Selasa, 30 Mac 2010

Buku Wajib Dimiliki [ Most Common (?) Asked By Non Muslims ]

[Bahan Dakwah untuk Para Daei]

Assalamualaikum w.b.r.. Selalunya kalau entry pasal promo buku Ana tulis buku harus baca bulan ni. Tapi kali ini buku wajib miliki pula sebagai pilihan entry kali ini. Bagus buku hasil penulisan Dr. Zakir Naik ini yang bertajuk "Most Common (?) Asked By Non Muslims". Ini tandanya Dr. Zakir Naik ini sudah mengkaji terlebih dahulu apa yang sering dipersoalkan oleh orang yang berminat dengan Islam tentang agama Allah ini. Antara soalan yang kerap di tanya oleh non muslim ialah :
  • Kenapa poligami dibenarkan dalam Islam?
  • Kenapa lelaki dibenarkan nikah 4?
  • Jika lelaki dibenarkan nikah 4, kenapa tidak wanita?
  • Bagaimana Islam boleh dikata agama yang aman kalau asyik berperang?
  • Kenapa dalam penyembelihan Islam mengajar menyembelihnya dengan lembut, bukan ke sakit kalau menyembelih?
  • Kenapa orang Islam memanggil kami yang non muslim ini kafir?
  • Kalau Islam itu agama pilihan kenapa penganutnya ada yang berbohong,penipu, maka riba, pecah amanah dan lain-lain?
  • Dalam hukum pembahagian harta kenapa lelaki dapat lebih dari wanita?
  • Kenapa Islam mengharamkan memakan babi?
  • Kenapa Kaabah tempat muslim mendirikan solat?
Sebenarnya banyak lagi persoalannya dan semestinya persoalannya dalam Inggeris kerana non muslim manalah tahu bahasa Melayu. Insya-Allah buku ini bermanfaat untuk dijadikan Bahan Rujukan Dakwah untuK Para Daei. Insya-Allah.

Wassalamualaikum w.b.r

Isnin, 29 Mac 2010

Separuh Jiwaku Di PBAKL.. Memang Indah Semua..

(Ketua rombongan dan mottonya "Anda Lambat Anda Tinggal")

Assalamualaikum w.b.r

~First Coming~

         Meluncur ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL)seawal pukul 4.45 pagi dari KIPSAS (Kolej) pada 21 hb 3 2010 .. Berangkatan seramai 42 orang termasuklah driver bus mengharungi perjalanan selama 4 jam setengah dan bebekalkan 'ketidaksabaran' berada di World Of Book. Dan sepastinya dikemudikan oleh ketua program empunya nama Mohammad Rafiequdin dan dengan motto yang megah dan sering dilaung-launginya yakni "Anda Lambat Anda Tinggal".


     
(Suasana di PBAKL)

Meriah..Itulah perkataan pertama dapat di sebut apabila tiba di PBAKL.. Maklumlah first time berpeluang ke sini.. Seawal 9.50 pagi Ana menjejakkan kaki ke PWTC ini yang pada masa itu sudah dikerumuni dengan ramai orang dan ketara ramai pada hari tu orang melayu dan masyarakat yang sudah berkeluarga. Alhamdulillah.. Di samping bermesra di samping keluarga serta orang ramai dapat menimba ilmu pengetahuan dengan cara yang paling utama yakni membaca.. Insya-Allah dengan Pesta buku yang di adakan agar dapat meningkatkan kadar pembacaan dan ilmu pengetahuan penduduk malaysia.

 ~Second Coming~

Separuh Jiwaku Di PBAKL

Benar.. Ku tak bohong bila Ana kata separuh hati Ana masih di pesta buku itu.. Perjalanan pada minggu lepas walaupun beberapa jam amatlah tidak dapat memuaskan hati.. Bukan dikatakan tidak bersyukur pergi tapi terasa nak pergi lagi dan nak dapatkan beberapa buah buku lagi.. Maka ~Second Coming~ lah Ana ke sini (PBAKL)pada hari semalam pada hari terakhir iaitu pada 28 hb 3 2010. Alhamdulillah sehari perjalanan tercapai dua perkara yang Ana idamkan.

1. Dapat membeli novel terbaru karya Ubaidillah
   Alias iaitu Kala Cinta dan Wahyu Bersatu.

2. Dapat bertemu mata dengan idol penulisan/kawan
   blog empunya nama Ustaz Pahrol Mohd Juoi.

P/S : Kalau nak diceritakan lagi panjang perjalanan semalam. Tapi cukuplah setakat ini. Yang manis akan dikenang. Yang pahit juga dikenang tapi di jadikan sempadan..

Wassalamualaikum w.b.r

Sabtu, 27 Mac 2010

Rebah Ana.. Aku menunggu..

(Pemilik Cintaku Selain Allah dan Rasul-Nya)

Menanti  Si Mawar Berduri

Rebah Ana
Ramai suka Anti..
Satu persatu nama kamu sebut..
Pastinya salah satu nama itu bukan Ana..
Bukan Shah…
Shah” nama tu jarang kamu sebut..

Setiap perkara kamu cerita..
Setiap perkara kamu buat Ana fikir..
Kerap kamu cerita tentang orang-orang yang menyukai Anti..
Banyak ceritanya yang menyebabkan Ana terasa..
Rasa geram dan cemburu..
Bolak-balik hati ini terasa..

