Ahad, 25 Januari 2015

BAGAIMANA


[[>  IHSAN DARIPADA BAKAL MAYAT  <]]
 


Assalamualaikum

Setiap berlaku mesti ada alasan asbab dan munasabahnya. Begitu juga si anak perempuan jika masa pembesarannya lagi tidak memperkenalkan tudang atau alat menutup rambut, baju yang longgar, stokin kaki yang menutup kaki manakah mungkin apabila membesar meningkat remaja boleh disedarkan dengan semua ini. Masih memenggang pepatah lama 'Melentur buluh biarlah dari rebungnya'. Kalau dah jadi buloh maka nak lentur pun keras dan jika boleh maka patah. 

Banyak istilah diguna untuk mengambarkan 'perlu bangkit berubah'. Mari berubah. Juga pelbagai cara mengajak, menyeru, ajak, moh, mari, jom namum jika hati sudah tak mahu asbab ketidakbukaan maka susahlah. Bila mengajak, menyeru dikatakan bebelan. Bila ajak muhasabah dikatakan buang masa dan bukan bukan maka sampai bilakah kita masih mahu beralasan. Ajakkan, seruan itu tak akan pernah habis. Mati seorang insan, akan ada lagi insan lain yang akan mengajak dan menyeru sehingga lagi lagi dan lagi maka anda sampai bila mahu beralasan? Sampai sedetik ajal menjemputkah? Kita baik tak ditunjuk namun baik kita sebenarnya untuk kebaikan diri. Semuanya akan dipertonton dan dilihat kembali jadi malu dengan diri permulaannya. InsyaAllah akan malu dengan nabi dan rasul serta malu kepada Allah.
Saya bukanlah baik dan jauh sekali nak dikatakan baik dikalangan kalian namun saya berusaha untuk jadi baik. Bila saya tulis bukan nak tuju pada individu khas. Jauh sekali nak mention nama. Kita dah besar, matang berfikir. Tahu dosa pahala. Terasa dgn saya tulis berubahlah. Terasa maksudnya dalam diri masih ada iman. Bukan terasa buat dosa dan salah tapi bertukar amarah, dendam dan lain lain. Itu dah salah tu. Hidup dalam agama, nasihat dipanjangkan, teguran diambil kira, selalu muhasabah diri dan iman kena naik walaupun banyak turun. Bukan solat 5 waktu sehari semalam sudah cukup. Cukup untuk diri betul, apa usaha kita untuk masyarakat dan agama. Mana perjuang sunnah nabi kalau hal kecik nak gaduh. Cari salah penasihat dan penegur pastu dosa buat lagi, perangai maintain tak berubah. Hidup mati kerana Allah, 5 waktu solat lafazkan tapi setakat situ sahaja. Hidup tak ikut cara Allah pandukan. Bagaimana ni?

[[ NAK JADI BAKAL JENAZAH/BAKAL MAYAT PUN PERLU TERMA DAN SYARAT]]

Digital Filem dan Kodak




Assalamualaikum

Adakah masih relevan? Hari ini (semalam) tergerak nak 'cuci' gambar di smartphone murah saya mana tahu esok lusa nak tukar hp atau mana tahu sekejap lagi hp saya kehilangan. Dulu masa anak pertama dah siap 'cuci'. 'Cuci' ni sempena anak kedua dan dalam proses pembesaran. Dulu zaman saya kecik kalau saudara mara mesti nak tgk album gambar adik beradik, anak-anak tapi gambar mesti tutup aurat. Sempatlah masa duduk dengan mama dan baru kahwin saudara mara suka tengok album kahwin saya. Tapi budaya atau trend ini telah terhakis di teknologi yg bernafsu. Istilah 'cuci' tu meluas penggunaan dulu. Dah 'cuci' gambar? klasik bunyinya. Hehe.

Di tempat blogger masih lagi kekal harganya (rujuk bawah)

Saiz 3r | 1-4 keping rm0.50 / 5-100 keping  rm0.45 |

Saiz 4r | 1-4 keping rm0.60 / 5-100 keping rm0.50 |

Selain itu gambar saiz A1 sudah tukar nama U1. Minat juga bab gambar mengambarkan ni tapi banyak dah bidang terokai insyaAllah ada rezeki lebih teringin juga nak ada kamera DSLR sendiri. Kamera smartphone 8 megapiksel belakang dan 2 megapiksel depan pun tidak berapa guna sangat. Sengaja tidak mahu libatkan diri dalam bidang selfie atau amik gambar sendiri ini. Blogger juga kini ada hobi baru kecil kecilan dan insyaAllah nanti blogger kongsikan seperti pernah blogger kongsikan hobi mengumpul setam suatu masa dahulu. Setam pun susah dah nak dapati sekarang ini akibat arus teknologi smartphone budaya menulis atau membalas surat dianggap satu yang leceh atau lambat.



