Jumaat, 13 Ogos 2010

Macam Macam (Apakah Ragam Anda?)


Banyak Orang Banyak Ragam

Hehe, kononlah.. Semakin ramai manusia semakin pelbagai ragam tercipta. Bukan kesenian tercipta tau tapi ragam tercipta. " Rambut je sama hitam tapi hati lain-lain". Benar tu dan tiada penafian yang harus di buat. Meh tengok contoh sikit. Dah masuk 4 hari puasa, ada tak kamu kamu ke bazar? Mesto ada punya. Beli apa di bazar? Lain lain makanan kan kita beli? Banyak tak ragam makan kita? Bila time berbuka mulalah sendat perut, makanan tak habis pastu membaziar..(Tak berniat nak cakap hal ini.. treettt..)

Banyak Ragam Solat Jemaah ( Anda? )

Golongan dan ragam ini first class. Itulah ia yang pertama. Golongan ini sentiasa hatinya di masjid. Mereka akan hadir solat berjemaah lima waktu sehari semalam, solat sunnat rawatib serta tahayatul masjid dan apabila tibanya ramadhan mereka tambahkan dengan solat terawih. Dan misal kata jika berakhirnya ramadhan golongan ini tetap mengimarahkan masjid. Golongan ini termasuk dalam 7 golongan di naungi arasy Allah di padang masyar nanti.. Alhamdulillah..

Golongan dan ragam ini jatuh pada tangga kedua. Golongan ini hanya kalau kebiasaannya hanya solat jemaah isyak dan subuh kerana ada hadith yang mengatakan seolah olah dia solat semalaman suntuk. Golongan ini juga rajin solat terawih. Dan jika ramadhan telah berlalu maka golongan ini tetap mengerjakan solat Isyak dan Subuh berjamaah disamping solat sunnat rawatib dan tahayatul masjid.

  Golongan Terakhir ini pula hanya waktu solat terawih je bayangnya nampak. Time solat lima waktu jemaahnya tidaklah hanya solat di rumah sahaja. Jika ada salah satu solat lima waktu yang golongan ini berada dalam jemaah  maka ianya waktu waktu yang terpilih sahaja.


P/S : Anda dalam golongan mana? Buat Pria semua solat Jumaat janganlah tinggal ea? janganlah malas. Terutamanya buat golongan ketiga. Kalaulah tiada solat Jumaat maka sesatlah kita. Masjid pun tak mahu pergi..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha
Letakkan Al-Quran sebagai Panduan Hidupmu dan As-Sunnah sebagai gaya hidupmu

Antum/Antuna semua (ukhwah fillah)

Artikel - Artikel Popular