Memaparkan catatan dengan label Asyik Asyik jer... Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Asyik Asyik jer... Papar semua catatan

Ahad, 8 Julai 2018

PIALA DUNIA DAN PIALA FA


ASSALAMUALAIKUM DAN BISMILLAH

Sengaja menulis lagi. Adakalah nukilan atau tulisan mahupun gambar yang dilulkis itu boleh menjadi satu bibit ingatan atau kenangan. Jika dalam penulisan seperti kedupan kita setiap imbauan dan campak belakang dapat diputarkan kenangan lagi.

Musim piala dunia tahun ni seiring dengan hari raya. Dahulu 2014 seiiring dengan puasa. Alhamdulillah tahun ini hiburan sukan ini dapat dilihat sepanjang musim raya dan bakal melabuhkan tirainya tidak lama lagi. 

Pasukan pilihan blogger tahun ni seperti tahun 2014 cuma ada perubahan sedikit.

2014 - Belgium, England, Portugal
2018 - Belgium, England, Uruguay 

Alhamdulillah juga tahun ni PAHANG FA berjaya membawa pulang PIALA FA setelah menewakan Selangor dengan jaringan Dua goal berbalas kosong. Walaupum terlepas Slot piala AFC 2019 walaupun menang namun kami tetap bangga dengan pasukan tanah kelahiran kami. TAHNIAH!!

Ahad, 8 April 2018

LUAHAN HATI DIA

 
 
Ada seorang perempuan yang memilih bungkam atas perasaannya. 

Hingga dtglah orang lain utk meminangnya, 
Lelaki lain yg tak pernah ia tunggu. 

Ia pun di uji dgn dua ujian. 

Berjuang untuk melepaskan perasaan yang ada di belakangnya, 
Dan berusaha untuk mencintai lelaki yg ada di hadapannya.

Ternyata perempuan itu gagal menjalani ujian itu,
Dia tidak memilih menerima dan juga tidak memilih berbicara. 
Dia masih memilih diam.

Kerana cinta itu bukan suatu pelarian dari kecewanya ke satu hati dan berlari ke hati yang lain nya.

Cerita sedih suatu ketika dulu.

Adakah yang mengalami kisah yang sama? 

Ingatlah dengan kisah ummu salamah yang menjadi janda kerana abu salamah suaminya yg shalih meninggal dunia. 
Pada masa itu ummu salamah merasa sangat sedih dan berkata, adakah seorang muslimin
yang lebih baik dari abu salamah?? 

Lalu ummu salamah mendengar Rasullullah SAW bersabda:

Tidaklah seorang muslim ditimpa musibah dan berkata sebagaimana yang diperintahkan Allah (innalillahi wa inna ilaihi rajiun), Ya Allah beri aku pahala dalam musibah ini dan berilah ganti yang lebih baik darinya, kecuali Allah akan memberinya ganti yang lebih baik.

Dan selepas masa iddahnya ummu salamah di lamar nabi, 
Dan benarlah Allah telah kabulkan doanya.

Sedikit perkongsian dari kisah cinta yang mengharukan :

Rabu, 26 Oktober 2016

RAZIA SULTAN


Razia Sultan / Razia Sultana merupakan Sultana Delhi di India pada zaman pemerintahan Jalalat-ud-Din Raziya bagi tempoh 10 November 1236 sehingga 14 Oktober 1240. Razia Sultan terkenal kerana dialah satu-satunya wanita yang pernah memerintah Kesultanan Delhi. Abang Razia Sultan adalah Nasiruddin Mahmud. Manakala Ruknuddin Firuz dan Muizuddin Bahram adalah abang tirinya.

Razia Sultan merupakan anak kepada iltamush Shams-ud-din. Ibunya bernama Qutub Begum. Ibu Razia Sultan merupakan anak kepada Sultan Delhi yang bernama Qutb-ud-din Aibak. Razia membesar dalam keadaan istimewa di mana keluarga sebelah ibunya merupakan pemerintah di Delhi.

Pemerintahan uknuddin berlangsung dalam jangka masa pendek. Pada 9 November 1236, Ruknuddin dan ibunya Shah Turkaan telah dibunuh selepas hanya enam bulan berkuasa. Golongan bangsawan membuat kata sepakat untuk melantik Razia sebagai Sultan Delhi.