Jumaat, 23 Januari 2015

BAHAGIAN DAN MASA BELIAU

 

NAUNGAN pemerintahan bumi Arab Saudi dan dunia amnya tersentak dengan berita kemangkatan Raja Abdullah Abdulaziz pada usia 90 tahun akibat penyakit pneumonia. Putera pertama daripada salah seorang isteri Raja Abdulaziz Abd ar-Rahman Al Saud yang lebih dikenali dengan gelaran Ibn Saud itu dilahirkan di Riyadh pada 1 Ogos 1924.

Almarhum menerima pendidikan awal di Mahkamah Diraja Arab Saudi. Menerima pengaruh daripada bapanya yang merupakan pengasas pemerintahan moden Arab Saudi pada tahun 1932, baginda merupakan anak ke-13 daripada 45 orang anak Raja Abdulaziz yang bertekad mahu membina kembali kehormatan agama Islam, sejarah dan warisan di negara itu.

INFO : KOSMO ONLINE





Al Fatihah Raja Arab Saudi Almarhum Raja Abdullah. Ketika semua mahu menjadikan Donald Trumps idola atas kekayaan dan keotakkan perniagaan beliau dan ketika Bapa Pembangunan Dr M di lihat hebat dengan kepimpinan beliau dgn membawa malaysia ke arah wawasan 2020 saya mengkagumi beliau yakni Almarhum Raja Abdullah. Raja Abdullah pernah digelar raja kesayangan rakyat. Saya pernah jejak kaki di dua kota suci makkah dan madinah sebelum ini yang masih segar diingatan saya di kedai jualan pun ada tertampal poster barangkali gambar Almarhum diluar pintu masuk "Raja kesayangan rakyat". Al Fatihah Almarhum Raja. Syukur pada Allah ada Raja yg sudah mengerahkan tulang empat kerat beliau selama ini menjaga dua kota suci ini. Dimaklumkan Putera Mahkota Salman pemerintah Arab Saudi yg baharu.. Salam Takziah..


Sabtu, 10 Januari 2015

BAJU OREN


BISMILLAH..
 
Kopiah atas kepala, cakap perihal agama. Ustaz, memang sah ustaz. Ilmu tinggi. Kaler baju tak kisah asalkan bukan pelangi. Orang tidak mendengar apa dikatakannya. Orang sibuk tengok baju dia yang pelangi. Pelangi tujuh warna tu. Kenapa nak pertikai si baju oren tu? Ini penyakit orang kita. Bila coretkan sesuatu sama ada dengan pena atau pena elektronik pastu di hujungnya mencalit nama penama yang menyatakan hal itu.


Contoh : Haram makan telur penyu kalau telur penyu tu tak bayar - UAI.
 
Haram? Bahaya. Haram sebab makan tak bayar. Betullah tu. Calitan nama belakang tu bermaksud ANDA BERTANGGUNGJAWAB DENGAN APA ANDA KATA. Betul, bila soalan bertubi tubi di utarakan senang sahaja jawapan kita, tanyalah individu itu ini yang penting aku lari/aku tidak terlibat/aku tak sabit perihal ini. Aku kongsikan sahaja, mana tahu benar atau tidak. Oh, kejamnya jawabnya. Kejam kejam kejam.

Perihal lain kata kata itu sebenarnya dari anda tapi melebalkan / mencalitkan nama anda sebenar seperti EN. MAIL atau nama samaran yang ada beri sendiri seperti BAJU OREN. Oh baru terkupas tajuk BAJU OREN. Patutlah tajuk nak nampak gempak/terkini/sensasi. Semua ini nak dapat perhatian. Tidak patut betul. Tidak mengapalah semoga apa kita lakukan dapat memberi sendiri nasihat buat diri kita sendiri atau semua. 