Tapi telinga ini setia mendengar..
Suka,duka,perit dan sengsara
Semuanya…
Bukan senang kamu hendak memilih satu di antara kami yang ramai

Pintaku satu,
Jika hatimu nekad dengan seseorang yang meminang Anti
Maka istikhorohlah..
Jika istikhoroh kamu terjurus pada dia maka itulah jodoh Anti..
Maka ramai hati-hati yang akan merana..
Bagi Ana walaupun pahit dan perit
Ana kene terima kebahagiaan kamu yang di pilih Allah buat Anti..

Ya Allah jiwaku menjerit peritnya “Ana sayang Anti”

P/S : Ibu bapa dah mula bertanya adakah aku sudah mempunyai Mawar berduri yang berkenan di hati..

Jumaat, 26 Mac 2010

ETIKA UKHUWWAH KERANA ALLAH, CINTA DAN BENCI KERANA-NYA


APA ITU UKHWWAH??

            Ukhwwah boleh diertikan sebagai silaturahmi (Silaturrahim). Islam adalah agama yang mengajarkan kepada umat manusia pentingnya erti berjamaah dan persatuan di antara mereka semua. Dalam rangka menjaga persaudaraan atau persatuan itu, umat manusia diharuskan untuk selalu menjalinkan atau menguatkan tali persaudaraan di antara sesamanya. Secara harfiah, istilah Ukhwwah ini sebenarnya memiliki makna semulajadi dan sinonim dengan persaudaraan. Dalam pergertian biasa terkandung makna khusus sehingga disebut Ukhwwah Islamiyyah (persaudaraan Islam). Adapun istilah lain seperti Ukhwwah Basyariyah (persaudaraan kemanusian) dan Ukhwwah Wathaniyah (persaudaraan kebangsaan). Kedua jenis Ukhwwah ini jarang disebut dan lebih banyak di sebut Ukhwwah Islamiyyah kerana Ukhwwah ini yang di anjurkan dalam Kitab Al-Quran Al-Karim.

RASULULLAH MENYEMAI UKHWWAH.

            Secara umum dan meluasnya semua tahu perjalanan Hijrah Nabi Muhammad s.a.w ke Kota Madinah Al-Munawarah dari Kota Makkah Al-Mukarramah. Jadi bagaimana Rasulullah menyemaikan Ukhwwah dalam peristiwa hijrah ini? Sebaik tiba di Kota Makkah Al-Mukarramah, salah satu perkara penting yang Nabi junjungan kita buat ialah al-mu’akhkhah (mempersaudarakan) antara Muhajirin (pendatang) dan Ansar (penolong atau kaum penyambut). Dalam peristiwa ini jelas menunjukkan bahawa satu Sunnah Rasulullah apabila kita menyatukan dua saudara yang belum kenal atau sudah kenal tapi bertelingkah.

Firman Allah :

"Sesungguhnya orang-orang mukmin adalah bersaudara kerana itu damaikanlah antara kedua saudaramu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu mendapat rahmat"
(Surah Al-Hujurat 49 : 10)


LANDASAN UKHWWAH

            Sukar rasanya ingin wujudkan apa itu dipanggil Ukhwwah Islamiyyah jika tidak kukuh berlandaskan syariat dan berlandaskan agama. Jika kita fikir dan bandingkan Ukhwwah dan ERL atau LRT yang bergerak tidak berlandaskan landasan maka hancur dan musnahlah tujuan dan destinasinya. Dalam Al-Quran Al-Karim Surah Al-Hujurat ada menceritakan tentang landasan sebenar Ukhwwah Islamiyyah yang patut di wujudkan dan dibina.

Firman Allah :

Ayat 9
"Dan kalau ada dua golongan dari mereka yang beriman itu berperang hendaklah kamu damaikan antara keduanya! tapi kalau yang satu melanggar perjanjian terhadap yang lain, hendaklah yang melanggar perjanjian itu kamu perangi sampai surut kembali pada perintah Allah. kalau dia Telah surut, damaikanlah antara keduanya menurut keadilan, dan hendaklah kamu berlaku adil; Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang berlaku adil. "
Ayat 10
"Orang-orang beriman itu Sesungguhnya bersaudara. sebab itu damaikanlah (perbaikilah hubungan) antara kedua saudaramu itu dan takutlah terhadap Allah, supaya kamu mendapat rahmat. "

Ayat 11
"Hai orang-orang yang beriman, janganlah sekumpulan orang laki-laki merendahkan kumpulan yang lain, boleh jadi yang ditertawakan itu lebih baik dari mereka. dan jangan pula sekumpulan perempuan merendahkan kumpulan lainnya, boleh jadi yang direndahkan itu lebih baik. dan janganlah suka mencela dirimu sendiri dan jangan memanggil dengan gelaran yang mengandung ejekan. seburuk-buruk panggilan adalah (panggilan) yang buruk sesudah iman dan barangsiapa yang tidak bertaubat, Maka mereka Itulah orang-orang yang zalim. "



Ayat 12
" Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan purba-sangka (kecurigaan), Karena sebagian dari purba-sangka itu dosa. dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah menggunjingkan satu sama lain. Adakah seorang diantara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang."

Ayat 13
"Hai manusia, Sesungguhnya kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa - bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling taqwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha mengetahui lagi Maha Mengenal."