Razia Sultan merupakan pemerintah yang cekap dan mempunyai segala sifat-sifat raja. Beliau seorang yang cerdik, adil, pemurah, suka belajar dan mempunyai skil berperang. Razia Sultan akhirnya berkahwin dengan Malik Ikhtiar-ud-din Altunia, kekasih yang amat dicintainya. Razia dan Malik Ikhtiar-ud-din Altunia sudah lama kenal semenjak mereka kecil lagi. Dimaqamkan di Kaithal City, Haryana

 

Biodata Razia Sultan

Nama : Nama lengkapnya adalah Raziyya al-Din atau Jalâlat ud-Dîn Raziyâ (dalam tulisan Perso-Arabic ditulis sebagai: جلاله الد دین رضیه), sedangkan dalam tulisan hindi ditulis sebagai: जलालत उद-दीन रज़िया),
Tarikh Lahir : 13 Oktober 1205
Meninggal Dunia : 14 Oktober 1240 ketika berumur 35 tahun
Pemerintahan : Kesultanan Delhi
Maqam : Bulbul-i-Khan berdekatan Turkmen Gate, Delhi
Nama Suami : Malik@Mirza Altunia
Anak (angkat) : Zubrudin Mirza Rashil
Dynasti : Mamluk
Nama Ayah : Shamsuddin Iltutmish
Nama Ibu : Qutub Begum@Permaisuri Aliya
Agama : Islam


Razia juga mendirikan sekolah-sekolah, akademi, pusat penelitian, dan perpustakaan umum yang mencakup karya-karya klasik kuno juga pelajaran-pelajaran Al-Quran dan hadits.

Jumaat, 7 Oktober 2016

OKTOBER






Masih, Assalamualaikum dan Bismillah..

Barakallah dan tahniah buat yang mendirikan masjid,rumah tangga ramai betul sewaktu cuti maal hijrah (tahun baru hijrah) minggu lalu. Salam maal hijrah,blogger lahirkan buat beragama Islam khususnya dan semua Amnya.



Bangun!! Bangun!! Oktober mari dah, bulan lalu disuruh berlalu segera kerana memikirkan hal hal yang boleh merungsingkan, sungguh!! Lekas beredar,tangkas dan segera!! Muqqadimah ini akan saya tamatkan di sini. Semoga ketemu lagi.

Selasa, 5 Januari 2016

AMARAN MERAN MRAN

ASSALAMUALAIKUM..

AMARAN!! JIKA ANDA SEDANG DUDUK DUDUK MENGADAP MAKANAN ATAU MENGUNYAH MAKANAN SEPERTI BURGER, SOSEJ DAN SEDAP SEDAP MAKA ANDA TIDAK DIGALAKKAN MENERUSKAN PEMBACAAN INI.


MAAF GAMBAR KENA SENSORED PATUTNYA!!!

 

Blogger sebenarnya sakit gigi. Tanpal sudah tapi kalau 2 minggu lagi masih sakit kuat cabutlah alamatnya.. Lama dah sebenarnya tak ke klinik gigi ambik berat pasal gigi kecuali gosok gigi dua kali sehari. Umur meningkat, gigi makin gugur. Kafarah dosa. Jadi nasihat buat anda.

 

Sabtu, 14 November 2015

Khamis, 8 Oktober 2015

BAU BUKU

Assalamualaikum, alhamdulillah singgah di lampuneonmu ini untuk menaip lagi perkongsian sehari harian. Bau buku, wah buku pun nak bau? Tiada benda lain ke nak jadikan bahan bau? Rujuk gambar, beliau adalah Amoy Muslimah (rasanya korang lebuih tau). Sejujurnya blogger belum lagi sempat membaca karya penceritaan beliau sebagai baby muslimah namun nak kabo bahawa blogger baru sahaja membeli buku ini dan sebenarnya amat amat rindu nak membaca motivasi atau kisah hijrah antum / antuna semua. Blogger semua masih menyepi dan saya sendiri sudah berkali kali membaca apa yang anda tinggalkan setelah sekian lama. Masih teringat zaman blog di jadikan diari, tempat luah dan sebagainya namun saya mengambil pendekatan berbaik sangka bahawasanya mungkin tiada keserasian antara blog dengan anda maka anda mencari keserasian (feel) dengan membina blog dgn nafas yang segar dan mantap. 

