Sabtu, 30 November 2013

Biarlah Dia

Assalamualaikum..


Saya memberi salam.. Macam dalam pengcetus Ummah kata, orang kita selalu malas, apa kata kita terbalikkan perkataan malas menjadi SALAM.. Ayuh sebarkan salam dan senyum..



Tengok gambar saya pinjam dari En. Google, ala nak sign in blogspot pun kena pakai akaun googlekan, BETULKAH GOOGLE SUDAH BELI NOKIA. Dengar kata 10% sahaja. Terkenang hp nokia saya dulu E71 dibeli orang dengan cara hutang dan kini lesap.. Al Fatihah buat saya.. Berbalik pada gambar, pelbagai reaksi bila.. Meh saya buat kira-kira kejap..

UKE ---> UMNO = U kuasa dua. U ke UMNO

Benarkah? Yup,bukan nak politik di sini. Cuma nak pesan...


Jangan, tidak tidak BOIKOT UKE (USTAZ KASSIM ELIAS) sebab, Nabi kata
lihat apa dikatanya bukan siapa yg berkata. Jadi, KALAU DAH JODOH.. pasaiapa boikot. Nampaknya kita memilih ilmu mana kita nak dengar. Dakwah beliau, rancangan beliau, kata kata beliau selagi tak bertentangan dengan Al Quran dan AS Sunnah tiada alasan kita boikot. Bukan memihak kepadanya cuma sebagai INSAN YANG WARAS, perlu WARASKAN fikiran kita..


SENYUM, NO KOMEN atau TAK SUKA. Apa apa pun hanya pendapat saya.. Jangan marah saya.. Kbai. Wsalam..

Ahad, 17 November 2013

Di Hari Lahirmu

17/11/2013

TAHUN KE - 2


Chocolate Cake


HIDANGAN 16 RIYAL

Salam Eid Milad sayang :))


Rabu, 13 November 2013

Memilih Jalan Ini


( KHAS BUAT ANDA KETAKUTAN)

Assalamualaikum

Pernahkah anda merasa takut untuk mengambil satu langkah ke hadapan dalam kehidupan? Atau ketakutan ketika mana anda kini berada di persimpangan dan dikehendaki membuat satu pilihan sahaja?
 
_ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _
 
Pernahkan anda ketakutan kerana anda sedar, bahawa anda tidak berkuasa untuk mengetahui ke mana arah jalan yang anda pilih? Anda tidak mengetahui sama ada kejayaan atau kegagalan yang bakal menyambut anda di penghujung jalan tersebut.

Ketakutan anda semakin menjadi-jadi apabila jalan yang anda pilih itu, tidak pernah dilalui oleh sesiapa pun yang anda kenali. Tambahan pula, sebaik sahaja anda memilihnya, maka anda bakal meninggalkan mereka yang sebelum ini bersama anda, kerana mereka memilih jalan yang berbeza.

Akhirnya anda terduduk, terasa kerdilnya diri anda di hadapan Yang Maha Berkuasa. Pada ketika itu, sedarlah anda bahawa anda tidak memiliki apa-apa melainkan apa yang dianugerahkan oleh Yang Maha Memberi.

Hakikatnya, persimpangan jalan ini berbeza bagi setiap orang. Ada yang persimpangannya pada pemilihan kerjaya, pasangan hidup dan sebagainya. Walaupu  apa pun persimpangan yang dilalui , persimpangan yang benar-benar bakal membuat hati anda kecut  dan badan anda menggigil adalah persimpangan ketika memilih janji perjuangan atau jahiliyah.

wa'Allahualam..




Jumaat, 1 November 2013

Qailullah Tidur Sunnah Rasulullah


Assalamualaikum..

Bismillahir rahmanir rahim..
 
Di dalam kitab ‘Misykatul Masabih’ disebutkan tentang salah satu amalan sunnah yang pernah dilakukan oleh Nabi :

Tidur yang sedikit di waktu tengahari (qailulah) tidaklah keji. Rasulullah SallAllahu Alaihi wasallam ada melakukannya.

Imam Al Ghazali di dalam kitab ‘Ihya Ulumuddin’ telah berkata :

Hendaklah seseorang tidak meninggalkan ibadah di malam hari sebagaimana sahur membantu puasa di siang hari. Sebaik-baiknya ialah bangun sebelum tergelincir matahari untuk solat zohor.

ASAP dapur GAS

Lagi.. lagi.. Cerita Semalam

31.10.13

Ramai nak nikoh sekarang pilih tarikh cantek.. Nikoh takpelah transfer HARAM to HALAL. Ini COUPLE pun ade yg tulis status sape nak COUPLE dgn aku hari ni? Tarikh kita cantik kalau kita COUPLE hari ni. Siap ASAP lagi.. Aih, dah cuba ke letak muka kat ASAP DAPUR GAS KA?

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha
Letakkan Al-Quran sebagai Panduan Hidupmu dan As-Sunnah sebagai gaya hidupmu

Antum/Antuna semua (ukhwah fillah)

Artikel - Artikel Popular