MARI HAYATI HADITH INI

Pergaulan Sebenar
Ertinya:
 Daripada Abu Musa al-Asy’ari., Nabi s.a.w. bersabda : " Orang yang bergaul dengan orang yang soleh dan orang yang bergaul dengan orang jahat ibarat orang yang membawa kasturi dan orang yang menghembus alat penyala api. Orang yang membawa kasturi, sama ada ia memberikan kepada kamu, atau kamu membelinya, atau mendapat bau yang baik. Manakala orang yang meniup alat menyalakan api, sama ada ia akan membakar pakaian kamu atau kamu mendapat bau yang busuk
(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Bersahabat Dengan Mukmin
Ertinya:
Daripada Abu Said al-Khudri r.a., Nabi s.a.w. bersabda : " Janganlah kamu bersahabat melainkan dengan orang Mukmin; dan janganlah orang tidak bertakwa memakan makanannya (makanan yang tidak halal) melainkan makanan orang yang bertakwa (makanan yang halal).”
(Riwayat al-Hakim)
Pilih Sahabat Terbaik
Ertinya:
Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w. bersabda :  " Seseorang insan dalah terikut-ikut dengan adat kebiasaan sahabat-nya. Maka hendaklah kamu melihat dengan siapa kamu bersahabat. "
(Riwayat al-Tirmizi dan Al-Hakim)

Sahabat Terbaik
Ertinya:
Daripada Abdullah bin Amr r.a.., Nabi s.a.w. bersabda :  " Sahabat yang terbaik di sisi Allah adalah sahabat yang paling banyak berbuat baik kepada sahabatnya. "
(Riwayat Ahmad dan Al-Tirmizi)

KENAPA DISURUH MANUSIA ITU BERBUAT MUNGKAR??

(Muslimah Quality Muslimah Firdausi)


Kenapa Dilarang Anak Memakai Tudung?

Pengakuan seorang remaja Freehair :

"Awak tahu kenapa saya tidak memakai tudung? " Sebenarnya ibu saya tidak mengizinkan. Dia kata semua itu kolot dan lambang penindasan ke atas wanita. Saya ikutkan sahaja. Bukankah berdosa apabila melawan kata ibu. Lagipun bertudung atau tidak itu hak wanita. Biarlah ikut suka hati kami. Kalau nak bertudung pakailah, kalau tak mahu maka jangan dipaksa.

Memahami Lebih Baik Daripada Bertaqliq Buta.

Dialog di atas adalah pengakuan daripada seorang gadis freehair. Nauzubillah Hi minzalik.. Cara cakapnya macam orang yang dah tiada agama. Istilah freehair amat popular dikalangan remaja sekarang. Cuba kita twist sikit istilah freehair ini dengan Allah beri secara free je hair yang yang ada atas kepala kita (wanita). Tinggal lagi Allah suruh kita bersyukur je. Bagaimana??  Menutup aurat seperti Allah telah syariatkan kepada wanita-wanita.

Firman Allah S.W.T dalam surah An-Nur ayat 31    

Katakanlah kepada wanita yang beriman:

"Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung kedadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau Saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak- budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. dan janganlah mereka memukulkan kakinyua agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, Hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung. "

Khabarkan Berita Ini Pada Mereka Yang Mempertikai

Betul kata gadis freehair itu yang kita perlu patuh pada perintah ibu. Tetapi, hukum wajib itu terbatal dengan sendiri apabila apa sahaja arahan yang dikeluarkan oleh ibu kita itu bertentangan dengan arahan dan suruhan Allah. Di dalam Islam konsepnya kita perlu tahu keutamaan yang perlu diikuti dalam urusan hidup kita sehari harian. Pertama iaitu tanggungjawab kita kepada pencipta iaitu Allah, kedua kepada rasul, ketiga ibu, keempat ayah dan selainnya adalah selepas itu.

            Apabila anda melakukan arahan ibu yang bertentangan dengan apa yang Allah tetapkan, itu bermakna Tuhan anda yang pertama adalah ibumu. Ini kerana anda meletakkan kepentingan ibumu lebih daripada kepentingan dan perintah Allah. Samalah seperti anda membaca kenyataan yang dibuat oleh artis-artis Islam kita. Biasanya, apabila mereka melakonkan adengan yang dilarang oleh Allah, segera mereka menyatakan tanggungjawab mereka sebagai anak seni mengikuti apa sahaja arahan pengarang. Padahal dia lupa dan alpha yang tanggungjaawab dia lebih utama kepada Allah.

            Anak seni itu dengan tidak sengaja ataupun sengaja, meletakkan pengarah itu pada kedudukan Allah dan menggantikkan tempat Allah dan Nabi Muhammad dengan pengarah itu juga. Jadi, tanpa disedari dia "bertuhankan" pengarah itu. Apa tidaknya, apabila pengarah menyuruhnya sembahyang kerana ia salah satu babak dalam lakonan, di sembahyang walaupun dalam kehidupan biasanya dia jarang ataupun tidak pernah sembahyang. Nah, disitu sudah timbul pula perbuatan munafiknya. Lagi dan lagi apabila sembahyangnya dalam babak itu pula kelihatan khusyuk sehingga mengalahkan sembahyang para rasul, nabi dan wali Allah malah pada hakikatnya diluar tidak seperti itu.

