Ahad, 17 Julai 2011

Gugur Menjadi Kering

 


Melirik yang jauh meratap yang pergi menuju ke sana melalui jalan yang basah dibanjiri daun kering yang ku tahu bumi baru ditimpa hujan yang berjaya mengugurkan daun daun yang gagal bertahan walhal lumrah yang di atas akan jatuh juga daun yang dulunya hijau segar namun kini daun itu kepudaran ditelan usia bumi yang makin tidak selesa dengan penghuninya. Daun kering yang dulu melambai ikutan angin yang meniup keriangan menari jauh sekali kini terpaksa menyembamkan diri ke jalan jalan namun apakah daya tiada minta sedemikian. 

Manusia juga yang dulunya remaja kaulah hebat. Kaulah perkasa dan kaulah engkau yang megah mengikuti dara muda engkau. Memenuhi segala impian sanubari. Melengkapi segala kehendak. Maju kehadapan menghilangkan debar dan ketar diri menonjol di antara yang lainnya. Kini kaulah yang engkau tidak seperti mudamu. Engkau kini sudah mahu rebah menghitungi hari. Mengingati kegemilanganmu dahulu. Engkau kini sudah mula menangisi dosa dosamu terdahulu. Gugurnya imanmu mengalahkan gugurnya buah buah ranun jatuh tanda masak sedap. Kini lain pula engkau insafi. Mengira batang batang rumah engkau yang tidak kukuh selamannya. Kini engkau pula melihat remaja di hadapanmu. Akulah begitu semegah remaja itu. Akulah seperti itu sekobar semangat membantah dan membenarkan sahaja katamu. Ahh, sedar dirimu. Duduk di kerusi malas mengenang nasib yang tak mungkin engkau putarkan di saat dahulu engkau melupakan Dia dan melalaikan perintahnya. Kini engkau gugur bak keringan daun yang pudar dan menanti hanyutnya masamu yang kian luput.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha
Letakkan Al-Quran sebagai Panduan Hidupmu dan As-Sunnah sebagai gaya hidupmu

Antum/Antuna semua (ukhwah fillah)

Artikel - Artikel Popular