Saya tidak pasti buku Felexia Yeap ini sudah lama diterbitkan tahun ini atau saya sahaja yang lambat mendapatkannya namun amat bagus perkongsian tercetusnya hidayah Allah beri buat beliau dan kita sama sama memotivasikan diri agar menjaga, istiqomah dalam mengekalkan hidayah yang Allah beri kepada kita. Wa'AllahuAlam.. 
Jumaat 10/10/15 (1.13 a/m)


Sabtu, 3 Oktober 2015

HOBI

Assalamualaikum & Bismillahir Rahmanir Rahim.. [12.31 A.M ~ AHAD]

Sengaja nampak canggih sikit, siap masa dan hari lagi. Biasalah, buat pengetahuan semua yang membaca, waktu dan tarikh dipaparkan oleh blogspot ni kurang betul (mohon blogspot jangan sekat saya) dan jangan marah saya semua sebab masa masa ini saya bercerita berkenaan hobi. Nak tanya sikit, ada sesiapa yang tengok Kamen Rider Fourze tv7 setiap sabtu dan ahad pukul 11.00 pagi kita geng lagi. Saya minat sangat. Itulah hobi saya, kumpul mainan.

 

Mungkin pos ini agak membosankan namun itulah hakikatnya setiap dari kita mempunyai kegemaran yang bebeza. Lihat sahaja blog saya diupdate pada waktu begini walhal mungkin dikalangan kita sudah lelapkan mata. 24 jam kita sama namun aktiviti kita berbeza, amat amat berbeza. Selamat malam pembaca. Wa'AllahuAlam..




Sabtu, 26 April 2014

Ahad, 17 November 2013

Di Hari Lahirmu

17/11/2013

TAHUN KE - 2


Chocolate Cake


HIDANGAN 16 RIYAL

Salam Eid Milad sayang :))


Selasa, 24 September 2013

MUJAHEDEEN MOBILE ENTERPRISE

Salam Semua..

Nak promote sikit bisnes handphone pria. Buka pertengahan bulan 6. Berdaftar dengan SSM dengan nama MUJAHEDEEN MOBILE ENTERPRISE. JEMPUT :


LINK : http://www.facebook.com/MujahedeenEnterprise/notes


LINK HARGA : http://www.facebook.com/MujahedeenEnterprise/notes

Fast Deal : 01117881273

Isnin, 29 April 2013

Dalam Tidur Ku Terkenang-Kenang

 
Caption Gambar ni : Wah, memang mimpi tak sudahlah.


Bismilillahir Rahmanir Rahim..

Gambar di atas tiada kaitan. Blogger belum lagi pergi bulan madu sebab setiap hari berbulan bintang dengan isteri.Tambah Mujahid yang sudah cukup sebulan umurnya (esok 30/4/2013). Alhamdulillah. Lama dah tak menconteng. Biasalah sibuk mendidik Anak. Insya-Allah anak Soleh.

Bahagiakan Mereka.. Hingga Ke Hujung Usia..  Bila Sampai Waktu Ajalnya.. Anak Soleh Sebagai Harta.. Allah teringat Arwah Ustaz Asri Rabbani. Al-Fatihah buat Ustaz Asri. Nak sambung nyanyi lagilah.  Di Dunia Bahagia .. Akhirat Pun Begitu Jua.. Inilah Harapan Kami Semua.. Moga Allah Kabulkan Doa.. 

Insya-Allah.. Hehe.. Asalkan ada saje blogger nim.. :)) 


Isnin, 25 Mac 2013

PRU Pertama 1955


Bismillahir rahmanir rahim..

Selamat merasai bahang pilihan raya.. Eh, mestilah.. Ini kali pertama blogger Lampuneon mengundi ni.. Tapi persoalannya? Bila nak BUBAR? Capek blogger Lampuneon tunggu.. Apa apa pun video di atas menarik untuk ditonton..Selamat menonton.. Doakan parlimen di bubar secepat mungkin.. Nak jalankan tanggungjawab sebagai PENGUNDI aja sebenarnya.. :))

Wasalamualaikum w.b.r.