            Apabila pengarah suruh mendedahkan aurat dalam adegan filem ataupun drama bagi menjayakan watak sebagai isteri ataupun suami, dia melakukan babak itu dengan penuh penghayatan lebih daripada keintiman sebenar pasangan yang sah daripada segi syarak. Hebat!! Bravo!! Memang hebat anak-anak seni menjalankan kewajipan kepada pengarah sehingga kedudukan pengarah itu lebih tinggi daripada Allah yang dapat diperkotak-katikkan arahan dan hukum-hukumnya.
            Di akhirat dan di hadapan Allah nanti, pengarah dan anak seni ini dikumpulkan bersama di tempat yang selama ini mereka diolok-olokkan. Tiada bertapi-tapi dan bersebab lagi pada masa itu kecuali kepada yang tidak mengetahui kerana Allah tidak menghukum orang yang tidak mengetahui kerana Allah tidak menghukum orang yang tidak tahu dan tidak mempunyai pegetahuan. Tapi sayangnya orang yang tak tahu ni malas ambil tahu dan susah nak mula ambil tahu. Apabila sudah sampai pengetahuan kepada mereka, mereka perlu berubah dan bertaubat kepada Allah. Itu adalah keadilan Allah yang maha Adil. Dia tidak menghukum orang yang tidak sedar, lupa dan tidak tahu. Namun, bagi yang tahu perlu bertaubat. Azab seksanya keras dan pedih.

Kesimpulan

            Jadi bolehkan anda ingkar kata ibu anda? Ya, boleh. Hanya apabila arahan ibu anda itu melanggar perintah Allah. Itupun, ingkari arahan ibu itu dengan cara diplomasi dan tanpa berkompromi denga  hukum-hukum serta perintah Allah. Apabila perintah ibu anda tidak melanggar perintah Allah maka ia menjadi kewajipan bagi awak memenuhi arahan dan permintaannya.

P/S : Dewasa ini sering kedengaran perkara yang Aneh. Ada pula Ibu dan Bapa melarang Anaknya bertudung dan ada pula yang larang berstokin kaki, mengenakan pakaian labuh dan ada juga yang melarang pemakaian purdah. Hish3 apa nak jadi makhluk Allah dewasa ini.

Sabtu, 20 Mac 2010

Keberkesanan Artikel Sebagai Medium Dakwah

(Sila klik di perkataan "Dakwah" untuk membacanya dengan lebih jelas)

Jumaat, 19 Mac 2010

KENAPA HARAM BERURUSAN DENGAN YAHUDI (3)

ALASAN TIDAK BERASAS DAN LAPOK

Pertama : Penggadaian Baju Besi Rasulullah Di Tangan Yahudi

            Ramai di kalangan mereka yang tanpa segan silu berurusan dengan peniaga Yahudi cuba berdaih terhadap tindakan mereka dan melakarkan cerita-cerita dan hujah-hujah yang dirasakan boleh menjadi bukti kebenaran tindak-tanduk mereka.

            Peristiwa yang barangkali selalu disebut-sebut oleh mereka sebagai hujah ialah kewafatan Nabi Muhammad s.a.w. sedangkan baju besi baginda masih tergadai di tangan Yahudi. Daripada kisah ini mereka mebukti keharusan berurusan dengan Yahudi.

            Kisah ini sebenarnya masyhur tersebut di dalam buku-buku sirah Nabi s.a.w. ia diriwayatkan oleh Ulama’- ulama Hadis yang besar iaitu Imam Al-Bukhari, Muslim, Malik, Abu Daud, Tirmizi, Nasa’I, Ibnu Majah, Ahmad dan Darimi. Hukum bergadaian sememangnya ada disebut dalam Al-Quran :

Sekiranya kamu sedang berkelana sedangkan kamu tidak mendapati penulis (hutang) maka terimalah gadaian

HUJAH-HUJAH (FIKIRLAH)

1) Pengertian Gadai

            Gadaian ialah Pemberian seseorang yang diizinkan berkontrak, sesuatu yang boleh dijual atau sesuatu yang mempunyai gharar (yang sedikit) sebagai sandaran (jaminan) ke atas sesuatu hak.

Definisi ini adalah meliputi definisi yang digunapakai oleh empat mazhab utama ahli sunnah iaitu mazhab Hanafi, mazhab Maliki, mazhab Syafie dan mazhab Hanbali. Penggunaan perkataan “pemberian” meliputi semua urusniaga sama ada gadaian atau jual beli atau selainnya. Ungkapan “seseorang yang diizinkan berkontrak” meliputi mukallaf yang dizinkan bertransaksi mengikut perundangan Islam iaitu berakal, baligh dan tidak boros.

Dari Abu Hurairah r.a. berkata , Sabda Rasulullah s.a.w :

Binatang tunggangan ditunggang denga dikelurkan belanja penjagaannya sekirannya digadai, dan susu yang banyak diminum dengan dikelurkan belanja penjagaannya sekirannya digadai. Dan keatas orang yang menunggang dan minum itu pengeluaran belanja (penjagaan).

            Suatu ketika, Nabi s.a.w. mengutuskan beberapa orang sahabat baginda untuk membunuh seorang Yahudi bernama Kaab bin Asyraf. Para sahabat pergi dengan berpura-pura meminta hutang (sedikit makanan). Yahudi tersebut mensyaratkan kepada mereka supaya menggadaikan perempuan-perempuan mereka. Para sahabat meminta syarat dilonggarkan Yahudi tersebut minta pula anak-anak mereka sebagai gadaian. (Kejamnya Yahudi). Mereka juga meminta diberi kelonggaran lantas menawarkan senjata. Ianya terus sahaja bersetujui.

