Kesalahan Ketika Memakai Tudung
# Ada muslimah yang memakai tudung hanya untuk menutup rambut walhal bahagian aurat lain terdedah.
# Bertudung tapi memakai kemeja T berlengan pendek atau tidak berlengan.
# Bertudung tetapi baju yang dipakai mengikut bentuk tubuh selain terbelah kainnya.
# Bertudung tetapi baju dan seluar sendat, sempit serta nipis lalu memaparkan tempat mudah "menggoda"
# Bertudung tapi amat longgar dan menayangkan jambul dan hujung rambut.
# Bertudung tapi hanya di pejabat sahaja. Tidak di kawasan rumah, ketika beli belah di pasaraya dan sebagainya.
# Bertudung tapi tudungnya dililit ke belakang dan menampakkan bahagian dada serta sanggup lilit ke belakang daripada menutup tempat sepatutnya.
# Bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis sehingga boleh dilihat sanggul, leher, tengkuk dan dadanya. Menutup aurat itu bukan hanya tutup rambut sahaja..
Tips bertudung yang betul
# Tudung mestilah labuh dan menutup dada serta tidak jarang.
# Baju mesti labuh dan longgar
# Lengan baju panjang serta hingga ke pengelangan tangan atau lebih
# kain yang dipakai mestilah panjang dan labuh hingga ke buka lali.
# Sarung kaki wajib dipakai kerana kaki adalah sebahagian dari aurat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan