Sabtu, 29 Januari 2011

Biskut Tak Macam Aku

 

Kejap ada kejap menghilang. Macam chpsmores, kejap ada kejap hilang. Tapi realitinya biskut tak macam aku. Apa merepek ni? Memanglah aku manusia bukan biskut. Makan pun tak boleh.. Taklah.. Itu perumpamaan sahaja. Realitinya sibuk benar bulan satu ni.. Hari ini dah 29/1.. Kejap sahaja masa berlalu. Orang yang sibuk (yang mengisi 24jamnya dengan aktiviti-aktiviti berfaedah sama ada bekerja dan beribadah) maka masa sebulan yang berlalu dirasakan lambat.

Semua orang sibuk.. Ramai yang menjadikan dunia ini tempat bersinggah untuk berlabur dengan pelaburan saham dunia dan hasilnya dikutip di akhirat. Alhamdulillah. Bukan sibuk sebenarnya, tapi beribadah. Kerja juga ibadah jika kerjanya menuntut dia berkorban segala-galanya (bukan maruah tapi masa dan tenaga) untuk menanggung apa yang dipertanggungjawabkan ke atasnya. Alhamdulillah. Ada yang berusaha, kerja keras sampai demam. Alhamdulillah. Allah cashkan dosakan kita dengan balasan dunia (musibah kecil - sakit sikit-sikit) kerana sedikit demi sedikit dosa kita gugur serta Allah mungkin nak kita apabila berjumpa dengan Dzat yakni Dia Pengcipta segala yang wujud ini dengan bersih. Alhamdulillah..


Duduk bersama bos bos, guru-guru dan pengurus syarikat besar binaan. Itu yang masaku terluang banyak dalam kursus binaan perumahan yang berlangsung 5 hari dari 24 - 28 hari bulan 1 yang semalam berlalu. Alhamdulillah, nampak sikit jalan dalam kehidupanku. Mula memahami bagaimana penat dan susahnya Ibu bapa kita mendidik dan memebsarkan kita. Dulu mereka marah bukan bermakna tak sayang tapi lebih kepada sayang. Apa yang hak mereka akhirnya turun kepada kita. Bukan hanya dipandang dari segi harta benda sahaja tapi kasih sayang. Bagiku, manjaku dengan keluargaku dengan mama dan ayahku. Gembira rasanya, penat pun buat mereka nak balas penat mereka dulu tak terbalaslah nampaknya. Dunia, aku sayang ayah dan mamaku.. Nukilan berakhir dengan senyuman..

p/s : Aku anak manja.. Bahagia manja dengan ayah dan mama.. Umur dah lewat makin manja dengan mereka makin rasa mereka redha apa yang aku lakukkan..  :)


Khamis, 27 Januari 2011

Kita Di Ajar


Allah ajar kita melalui Rasullah s.a.w. menyebut bismillah setiap kali hendak memulakan satu pekerja. Mungkin kebetulan tapi insya-Allah manfaat sebagai pembakar semangat..

B - Bismilllah
- Insya-Allah
S - Subhanallah
M - Masya-Allah
I  - Innalillahi wa inna ilaihirojiun
L - Lahawlawallaku wataillah billah
L - Laillahaillah
A - Alhamdulillah
H - Hari-Hari (Baca hari hari)

Apabila lakukan sesuatu sebelum bermula ucapkanlah "BISMILLAH". "INSYA-ALLAH" apa yang kita buat diredhai Allah. Apabila apa yang kita buat berbuahkan hasil kita ucapkan "SUBHANALLAH". Dan andai kata apa yang kita lakukan gagal maka ucapkanlah "MASYA-ALLAH" dan "INNALILLAHI WA INNA ILAIHIROJIUN" jika ditimpa musibah. "LAHAWLAWALLAKU WATAILLAH BILLAH" begitulah kita di dunia, tiada daya dan upaya melainkan dengan pertolongan Allah kerana paksi hidup kita hanya pada "LAILAHAILLAH".. "ALHAMDULILLAH" bila dikurniakan rezeki kerana bismillah perlu di baca "HARI HARI" agar diredhai.

