Isnin, 24 Jun 2013

Golongan Yang Akan Disekat Dari Telaga Kauthar

  Daripada Asma' binti Abu Bakar As-Siddiq Radhiallahu anhuma berkata : ''Rasulullah SAW bersabda : ''Ketika aku sedang berdiri di tepi telagaku (telaga Al-Kauthar, iaitu pada hari kiamat nanti) sambil menunggu orang-orang yang datang meminum daripadanya, maka tiba-tiba ada orang-orang yang disekat daripada sampai ke sisiku (ke tepi telagaku). Lalu aku berkata: ''Bukankah mereka itu juga dahulunya daripada umatku?''. Maka dikatakan orang kepadaku: ''Ya benar, tetapi engkau tidak mengetahui bahawa mereka setelah itu kembali ke belakang (berpaling tadah atau meninggalkan ajaranmu).'' Berkata Ibnu Abi Mulaikah (salah seorang di antara perawi hadith) : ''Ya Allah! Kami berlindung denganMu daripada kembali kepada kekufuran atau kami diuji dengan ujian yang berat.'' (Hadith Riwayat Bukhari)


Telaga Al-Kauthar adalah telaga yang besar yang akan dianugerahkan Allah SWT kepada Rasulullah SAW pada hari kiamat nanti. Telaga ini beribu-ribu batu luasnya dan gelasnya adalah lebih banyak daripada bilangan bintang yang ada dilangit. Sesiapa yang sudah meminum daripadanya walaupun hanya seteguk sahaja, ia tidak akan merasakan kehausan untuk selama-lamanya. Semua umat nabi Muhammad SAW akan berpeluang meminum air telaga yang mulia ini.

Namun nantinya pada hari kiamat kelak akan ada orang-orang yang disekat oleh para malaikat daripada mendekati telaga ini walaupun mereka menganggap bahawa diri mereka layak untuk meminum daripada air telaga tersebut dan Rasulullah SAW sendiri sebelum mengetahui hakikat perbuatan mereka yang sebenarnya merasakan bahawa mereka layak untuk meminum daripada telaga tersebut. Maka apabila para Malaikat menyekat mereka, Nabi SAW berkata ''Bukankah mereka juga dari umatku''. Lalu malaikat menjawab : ''Ya betul, mereka pada mulanya adalah termasuk daripada golongan umatmu, tetapi mereka telah meninggalkan ajaranmu''. Maka ketika itu baru Nabi SAW memahami keadaan sebenar dan beliau pun menyetujui tendakan malaikat tadi sambil berkata (yang disebutkan dalam riwayat lain) : ''Suhqan, suhqan''. Ertinya : ''Mereka layak untuk diusir dari telagaku, mereka laya untuk diusir dari telagaku''.

Betapa sialnya golongan ini. Rasanya teramat malu sekali di hadapan khalayak ramai di tengah-tengah padang Mahsyar yang merupakan tempat perhimpunan seluruh manusia daripada zaman Nabi Adam A.S sampai ke generasi dunia yang terakhir sekali. Ya, apa boleh buat kalau itu adalah hasil dari perbuatan mereka sendiri. Mereka mengaku sebagai orang Islam, tetapi amal perbuatan mereka bercanggah dengan ajaran Islam itu sendiri. Mereka mengaku sebagai umat Nabi Muhammad SAW tetapi mereka tidak mahu mengikuti ajaran yang ditinggalkan oleh Rasulullah SAW. Mereka mengaku orang Islam tetapi mereka tidak mahu sembahyang, tidak mahu membayar zakat, tidak mahu berpuasa, tidak mahu menutup aurat dan begitulah seterusnya.

Hendaklah kita memohon kepada Allah SWT semoga Ia menguatkan iman kita dan memberikan kepada kita cucuran taufiq dan hidayah sehingga kita dapat mengamalkan segala tuntutan agama yang suci ini sampai ke akhir hayat dan mati dalam keadaan beriman. Amin.

