolot peluang orang lain. Namun hadith di atas menerangkan sebaliknya, bahawa dunianya tidak akan rugi. Dia akan dipercayai oleh manusia, dan diberkati Allah.


مَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللهِ وَالْيَوْمِ الأَخِرِ فَلْيَقلْ خَيْرًا اَوْ لِيَصْمُتْ

Sesiapa beriman kepada Allah dan hari akhir, hendaklah ia berkata yang baik atau diam (Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim).




Selasa, 16 Julai 2013

Ahad, 7 Julai 2013

Tazkirah DI Larang Waktu Solat Terawih


Bismillahir Rahmanir Rahim

Tak dibenarkan tazkirah di Pahang. Ini satu hal yang panas, dan mendenda pula mereka yang engkar? Ini.. agak merepek. Biasanya kita berhenti sekejap waktu pertengahan terawih. Kalau nak berhenti, Ini la time nya nak berhenti pun.

Tapi ada juga yang terus berterawih sampai habis dan tazkirah selepas itu.

Ikut tempat la juga. So larangan di atas neh kita kurang jelas. Apakah yang dimaksudkan larangan tazkirah sewaktu solat terawih? Pertengahan terawih atau selepas habis terawih?

Sebab dia ada menyebut bahawa tazkirah tersebut mengacau orang yang nak mengaji apa bagai. Bagi aku masjid tempat umum. Walaupun imam dan makmum kena berkerjasama untuk membangunkan masjid tetapi agak tak logik juga imam kena batalkan tazkirah hanya kerana ada orang yang nak mengaji.

Ko mengaji aje la kalau ko nak mengaji. Ko taknak dengar tazkirah pun takde la imam sampai nak memaksa. Just keluar dari lokasi dan cari satu tempat yang ko rasa selesa nak mengaji. Oke tak? Kenapa pula hanya kerana ada orang yang taknak dengar tazkirah maka tazkirah dilarang disebabkan nak menghormati kehendak mereka2 yang nak mengaji? Ini contoh je la. Sebab itu alasan yang digunapakai dalam berita malam tadi.

Aku kira ini tidak logik. Jika ini dijadikan alasan.. maaf ek. Ia tak logik langsung.

Hatta kalau konsert di larang sekalipun di Malaysia neh ramai jek yang marah mengamok2, ini kan pula sekadar tazkirah. Lagi la orang marah.

Cuba tanya diri sendiri. Berapa lama sangat la masa yang dihabiskan di masjid?

Cuba tanya diri sendiri kalau pasal tazkirah balik lewat lebih kurang pukul 10 malam ka 10.30 malam ka ia berdosa ka?

Kalau pergi mana mana tempat balik lewat rilex jek. Kalau rasa rasa tak tahan jugak boleh sambung terawih kat rumah. Tazkirah tak diwajibkan tapi kalau dengar itukan majlis ilmu tempat Malaikat berkumpul. Renungkan..




Sabtu, 6 Julai 2013

Untuk Iktibar Para Suami dan Isteri



KIRIMAN TULISAN DARI INBOX UNTUK DIKONGSI..

Terimalah Seadanya...

Dua tahun lalu, aku selamat
melahirkan seorang puteri yang amat
dinanti-nantikan. Alhamdulillah.
Berkat kesabaran aku dan suami, Allah
s.w.t akhirnya mengurniakan kami bayi
comel ini. Namun, disebalik keriangan
itu, tersembunyi di sudut hatiku satu
perasaan yang amat aku tidak senangi.
Ia datang tanpa aku undang. Ia timbul
disaat aku melihat setiap suami yang
datang menziarahi isteri masing-
masing, datang dengan membawa
hadiah. Ya. Sebagai tanda
penghargaan buat mereka yang telah
berjuang berhabis-habisan bertarung
nyawa demi melahirkan zuriatketurunan sang suami ke dunia nyata.Ada yang datang membawa hamper
pakaian. Ada juga yang datang
membawa sebakul buah-buahan.

Tetapi, suamiku ?? Dia hanya datang
membawa beg pakaianku dan baju
baby yang baru aku lahirkan. Baju
baby itu pun adalah ‘sedekah’
pemberian dari kakaknya. Baju yang
tidak muat dipakai oleh anak
bongsunya yang telah berusia setahun
dan telah pun usang.
Entahlah. Mungkin ini adalah nasib
aku. Dipasangkan dengan seorang
lelaki yang lurus bendul. Tidak pandai
membantah apatah lagi membuat
keputusan yang betul. Mungkin istilah
itu agak keterlaluan. Tapi itulahhakikat yang harus aku telan.