Rabu, 1 Ogos 2012

Rezeki Walaupun Cepat atau Lambat

 

Assalamualaikum.. Blogger memula salam kali ni.. Maklumlah lama tak update.. Suam suam kuku je update blog.. kekangan masa sangat.. Jangan salahkan masa tau blogger.. Hehe, okey, okey.. Jujur, blogger tengok feeds update blog pun lambat.. Mungkin semua sibuk kot.. Blogger nak ucapkan selamat berpuasa.. Alhamdulillah, hari ni dah hari ke 13 dah puasa..

Blogger memanfaatkan ramadhan ini sebaik baiknya.. Alhamdulillah.. Blogger bakal jadi Ayah insya-Allah.. Selepas hampir dua bulan menikah.. Kandungan zaujah blog masuk minggu ke 5.. Alhamdulillah.. Rezeki Allah.. Doakan pria dan isteri.. Blogger muqadimah dulu hari pertama bulan 8 ni.. Insya-Allah.. Barakallah.. Hargai ramadhan dan buat sehabis baik.. :))

Sabtu, 9 Jun 2012

Hadiah Paling Berharga

 (Hantaran balasan dari pihak perempuan)

Assalamualaikum..  Lama menyepi.. Cuti buat persediaan pernikahan kot.. Alhamdulillah.. Ana dan isteri selamat diijab Qabulkan pada 8.6 (Jumaat Malam Di Kluang, Johor)..

 

Doakan Kami Bahagia Hingga Syurga.. Insya-Allah Ana akan kembali aktif menulis.. <3


Khamis, 17 Mei 2012

Lama Menyepi

Assalamualaikum.. Agar lama blogger tiada mengempos sesuatu di blog.. Alhamdulillah, usaha punya usaha dapat juga membuka salam pada hari ini.. Alhamdulillah.. Ini kerana laptop blogger mengalami sedikit masalah yang tak dapat blogger elakkan.. Insya-Allah, blogger akan terus aktif mentabliqkan dakwah dan perkara perkara yg menarik.. Insya-Allah.. Wassalamualaikum...

Ahad, 19 Disember 2010

Menarik.. Tertarik.. Da'Bomb..

 

Manfaat sesuatu untuk kebaikan tidaklah rugi. Tetapi manfaatkan sesuatu itu hendaklah kepada perkara yang baik. Jangan manfaat sesuatu yang baik itu ke arah tidak baik kerana kelak kau yang rugi menanggung dosa sendiri. Pandailah fikir, kau dah besar dan mumayizz lama dah.. 

Klik - - -> Mozzila Firefox - - - > Goggles - - -> Goggles Images . . .

Jambatan Milliau

 

 Jambatan Millau (Bahasa Perancis: le Viaduc de Millau) adalah sebuah jambatan jalan bersanggahkan kabel yang menyeberangi lembah Sungai Tarn, Millau yang terletak di selatan Perancis.

 

Projek pembinaan jambatan ini dirancang bina (direka) oleh seorang juruteknik jambatan Perancis Michel Virlogeux dengan kerjasama bersama arkitek Britain, Lord Foster, Millau merupakan jambatan "vehicular" tertinggi di dunia, dengan puncak menaranya yang berketinggian 341 meter (1.118 kaki); tinggi sedikit dari Menara Eiffel dan hanya 40 m (132 kaki) lebih pendek dari Bangunan Empire State. Millau telah dibuka secara rasmi pada tanggal 14 Disember 2004 dan dibuka untuk lalu lintas pada 16 Disember 2004.

 Kubah Brunelleschi


Brunelleschi's Dome di Italia ini dibangun pada abad 15, tepatnya antara 1420-1436 Masehi. Kubah katedral Florence ini memiliki ketinggian lebih dari 140 kaki dengan konstruksi tanpa kerangka yang mendukung.

 

Arsiteknya Filippo Brunelleschi menemukan cara yang sama sekali baru tentang berbagi beban sekitar kubah sehingga tidak akan retak.

P/S : Bestkan kalau kita "explore" perkara kebaikan. Bestkan.. Ini baru 2 dan banyak lagi di dalamnya.. Ada juga ilmu dapat.. Tak sia sia ku bayar broadband kalau ia tidak melaghakanku.. hehe

Ahad, 5 Disember 2010

Seorang Insan Bernama Kakak


 
 
Dengan Tinta pena aku menulis..

