Isnin, 21 November 2016

BUATSEKARANG

 


Kita biasa sangat dengar orang kata "tak cuba, mana nak tahu" bila ada sesuatu perkara yang kita nak buat tapi ragu-ragu akan hasilnya. Contohnya, Ismail ada rancangan nak meniaga ABC di simpang masuk Giant Nilai. Tapi disebabkan dia baru nak mula meniaga, ada bibit-bibit keraguan dalam hati.
Satu malam sebelum tidur, dia ceritakan keraguanya itu kepada isterinya. Panjang lebar dia huraikan. Mula-mula bab modal, kemudian sambutan pelanggan. Paling dia ragu-ragu pasal penguatkuasa, risau kena angkut. Tapi isterinya hanya membalas, "abang tak cuba, mana nak tahu". Isterinya tidur lena. Ismail tidak.

Mudah betul. Tapi nak cuba dan buat, bukanlah mudah sampai tak tidur kawan tu.
Tapi orang masih lagi akan kata cuba, cuba dan cuba. Apa yang penting sangat dengan mencuba ni?

Ok, bayangkan begini. 

Le Tissier merupakan seorang pemain bola sepak yang dikatakan pengambil sepakan penalti terbaik.
Ikut statistik pemain ni, sepanjang 16 tahun dia bermain di liga Inggeris bersama Southampton dia hanya gagal 1 kali sahaja daripada 49 sepakan penalti yang dia ambil. Itu bersamaan 98% kejayaan. Jadi dia ni antara yang handal.

Kau pula seorang pemain amatur. Main bola seminggu sekali. Itupun ada minggu yang kau tak main. Kemampuan menyepak bola pula, kuat bila tonjol saja. 

Bayangkan kau dan Le Tissier ni sama-sama ada dalam padang bola. Kau diminta untuk ambil sepakan penalti, tapi Le Tissier ni tak dibenarkan ambil sepakan.

Dari segi logik akal, kau lebih berpeluang menjaringkan gol berbanding pemain yang handal tadi sebab dia tak dibenarkan menyepak.

Jadi kau perasan tak?  Kita lebih berpeluang sekiranya mencuba walaupun dari segi kemampuan kita serba kekurangan. Sudahlah sepak tonjol, main bola pun seminggu sekali. Berlawanan pula dengan orang yang handal serba serbi. Jika dia tidak dibenarkan mencuba (tak cuba), dia langsung tidak punyai peluang. Langsung, kosong.

Disebabkan itulah cuba itu penting. Hasil pula adalah satu perkara yang lain.
Jadi, bagi sesiapa yang masih lagi ragu-ragu, bertanggung untuk buat sesuatu lebih-lebih lagi mengejar impian dan cita-cita, baik kau orang mula dengan cuba. Kalau tak, sampai bila-bila pun kau takkan ke mana.

P/S: JIKA TERNAMPAK KISAH INI DI DIKONGSIKAN KETAHUILAH BAHAWASANYA SAYA JUGA TELAH MINTA IZIN UNTUK BERKONGSI.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha
Letakkan Al-Quran sebagai Panduan Hidupmu dan As-Sunnah sebagai gaya hidupmu

Antum/Antuna semua (ukhwah fillah)

Artikel - Artikel Popular