2) Perbezaan Situasi

            Apa yang berlaku sekarang, situasinya bukan seperti situasi sekarang. Suasana sekarang tidak seperti zaman Rasulullah dan umat Islam berkuasa dulu. Sekarang Yahudi sedang menjajah tanah air kita, menghalalkan kehormatan kita! Menghalalkan darah umat Islam kita! Apakah selepas berlakunya semua ini kita masih mahu mnenghulurkan harta-benda kita bagi menamabhkan lagi kekuatan mereka, untuk mereka akhirnya menguasai dan menghentam agama kita?

            Diamana ketinggian orang Islam yang dituntut oleh Allah menerusi firman-Nya: 

            Dan Allahlah yang memiliki ketinggian diri, begitu jugalah Rasul-Nya dan orang-orang yang beriman.”

Sehubungan ayat ini Syed Qutb berkata :

Benar sekali (firman) Allah Ta’ala itu. Dia telah menjadikan ketinggian diri itu sebagai saudara kandung kepada keimanan di dalam diri hati mukmin. Ketinggian diri disebut langsung dari ketinggian diri Allah. Ketinggiannya bukan lekeh dan tidak boleh diperlekehkan. Ia tidak akan tunduk dan terkulai layu. Ia tidak mungkin berpisah diri hati orang beriman di dalam saat yang genting melainkan mukmin yang mempunyai keimanan yang telah lemah. Apabila keimanan sudah teguh dan mantap maka ketinggian diri pastinya seiring teguh dan mantap

            Benar! Amat Benar sekali. Di manakah ketinggian diri individu muslim sehingga dalam sekcil-keicl hal , seremeh-temeh perkara dan urusan harian pun kita masih lagi bersekongkol dengan Yahudi (bukan Islam)?

Sabda Rasulullah s.a.w. :

Janganlah kamu mulakan salam kepada Yahudi dan Nasrani. Apanbila kamu bertemu seseorang mereka, desaklah mereka sesempit-sempitnya.”

3) Bagaimana Rasulullah Melayani Yahudi

            Sebenarnya cara bermuamalat seperti ini sebaliknya telah mendedahkan sudut keadilan dan kemanusia di dalam Islam. Jika tidak, apakah halangan bagi Rasulullah s.a.w. untuk menyerang balas seorang perempuan Yahudi yang setipa hari melontarkan sampah-sarap yang jijik di depan rumah Rasulullah s.a.w.? Sebaliknya Nabi Muhammad s.a.w. telah melawatnya di rumahnya tatkala sedang sakit, apabila menyedari bahawa perempuan Yahudi itu tidak lagi membaling sampah seperti kebiasaannya. Perempuan Yahudi terus sahaja mengucapkan dua kalimah syahadah, menyaksikan kenabian Nabi Muhammad s.a.w. dan memeluk Islam ketika itu juga. Jelas bahawa Rasulullah s.a.w. sanggup menanggung pengkhianatan peribadi, kerana itulah cirri-ciri kenabian dan para ‘Anbiya.

Daripada Abullah Ibnu Mas’ud berkata : “Seolah-olah aku melihat Rasulullah s.a.w. sedang menghikyatkan kisah seorang Nabi daripada kalangan para nabi yang dipukul oleh kaumnya ketika mana baginda menyeka darah dari wajahnya sambil berdoa :
اللهم اغفر لقمي    فاهم لايعملون
Wahai Tuhanku! Ampunilah kaumku. Sesungguhnya mereka tidak mengerti

(Riwayat Muslim)

            Tetapi ketika mana para Yahudi mula mencabuli kemulian Allah dan kehormatan darah umat Islam, harta-harta dan maruah mereka, kesabaran ini lenyap dan tempatnya digantikan dengan pembunuhan, penawanan dan pengusiran mereka dari bumi tempat tinggal mereka (Yahudi).

4) Kenapa Rasulullah Menggadaikan Baju Besinya kepada Yahudi?

            Rasulullah s.a.w. sebenarnya menggadaikan baju besinya kepada Yahudi di saat semua orang di Semenanjung Tanah Arab termasuk Yahudi tunduk kepada Baginda. Jadi pada masa itu semua Orang bukan Islam adalah digelarkan Kafir Zimmi yakni kafir dilindungi kerana membayar Jizyah yang berupa ganti rugi. Nabi boleh mendapatkan makanan harian keluarganya daripada peniaga-peniaga Muslim atau daripada sahabat-sahabat yang agak senang tetapi baginda tidak melakukannya kerana hikmat yang dikehendaki oleh baginda.
           
            Ini juga dilakukan oleh Saidina Umar Bin Al-Khattab r.a. yang menggambarkan sifat belas kasihan Islam kepada Yahudi yang lanjut usia dan yang tidak mampu. Dalam masa yang sama beliau juga telah menyempurnakan usaha pengusiran Yahudi dari Semenanjung Tanah Arab dan menghalang mereka walaupun tinggal di Baitul Maqaddis setelah Allah membukanya dengan kedua tangan beliau.

5) Rumusan

            Apa yang dapat dirumuskan dari kejadian gadaian besi ditangan Yahudi ialah Yahudi tersebut pada masa itu dari kalangan ahli zimmah yang rela hidup di kalangan orang Islam, di bawah naungan Negara Islam sambil membayar jizyah. Dia berhak memperoleh apa yang kita peroleh. Begitu juga wajib ke atasnya tanggungjawab yang wajib ke atas kita. Sekiranya dia menonjolkan walaupun sekecil-kecil sikap permusuhan kepada Allah dan Rasul-Nya atau kepada orang Islam, pasti balasannya sama ada bunuh atau dihalau sebagaimana yang berlaku kepada anak-anak seagamanya pada zaman Rasulullah.

