Sabtu, 3 Disember 2016

PENEMUAN



Seorang lelaki sedang memandu keretanya tiba-tiba keretanya mengalami kerosakan dan berhenti berdekatan dengan sebuah pusat persilatan. Oleh kerana hari pun sudah malam.. dia pon pergi ke dojo tersebut dan mengetuk pintu itu..pintu pon dibuka dan seorg pendekar tua yang selaku pengetua dojo itu menyambutnya.
Lelaki itu berkata: minta maaf tuan, bolehkah saya bermalam disini kerana kereta saya rosak secara tiba-tiba.

Sang pendekar tua itu lantas menerima permintaan lelaki itu dgn senyuman dan senang hati.
Dia menyediakn tempat tidur, persalinan dan makanan untuk melayan lelaki itu.. malah kereta itu pun dibaikinya.

Setelah kekenyangan lelaki itu pun cuba melelapkan matanya.. selang beberapa ketika dia terdengar sesuatu bunyi yang aneh,dia teringin nak mengetahui bunyi apakah itu.. namun dibatalkan saja niatnya kerana terlalu letih.

Keesokan pagi.. dia pun bertanya kepada pendekar tua tentang bunyi itu, tetapi pendekar tua menjawab:

Saya tak boleh bgtahu awak.. kerana awak bukan seorang pendekar..

lelaki itu kelihatan kecewa kerana tidak dapat mengetahui tentang bunyi yg pelik itu.. tetapi apapun dia berterima kasih di atas layanan yang diberikn, kemudian dia pun bergerak pulang ke tempatnya.

Setahun selepas itu..

keretanya rosak kembali ditempat yang sama berdekatan pusat itu..

Dan sekali lagi sang pendekar tua itu membantunya membaiki kereta dan menyediakan tempat tidur serta makanan kepada lelaki itu..Pada malamnya.. ketika hendak tidur dia  bunyi yang aneh yg pernah didengarinya pada tahun yang lepas..

Keesokan pg nya lelaki itu pun bertanya kepada pendekar tua mengenai bunyi itu.. tetapi dia menjawab:

Saya tak boleh bagitahu awak kerana awak bukan seorang pendekar.

Lelaki itu cuba mendesak pendekar tua memberitahunya namun jawapannya tetap sama.. dia enggan bgtahu kerana lelaki itu bkn seorang pendekar.

Pada tahun berikutnya.. ditakdirkan keretanya rosak lagi ditempat yg sama, dan layanan yang sama diberikan oleh sang pendekar tua itu.

Pada keseokan paginya, seperti biasa.. lelaki itu cuba bertanya dan merayu untuk mengetahui bunyi aneh apakah yang didengarinya malam tadi. namun pendekar tua tetap dengan jawapannya,
Akhirnya lelaki itu tidak dapat bersabar lagi lalu berkata,
Baiklah! baiklah! nampaknya sampai mati pun aku takkan dapat tahu bunyi aneh tu kerana aku bukan seorang pendekar.

Kalaulah satu-Satunya cara untuk saya mengetahui bunyi aneh itu ialah dengan menjadi seorang pendekar.. macam mana caranya saya untuk menjadi seorang pendekar???

Kata pendekar tua: Sekiranya benar kamu hendak menjadi seorang pendekar.. kamu mestilah mengembara ke seluruh dunia.

Kamu mesti menguasai kesemua ilmu persilatan dari 20,000 dojo persilatan di seluruh dunia.
dan kamu mesti menewaskan kesemua 200,000 pendekar handalan di seluruh dunia, baru aku akan iktiraf kau sebagai seorang pendekar.

Lelaki itu bersetuju lalu dengan semangat yang berkobar-kobar dia pun memulakan pengembaraannya untuk menjadi seorang pendekar.

10 tahun kemudian..
lelaki itu kembali semula ke pusat tersebut dlm keadaan tubuh badan yang gagah perkasa dan berparut di sebelah muka nya.

Dia berkata kepada sang pendekar tua itu:

aku telah menguasai ilmu dari 20,000 sekolah persilatan dan aku telah menewaskan kesemua 200,000 orang pendekar handalan di seluruh dunia..

Sang pendekar tua itu menjawab: Tahniah, sekarang kamu telah menjadi seorang pendekar.
Untuk mengotakan janji.. Saya akan menunjukkn kamu punca bunyi aneh itu..