Bertintakan warna melakarkan isi hati..

Hampir semua..

Andainya ku daya..



Rinduku padamu melebihi Isi hatiku..

Cahaya malam menemani..

Bunyi bising kereta meluncur deras..

Mengejar urusan yang tidak pernah terbatas..



Luahan rindu buat kakakku bertamu..

Kubiar perasaan melayani rindu itu..

Tika bergemarnya azan Isyak yang merdu itu..

Aku bersimpuh memohon pada-Nya

Agar kau juga merinduiku seadanya..



Lima tahun sudah berlalu..

Masa itu gambaranku jelas..


Aku,

Budak hinggusan bermesra denganmu..

Mengharapkan kasihmu Kakak abadi setulusnya..

Kakakku yang kusayangi selamanya.. 


Tidak, bukan ini yang kupinta..

Kasihnya bukan sekejap ini..

Ada yang lebih menyanyanginya..

Melebihi sayangku padanya..

Pergilah kakak tinggalkan aku sendirian..



Kakak,

Jika kau mendengar rintihanku..

Ketahuilah kakakku sayang..

Budak hinggusan dulu sudah kini berdiri gagah..

Sudah mampu menukil tinta..

Sudah mampu memikul amanah..

Sudah dewasa matang akalnya..



Tapi,

Rindunya padamu tidak pernah luntur..


Amanah Allah padanya kian teguh..

Berdiri dia kini sebagai penukil tinta kalimah Allah..

Penyeru dan penyahut agama Allah..

Bakal daei, penukil tinta Allah dan Penyeru agama Ilahi..

Aku merinduimu kakak...

Rabu, 25 Ogos 2010

Kembalikan Nostagia Mengirim Kad Raya


(Koleksi Kad Raya Zaman Sekolah Dulu)

Assalamualaikum w.b.r... (hehe..)

Selamat berpuasa semua. Dah masuk 15 hari terakhir dah. Sampai ada yang kata dah masuk fasa kedua dah puasa. Dan kalau solat terawih tu dah kene serta qunut dah dalam solat witir pada rakaat ketiga tu. Dan di bulan puasa ni ramai yang gemar beli di bazaar ramadhan yalah ibu ibu kita di rumah tiada idea dah masak dirumah.. Sudah hampir semua hidangan dan masakan sudah di masak di rumah.. (Maaf Ibu ibu.. Ampun)

Kembalikan Nostagia Kad Raya.. Seronok sebenarnya menerima sesuatu daripada seseorang. Tak kisahlah daripada keluarga (ibu bapa & Adik adik), kawan, sahabat atau pun orang yang kita sayang. Tak kisahlah, sesuatu yang kita dapat itu kecil ke besar atau sebagainya yang pasti kita akan rasa dihargai dan dalam masa yang sama kita menghargai si pemberi dan kita sentiasa mengenang nostagia lalu.

SMS VS Kad Raya

Bagaimana? Siapa menang? Hehe.. Yang mana lebih terlekat di hati. Bagi saya peribadinya memilih kad raya kerana ia lebih berharga dan lebih bernilai walaupun agar payah memilikinya. Lagipun, sedekahlah sikit duit anda beli stamp untuk gaji si posmen. Posmen pun ada anak bini jadi posmen pun seorang bapa yang nak menyara keluarganya.. (Hehe.. Betulkan?) 

Hehe.. Apakah nastogia anda yang berkaitan dengan kad raya? Sukar untuk mendapatkan alamat rumah untuk mengirim kad raya? Malu untuk sampaikan melalui tangan kad raya Anda? Berkorbanlah sikit demi mengeratkan hubungan silaturrahim.. Selamat berpuasa dan menulis kad raya.. Hehe..


P/s : Insya-Allah sahabat dan  sahabiah.. Ana akan kirim kan kad raya buat sahabat dan sahabiah yang rapat dengan Ana.. Nantikan ea??

Wa'Allahualam .. Salam... 

