Ahad, 15 April 2018

HAK MEMILIH


Assalamualaikum dan Bismillah..

Alhamdulillah, Allah mudahkan urusan dalam semua hal hal yang baik insyaAllah. Bulan April penuh dengan kejutan. Menghitung hari bulan depan menyambut Ramadhan. Dan bagi rakyat Malaysia disamping Ramadhan disambut. Pilihan Raya Umum juga bakal menjelang pada awal bulan Mei.Tanggungjawab dan tugas yang berat bakal diletakkan atas bahu setiap rakyat Malaysia untuk memilih. 

 Memilih ni macam nak pilih pasangan hidup kita. Ibu bapa kita tidak dapat memilih. Begitu juga Ibu bapa kita tidak boleh memilih kita. Tapi pemimpin ini rakyat yang pilih. Macam kita lelaki atau wanita memilih calon suami atau calon isteri. Bukan untuk 5 tahun sahaja tapi untuk sepanjang hayat. Tertarik dengan pandangan seorang teman. Bila sampai masanya jodoh akan menemui kita dan bergitu juga apabila tiba tarikh dinanti kita akan mengundi dan memilih maka usah bergaduh dan berusahalah..

Ahad, 8 April 2018

LUAHAN HATI DIA

 
 
Ada seorang perempuan yang memilih bungkam atas perasaannya. 

Hingga dtglah orang lain utk meminangnya, 
Lelaki lain yg tak pernah ia tunggu. 

Ia pun di uji dgn dua ujian. 

Berjuang untuk melepaskan perasaan yang ada di belakangnya, 
Dan berusaha untuk mencintai lelaki yg ada di hadapannya.

Ternyata perempuan itu gagal menjalani ujian itu,
Dia tidak memilih menerima dan juga tidak memilih berbicara. 
Dia masih memilih diam.

Kerana cinta itu bukan suatu pelarian dari kecewanya ke satu hati dan berlari ke hati yang lain nya.

Cerita sedih suatu ketika dulu.

Adakah yang mengalami kisah yang sama? 

Ingatlah dengan kisah ummu salamah yang menjadi janda kerana abu salamah suaminya yg shalih meninggal dunia. 
Pada masa itu ummu salamah merasa sangat sedih dan berkata, adakah seorang muslimin
yang lebih baik dari abu salamah?? 

Lalu ummu salamah mendengar Rasullullah SAW bersabda:

Tidaklah seorang muslim ditimpa musibah dan berkata sebagaimana yang diperintahkan Allah (innalillahi wa inna ilaihi rajiun), Ya Allah beri aku pahala dalam musibah ini dan berilah ganti yang lebih baik darinya, kecuali Allah akan memberinya ganti yang lebih baik.

Dan selepas masa iddahnya ummu salamah di lamar nabi, 
Dan benarlah Allah telah kabulkan doanya.

Sedikit perkongsian dari kisah cinta yang mengharukan :

Isnin, 2 April 2018

KENA HEMPAS



ASSALAMUALAIKUM

Kepala macam kena hempas kepala ni sejak seminggu dua ni. Kerja semakin banyak, kena jaga ini kena jaga itu. Namun rindu nak bercerita diblogger lampuneon. Walaupun kurang perkongsian agama macam mula mula blog ditubuh namun diharapkan janganlah kata blogger dah lupa asal usul. Amalan blogger dan apa yang baik blogger buat takkan nak tunjuk depan depan, cerita terang terang. Biarlah Allah menilai. Biarlah Allah angkat seikhlas kita disisiNya.

Blogger diasuh dengan didikan baik namun dunia membataskan segalanya, belajar bidang agama jangan dijadikan asbab kukuh untuk hentam blogger. Blogger lampuenon masih dimotivasikan dengan cerita teladan soalt diawal waktu kunci syurga, taat ibu bapa kunci syurga dan kisah rabiatul adawiyah yang banyak diisi untuk melengkapkan hidup.

Sesungguhnya blogger rindu semua itu, bau buku, novel, bau bilik kuliyah, ustaz dan ustazah. Undang-undang, dakwah, biding, jilid, assigment, tesis. Allah rindu, nak belajar semula, kembali bersama sama mereka meneleah. Benar telah kutinggalkan. Aku semakin berumur, makin dewasa, mendidik anak anak. InsyaAllah..

Ahad, 1 April 2018

TUAN



Apabila kita diberi rezeki memiliki ibu dan ayah yang berusia 60 tahun++...

Kita tak boleh lagi mengharapkan masakannya tp kita kena usaha utk memasak, menyediakan apa saja kegemarannya...

Bukan lagi mengharap jasanya tp berjasa untuknya...

Bukan masa utk kita menunggu pemberiannya tp kena byk memberi padanya...

Bukan lagi mengharapkan pengorbananya tp  sentiasa berkorban untuknya...

Bukan lagi mengharapkan/menunggu bukti kasih sayangnya pada kita tp kita kena buktikan betapa sayangnya kita padanya...

Bukan lagi tunggu khabar berita darinya tp sentiasa bertanya khabar padanya...
Bukan tunggu dia datang ziarah kita tp kita kena usaha utk ziarahinya...

dan 

Bukan lagi untuk kita katakan yang BUKAN-BUKAN padanya
... bukankah dialah org yg perlu kita taat selepas Allah dan rasul.

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha
Letakkan Al-Quran sebagai Panduan Hidupmu dan As-Sunnah sebagai gaya hidupmu

Antum/Antuna semua (ukhwah fillah)

Artikel - Artikel Popular