Pendekar tua pun membawa lelaki itu ke sebuah pintu papan di belakang pusat itu.
katanya: bunyi aneh yang kamu nak tahu ada di belakang pintu itu..

Dengan hati yang berdebar-debar selepas penantian selama 13 tahun.. lelaki itu pun cuba membuka pintu itu..

Tetapi pintu itu berkunci.. dia berasa sangat marah lalu di tanya pada pendekar tua..
Kelakar sungguh! Mana kuncinya???

Pendekar tua pun memberi kunci kepadanya dan dia pun membuka pintu papan itu.. apa yang di dapatinya di sebalik pintu papan itu..

ialah Pintu yang diperbuat dari Batu..

Lelaki itu pun meminta kunci dan pendekar tua itu pun memberinya..
selepas dibukanya pintu batu itu.. dia mendapati ada pintu besi disebaliknya..
Dia pun meminta kunci dari pendekar tua itu.. dan selepas membuka pintu besi.. apa yg dijumpainya ialah.. pintu yg diperbuat dari kaca..

Selepas meminta kunci dia pun membuka dan memasuki pintu yang diperbuat dari kaca,

zink,
logam,
plastik,
tembaga,
emas,
keluli,
dan timah..

Disebalik pintu timah itu dia mendapati ada sebuah pintu yang diperbuat dari Batu Marmar..
Akhirnya pendekar tua berkata: Inilah kunci yang terakhir untuk pintu marmar yang terakhir itu..

Selepas dibukanya pintu yang terakhir itu.. dia akhirnya menjumpai punca bunyi aneh yang di dengarnya itu..

Lelaki itu berasa sungguh terkejut dan tersangat kagum melihat punca bunyi aneh itu..
Tetapi dia tak boleh bagitahu anda semua apakah itu, kerana anda bukan
seorang pendekar..!!

Selasa, 22 November 2016

POKET BOCOR




* Hati- hati dengan poket yang bocor*

Engkau telah berwudhu dgn sebaik2 wudhu akan tetapi engkau boros memakai air.

Engkau bersedekah kepada fakir miskin kemudian, engkau menghina dan menyulitkan mereka.

Engkau solat malam hari, puasa di siang hari, dan mentaati tuhanmu, tapi engkau memutuskan silaturrahmi

Engkau sabar dengan haus dan lapar, tapi engkau menghina dan mencaci.

Engkau memakai baju jubah dan kebaya, tapi minyak Wangi menyengat.

Engkau memuliakan tetamu dan berbuat baik kepadanya, tapi setelah dia pergi engkau mengumpatnya.

Pada akhirnya *engkau hanya mengumpulkan kebaikanmu dalam poket bocor,* satu sisi engkau mengumpulkan dengan susah payah kemudian engkau menjatuhkannya dgn mudah di sisi lain. 
 
Ya Allah, kami mohon hidayah dan ampunan atas kami dan orang-orang yang kami cintai.

Isnin, 21 November 2016

MUAMALAH DENGAN TUHAN

 
Keganjilan-keganjilan orang-orang Kita (secara khusus dan kaum muslimin umumnya)

1. Tidak mampu pergi haji kerana pembiayaan besar, akan tetapi sanggup pergi holiday makan angin ,
*bukankah perdagangan Allah itu mahal*

2. Tidak sanggup membeli haiwan qurban kerana harganya yg mahal, tapi sanggup membeli iPhone ganti model baharu.
*bukankah perdagangan Allah itu mahal*

3.Sanggup membaca wasap berpuloh group setiap hari, namun tidak sanggup membaca 10 ayat alquran dengan alasan tiada waktu yg cukup untuk membaca.
*bukankah perdagangan Allah itu mahal*

4.Tersebar nyanyian-nyanyian. Orang malu menyebarkan Al Qur'an..


Ya Allah, ampunilah kami yang banyak alpha dan lalai.