Isnin, 9 Ogos 2010

:: Nukilan Rahsia Yang Terdedah ::


Nukilan ini mungkin rahsia. Namun suka untukku dedahkan bahawa hangatnya kasihku pada seorang yang ku panggil mama. Rindu sangat rasanya pada insan ini.  Insan yang dia tercipta untuk melahirkanku di muka bumi. Insan yang aku rasa selamat dengannya . Mungkin aku seorang yang agak manja. Benar tu, tidak dinafikan namum tiada salah yang boleh dihukum pada mana mana makamah pun jika rinduku pada mamaku sentiasa dirasai di kalbu.

Cerita Anak Manja

Aku rasa bangga bila orang kata  " Shah, kau ni anak mak arr.. " Betul tu, saya anak mak. Tanpa Mak tiadalah saya dilahirkan di dunia. Tanpa Mak tak lahir perjuangan dan bakal perjuang yang menegakkan agama Islam hatta Rasulullah juga lahir dari rahim seorang ibu cuma Rasulullah di uji dengan menjadi yatim piatu pada usia yang sangat muda. Rasulullah kehilangan ayahanda (Abdullah) sebelum Nabi lahir lagi dan kehilangan ibunda (Aminah) selepas di lahirkan beberapa tahun. Walaupun Nabi Muhammad yatim paitu namun Rasullah tahu menghargai seorang ibu.

Abu Hurairah radhiallahu 'anh berkata:
 
Seorang lelaki datang menemui Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam dan bertanya:
 
“Siapakah manusia yang paling berhak untuk aku layan dengan sebaik-baiknya?”
 
Baginda menjawab: “Ibu kamu.”
 
Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”
 
Baginda menjawab: “Ibu kamu.”
 
Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”
 
Baginda menjawab: “Ibu kamu.”
 
Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”
 
Baginda menjawab: “Ayah kamu.” 

Berbalik kepada "cerita anak manja". Walaupun aku dikirakan beruntung kerana walaupun berjauhan dengan mamaku dengan jarak yang tak sampai 9 km namun rinduku pada mamaku sentiasa mendatangiku dan setiap kali ia hadir ingin aku pulang memeluk mamaku dan mencium pipinya. Walaupun aku dulu agak nakal, ada juga melawan cakap mamaku, serba tak kena apa bila mamaku menegur salahku, suka membantah kata dia namun kasih sayangnya padaku kekadang aku rasa lebih daripada adik beradik lain walaupun aku sudah boleh dikatakan sudah layak menjadi bapa. (Hahahaha). Terbongkar sudah rahsianya aku anak yang manja..

Sedikit Nasihat Buat Bakal Zaujahku 

Buat bakal zaujahku (Tiada calon pun), aku berpesan padamu. Jika kau menikah denganku maka kau juga menikah dengan keluargaku dan juga bergitu aku menikah denganmu maka aku juga menikah dengan keluargamu. Maksudnya, aku juga bertanggungjawab mendidik keluargamu dan menyanyangi keluargamu. Bukan hanya aku sayang kamu namun aku juga kene sayang keluargamu dan begitu juga kamu. Jadi, bakal zaujahku. Aku pilih kamu berdasarkan bagaimana hubunganmu dengan mamaku. Aku anak yang patuh dan aku anak mama. Aku akan memilih calon zaujahku berdasarkan hubunganya dengan keluargaku dan mamaku dan semestinya mamaku bukan seorang yang cerewet. Dia menyuruhku memilih dan memperkenalkan kepadanya. Pernahku memberitahu kepadanya yang bahawa aku ingin seorang Isteri yang boleh membantu kerja "daeiku" dan menutup segala kesedihanku sepanjang aku hidup. Bermakna dialah segala-gala buatku. Dialah Isteri buatku, mama, buat anak-anakku akan datang, kakak dan kawan, sahabat serta teman buatku, dialah perjuang yang berjuang bersamaku dan dialah terbaik menjaga mama dan Abahku di hujung usia mereka. Insya-Allah.. Insan ini akan hadir dan aku mendoakan dia hadir pada tepat masanya apabila semuanya telah aku kecapi. Insya-Allah...

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha
Letakkan Al-Quran sebagai Panduan Hidupmu dan As-Sunnah sebagai gaya hidupmu

Antum/Antuna semua (ukhwah fillah)

Artikel - Artikel Popular