Khamis, 19 Oktober 2017

KITA BUKAN MUDA LAGI

Assalamualaikum dan Bismillah..



Alhamdulillah masih diberi kesihatan yang baik, rezeki dan ilmu serta barakah Allah kepada kita semua. Yang terutama,nikmat Iman dan Islam serta nafas diberi dan disuntik tanda rasa jemu. Meninggal di sana sini, apa jua keadaan sama ada kemalangan atau kecelakaan dan tak kurang juga mati semulajadi. Allah, kita bukan muda lagi, muda dan tua dia tak pilih untuk kembali. Astafirulllah, mati itu pasti..

Kita bukannya muda,hampir 10 tahun sebenarnya blogger berblog. Rakan rakan seperjuangan pun tengok setiap tahun ada pos. Banyak sudah nasihat dan perkongsian bersama. Moga sedikit sebanyak ada manfaat kepada kita semua. Dunia blog kian pudar, orang lebih suka menulis di facebook dan instagram. Harap sama sama kita kembali membaca blog, menulis dan menukil serta mencatat kebaikan dengan menulis. InsyaAllah.. :)

Selasa, 17 Oktober 2017

INI OKTOBER


ASSALAMUALAIKUM DAN BISMILLAH.

Lama tak bersua, bulan september sempat menulis dua post sahaja. Betul betul subuk bulan lepas.Selain hari raya eidul Adha,giat menyelesaikan tugasan hakiki. Alhamdulillah berlalu sudah tugas hakiki tahun ini, moga dimurahkan rezeki dikurniakan lagi sebelum tutupnya tirau tahun ini. Insya-Allah..


Apa khabar semua? Harap semuanya dipermudahkan urusan dan diberi rezeki yang berkah serta setimpal dengan apa yg usahakan. Amin.Insya-Allah..Tahun ni blogger semangat kerjanya lain macam, mungkin hidup dunia yang makin mencabar, anak anak yang makin membesar dan lain lain, maka kita akan lebih berusaha mencari dan merancang untuk masa depan. Anda bagaimana?

 

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha
Letakkan Al-Quran sebagai Panduan Hidupmu dan As-Sunnah sebagai gaya hidupmu

Antum/Antuna semua (ukhwah fillah)

Artikel - Artikel Popular