Jumaat, 11 Disember 2015

JAJAHAN TAKLUK

Bismillahir rahmanir rahim..


Saya tak mahu muqqadimah panjang, post kali ini kita terus ke tajuk dihijaukan di atas yakni JAJAHAN TAKLUK. Saya menulis ni hari jumaat [4:17 pm]. Lepas solat Jumaat dan waktu nak hampir masuk Asar. Sudah saya jamak tadi masa solat Jumaat kerana saya musafir semalam dari kuantan ke Kluang, Johor. Jika merujuk hukum fiqh bab solat Jumaat, barangsiapa yang musafir sebelum Jumaat subuh [lelaki] tidak wajib atasnya solat Jumaat, namun pengalaman Jumaat di negeri Johor menjadi kenangan paling indah walaupun sudah 3 tahun lebih beriisterikan anak kelahiran johor dan menjengah ke kampung halamannya hampir setiap 2 bulan sekali.


Maaf, tak mahu sisipkan gambar masjid, mahupun khatib sedang berkhutbah kerana percaya cakap saya. Tidak akan tidur atau mengantuk punya jika solat di masjid masjid daerah johor. Saya memuji penyampaian khatib khatib di daerah ini setakat saya solat jumaat di Yong Peng dan Kluang serta pernah satu masa dahulu di daerah Skudai, penyampaian khutbah yang jelas dan doa di akhirnya dalam bahasa melayu serta jelas menjadikan saya mengaminkan dan bertuahlah menjadi sebahagian daripada negeri JAJAHAN TAKLUK Sultan Johor [SULTAN IBRAHIM] yang kalau kita baca hari ini pelbagai jasa beliau kepada rakyat Johor. Wa'Allahualam..

 

Jumaat, 4 Disember 2015

KECILNYA

 

Bismillahir Rahmanir Rahim.. Saya sengaja letakkan gambar comel di atas sebagai muqadimah. Tengah rajin dan idea ada ni barulah nak mengerakkan jari jemari ini, senaman jarilah katakan sibuk tu biasalah namun sibuk nak menaip pun ada juga. Kecilnya dunia ini, biasa kita bertemu dengan orang yang lama tidak jumpa atau tidak pernah jumpa atau terserempak pun sebelum ni tapi macam tidak percaya hari ini terjumpa dan tergaman.


Namun kecilnya hari ini saya nak bicarakan atau menaip di sini, dunia berputas terutamanya anda yang mempunyai ramai adik beradik atau sudah mempunyai anak. Anda merasakan adik atau anak itu seakan akan anda pada waktu kecil, namun ianya berulang dan mungkin jika fikirkan kita boleh ubah keadaan agar apa yang sudah kita lalui dahulu pastinya akan berulang namun ulangannya lebih baik dan terurus..


Wa'Allahuta'Alam..

Rabu, 2 Disember 2015

IZIN IKHLAS

 

Bismillahir Rahmanir Rahim.. Jangan ingat tajuk sangat sebab tajuk hanya penarik bukannya apa yang hendak di sampaikan. Kebiasaannya gambar membantu menyakinkan penyampaian agak apa yang ingin disampaikan itu dapat menusuk qalbu dan fikiran pembaca. Izin dan ikhlas bukannya bersaudara. Jika izin belum tentu ikhlas dan jika ikhlas sudah semestinya izin namun pada hari ini jika ikhlas belum tentu izin ibaratkan paksa memaksa dipaksa dan terpaksa.

Jika redha kita pada dulunya membawa kebahagian namun redhanya kita pada hari ini membawa kita kepada banyak maksud dan perkara. Sebenarnya penulis juga susah nak gambarkan situasi walaupun sudah berada di benak pemikiran ini namun berilah andainya sedikit masa untuk menafsirkannya.

 

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha
Letakkan Al-Quran sebagai Panduan Hidupmu dan As-Sunnah sebagai gaya hidupmu

Antum/Antuna semua (ukhwah fillah)

Artikel - Artikel Popular