 

Ini masam adakala manis bergantung bagaimana dan cara kita pilih untuk menasihati seseorang. Bagaimana cara kita itulah usaha kita. Ada yang memilih untuk diam namun sia sia diamnya kerana tidak terlaksana konsep amal makruf dan nahi mungkar. Fikir fikirkanlah. Selamat beramal. :)



Rabu, 7 Januari 2015

DI TEMPAT SAYA



CATATAN MATLUTFI

BISMILLAHIR RAHMANIR RAHIM

Assalamualaikum. Baru hari ini nak pegang buku ini. Dapat hampir sebulan dah beli online namun belum bayar. Hari ini bayar hari baru nak baca sipnosisnya. Pelikkan beli online, buku hampir sebulan dalam tangan tapi belum bayar. Kesilapan saya juga sebenarnya. Sekali tu saya nampak orang jual tapi buku malas nak beli online risau keadaan buku tak memuaskan bila sampai. Tapi saya nak cuba sekali tapi tak sangka akak tu pos dulu sebelum saya bayar kerana beberapa hari lepas saya order (belum sempat bayar) saya ada hal namun buku sampai dulu sebelum saya balik ke tanah air saya.


Lupakan pasal buku di atas jika belum milikinya sila dapatkan segera. Komen saya belum boleh komen sebab belum baca lagi. Nak ulasan InsyaAllah nanti saya ulaskan. Mood membaca kurang sekarang ni.



Selasa, 6 Januari 2015

JADUAL UAI KHAS BUAT GANU KITE

Merebus ubi dalam belanga,
                 Terlebih panas karinya biri,
                     Harus bersyukur bersulam doa,
                                 Masih bernafas sehari lagi..

                                                Sirih dimakan bersama tok Adi,
                                                                           Ada yg nak beli?


GURAU JE.. NAK BELI JAWAB DI KOMEN..
 
                                     


QUDEWAH HASANAH


ASSALAMUALAIKUM. CORETAN PERIBADI. RENUNGKAN.
 
Firman Allah :
Maksudnya : “Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)” (Surah Al-Ahzab ayat 21).
Bulan ini bulan Rabiul Awal, bulan Maulidur-Rasul, bulan kelahiran Nabi Muhammad SAW. Maka setiap 12 Rabiul Awal akan disambut dan diingati kelahiran baginda.

Maaf menegur sahabat semua. Ketidaksukaan, marah dan segalanya mohon maaf. Segala viral atau gimmik mahupun membentuk redhaanNya. Apa kita mahu ialah REDHA ALLAH namun bagaimana jika tidak melalui qudwah hasanah Nabi Muhammad. 

Tidak mahu menyentuh lamaran jenis melutut gaya barat di lokasi, pentas dan hal hal bersangkut pautan maksiat segalanya bagaimana mungkin redha Allah dicapai. Serupa jika Nabi pesan tunang di rahsiakan nikah dihebahkan sebagusnya tidak perlu menayang detik detik simbolik sanding sebelum nikah mahupun sekecik hal melakukan maksiat hati bersama seperti tag bersama di lokasi sama dan segala hal diviral / dihebah / di umum / ditayang / dimahu baca khayalak ramai dgn harapan SWEET nya padahal baru tunangan bahkan jika sudah nikah harus dikurangkan atau jangan FBkan rumah tangga. Namun gagal terlaksananya hari hari kita dengan mengikut QUDEWAH HASANAH NABI kita ni sebenarnya. Agak jauh semuanya. Sepatutnya jika kita sayang Nabi kita, sekecil hal kita ikut dan sebesar hal pun kita ikut. 

Allah pesan mahu RedhaKu maka ikutlah suruhanKu yakni kekasihnya Rasulullah s.a.w. Maulid baru sahaja berlalu namun maksiat pun mahu dilakukan. Astafirullah. Moga sama sama menasihati, lihat sahaja benci dalam hati atau melarang dgn perbuatan agar amal makruf nahi mungkar. InsyaAllah. 

Mula dengan redha, ditengahnya redha, InsyaAllah akhirnya redha. :)


Ahad, 4 Januari 2015

MISKIN. BURUK. CACAT.

 (GAMBAR HANYA ILUSTRASI)

Bismillah & Assalamualaikum w.b.r.

Pandanglah orang yg kurang mampu pada kita baru rasa syukur, rasa kehambaan akan merasap di jiwa dan perbuatan. 

Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah nikmat-Ku kepadamu, dan jika kamu mengingkari nikmat-Ku, maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih.” (Surah Ibrahim, 7)
 
Kebiasaannya, bila kita dikurniakan nikmat, rezeki, kegembiraan mahupun kelebihan; apa yang kita akan lakukan?
BERSYUKUR!

Ya, itulah yang seharusnya.

Tapi… bagaimana pula kalau kita di berikan kekurangan, kecacatan, kemiskinan, kedukaan dan ujian. Berapa ramai yang bersyukur?

