Ahad, 31 Disember 2017

SEKALI-SEKALA



Assalamualaikum dan selamat pagi (masa tulis entry ni pagi terakhir tahun 2017). Masih diluar hujan rintik rintik air bergelora dgn perut keroncong untuk diminta makan. Hehe. Abaikan, kemerepekkan blogger. Apa khabar?

Biasalah, hidup ini tidaklah selalunya menekan.  Hidup ini tidaklah selalu kita kena berada dihadapan, hidup kita mohon permudahkan namun ada masa jika tidak rasa kesusahan hidup maka tidak boleh digelar ini sebuah kehidupan. 

Tidak berniat nak membebal panjang penutup tahun 2017 ini namun, dikesempatan ini blogger memohon seribu kemaafan atas keterlanjuran mata pena elektronik nukilan sepanjang tahun ini. Barakatillah..

Sabtu, 30 Disember 2017

KEADAAN BERGITU




Assalamualaikum,apa khabar? Alhamdulillah syukur kita masih diberi peluang bernafas, diberi peluang menjadi Hambanya dan diberi nikmat kesihatan serta iman yang superb & mantap.
Sempat atau tidak beberapa entry lagi sebelum tahun baru ni. Buka pula lembaran baru, macam peningkatan umur, perubahan kalender, perubahan huruf atau angka dan lain-lain. 

Harapnya setiap tahun yg berubah tindakkan 'selalu begitu'. Bak kata orang, Azam 2018, saya berazam menyelesaikan Azam 2017, Azam 2016 pun masih belum dilaksanakan sepenuhnya.Selalu begitu, macam itulah orang kita masih ditangguk lama. Benda lama kalau diambil untuk ilmu ada baiknya, namun jika diambil untuk mengulangi sejarah maka usahlah adakan lagi benda yg sudah ada. Lebih baik usaha kan lebih baik dan tepat serta mantap

Selasa, 12 Disember 2017

MAJU EKONOMI


ASSALAMUALAIKUM.. BISMILLAH..

Seriuss tajuk blogger hujung hujung tahun ni. Bagaimana ekonomi anda? Ahli atau  pakar ekonomi kata setiap apa yang melibatkan ekonomi kita kena merancang. Bagaimana? Mereka berkata cuaca ekonomi negara kian baik maksudnya mata RM kita makin pulih. Alhamdulillah, sekitar tahun lepas dan tahun ini betul mata RM kita nampak susut. Kita dilihat kecil oleh mata YEN, SGD, RIYAL dan lain-lain sehinggakan tukaran ada sesetengah tempat tidak dibenarkan. Misalnya 2012-2015 1 RIYAL ditukar dengan RM menampakkan baru 0.85-0.94 tetapi kini sekitar 2016-2017 ! RIYAL ditukar dengan RM hanya 1.11-1.18. Penampakkan ini jelas ekonomi kita dan mata RM kita semakin jatuh.  

Mereka juga sarankan kita berjimat cermat. Membeli apa yang mejadi keperluan, tangguhkan apa yang menjadi kehendak. Catat pembelanjaan harian, masak sendiri di rumah bermakna kurangkan makan laur dan membeli makanan yang sudah siap, kurangkan komitment pembayaran dan jimatkan penggunaan elektrik serta air.Ada orang tanya untuk apa sebenarnya catat pembelanjaan harian? Selain membuat pembandingan kenaikan pembelanjaan harian setiap bulan, kita dapat melihat pola pembelanjaan kita misalnya, membeli bahan-bahan harian kita dapat melihat perbezaan pembelian kita bulan ini dan bulan lepas.

Jumaat, 8 Disember 2017

JANGAN TAK JADI


BISMILILLAHIR RAHMANIR RAHIM..

Alhamdulillah bersua mata tetikus lagi di tingkap yang sama mahupun tingkap kecil atau pun besar. Maklumlah hujung hujung tahun ini terutama bulan kedua belas ini ramainya yang eh, jadi.. JANGAN TAK JADI.. Jadi apa wahai si blogger? Jadi berumah tanggalah. Risik sudah tepatan, tunang sudah terikat, tanggungjawab sudah dilafaz, rumah sudah bertangga.

Hujung tahun ni anda akan dalam suasana menunggu. Macam blogger sendiri tunggu tarikh mendaftar anak kemasukan PASTI 2018, alhamdulillah anak blogger sudah 5 tahun, tahun hadapan. Mungkin anda ada yang sama dengan blogger atau ada yang menunggu tarikh tarikh penting dan bersejarah seperti majlis penikahan anda, tarikh dapat gaji, tarikh dapat bonus dan sebagainya. Di harapanya dipemudahkan urusan apa pun yang ada nantikan. Harap harapnya menjadi, jangan tak jadi...

AKU KEMBALI


BISMILLAHIR RAHMANIR RAHIM

Mana mungkin hilang, masih ada di sini melainkan telah dijemput ilahi. Ala tidak perlu menulis bak drama yang permulaannya tenang, lepas tu konflik, klimak dan akhirnya terlerai. Terus terang sahajalah laptop ada masalah bulan lepas, itulah terlangkau satu bulan dengan keadaan biasa sahaja cuma risau ada yang menanya apa khabar? Tak jumpa lagi sarang labah labah. Maaflah, blogger terlebih kiasan. 

Setahun hampir berlalu, sudah mahu berlabuh tirai bulan terakhir dalam satu tahun, tahun depan pastinya memasang lagi azam azam impian namun azam tahun ini bagaimanakah, sudah tercapai? Ada perubahan? Bagaimana?

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha
Letakkan Al-Quran sebagai Panduan Hidupmu dan As-Sunnah sebagai gaya hidupmu

Antum/Antuna semua (ukhwah fillah)

Artikel - Artikel Popular