PERKARA YANG PERLU KITA AMBIL PERHATIAN (BUKA MATA, BUKA HATI DAN BUKA MINDA)

1) Jawapan di hari “Perhitungan” (Kiamat)

            Apa yang kita lakukan, di saat Allah menghapuskan hak penguasaan kita kepada harta-Nya? Tidak kiralah sama dengan ada dengan memutuskannya daripada kita atau dengan ketidakmampuan kita untuk memperolehinya. Sedangkan kita pula telah menyalahgunakan salah satu nikamt Allah ini dengan memberi sokongan kepada mereka yang memerangi Allah dan Rasul-Nya.

            Apa yang akan kita jawab pada hari “Perhitungan”, pada hari yang harta benda tidak memberi manfaat iaitu apabila Allah menyoal kita bnetuk penggunaan harta yang telah kita dikurniakan oleh Allah walaupun ianya hanya bersifat sementara.

Daripada Abu Hurairah r.a.., daripada Nabi Muhammad s.a.w. bersabda :
Kedua-dua belah kaki anak Adam akan terus berdiri di hari Kiamat, sehingga dia disoal tentang 4 perkara : Tentang umurnya, pada perkara apakah dia telah habiskan. Tentang jasadnya, pada apakah dia telah gunakan. Tentang Ilmunya, apakah yang telah di amalkan. Tentang hartanya, dari manakah dia memperolehinya dan pada perkara apakah dia telah belanjakan.
(Riwayat Muslim, Tirmizi dan At-tabrani)
Apakah jawapan yang akan dikemukan bagi menjawab balas soalan Allah?

            Awal-awal lagi, tidak ada guna membohongi Allah kerana hakikat sebenarnya akan segera terpapar. Kedua belah kaki berjalan ke gedung-gedung Yahudi akan bertutur dan tangan-tangan yang menghulur duit membayar perkhidmatan kepada Yahudi akan bercakap. Sebarang dalih tidak ada gunanya lagi. Sekirannya ada alas an sekalipun, kepada siapakah alas an itu ingin dikemukakan?

Oleh yang demikian, yang ada hanyalah berterus-terang. Berterus-terang ini pula begitu memeritkan dan terasa amat pahit :

“ Aku telah belanjakan harta-Mu wahai Allah untuk musuh-musuh agama-Mu”

“Aku telah menolong sefasik-fasik hamba-Mu untuk membunuh, menumpahkan darahku dan darah anak-anak seagamaku dan aku menggalakkanm mereka terus mencemarkan kiblat umat Islam yang pertama dan tempat Israk Mikraj Pesuruh-Mu yang amanah.’

“Aku telah utaamakan untuk berseronok dengan makanan, pakaian dan lain-lainnya dengan bayaran nyawa keluargaku dan saudaraku di Palestin, Jordan, Lubnan, Mesri, Syria dan Iraq.”

Benar-benar ia merupakan satu situasi yang amat menyulitkan. Sesiapa pun tidak ingin ianya berlaku terhadap dirinya. Situasi sebegini tdak dapat diterima oleh seorang mukmin yang berharap menemui Allah dalam keadaan lepas tanggungjawab dari sebarang bentuk kerjasama dengan musuh-musuh Allah. Dia tidak akan berjaya melainkan dengan menjauhinya ketika hidup di dunia dengan tidak membelanjakan harta-hartanya pada perkara-perkara yang boleh memberikan pulangan kepada musuh-musuh Allah dan kepada perkara yang boleh meinimbulkan kemurkaan Allah.

2) Berbelanja Sedikit Tidak Mengapa?

            Mungkin juga seseorang Muslim itu menganggap bahawa duitnya yang sedikit tidak mempengaruhi jumlah besar pendapatan Yahudi. Selama mana begitu, tidak ada masalah membeli daripada mereka. Ye ke macam ni? Ini suatu kesilapan perhitungan yang memalukan. Seorang Muslim tidak sepatutnya memandang ringan terhadap perkara apa puin. Duitnya yang sedikit dihimpunkan kepada duit lain yang sedikit tentunya menjadi banyak. Sekirannya kita tahu Bandar London diziarahi pada awal musim panas sahaja oleh 2 juta orang hanya daripada kalangan Arab yang merupakan kuasa besar yang menggerunkan, pasti kita meyakini bahaya menganggap ringan kedudukan duit yang sedikit itu.

            Sekiranya setiap orang membeli dengan memberi alas an sebegini tentulah ianya lebih kepada satu usaha untuk melarikan diri dari tanggungjawab yang menuntut setiap umat Islam (muslim) bertanggungjawab terhadap tindak tanduknya secara peribadi. Bukannya dengan melepaskan diri dan meletakkan bebanannya ke atas orang lain. Ianya adalah satu tanggungjawab yang mesti dipikul oleh setiap individu muslim sekirannya kita benar-benar inginjan kekuatan, ketahanan dan keangungan untuk diri kita dan generasi Islam akan datang.