..Hari ini aku kembali lagi.
Alhamdulillah. Kali ini, Allah s.w.t
mengurniakan aku sepasang bayi lelaki
yang amat cute. Putih dan gebu.
Seperti dahulu, perasaan itu tidak
jemu-jemu datang menziarahi aku.
Namun, kali ini, aku pasrah. Aku cuba
untuk tidak membandingkan diri
suamiku dengan suami orang lain.

Mungkin disebalik kelurusannya itu,
terselindung 1001 hikmah yang aku
tidak tahu.
Aku tidak mahu melayan perasaan
‘jahat’ itu lagi. Pandanganku ku alih.Tenang hatiku bila menatap wajah bayi
kembarku tidur dengan nyenyaknya.
Keputusan ku buat untuk turut tidur,
melelapkan mata bersama mereka.
Mudah-mudahan, bila aku terjaga
nanti, perasaan itu akan hilang,
terbang, pergi bersama bayangan
mimpi kelam. Bismillah.. Kepada-Mu
ku pohon pertolongan.

‘’Puan.. Puan.. ,’’ Suara jururawat
muda itu terngiang-ngiang menembusi
gegendang telingaku. Aku membuka
mata. Dalam samar, aku memandang
wajahnya.
‘’Ini saya bawakan hadiah untuk Puan.
Dari seseorang yang istimewa..’’ dia
senyum lalu berlalu pergi.
Aku masih terpinga-pinga. Amasih berada di alam mimpi? Atau
adakah aku sudah tidak berada di
dunia lagi ? Aku gosok mataku berkali-
kali. Tidak dapat aku gambarkan
perasaanku ketika itu. Gembira. Suka.
Bahagia. Aku seronok. Aku tersenyum
puas apabila melihat jambangan merah
bunga ros yang disusun rapi di dalam
bekas berbentuk 'love'. Juga di sisinya
terdapat satu set bersalin
mendampingi. Dalam kesakitan
bercampur keriangan, aku bangkit
mencapai kad ucapan yang terselit di
jambangan itu.

‘’Terima kasih Sayang. Terima kasih
kerana telah berkorban nyawa untukmelahirkan anak-anak Abang. Maafkan
segala kekurangan yang terdapat pada
diri Abang. Ketahuilah bahawa, Abang
amat menyintai Sayang bermula dari
kita berjumpa sehinggalah tiada
hujungnya..’’

Sedar tidak sedar, air mataku mula
bertakung. Panas. Aku rimas dengan
takungan air suci ini. Menyesal,
bersalah dan amat-amat berdosa aku
rasakan saat itu. Suami yang aku
labelkan sebagai seorang yang lurus
bendul rupa-rupanya mempunyai
sekeping hati yang begitu murni.
Titisan-titisan itu telah mula
membanjir. Dan akhirnya ia mengalir.
Mengalir jatuh menimpa kad ucapan di
tanganku. Aku sapu agar ia tidakmemadamkan kenangan indah ini hasil
nukilan suamiku.

‘’Sayang.. Kenapa ni ?’’
Tiba-tiba suamiku muncul berdiri di
depan pintu. Bersama-samanya,
dipimpin anak perempuan kami yang
sudah pandai berjalan. Rambutnya
diikat tocang dua. Comel. Ibarat bayi
perempuan Pooh di dalam kisah
animasi Monster Inc. Pandai suamiku
menjaganya. Aku tidak menahan mata
ini dari terus melepaskannya mengalir
deras. Suamiku semakin mendekati.
Resah. Lalu, dia duduk di tepi.

‘’Abang minta maaf Sayang. Abang
terlambat. Annisa nak ke tandas tadi.Nak buang a..’’. Belum sempat dia
menghabiskan bicaranya, aku rangkul
jasad mulia itu semahunya. Aku
menangis. Menangis menyesal di atas
kekotoran hatiku ‘menghina’ dia.