Allah Tak kita ini tau..

D - Dunia
U - Umpama
N - Neraka
H - Hidup
I  - Ibarat
L - Layang
L - Layang

Bila Dunia Umpama Neraka Hidup Ibarat Layang-Layang.. Parah dah kalau macam ni. Jika kita melakukan dosa berterusan dan tiada musibah atau teguran dari Allah maka 'something wrong somewhere". Kita kene check balik diri kita.. Memang kita dapat apa yang kita hajatkan.. Allah beri tapi dia biar kita lalai dan leka dengan apa yang kita hajatkan.. Berhati-hatilah..

Ingatlah..
Semua anak Adam (manusia) itu sering membuat kesalahan (dosa) dan sebaik-baik manusia yang membuat kesalahan (dosa) itu ialah orang-orang yang suka bertaubat" -Riwayat Al-Tirmizi

Sinonim Sujud

Rasulullah SAW bersabda “Jika boleh manusia sujud kepada manusia, akan ku suruh isteri sujud pada suami nya
 Pernah tak anda dengar hadith di atas? Bukan selayaknya nak huraikan hadith tapi hadith di atas berkenan 'sujud'. Bukan pula nak sentuh bab nikah-kahwin malah nak cerita bab sinonim sujudnya kita pada Allah dua kali semasa solat. 
Imbas kembali :

Semasa sujud akan berlaku perbuatan dua kali sujud pada setiap rakaat. Jika sesiapa yang belum tahu ini berdasarkan perisitiwa Allah menyuruh malaikat semua sujud termasuklah Azzazil (makhluk yang ingkar sujud - iblis) kepada Nabi Adam. Dua kali Allah perintahkan sujud. Namun kedua-duanya diingkari oleh Azzazil kerana dia bangga kejadiannya dari api bahkan Adam dari tanah yang busuk dicuci air.
Buat pengetahuan semua, iblis (Azzazil) berjanji menyesatkan semua anak Adam. Fahamkah anda bukan orang Islam sahaja bahkan semua anak Adam tak kira apa bangsa, agama kerana manusia adalah musuh tradisi iblis. Wa'Allahu'alam..

Jumaat, 21 Januari 2011

Nikah Bukan Seperti Main Kahwin Kahwin

 

 
PANDUAN UNTUK MEMILIH
 
Rasulullah SAW bersabda: “Dinikahi perempuan itu kerana 4 perkara: Pertama, kerana hartanya. Kedua, kerana keturunannya. Ketiga, kerana kecantikannya. Keempat, kerana agamanya. Maka yang lebih utama adalah perempuan yang beragama, pasti engkau akan beruntung.”(HR. Bukhari Muslim)

Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita yang solehah.
(HR. Muslim)

Daripada Anas r.a, katanya telah bersabda nabi S.A.W bahawa perkahwinan adalah sunnahku, sesiapa yang benci sunnahku, maka dia bukan dari golonganku.

Pilihlah tempat menyimpan air mani yang baik (isteri solehah) dan kahwinilah wanita yang sepadan. (Riwayat Ibnu Majah dan al-Hakim).

Kahwinilah perempuan yang keturunan anak ramai, sesungguhnya aku berbangga dengan kamu kerana ramainya ummah. (Riwayat Abu Daud dan Nasa'i).

Sesungguhnya apabila seorang suami memandang isterinya, dan isterinya membalas pandangan tersebut dengan penuh kasih dan cinta, maka Allah memandang mereka dengan pandangan kasih mesra, dan jika si suami membelai tangan isterinya, maka dosa mereka jatuh berguguran di celah-celah jari tangan mereka.- Hadis Riwayat Maisyarah

Apabila suami mengajak isterinya ke tempat tidur lalu dia enggan, maka tidurlah suami itu dalam keadaan marah kepadanya. Akibatnya malaikat turut marah kepadanya sehingga Subuh. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Jika seseorang diantara kamu hendak bersatu dengan isterinya, maka bacalah: ‘Bismillah’ ‘Ya Allah, jauhkanlah kami dari syaitan dan jauhkanlah syaitan dari (anak) yang akan engkau kurniakan kepada kami.’ Kemudian jika berbuah dari mereka ini seorang anak, maka syaitan tidak akan merugikannya selama-lamanya -Hadis riwayat Bukhari dan Muslim