BUATSEKARANG

 


Kita biasa sangat dengar orang kata "tak cuba, mana nak tahu" bila ada sesuatu perkara yang kita nak buat tapi ragu-ragu akan hasilnya. Contohnya, Ismail ada rancangan nak meniaga ABC di simpang masuk Giant Nilai. Tapi disebabkan dia baru nak mula meniaga, ada bibit-bibit keraguan dalam hati.
Satu malam sebelum tidur, dia ceritakan keraguanya itu kepada isterinya. Panjang lebar dia huraikan. Mula-mula bab modal, kemudian sambutan pelanggan. Paling dia ragu-ragu pasal penguatkuasa, risau kena angkut. Tapi isterinya hanya membalas, "abang tak cuba, mana nak tahu". Isterinya tidur lena. Ismail tidak.

Mudah betul. Tapi nak cuba dan buat, bukanlah mudah sampai tak tidur kawan tu.
Tapi orang masih lagi akan kata cuba, cuba dan cuba. Apa yang penting sangat dengan mencuba ni?

Ok, bayangkan begini. 

Le Tissier merupakan seorang pemain bola sepak yang dikatakan pengambil sepakan penalti terbaik.
Ikut statistik pemain ni, sepanjang 16 tahun dia bermain di liga Inggeris bersama Southampton dia hanya gagal 1 kali sahaja daripada 49 sepakan penalti yang dia ambil. Itu bersamaan 98% kejayaan. Jadi dia ni antara yang handal.

Kau pula seorang pemain amatur. Main bola seminggu sekali. Itupun ada minggu yang kau tak main. Kemampuan menyepak bola pula, kuat bila tonjol saja. 

Bayangkan kau dan Le Tissier ni sama-sama ada dalam padang bola. Kau diminta untuk ambil sepakan penalti, tapi Le Tissier ni tak dibenarkan ambil sepakan.

Dari segi logik akal, kau lebih berpeluang menjaringkan gol berbanding pemain yang handal tadi sebab dia tak dibenarkan menyepak.

Jadi kau perasan tak?  Kita lebih berpeluang sekiranya mencuba walaupun dari segi kemampuan kita serba kekurangan. Sudahlah sepak tonjol, main bola pun seminggu sekali. Berlawanan pula dengan orang yang handal serba serbi. Jika dia tidak dibenarkan mencuba (tak cuba), dia langsung tidak punyai peluang. Langsung, kosong.

Disebabkan itulah cuba itu penting. Hasil pula adalah satu perkara yang lain.
Jadi, bagi sesiapa yang masih lagi ragu-ragu, bertanggung untuk buat sesuatu lebih-lebih lagi mengejar impian dan cita-cita, baik kau orang mula dengan cuba. Kalau tak, sampai bila-bila pun kau takkan ke mana.

P/S: JIKA TERNAMPAK KISAH INI DI DIKONGSIKAN KETAHUILAH BAHAWASANYA SAYA JUGA TELAH MINTA IZIN UNTUK BERKONGSI.

ANGKAT KEPALA


Wang syiling jatuh di hadapan seorang lelaki yg sedang asyik mambancuh simen. Melihat logam kecil itu , tangan lelaki itu terhenti melakukan kerja. Tidak menunggu lama , tangannya segera mengutip syiling itu dan dimasukkan ke dalam poketnya. Dia menyambung semula kerjanya.Sekali lagi lelaki itu terpandang duit syiling tidak jauh dari sisinya . Lelaki itu menoleh ke kiri ,kanan dan sekelilingnya.Tiada siapa yang berdekatan dengan nya.Sekali lagi dia terus mengambil syiling itu dan menyimpan dalam koceknya .

Tidak lama kemudian , lelaki itu ternampak lagi duit syiling berdekatan dengannya .Pun sama,dia mengambil dan menyimpannya.


"Rezeki aku !" Kata lelaki itu dalam hati.


Lelaki itu tidak sedar, logam syiling itu sebenarnya dicampakkan oleh ketuanya dari aras lapan bangunan separuh siap yang mereka bina itu.Sebenarnya, ketuanya mahu memanggilnya. Puas ketuanya menjerit daripada aras lapan, cuba memanggil lelaki itu yang berada pada aras paling bawah.
 

Namun, jeritan itu tidak mampu mengalahkan pelbagai bunyian mesin pembinaan di kawasan tersebut. Dek kerana itulah, ketuanya itu mencampakkan syilingnya dengan harapan lelaki itu akan mendongak melihatnya di atas. Mudah-mudahan dapatlah dia menyampaikan pesanannya kepada pekerjanya itu.Sayangnya,sehingga habis wang syilingnya dibaling ke bawah, lelaki itu masih belum jugak mendongak ke atas.