SERUANKU TERHADAP UMAT ISLAM

            Wahai Umat Islam yang berhati murni dan benar! Membebaskan Quds yang mulia dan Palestin yang dicintai menuntut kita supaya meninggalkan kepentingan diri dan mengorbanan jiwa dan harta. Keadaan umat ini tidak akan menjadi baik kecuali dengan baiknya keadaan umat yang terdahulu. Ini dia pemimpin umat Islam Saidina Umar bin Al-Khattab r.a. membuka Quds sedangkan baju yang dipakainya dipenuhi 14 kesan tampungan (tampalan). Beliau mensyaratkan agar tidak menempatkan Yahudi di situ. Sudah tentu pembebasan Quds daripada penjajahan Yahudi tidak akan berlaku dengan memakai pakaian Yahudi atau berurusan dengan mereka.

            Pemimpin Yahudi berucap terang-terangan. Dengan benaknya tergambar arahan Saidini Umar Al-Khattab yang mengharamkan Al-Quds kepada Yahudi :

“Wahai tuan-tuan dan puan-puan sekalian! Al-Quds telah bebas dan ianya akan berterusan sampai bila-bila!”

            Maksud beliau ialah bebas daripada pemerintahan umat Islam. Penjajahan Quds dan keseluruhan Palestin merupakan sebahagian daripada perancangan jangka masa panjang yang telah dijanjikan oleh ketua Yahudi ketika mana beliau berucap :
“Tugas kita ialah menyeret tamadun Islam dan menggantikannya dengan tamadun Ibri (Israel) di tempatnya.”

            Sekarang majoriti umat Islam telah ketepikan daripada Isu Palestin. Apa yang boleh dilakukan sekurang-kurangnya bagi mengisytiharkan penolakan kita terhadap serangan ganas Yahudi ialah dengan menghentikan segala urusan dengan Yahudi dan mengekang diri dari membeli belah di gedung dan firma-firma serta perkhidmatan perniagaan mereka (Yahudi).

Wa’Allahu’alam..

P/S : Waspada kata-katamu.. Waspada urusanmu dan waspada kepada siapa kamu berpihak..


Selasa, 16 Mac 2010

Wahabi (sesuatu yang tiada hakikatnya)


Istilah ‘Wahabi’ dan kaitannya dengan Muhammad Bin Abdul Wahab

            Istilah Wahabi kini hangat di sebut. Istilah ini di katakan berkaitan dengan Muhammad Bin Abdul Wahab kerana nama Wahabi di ambil dari nama ayah Muhammad Bin Abdul Wahab. Wahabi ialah sesuatu yang tiada hakikatnya. Isu ini telah lama didengari dan diperkatakan dari zaman ke zaman, namun ia tetap akan berterusan selagi mana masyarakat masa kini tidak cuba memahami secara ilmiah tentang perkara ini. Sesungguhnya Islam dibina di atas manhaj ilmu iaitu Al-Quran dan Sunnah Nabi s.a.w. Oleh itu para ulama’ salaf sering menyatakan ilmu itu ialah apa yang difirmankan Allah dan apa yang disabdakan oleh Rasulullah s.a.w. ialah diingatkan di sini bahawa janganlah kita bercakap tentang sesuatu tentang perkara yang kita tidak ada ilmu mengenainya.

Firman Allah S.W.T :


Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungan jawabnya.
(Surah al-Isra’ 17 : 36)

Sekiranya kita bercakap di atas sesuatu perkara yang kita tidak mengetahui dikhuatiri akan terjebak ke dalam kancah fitnah pula. Tetapi fenomena ini berlaku di tengah-tengah masyarakat di mana mereka melabelkan sebahagian mereka dengan Wahabi atau kaum muda. Apabila ditanya kembali apa itu Wahabi, mereka membisu. Ada yang menjawab Wahabi itu tidak membaca qunut Subuh, Wahabi tidak membaca zikir selepas solat berjemaah, Wahabi itu tidak membaca surah Yasin pada hari khamis malam jumaat, Wahabi itu tidak membuat kenduri arwah dan sebagainya.

Ini dikatakan bercakap bukan berdasarkan ilmu tapi bercakap hanya sekadar apabila didengari itu kata orang kita ikut. Diulangi sekali lagi bahawa kita akan dipersoalkan di hari akhirat kelak atas apa yang kita perkatakan.

Secara ringkas Wahabi yang beria-ria dinisbahkan kepada Muhammad Bin Abdul Wahab, beliau dilahirkan pada tahun 1115 hijrah di Najd dan meninggal pada tahun 1206 hijrah. Perjuangan beliau mengembalikan kesucian tauhid, jauh dari syirik, khurafat. Beliau berjuang menegakkan Sunnah dan menentang bid’ah dalam agama. Pengerakan Muhammad Bin Abdul Wahab bukan satu mazhab baru. Bahkan beliau sendiri bermazhab Hambali dan banyak mengambil ilmu dari ajaran Ibnu Taimiyah. Manhaj yang digunakan dalam berdakwah ialah manhaj Salafus Soleh iaitu manhaj yang dibawa oleh umat tiga kurun yang pertama dan terbaik sepertimana yang disabdakan Nabi s.a.w. “Sebaik-baik manusia ilah kurunku (zaman Nabi dan para sahabat r.a.), kemudian kurun selepasnya (tabiin), kemudia selepasnya (tabi’tabiin).

Jasa dan perjuangan dakwah Muhammad Bin Abdul Wahab sudahlah kita tak hamparkan dengan permaidani merah, sebaliknya perjuangan dakwah beliau dirintangi dengan pelbagai mehnah dan tribulasi. Begitulah yang dihadapi oleh Muhammad bin Abdul Wahab. Musuh-musuh yang tidak berpuas hati dengannya lalu melabelkannya sebagai Wahabi. Sepatutnya ianya lebih tetapt dengan label Muhammadiyah lalu dinisbahkan kepada ayahnya Abdul Wahab maka jadilah Wahabi. Itulah hakikat sebenarnya nama Wahabi kini dipermainkan, dijadikan bahan tuduh menuduh yang tidak diketahui oleh masyarakat kita pada hari ini.