Rasulullah SAW bersabda:"Sesungguhnya seorang isteri belum dapat dikatakan telah menunaikan kewajipannnya terhadap Allah sehingga ia menunaikan kewajipannya terhadap suaminya seluruhnya. Dan jika suaminya memerlukannnya, sedangkan pada waktu itu dia sedang berada di atas kenderaaan, maka tidak boleh dia menolaknya."(HR. Thabrani)


Rasulullah SAW bersabda: “Jika seorang isteri berkata kepada suaminya, belum pernah aku mendapatkan atau merasakan kebaikan darimu, maka bererti telah gugur amalnya.” -Hadis Riwayat Ibn Ady dan As-Syakir

Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: jika isteri berkata kepada suaminya: talaklah aku/ ceraikan aku! Maka nanti di hari kiamat ia tidak berdaging, lidahnya keluar melalui tengkuknya dan akan dimasukkan ke dalam neraka jahanam walaupun ia puasa disiang hari dan solat malam." (Hadis dari Abu Bakar Shiddiq)

"Setiap isteri yang minta cerai dari suaminya tanpa apa-apa (tanpa alasan yang dapat dibenarkan) maka haram atasnya bau syurga" -Hadis Riwayat Abu Daud & Al-Tirmizi

Dari Ammar bin Yasir bahwa Rasulullah SAW bersabda,”Tidak akan masuk syurga suami yang dayus”. (Hadis riwayat Abu Daud)

Diriwayat Abu Sa'id al-Khudri r.a katanya: Seorang lelaki datang mengadu kepada Rasulullah kerana anak gadisnya tidak mahu berkahwin. Sabda Nabi kepada gadis itu: Patuhilah kehendak bapamu. Jawab gadis: Saya tidak akan kahwin sehingga Rasulullah menyatakan apa tanggungjawab saya sebagai isteri. Baginda Rasulullah s.a.w bersabda: Jika suamimu berkudis, lalu engkau rawat kudisnya dengan mulutmu, maka perbuatan itu tidak wajar dianggap sebagai keterlaluan. Jawab gadis: Demi Allah, kalau begitu tugas isteri, aku tidak akan kahwin selama-lamanya. Sabda Nabi kepada bapanya: Jangan engkau paksa dia kahwin. Biarlah dia membuat keputusan sendiri.

Seorang perempuan datang bertanya kepada Rasulullah SAW serta menerangkan katanya: “ Sesungguhnya sepupuku meminangku, maka sebelum aku berumah tangga , ajarkanlah kepadaku, apakah hak suami terhadap isterinya? Rasulullah SAW menjawab: “ Sesungguhnya hak suami terhadap isterinya sangatlah besar, sehingga apabila mengalir darah hidung atau nanah suaminya, lalu dijilat isterinya, masih belum terbayar hak suaminya itu. Dan jika sekiranya manusia dibolehkan sujud kepada manusia, nescaya aku perintahkan si isteri untuk sujud kepada suaminya.”(HR. Al-Hakim)

Ibnu Abbas r.a berkata: “Ada seorang wanita dari Khats’am datang kepada Rasulullah SAW lalu bertanya: “Wahai Rasulullah, saya adalah seorang wanita yang sudah janda, dan saya ingin kahwin lagi, yang ingin saya tanyakan apakah hak suami itu? Rasulullah SAW menjawab: “Setengah daripada hak suami atas isterinya itu adalah apabila suami itu menginginkan isterinya itu untuk bercumbu rayu, walaupun isterinya itu di atas punggung unta, maka jangan sekali-kali isteri itu menolaknya.(HR. Baihaqi)

