Rabu, 7 Julai 2010

Yang Mudah Usah Di Susahkan


Tanya diri : ~
1) Adakah Anda menepati syarat sebenar berkerudung (Menutupi Aurat) ? 

2) Adakah Anda tidak bertabarruj dalam berkerudung? 

3) Adakah cara berkerudung Anda benar-benar ingin menutup aurat atau sekadar berfesyen bagi tujuan menunjuk-menunjuk? 

4) Adakah kerudung dirimu tidak menyerupai agama lain?

Dalil wajib "kerudung" 

Firman Allah S.W.T. :

" Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu dan pakaian perhiasan dan pakaian yang berupa takwa itulah yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmatNya kepada hamba-hambaNya) supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur)."
(Surah Al-Araf ayat 24
"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka..."

(Surah ayat An-Nur 31)

"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." 

(Surah Al-Ahzab ayat 59 )

Larangan Membuat Peniruan dan Meniru
Hadis dari Ibn Umar radhiallahu ‘anhuma yang diriwayatkan oleh Ahmad, Abu Daud dan at-Thabrani bermaksud


عَنِ ابْنِ عُمَرٍ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : مَنْ تَشَبَّهَ بِقَوْمٍ فَهُوَمِنْهُمْ. رواه احمد وأبو داود والطبراني

"Dari Ibn Umar radhiallahu ‘anhuma berkata: Sesiapa yang menyerupai satu satu kaum, maka dia telah tergolong (agama) kaum itu".
  
(Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan at-Thabrani)

Hadis di atas ini dapat memberi keyakinan dan penerangan bahawa sesiapa yang meniru kaum-kaum jahiliyah yang terdiri dari kalangan Yahudi, Nasrani atau Majusi sebagai contoh ikutan, sehingga mengenepikan amalan sunnah dan merubah hukum yang telah ditetapkan oleh agama Islam, atau tidak meyakini apa yang diturunkan kepada Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam atau tidak memperdulikannya, maka peniru tersebut ditakuti tergolong dalam golongan kafir yang ditiru. Oleh itu bertaubatlah kerana taubat meyelamatkan diri dari terus bersama mereka sehingga di akhirat.

Kesahihan hadis di atas dikuatkan lagi dengan hadis sahih di bawah ini:


اَبْغَضُ النَّاسِ اِلىَ اللهِ ثَلاَثَةٌ (وَمِنْهُمْ) مُبْتَغ فِى اْلاِسْلاَمِ سُنَّة الْجَاهِلِيَّة. رواه البخارى

"Tiga jenis manusia yang dibenci oleh Allah (antara mereka) ialah penganut Islam yang masih memilih (meniru) perbuatan jahiliyah". 

(Hadis Riwayat Bukhari)

Dalam sebuah hadis riwayat Ibn Umar, Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam telah bersabda:


مَنْ تَشَبَّهَ بِهِمْ حَتَّى يَمُوْتَ حَشَرَ مَعَهُمْ

"Sesiapa yang meniru (menyerupai) seperti mereka (orang-orang bukan Islam) sehingga ia mati, maka ia telah termasuk dalam golongan mereka (sehingga ke akhirat)".
  
Jadi, Apa pendapatmu Wanita? Berubahlah.. Kembali pada ajaran Islam sebenar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha
Letakkan Al-Quran sebagai Panduan Hidupmu dan As-Sunnah sebagai gaya hidupmu

Antum/Antuna semua (ukhwah fillah)

Artikel - Artikel Popular