Usah musuhi Musuhi Muhammad Bin Abdul Wahab hanya kerana
 gelaran ‘Wahabi

 Di Malaysia nama Dr.Yusuf al-Qardhawi sudah tidak asing lagi di kalangan masyarakat. Begitu juga di kalangan ustaz-ustaz yang memusuhi golongan yang dilabelkan Wahabi ini. Dr. Yusuf al-Qardhawi dalam kitabnya Fiqh al-Awlawiyyat memuji Muhammad Bin Abdul Wahab katanya “ Bagi al-Imam Muhammad Bin Abdul Wahab di Jazirah Arab perkara akidah adalah menjadi keutamaan untuk memelihara benteng Tauhid dari syirik yang telah mencemarkan Tauhid dan dikotori kesuciannya. Beliau telah menulis buku-buku dan risalah-risalah dalam perkara tersebut. Beliau bangkit menangung bebanan dakwah dan praktikal dalam memusnahkan gambaran-gambaran syirik."

            Satu lagi nama yang tidak asing bagi masyarakat kita ialah Dr. Wahbah al-Zuhaili yang memuji Muhammad Bin Abdul Wahab dengan berkata; “ Sesuatu tiada syak padanya, menyedari hakikat yang sebenarnya bukan untuk meredhakan sesiapa, berpegang kepada ayat al-Quran yang agung (maksudnya) “ Jangan kamu kurangkan manusia apa yang menjadi hak-haknya”. (surah Hud 11: 85) bahawa suara kebenaran yang paling berani, pendakwah yang terbesar untuk islah (pembaikan) membina umat, jihad dan mengembalikan individu Muslim kepada berpegang denga jalan Salafus Soleh ( Ahli Sunnah Wal-Jamaah) yang terbesar ialah dakwah Muhammad Bin Abdul Wahab pada kurun ke 12 hijrah.

            Tujuannya adalah untuk mentajdidkan kehidupan Muslim, setelah secara umum dicemari dengan pelabagai khilaf, kekeliruan, bidaah dan penyelewengan. Maka Muhammad Bin Abdul Wahab ialah pemimpin kebangkitan agama dan pembaikan (islah) yang dinantikan, yang menzahirkan timbangan akidah yang bersih.

Penutup

            Suatu kisah yang masyhur seorang syeikh selalu berdoa keburukan dan laknat keatas Muhammad bin Abdul Wahab, suatu hari anak muridnya meletakkan kitab yang ditulis oleh Muhammad bin Abdul Wahab yang telah dikoyak kulitnya supaya syeikhnya tidak mengetahui siapakah penulisnya. Setelah membaca kita tersebut anak muridnya tadi datang kepadanya lalu berkata “Wahai syeikh bagaimanakah isi kandungan kitab itu” lalu syeikhnya menjawab kitab ini sangat bagus untuk dijadikan sebagai rujukan dalam akidah. Selepas itu anak muridnya mengeluarkan semula kulit buku tersebut dan menyatakan bahawa yang menulis kitab itu adalah Muhammad Bin Abdul Wahab. Syeikh tersebut terkejut dan menangis kerana menyesal. Setelah itu setiap kali berliau mendoakan memohonkan kebaikan keampuanan dan berdoakan kebaikan kepada Muhammad Bin Abdul Wahab.

            Suatu perkara yang penting bahawa mereka yang dilabelkan sebagai ‘Wahabi” ini hanya berdalilkan kepada al-Quran dan Sunnah serta membawa perkataan-perkataan para imam yang muktabar seperti imam mazhab yang empat. Sebagai contoh masalah zikir secara bersendirian dan senyap selepas setiap kali sembahyang, mereka membawa kitab Imam al-Syafie sendiri iaitu al-Umm juga perkataan Iman Al-Nawawi dalam syarah Muhazzab untuk menyatakan zikir hendaklah senyap kecuali mengajar bukannya pendapat Muhammad Bin Abdul Wahab. Adakah Imam al-Syafie dan Iman al-Nawawi  Wahabi? Itulah sekirannya jahil terhadap masalah agama.
           
Seperti yang dinyatakan sebelum ini penulisan-penulisan Muhammad Bin Abdul Wahab hanya tertumpu kepada permasalahan akidah. Jadi apa yang diajarkan oleh sebahagian mereka yang dilabelkan sebagai Wahabi tiada kene mengena dengan gerakan pengislahan Muhammad Bin Abdul Wahab.
          
  Akhirnya kita mohon kepada Allah agar ditambahkan ilmu yang bermanfaat serta dihapuskan dosa akibat kejahilan kita dan orang lain terutamanya. Permasalahan Wahabi tidak wajar ditimbulkan lagi dan ia sesuatu yang tiada hakikat, sebaliknya ajaran yang cuba disampaikan oleh Muhammad Bin Abdul Wahab ialah ajaran Islam bukan Wahabi.

Wallahua’alam.                                                                                      
             

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha
Letakkan Al-Quran sebagai Panduan Hidupmu dan As-Sunnah sebagai gaya hidupmu

Antum/Antuna semua (ukhwah fillah)

Artikel - Artikel Popular