Rasulullah SAW bersabda: “Seorang perempuan datang menghadap kepada Rasulullah SAW, ia bertanya: “Ya Rasulullah, saya ini adalah utusan dari kaum wanita untuk menghadap tuan. Ada jihad yang diwajibkan kepada kaum lelaki, apabila mereka menang, mereka akan mendapat pahala, kalau mereka terbunuh mereka tetap hidup di sisi Tuhannya, mereka tetap mendapat rezeki. Sedangkan kami kaum wanita, kamilah yang memelihara mereka, kami akan memperolehi apa? Rasulullah SAW menjawab: Sampaikanlah kepada setiap kaum wanita yang kamu jumpai; bahawasanya, taat kepada suami, memenuhi hak-hak suami sama pahalanya dengan jihad, tetapi sedikit sekali di antara golonganmu yang melakukannya.”(Hadis dari Ibn Abbas)

Rasulullah SAW bersabda: “ Isteri manapun yang mengeraskan suara melebihi suara suaminya, maka dia akan mendapat laknat dari segala sesuatu yang disinari matahari.”(Hadis dari Umar bin Khattab)

Rasulullah SAW bersabda: “Apabila wanita yang meratap tangis tidak bertaubat sebelum ia meninggal, maka dia akan dibangkitkan pada hari kiamat, dan ditubuhnya dikenakan pakaian jubah yang penuh dengan penyakit kubis.”(HR. Muslim)

Rasulullah SAW bersabda: “Apabila seorang wanita mendirikan solat yang lima, berpuasa pada bulan Ramadhan, memelihara kemaluannya dan mentaati suaminya, maka dia masuk syurga dari pintu-pintu syurga manapun yang dikehendakinya.”(HR. Ibn Hibban)

Rasulullah SAW bersabda: “Apabila seorang wanita redha atas kehamilannya dari suaminya yang sah, sesungguhnya ia telah mendapat ganjaran pahala seperti ibadah puasa dan mengerjakan ibadah-ibadah lainnya dijalan Allah; dan jika ia merasa berat, letih atau lesu, tidaklah dapat dibayangkan oleh penghuni langit dan bumi, betapa kesenangannya disediakan oleh Allah di hari akhirat nanti. Apabila anaknya lahir, maka dari setiap teguk air susu yang dihisap oleh anak, si ibu mendapat kebajikan pahala. Apabila si ibu berjaga malam (kurang tidur kerana anak) maka si ibu mendapat ganjaran pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba sahaya kerana Allah.”(HR. Ibn Hibban)

Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah.- Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.


...Sakinah  Mawwardah Warrahmah...

Khamis, 20 Januari 2011

Beri Ruang Sekaligus Peluang

 

 Adakah ruang dan peluang aku mengecapi bahagia? Selalunya bila bertanya pada diri kita, kita akan hampa. Kenapa? Bagi kita hanya kita yang sengsara dalam hidup ini. Yang menimpa bala dan musibah hanya kita sahaja. Ah, dugaan kau tak besar, dugaan aku lagi besar tahu! Belagak benar bunyinya, dugaan yang menimpa diri kamu kamu mengaduh, mengeluh tapi bila dengan manusia bukan main kau berlagak.. Allah dah ingatkan dua perkara buat manusia.

1) Allah kata janganlah kau sombong dan berjalan dimuka bumi dengan keadaan berlagak serta bongkak.

2) Allah juga kata dugaan yang Dia timpakan kepada kita hanyalah menguji keimanan kita dan Dia tahu kita mampu menanggungnya.

Tapi masih kita mengeluh, meng aduh. Inilah, itulah. Bukan macam nilah. Bukan macam tulah. Stresslah , mula lah syaitan dan iblis mainkan peranan mereka. Itu ramai yang bila mengalami kesusahan mulalah menegur air syaitan, main dengan serbuk dadah dan seangkatannya. Bila iman senipis daun bawang maka mulalah bila Allah datangkan musibiah sebenarnya Dia nak suruh kita makin ingat pada Dia tapi bila Allah timpakan musibah kita total semua lupa. Lupa diri dan lupa pada Allah.. nauzubillah. 

