Khamis, 30 Oktober 2014

BUKAN DIA ORANGNYA


[ DOA INI  BOLEH DI AMALKAN ]

assalamualaikum. cantik tersusun 'assalamualaikum' itu moga yang menjawab dirahmati Allah. apa cerita hari ni rajin betul nak kemaskini blog lampuneonmu ini? idea masuk macam makanan masuk ke mulut laju. tak mengapa, sudi baca sila baca tak mahu tak mengapa. amboi, ayat pasrah tersusun. nantikan banyak kesalahan tu. salah apa? nantikan.

seperti di tajuk BUKAN DIA ORANGNYA. apa yang ada rasa saya akan membebel? BUKAN DIA ORANGNYA. perihal jodoh? perihal individu? perihal peribadi? perihal mahkluk? bukan perihal Allah atau pengcipta kita sebab Allah bukan mahkluk.

kaitan gambar dengan tajuk amat amat berkaitan sedikit mengenai doa. berdoalah kepadaKu (Allah), Allah akan makbulkan doamu. mintalah benda baik baik untuk dirimu, keluargamu dan sesiapa sahaja insyaAllah akan terkesan pada dirimu jua. seperti entry blog sebelum ini pernah saya sebut sebelum ini jika Allah belum kabul doamu barangkali dia mahu kamu bersyukur dengan apa yang ada. cepat lambat usah ditanya kerana dia tahu terbaik buatmu dan dia tahu apa keperluanmu dan apa kemahuanmu. 

BUKAN DIA ORANGNYA terangan di situ bukan kamu orangnya sama ada kamu suka dia ajak kahwin tapi dia tak mahu atau kamu minta tolong dia tapi dia tak mahu tolong kamu maka BUKAN DIA ORANGNYA yang layak menolongmu atau kamu berdoa pada Allah tapi BUKAN DIA (KAMU) ORANNYA yang Allah kabul doa kali ini. semoga kelak di antara ramai yang melangkah titian sirat menuju ke syurga KAMU ORANGNYA dan ke neraka itu BUKAN DIA (KAMU) ORANGNYA.


KESALAHAN TATABAHASA

X Gagal menggunakan huruf besar di awal perkataan
X Gagal menggunakan pembuka kata ' '

-EN LAMPUNEON-


Rabu, 29 Oktober 2014

MEMBEBEL BEBELAN ILMU



ASSALAMUALAIKUM..

Masih lagi EN LAMPUNEON yang menjaga blog ini. Tak proper sangat nak minta maaf kepada blog sebab lama tak happdated ( KEMASKINI - Tolong jangan rosakkan bahasa). Juga tak payah proper sangat menipu dan tertipu blog dah sawang bagai labah labah dah bertelur banyak. Eh, labah labah bertelur ke? Beranak ke? Telur labah labah tak pernah jumpa. Anak anak labah labah pernah jumpa. Takpelah, ini bukan kelas sains. Tiada kesimpulannya. Tiada 'kerana' atau 'makin makin' atau 'semakin semakin'. Haha ( GELAK SAKAN).

Alhamdulillah di waktu Zuhur ni sempat kejap jari jemari menari di papan kekunci komputer riba mini HP milik isteri membebel kejap. Lihat kalender hari ni dah 30/10/2014 maknanya nak berakhir dah bulan 10 atau oktober ni. Itulah selalu hujung hujung bulan baru nak happdated ( KEMASKINI - Tolong jangan rosakkan bahasa). Sepuluh kali tulis happdate pun akan saya kata  ( KEMASKINI - Tolong jangan rosakkan bahasa). Haha (GELAK SAKAN)

Apa sebenarnya nak beritahu? Blog ni akan bertukar 95 darjah suhu tak beku sebab 95 darjah panas tu kepada group EN LAMPUNEON membebel. InsyaAllah ada ilmu juga kalau boleh nak kongsi sikit sikit. Akan selalu gilap, jaga, gosok (NI BUKAN LAMPU ALADDIN) tahulah tapi INSYAALLAH akan selalu 'membebel' bebelan ilmu di sini.


- EN. LAMPUNENON -

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha
Letakkan Al-Quran sebagai Panduan Hidupmu dan As-Sunnah sebagai gaya hidupmu

Antum/Antuna semua (ukhwah fillah)

Artikel - Artikel Popular