Isnin, 19 Julai 2010

Boros Dan Bakhil ( Tidak, Tidak Sama Sekali..)

 

Islam adalah ad-din. Ad-din bermaksud gaya hidup. Gaya hidup yang macam mana Islam anjurkan? Tentulah gaya hidup yang sederhana. Islam itu syumul. Apa itu syumul? Syumul itu menyeluruh. Makanya di sini Islam itu Ad-din yang Syumul dengan kata lain Islam mengajar penganutnya gaya hidup yang sederhana tapi menyeluruh. 

Kenal tak Nabi kita? Yang kita sayangi yang kita tak putus putus selawat keadaan junjungan mulia yakni Nabi kita Muhammad Bin Abdulllah yang juga Rasulullah. Nabi kita, Rasulullah juga mengamalkan gaya hidup yang sederhana. Bukan susah sangat dan bukan kaya sangat. Nabi kita seorang yang hebat, pemerintah yang mantap dan ketua yang first class tapi meletakkan dirinya sama dengan para sahabat, meletakkan dirinya sama dan sebaris dengan umat Islam yang lain. 

Yang dihormati sekalian,

Baca tak kita akan sejarah? Tahukah kita macam mana hidup seorang Nabi yang Allah akan tinggi darjatnya, seorang Nabi yang digelar Rasulullah, yakni Rasul Allah tapi bagaimana Baginda di masa hidupnya. Lihatlah pemimpin hebat ini, berjaya dan mantap pimpinannya walaupun di malamnya Baginda tidur hanya dialasi pelepah tamar sampai berjalur-jalur belakang baginda dan sehinggakan makanan sehariaannya hanya tamar sehingga kekadang itu hanya dibelah dengan isteri yang tercinta. Nabi ini Allah kata beliau maksum tapi Nabi tetap bersyukur sampaikan Nabi solat malam hingga bengkak bengkak kakinya. Kita macam mana? Justeru itu kerana kita dah biasa mewah atau lebih tepat boros kita nak bangun malam pun susah sampaikan subuh bangun pun kene kejut dan solat yang wajib pun tonggang langgang, yang sunat tak yoh cakaplah. Kerana apa kita jadi macam tu? Kerana kita serba mewah, kerana kita bakhil sebenarnya. Kerana bakhil kita nak kongsi apa kita ada dengan orang tapi kita tak segan nak boros apa kita ada bagi mencapai matlamat hawa nafsu.

Mari Kita Baca Kisah Ini Dan Buat Ikhtibar  (Yang baik usah di tangguh) : ~

Nabi Gelisah Jika Menyimpan Satu Dinar 

Seperti biasa, Nabi Muhammad mengimamkan solat Jemaah di Masjid Nabawi.  Sesudah usai salam pertama dan kedua. Nabi terus bangun dan  melintasi para sahabat dengan tergesa-gesa lalu masuk ke rumah salah seorang isterinya. Para Sahabat dan Jemaah tercenggang dengan kelakuan Nabi.  Masing-masing tertanya-tanya kerana kebiasaannya Nabi sesudah usai solat beliau pasti berwirid dahulu dan berdoa serta mendoakan para sahabat dan jemaah. Belum pun jemaah dan sahabat berganjak dari ruang solat. Nabi muncul dan duduk dihadapan jemaah dan berkata : " Sebenarnya aku teringat akan sesuatu (dinar) sesudah selesai solat namun aku jadi tergesa-gesa ingin menginfakkan dinar itu kepada orang yang memerlukan. 

Sungguh mulia sifat Nabi kita walaupun hanya memiliki satu dinar pun Nabi tetap mendermanya kepada orang yang memerlukkan. Ketahuilah, wafatnya baginda hanya Al-Quran dan As-Sunnah serta Islam yang Nabi tinggalkan bukannya harta mahupun kekayaan kerana Nabi tidak kaya dan tidak mempunyai harta.

Kisah Golongan Ansar dan Muhajirin

Golongan Ansar adalah golongan yang menetap di Yatrib yang kini di gelar Madinah dan Golongan Muhajirin adalah orang yang berhijrah dari Makkah ke Madinah. Golongan Ansar terkenal dengan sifatnya yang baik, mementingkan persaudaraan dan dermawan. Pada satu malam ada satu keluarga golongan Ansar mengajak golongan Muhajiran datang makan makan di rumahnya namun keluarga golongan Ansar itu memang kehidupannya susah dan miskin serta cukup dengan apa yang ada maka si suami merancang sesuatu dengan Isterinya yakni mereka akan memadamkan lampu ketika golongan Muhajirin menjamu selera.

Pada malam makan makan itu, si suami menghidangkan makanan hanya cukup cukup bagi golongan Muhajirin yang hadir dan duduk bersama mereka.Tiba-tiba lampu di rumah mereka black out lalu si suami tanpa menghiraukannya menjemput golongan muhajirin makan bersamanya di dalam gelap. Mereka makan bersama padahal di dalam gelapnya hanya golongan Muhajirin yang makan. Golongan Ansar hanya buat buat makan kerana mahu menjaga hati tetamunya.

Renungkanlah..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha
Letakkan Al-Quran sebagai Panduan Hidupmu dan As-Sunnah sebagai gaya hidupmu

Antum/Antuna semua (ukhwah fillah)

Artikel - Artikel Popular