Ketahuilah setiap orang "berhak bahagia". Cuma cara dan iktiarnya kita kene cari dengan sumber yang betul. Betulkan kata kata anda dunia ini hanya penjara. Tak, dunia ini medium bekal amalan ke akhirat. Jangan penjarakan hidup anda didunia. Ambil yang dunia dan ambil juga yang akhirat lebih daripada dunia serta pastikan sumber kebahagian daripada yang halal dengan cara yang halal.. Insya-Allah, boleh ea?

p/s : Teringat buku ustaz Ismail Kamus "Indahnya hidup bersyariat".. best..

Isnin, 17 Januari 2011

Lembaran Kehidupan Masjidku Kembali

 

Ya Allah..
Aku kini rindu..

Sepakatan Ahli Sunnah Wal Jammah mengatakan :

"Iman seorang yang bergelar Islam pasti merasai Imannya naik dan turun."

Itulah yang disepakati oleh Ulama Ahli Sunnah dan itulah yang kita alami sama ada dulu atau kini. Iman kita akan kembali pada paksi jika kita mengalami kesusahan dan Iman kita akan tercalit sikit jika kita dikelilingi dengan kesenangan sama ada kesenangan masa  atau kesenangan tubuh badan.. 

kekadang masa lapang yang kita ada sengaja kita sibuk sibukkan sehingga kita merasaikan masa kita tak cukup 24 jam sehingga kita tiada masa untuk tambahkan rasa ketaatan kepada Allah. Percayalah jika ketaatan kita kepada Allah bertambah pasti Allah akan permudahkan urusan kita. 24 jam kita insya-Allah cukup untuk urusan kita yang tak seberapa dan semakin banyak dapat kita isi ketaatan 24 jam itu dengan beribadah kepada Allah. Insya-Allah..

Percaya atau tidak rindu kita  hanya kita hadkan pada perkara tertentu sahaja. Rindu kita hanya kita abadikan pada perkara yang mudah bagi kita, perkara yang kita rasa perkara kita rindu itu sesuai dengan nafsu kita. Jangan menyalahkan nafsu yang Allah beri, nafsu ini ada dua jenis nafsu kebaikan dan nafsu kejahatan. Yang pasti yang selalu kita penuhi ialah nafsu kejahatan untuk kecapi seronok sahaja. Percayalah beribadah kepada Allah dan keseronokkan adalah keseronokkan yang terindah.

P/S : Maaf 'noktah' kan di sini kisah ni.. Ada sebab kerana keseronokkan ibadah itu sendiri cari sendiri rasa.

Sabtu, 15 Januari 2011

Pasrah Seada-Nya


Pernah hati ini terguris
Dengan fitnah dan tohmahan menghiris
Sehingga terasa diri ini hina
Kerana tiada siapa yang sudi membela
Kutabahkan hatiku harungi hidup

Biarpun tiada siapa yang menemani
Keseorangan aku di lautan sepi
Ditinggalkan mereka yang aku percayai

Namun ku tahu ada hikmahnya
Setiap segala yang menimpa diri
Kuserahkan segala padaMu Tuhan
Yang Berkuasa jua Mencipta
Kerana engkau Maha Mengetahui
Segala apa yang terbuku di hati

C/O:Ya Allah tidakku terdaya lagi
Menahan dugaan yang mencabar ini
Terasa bagai noktah telah kutemui
Mengakhiri segala yang telah aku mulai
Ya Allah, Engkau lindungilah aku
Bekalkanlah daku dengan limpahan iman
Agar tabahku menghadapi dugaan
Agar tidakku berhenti di pertengahan

Kini di sini aku berdiri
Bersama harapan yang tulus suci
Agar terbitlah kembali menteri pagi
Setelah malamku berkalut benci

Lirik Lagu di atas adalah Lagu Dehearty - Pasrah SegalaNya. Bukan aku mahu jadi mereka terlampau rajin nak mengulas secara gratis. Kekadang bukan juga aku mahu jadi seperti mereka menulis blog hanya suka suka. Tidak terniat begitu, aku menulis bukan kerana nak 'Awards' di pandangan manusia tapi itulah yang itu yang dapat habuan dan yang dapat pengiktirafan manusia itu yang semua kejar.. Entahlah aku terpaksa kurangkan kefahaman aku pasal itu demi menjaga diriku agar tetap terpelihara. 