Lantas, ketuanya itu mengumpulkan serpihan batu kecil yg terdapat di lantai. Satu persatu batu kecil itu dibaling ke bawah.


Beberapa kali batu itu mengenai badan lelaki itu . Setelah merasa sakit , lelaki itu mendongak ke atas, melihat dari mana datangnya batu-batu kecil yang menyerang tadi.

Barulah dia ternampak kelibat ketuanya yang sejak tadi cuba mencuri perhatiannya bagi menyampaikan pesanan.

Sahabat sekalian, Allah sering menjatuhkan rezeki (syiling , rahmat atau kesenangan yg tidak terkira banyak kepada kita.Tuhan menjatuhkan 'syiling'  itu sebagai satu panggilan agar kita sentiasa mendongak ke atas utk mengingati dan bersyukur dengan kurniaanNya. Tetapi, acap kali kita lalai utk 'mendongak' ke atas, sebaliknya terus menikmati pemberian-Nya tanpa ucapan syukur.


Seperti kisah ketua dan pekerja tadi , apabila jatuhan syiling tidak berjaya menarik perhatian, lalu Dia jatuhkan pula 'batu' yg berupa musibah,kegagalan,keperitan dan pengalaman yang menyakitkan. Dan hanya setelah kita merasa kesakitan itu, barulah kita teringat utk mendongak , menadah tangan utk bersyukur mengingati Yang Maha Pencipta..

Sabtu, 12 November 2016

KITA KITA SAMA SAMA


 Assalamualaikum & Bismillah

 Sedikit perkongsian. Sekarang dah tahun 2016, masih ada manusia yg cakap dekat aku
' kenapa tengok wwe, kan berlakon semua tu, tipu ja! '

Dude. Sumpah Wallahi aku tahu and acknowledge sangat lah semua tu berlakon. Start dari tahun 2000 lagi aku darjah 2, zaman WWF sampai WWE , apply, collect mainan wrestlers, poster, dari zaman tu dah aku tahu WWE tu berlakon. 

Lain orang lain passion , dah passion aku tengok manusia kena pukul dengan tukul, baling patah meja, martial art, kena jackhammer atas stage and etc. Tahu la berlakon. Tu suri hati mr pilot drama tv3 bagai, berlakon gak, cuma xdak live event and Rock Bottom neelofa. Tu je. 

Sama macam kalau aku tengok kamen rider. Minat dekat superhero yang
jenis camtu.Variety and Pro-Child sikit lah. Tak payah argue la kenapa tak logik ni tak logik raksasa. Dahtu semua marvel DC infinity stone memang logik lah? Sebab ada kat wayang?
Entertainment n passion memang wajib berkait. Sebab tu aku tak pelik kalau ada manusia sampai nangis2 tengok drama tak kisah la tv3 ke drama gusti ke drama kamen rider ke. 

Benda benda ni side sahaja dalam hidup, just for entertainment dalam hidup. Benda ni akan jadi tak hiburan atau keseronokkan kalau wujud manusia yg bukan lawyer tapi suka sungguh debat argue benda tidakpayah argue. 

So just enjoy the effort and entertainment from them. Jangan lupa appreciate and enjoy our own passion. Allah jangan lupa.

Note:
' tengok gusti boleh tapi jangan buat dekat adik'
' collect mainan tu jangan sampai tak makan' - mom

Maaf,bahasa agak santai dan bersahaja.

Rabu, 26 Oktober 2016

RAZIA SULTAN


Razia Sultan / Razia Sultana merupakan Sultana Delhi di India pada zaman pemerintahan Jalalat-ud-Din Raziya bagi tempoh 10 November 1236 sehingga 14 Oktober 1240. Razia Sultan terkenal kerana dialah satu-satunya wanita yang pernah memerintah Kesultanan Delhi. Abang Razia Sultan adalah Nasiruddin Mahmud. Manakala Ruknuddin Firuz dan Muizuddin Bahram adalah abang tirinya.