Saya pasti mungkin hanya segelintir di antara kita yang bersyukur bila ditimpan ujian. Mungkin dalam 100% hanya 5% yang bersyukur dan berlapang dada bila ditimpa ujian.
Sedarkah kita… beruntunglah bagi mereka yang selalu bersyukur dan sabar. Banyak kelebihan yang diberikan oleh Allah SWT kepada mereka yang bersyukur dan sabar dengan ujian yang diturunkan.

Fiman Allah SWT:

“Mereka yang sabar dalam musibah, kemiskinan dan ketika peperangan; merekalah orang-orang yang benar dan merekalah orang-orang yang bertakwa – memelihara dirinya dari kejahatan.” (Surah Al-Baqarah, 177)

Saya pasti kalian mesti pernah dengar kata-kata ini:

“After every storm there is a rainbow.”

Selepas setiap guruh, adanya pelangi.

Walau apa juga ujian yang diturunkan, kuatkan semangat dan azamkan tekad. Yakinlah dengan janji Allah.

Biar kita miskin, biar kita buruk, biar kita cacat, asalkan hidup mendapat berkat.

Sabtu, 3 Januari 2015

MUHAMMADKU

BISMILLAHIR RAHMANIR RAHIM

Assalamualaikum. Memberi salam juga sunnah Nabi. Hidup dalam Sunnah MasyaAllah dan Tabarakallah. Tak buat semua jangan tinggal semua.  Allahuma Solli Ala' Saidina Muhammad. 12 Rabiaul Awal yang lalu saya cuba menjawab soalan daripada Akhi/Banat pun saya tak tahu Soalannya berbunyi Apakah sunnah Nabi Muhammad yang paling besar? Saya cuba menjawab dua jawapan. Pertama : Selawat kepada Nabi Muhammad itu sendiri. Akhi/Banat itu jawab betul namun tidak tepat. Saya masih mencuba dengan jawapan memberi anak yatim makan. Namun masih saya tak pasti jawapannya & saya ditinggalkan dengan pertanyaan jawapan kepada soalan ini.
 
MasyaAllah/ Tabarakallah hebat Akhi/Banat tu? Setiap masa saya memikirkannya. Gagal rasa saya sebagai umat Nabi jika tak tahu jawapannya. Bukan nak tahu sangat sebenarnya jawapannya. Yang nak sebenarnya, jika sudah tahu nak laksanakannya dan tak mau tinggal. Maka saya membuka pertanyaan kepada ahli blogger yang akan saya boldkan. Apakah sunnah Nabi Muhammad yang paling besar?


Khamis, 1 Januari 2015

PENUTUP 2014

DARI ALLAH KITA DATANG DAN SESUNGGUHNYA DARI ALLAH KITA KEMBALI!! 

ASSALAMUALAIKUM W.B.R. Takziah dan Innalillah blogger ucapkan kepada mangsa mangsa banjir di Malaysia kerana hampir semua negeri yang mengalaminya termasuk yang terburuk Kelantan, Terengganu, Perak dan Pahang. Satu persatu gambar dibelek belek, kekunci mouse di seret bawah bawah dan bawah lagi serupa skrin handphone bimbit jenama apa tak kisah di susur ke bawah bawah dan bawah lagi melihat menderitanya mangsa mangsa banjir. Allah, semua ujian darimu menguji keimanan kita. Rasa tak perlu saya muat turun gambar yang saya lihat cukup anda sendiri mengikuti perkembangannya di mana mana sahaja asalkan yang Shohih.






Tsunami 2006 bukan nak menyebutnya namun peringatan bernas. Lihat Masjid ini terus diviralkan, ditunjuk, ditayang, dimuat turun namun gagal amik manfaat padanya. Masjid sinonim dengan rumah Allah maka apa tandanya? Allah mahu manusia kita kita ni, anda anda semua, saya, awak, kamu, mereka, dia, anda lelaki, anda perempuan, anda yang muda dan tau kembali beriman kepadaNya. Kembali taat patuh kepadaNya. Allah menegur kita. Allah menegur dengan ujian. Ramai gagal. Gagal lihat ini teguran, gagal sabar dan menghadapi lagilah.




Akhirnya mari kita kembali. Berdoa buat diri, semua dan sesama muslim. Doa hadith Nabi sudah sedia. Minta, minta, mohon, mohon, merayu dan sujud kepada Allah. InsyaAllah. WaAllahuAlam.. :)



Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha
Letakkan Al-Quran sebagai Panduan Hidupmu dan As-Sunnah sebagai gaya hidupmu

Antum/Antuna semua (ukhwah fillah)

Artikel - Artikel Popular