Pasrah seada-Nya. Aku pasrah jasmani dan rohani ini kepada Penciptaku Allah Subha'na wa' ta'aala. Diri ini masih kekurangan walaupun duduk disamping orang orang yang diberi kelebihan. Ada yang mereka lebih dan ada yang aku lebih dan ada yang mereka kurang serta ada aku yang kurang. Bagiku begini mantap, comey dan baik tapi tidak bagi mereka begitu mantap, comey dan baik. Lain orang lain ragam, rambut hitam tapi hati lain-lain.  

Pasrah seada-Nya. Yang ada aku syukur yang tiada aku mencari dan yang tidak tiada buatku maka aku tidak meminta-minta. Melihat kanca kehidupan, di dada akhbar surat khabar umpama melihat bangsaku sendiri di malukan. dimomok dengan puaka, dikuasai dengan nafsu, di matangkan dengan sosial yang tak pernah nak 'diukur pada badan sendiri'

Dunia ini sementara. Pasrah seada-Nya. Pasrah  tidak bererti menyerah. Menyerah tidak pula ertinya kalah atau jemu. Dalam berjuang tidak jemu, tapi seorang perjuang perlukan ruang dan peluang. Dia juga manusia. Imam dan pemimpin juga manusia. Dasar manusia buat silap tapi sebaik baik manusia sejahatnya adalah orang yang sedar salahnya dan tidak hanyut terus dengan salahnya bahkan melibatkan lagi orang dengan dosanya.. Kembalilah, pulanglah. Kau salah kau pasrah.. 




P/S : Aku biarkan catatatn ini tanda mati. Biarkan mereka terfikir apa sebenarnya aku mahu dan aku luahkan.. 

Selasa, 11 Januari 2011

Pastikan 'Assigment' Dihantar Itu Berkualiti


Anda Manusia? Maka anda ada tugasan atau orang puteh sebut 'paper work' atau 'assigment'. Kita semua ada tugasan kita. Yang wajib sahaja yang nak diceritakan di sini yang sunat adalah saya sebut sikit sikit dan yang lain tu 'Lu Fikir Sendili'. Okey?

Budak sekolah rendah ada assigment.. Assigment apa? Folio Geografi dan Kajian Tempatan.. Budak sekolah Menenggah pun ada Folio Sejarah serta tugasan Kemahiran Hidup.. (Teringat pula, semua ni sudah aku lalui). Yang nak cakap di sini tentang 'assigment' kita tu. Berkualiti atau hanya berkuantiti tapi tiada kualiti atau langsung tidak berkuantiti dan tidak kualiti. (Peningkan? belit ayat macam pelat) Hahahhaha. Takpe, ni nak terang ni.
Berkualiti  : Lengkap, mantap, dihiasi dengan warna warni lagi dan menepati cita rasa

Berkuantiti tiada kualiti : lengkap cuma tidak kemas, nampak serabut

Tidak Berkuantiti dan tiada kualiti : Tak lengkap, tak kemas, nampak serabut, tengok pun tak mau

Mesti semua masih tak faham. Semakin hari semakin sulit penulis ni menulis. Macam ni, apa sebenarnya assigment kita pada Pengcipta kita? Pada Ar-Rahman dan Ar-Rahim? Pada Rabb kita? Assigment yang wajib yakni 5 rukun Iman tu dan Allah longgarkan lagi yang terakhir (Menunaikan Haji bagi yang berkemampuan). Hanya Limakan? Dua Kalimah Syahadah, Solat, Puasa, Zakat dan Al-Hajj..

Assigment Solat

Sehari lima Assigment solat kita kene hantar. Assigment (Subuh, Zuhur,  Asar, Maghrib dan Isyak). Dan setiapnya ada due date.. Betul tak? Dah pasti kita nak jadi orang terawal menghantarnyakan? Dan kita mesti pastikan ianya menepati kehendak-Nya.Macam mana Dia hendak? Mestilah Berkualiti dan memenuhi terma dan syarat-Nya. 