Razia Sultan merupakan anak kepada iltamush Shams-ud-din. Ibunya bernama Qutub Begum. Ibu Razia Sultan merupakan anak kepada Sultan Delhi yang bernama Qutb-ud-din Aibak. Razia membesar dalam keadaan istimewa di mana keluarga sebelah ibunya merupakan pemerintah di Delhi.

Pemerintahan uknuddin berlangsung dalam jangka masa pendek. Pada 9 November 1236, Ruknuddin dan ibunya Shah Turkaan telah dibunuh selepas hanya enam bulan berkuasa. Golongan bangsawan membuat kata sepakat untuk melantik Razia sebagai Sultan Delhi.

Razia Sultan merupakan pemerintah yang cekap dan mempunyai segala sifat-sifat raja. Beliau seorang yang cerdik, adil, pemurah, suka belajar dan mempunyai skil berperang. Razia Sultan akhirnya berkahwin dengan Malik Ikhtiar-ud-din Altunia, kekasih yang amat dicintainya. Razia dan Malik Ikhtiar-ud-din Altunia sudah lama kenal semenjak mereka kecil lagi. Dimaqamkan di Kaithal City, Haryana

 

Biodata Razia Sultan

Nama : Nama lengkapnya adalah Raziyya al-Din atau Jalâlat ud-Dîn Raziyâ (dalam tulisan Perso-Arabic ditulis sebagai: جلاله الد دین رضیه), sedangkan dalam tulisan hindi ditulis sebagai: जलालत उद-दीन रज़िया),
Tarikh Lahir : 13 Oktober 1205
Meninggal Dunia : 14 Oktober 1240 ketika berumur 35 tahun
Pemerintahan : Kesultanan Delhi
Maqam : Bulbul-i-Khan berdekatan Turkmen Gate, Delhi
Nama Suami : Malik@Mirza Altunia
Anak (angkat) : Zubrudin Mirza Rashil
Dynasti : Mamluk
Nama Ayah : Shamsuddin Iltutmish
Nama Ibu : Qutub Begum@Permaisuri Aliya
Agama : Islam


Razia juga mendirikan sekolah-sekolah, akademi, pusat penelitian, dan perpustakaan umum yang mencakup karya-karya klasik kuno juga pelajaran-pelajaran Al-Quran dan hadits.

Ahad, 9 Oktober 2016

BUAT SELALU

Assalamualaikum dan bismillah

Mari kita berselawat kepada Nabi junjungan mulia Muhammad s.a.w. kerana baginda kira hari ini berdiri atas nikmat Iman dan Islam. Apa khabar? Moga perkhabaranmu teman temanku baik bail sahaja hendakNya.

 

Apa aktiviti hari ahad anda? Maaf ea hari menulis gaya banyak persoalan. Selalu menulis gaya syok sendiri hari ni nak komunikasi dua hala walaupun anda membaca jika membaca jawablah ea setiap persoalan itu. Semalam hari sukan, selamat hari sukan semua, adakah anda biasa bersukan dan menjadikan sukan (riadah) sebagai rutin. Salah jika saya tulis sukan dan mengurungkan ( ) riadah kerana ianya dua perkara berbeza.

Aktiviti Ahad saya?

Hari Ahad biasanya blogger cuti dari bekerja, moga ada masa buat isteri dan anak anak. Hari Ahad lah kekadang dibuli dengan kena memasak, kemas rumah. Haha, biasalah tu penatnya luar biasa hari ahad namun alhamdulillah berjaya lalui hari ahad. Selamat berhari ahad semua.

Jumaat, 7 Oktober 2016

OKTOBER






Masih, Assalamualaikum dan Bismillah..

Barakallah dan tahniah buat yang mendirikan masjid,rumah tangga ramai betul sewaktu cuti maal hijrah (tahun baru hijrah) minggu lalu. Salam maal hijrah,blogger lahirkan buat beragama Islam khususnya dan semua Amnya.



Bangun!! Bangun!! Oktober mari dah, bulan lalu disuruh berlalu segera kerana memikirkan hal hal yang boleh merungsingkan, sungguh!! Lekas beredar,tangkas dan segera!! Muqqadimah ini akan saya tamatkan di sini. Semoga ketemu lagi.

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha
Letakkan Al-Quran sebagai Panduan Hidupmu dan As-Sunnah sebagai gaya hidupmu

Antum/Antuna semua (ukhwah fillah)

Artikel - Artikel Popular