‘’Abang.. Sayang minta maaf. Sayang
banyak buat dosa terhadap Abang.
Abang.. Tolonglah maafkan Sayang..’’
dalam sedu aku memohon ampun
darinya. Aku tidak mahu lagi dirantai
perasaan bersalah terhadap dia.

‘’Apa yang Abang nak maafkan ?
Sayang tak ada buat salah pun dengan
Abang. Apatah lagi, dosa Sayang
sekarang telah Allah ampunkan hasil
dari pengorbanan Sayang melahirkan
anak Abang. Dah jangan nangis lagi.
Tengok ni, apa yang Abang bawauntuk Sayang. Suka tak? ‘’ pujuk
Suamiku mesra.

‘’Suka. Sayang suka Abang. Terima
kasih. Sayang sayang Abang’’

P/S : Biarpun suami kita mempunyai
banyak kekurangan, kita tidak boleh
merajakan kekurangan itu sehingga
menyebabkan kelebihan yang ada
padanya tenggelam. Terimalah dia
seadanya. Di samping itu, bantulah dia
untuk mengatasi segala kekurangan
yang ada. Kita kekurangan bila
berseorangan. Namun, bila berduakita kan mencipta kesempurnaan.

via Pakar Diari Hati.

Isnin, 1 Julai 2013

Bangla Jatuh CInta, Ini Tak Biasa


Bismillahir rahmanir rahim..

Hari ini aku jumpa 'Bangla' yang asyik usung gambar muslimat berpurdah. Pergh, syok 'Bangla' itu asyik 'usha'(tengok) gambar itu sambil terbeliak biji mata sambil tangan asyik pegang sesuatu yang menjijikkan.

Kalau hendak cerita, kesimpulannya disini. Yang berpurdah sepatutnya jaga, jangan bertabarruj dengan purdah kalian itu. Celak sepapan 'boh'(letak) di mata, itu tidak kira bedak letak di dahi
itu. Bila peluh nampak saja air peluh jadi putih, kantoi bedak, hehe.

Bila sudah jadi sampai tahap itu, akhirnya gambar anda pun jadi bahan pemuas nafsu 'Bangla'. Ish ish ish, alahai lah 'Bangla', 'Bangla' betul. Kurangkanlah 'upload' gambar peribadi yang berbentuk pelik-pelik. Ala-ala 'Giomi' lah sangat, bukan tidak boleh, pergilah dengan kecomelan anda itu, tapi comel untuk diri sendiri sajalah. Tidak perlulah 'upload-upload'. Purdah itukan tandanya anda sangat menjaga maruah dan diri anda.

Tahniah pada yang niqobis yang baik-baik itu, tindakan anda pasti membawa balasan yang baik di akhirat nanti. InsyaAllah. Cuma yang tidak berapa hendak baik itu, cubalah untuk jadi baik-baik lagi ya. Tapi anda lagi bagus dari yang tidak tutup langsung.
Cuma aku takut akhir zaman ini maksiatnya dalam bentuk yang seperti pahala.

Faham?
Kalau tidak faham, buat-buat tidak tahu sudahlah ya.


VIA : Ibnu Sobr

Mahu Kongsi


Apabila umatku melakukan 15 perkara maka mereka layak ditimpa bala:

Apabila harta rampasan bertukar tangan.
Apabila amanah dianggap satu keuntungan.
Apabila zakat dianggap sebagai denda.
Apabila suami mentaati kata isteri (suami yang dayus).
Apabila Ibu diderhakai.
Apabila kawan lebih diutamakan.
Apabila bapa diabaikan.
Apabila masjid tidak lagi dihormati, suara-s
uara sumbang kedengaran di masjid.
Orang yang tidak bermaruah memimpin negara.
Melantik orang bodoh sebagai pemimpin bangsa.
Apabila orang jahatdimuliakan kerana takut kepadanya.
Apabila lelaki memakai sutera.
Apabila lelaki meminum arak.
Apabila penyanyi wanita didewa-dewakan.
Apabila umat zaman tersebut melaknat umat terdahulu.

Maka tunggulah angin panas atau gempa bumi atau wajah-wajah akan diubah.

(Hadis Riwayat At-Tirmizi
)

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha
Letakkan Al-Quran sebagai Panduan Hidupmu dan As-Sunnah sebagai gaya hidupmu

Antum/Antuna semua (ukhwah fillah)

Artikel - Artikel Popular