Pembaca semua dah boleh tangkap apa yang hendak saya utarakan pada 'entry' ini? Pasti boleh.. Good good.. Kalau suruh solat semua boleh tapi nak mempamirkan solat yang mengikut terma dan syaratnya itu berapa ramai yang boleh? Tak semua bolehkan?

P/S : Sama sama kita memohon ampun pada-NYA. Dia Maha Pengampun dan kita berubah serta berusaha mempamirkan terbaik kepada-Nya.. Insya-Allah.. Ameen..

Isnin, 10 Januari 2011

Tak Cuba Tak Rasa

 

Tak Cuba Tak Rasa?

Sebelum menerus pembacaan anda terhadap entry ini pastikan anda buang segala yang negetif apabila berniat meneruskan pembacaan ini.. (Play the game buat not break a rules)

Ada yang menanya saya bagaimana rasanya cinta? 

Saya jawab : 
Memang 'cinta' itu indah tapi melepaskannya kepada yang berhak itu agak pahit cuma alhamdulillah sebagai seorang pencinta telah saya tunaikan hak saya.

(Sesungguhnya saya bukan Dr. Cinta

BUKAN NAK PERMAINKAN ANDA TAPI 'TAK CUBA MAKA TAK RASA'

Tapi jujurlah kata "TAK CUBA MAKA TAK RASA". Bukan saya kata boleh bercinta tapi itulah hakikatnya. Cuba kita buat kajian sikit : Cuba cubit tangan sendiri, ada rasa tak? Rasa sakitkan? Cuba cubit tangan maka hasilnya rasa sakit.


Sesungguhnya hal ini bukan sekadar cinta tapi pelbagai lagi..

Tapi alangkah bagus (Tapi tidak ramai bergini)

Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah mereka yang apabila 
disebutkan nama Allah maka gementarlah hati-hati mereka .”
(Surah Al-Anfal)
Tak cuba rasa ingin sebenar benar beriman maka tidak merasalah menjadi orang yang beriman yang gementar hatinya.. Moga kita hanya cuba perkara perkara yang baik agar kita merasa perkara perkara yang baik sahaja..
Insya-Allah...

Isnin, 3 Januari 2011

Nikmatnya hanya di tekak


Anda Suka Makan Apa?

 

KEK COKLAT ???

 
Pasta - Fiesta ???


MAKANAN LAGI????

Hahaha.. Amboi, ketawa sakan.. Entry kali ini bukanlah kata nak menyaingi doktor ke pakar pemakanan ke tapi nak kongsi apa yang boleh kongsi dan nak beringat kepada yang perlu diingatkan. Apa pemakanan anda dan bagaimanakah makanan dalam hidup anda sehari harian? Semestinya pemakanan yang dipilih berdasarkan apa yang anda ingin makan. Apa yang diidamkan oleh anda dan apa yang anda rasa mahu dan perlu berdasarkan kemampuan.

Celoteh panjang pula.. Tengok di bawah ni..
 

Apa ni? Semua tahu carta di atas gambar apakan? Betul.. Bijak bijak (10 markah).. Ini dia piramid makanan bukan siratan dan makanan serta bukan rantaian makanan.. Amboi kau, dah macam cikgu Sains, tak pun cikgu biologi.. Siap ada piramid makanan lagi.. Ade aku kisah??? Ade???? Hahaha (Gurau je)

Dah dah, dengar sini.   Makan untuk hidup ke hidup untuk makan?? Hah? Apa? Nak hidup kene makan? mestilah.. Aishh kamu, tak menjawab soalan malah menanya soalan pula.. Takpe takpe.. Anda rela makan sampai sakit ke makan tapi sihat? Meh baca, apa kejadahnya ni..

Makan Sampai Sakit

Kita makan sampai sakit. Macam mana tu? Macam ni.. Kita makan, makan lagi dan makan lagi. Maknanya makan banyaklah tu sampai apa yang tak sakit jadi sakit seperti sakit perut, sakit kepala dan sebagainya yang makanan punya dia sakit. Selain makan banyak, makan berulang kali seperti makan maggie (Bukan jenama maggie tapi habit orang kita semua jenama mi segera pun panggil maggie) makan pula tu hari hari. Kita kekadang tahu ianya tak elok buat kesihatan tapi apabila 'nikmat tekak' sudah tak tertahan makan hentam sajalah.

Makan Tapi Sihat
Kita makan tapi kita sihat. Macam mana tu? Macam biasa kita makan cuma kita perkayakan makanan kita dengan makanan yang baik untuk kesihatan yakni makanan yang berbentuk buah buahan dan kurangkan kandungan gula, garam (MSG), ajinamoto dan perasa makanan yang trang tang tang ianya tak baik untuk kesihatan.

Dalam permakanan sekurang kurangnya peganglah 3 nasihat Rasulullah melalui hadith ini : -

"Janganlah kamu mencampakkan dirimu kearah kebinasaan"

"Membazir tu amalan harian syaitan"

"Makan dan berhentilah sebelum kenyang
Bila kita rasa nak makan sesuatu yang orang kata berlemak banyak, penuh minyak, gula nya melambung dan manisnya melekit serta masinnya berdebu, ingatlah sakit itu datang waktu kita tua walaupun dengan izin Allah semua tu tapi tak salahkan kalau kita mencegah daripada mengubati..

P/S : Aku berpesan pada kamu dan aku (Ada orang kata aku dah tembam) hahahah.. Aku sihatlah..

Sabtu, 1 Januari 2011

Ku Korbankan (Perjuangan Belum Selesai)


Tahun ini penuh semangat.. Semuanya semangat dan permulaan yang baik walaupun bukan kali pertama.. Aku menulis tanpa pedulikan orang.. Anggaplah apa yang aku tulis ini buat aku lepaskan lega bersama tahun yang dah pergi tanpa aku mahu ianya berulang dan tak akan aku kutip sisa sisa kenangan yang sudah berlalu.. Bukan sombong dan bukan angkuh berjalan dimuka bumi tapi memastikan diri belajar daripada kesilapan tanpa kesilapan itu berulang.. Aku masih usaha yang sama berjihad dan berhenti buat jahat serta memerangi 'kebiasaan' yang binasakan.. ( Tak faham tak mengape baca je)

Tahun lalu banyak aku korbankan.. Biasalah hidup ini tetap dua pilihan sama ada ya atau tidak.. Begitu juga hidup ini perlukan kita berkorban atau kita mangsa korban.. Bagiku, aku keduanya mangsa korban dan berkorban.. Biarlah aku berkorban lantas terkorban mendapatkan 'redha' Ilahi.. Biarlah aku 'puas' merasakan orang lain bahagia melihatku terkorban.. Aku faham, bukan mereka sengaja.. Mereka tidak sengaja, mereka perlu jual ikan (selfish) untuk mereka kecapi bahagia..

Kita hanya merancang.. Benar, perancangan Allah lebih baik.. Takpe, berbaik sangkalah.. Orang campak kita dengan tahi, kita campak dia dengan doa.. Orang buat itu, buat ini, buat macam tu, buat macam ni.. Kita berbaik sangka jelah.. Orang anayai kita,Allah bantu kita.. Martabat terbesar yang susah nak capai adalah 'sabar'.. Allah murahkan rezeki dan mudahkan urusan orang yang sabar.. Itulah yang sebenarnya kita mahu tapi bukan mudah kita dapat.. Cakap bolehlah, buat tengok.. Cakap kena, usaha pun kena.. Aduh, mengaduh tapi berkobar semangat meneruskan usiaku dengan manfaat. Perjuangan belum selesai selagi ajal maut tamatkan..

P/S : Selamat tahun baru.. Jangan lupa juga ucap syukur kerana Allah pnjamkan kita lagi segala nikmat yang kita perlukan.. Macam mana nak syukur, banyakkan tasbih pada Allah (Solat Sunnat Tasbih).. Bukan bakar jutaan ringgit buat keseronokkan yang tak sampai 10 minit.. (Tak faham buat faham boh).

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha
Letakkan Al-Quran sebagai Panduan Hidupmu dan As-Sunnah sebagai gaya hidupmu

Antum/Antuna semua (ukhwah fillah)

Artikel - Artikel Popular