Sabtu, 22 Jun 2013

Berubah bukan kerana Jodoh



Langkah Untuk Berubah: Jaga Hati, Bukan Kerana Jodoh

Beberapa hari lepas, usai solat berjemaah di masjid universiti, saya duduk merehatkan badan sebelum pergi menelaah di perpustakaan. Sambil rehat-rehat, ada kawan menegur.
Kemudian datang kelompok kawan-kawan yang lain. Wah ramai juga yang tak balik rumah walaupun sedang cuti study week.
Lalu berbicaralah kami dengan bermodalkan beberapa isu yang kian hangat; dari hal remeh seperti lampu jalan di sekitar universiti yang sudah lama rosak hinggalah kepada isu negara seperti kekecohan pra-kempen sebelum pilihan raya.

Sempat juga diselitkan hal-hal wanita, memandangkan kebanyakannya sudah tahun akhir maka hal jodoh – jodoh mungkin lebih dekat.

Seorang rakan (yang baru saya kenali di situ) melampiaskan kekecewaannya.
Katanya kerana pengaruh ‘ayat-ayat cinta islamik’ yang kian bertebaran di Facebook menyukarkan dia untuk mencari jodoh yang memahami.

Mana tidaknya, dia mengutarakan isu wanita kini (wanita yang baik-baik) yang meletakkan ‘penanda aras’ bahawa “lelaki yang berbaju melayu, pakai kain pelikat dan berkopiah pergi masjid adalah lelaki yg sweet dan sesuai dijadikan jodoh”.

Kata beliau lagi, “lalu kita ini, yang pergi masjid pakai seluar jeans, pakai t-shirt ni macam mana? Tak sweetkah?
Apakah kalau pergi masjid itu syaratnya perlu pakai baju melayu dan kain pelikat? Kalau selain dari itu, tidak layak digelar pemuda masjid?”

Seorang lagi rakannya mencelah, sambil mengiakan hal berkenaan.
Kata beliau, dua hari lepas dia terserempak dengan beberapa wanita yang memberikan pandangan bebeza. Ketika itu dia dan rakannya yang sedang berbaju melayu, berkain pelikat dan berkopiah sedang menghidupkan enjin motor di parkir.

kata beliau, wanita yang lalu lalang di situ tersenyum pada rakannya, tapi tidak pada beliau.
Beliau menambah wanita-wanita itu memandang beliau dengan pandangan ‘eleh mamat ni maghrib entah nak pi mana entah, orang pi la masjid’.

Dia dijeling hanya kerana dia tidak memakai baju melayu kain pelikat sedangkan tujuannya dan rakan disebelahnya sama; ke masjid!

Kami menggeleng.

Parah juga kalau terlalu taksub nak berlakikan orang masjid. Habis yang pakai t-shirt biasa dan seluar biasa, yang niat mereka nak ke masjid tu bagaimana? Tak cukup baguskah?

Jaga Hati, Bukan Kerana Jodoh

Kami terdiam sejenak. Seketika kami dihampiri seorang lagi rakan yang merupakan ahli tabligh. Beliau bertanya dalam nada lucu apa yang kami fikirkan hingga muka berkerut-kerut.

Rakan yang mengutarakan isu tadi menceritakan panjang lebar. Kemudian rakan tabligh tadi tersenyum.
Kata beliau “kalau enta fikir macam tu, enta kena hati – hati. Takut nanti niat enta nak ke masjid untuk beribadah ni, bertukar jadi benda lain pula. Ana ada baca buku, kitab agaknya tajuknya Risalah Sufi apa tu…al qusyair…al qusyri…”

“Risalah Sufi Al-Qusyairi.” saya membantunya.

“Haa…buku tu…bagus enta baca. Dalam buku tu ada menyebut yang cinta ini semua ada tujuan. Dan bila tujuan tu tercapai, atau tujuan tu dilupakan, maka tiada sebab untuk dia mencintai lagi.

Macam enta, contohnya, kalau enta pergi masjid sebab nak mengurat anak dara orang, nanti kalau enta dah dapat dia, enta masih pergi masjid lagi tak?

Atau kalau enta tahu anak dara orang tu dah ada yang punya, enta mesti rasa macam alah takda gunanya aku pi masjid dia dah ada orang lain. Kan?”

Kami semua mengangguk. “Al-Junaid punya kata-kata”, saya menegaskan. Rakan tabligh itu segera bersetuju.
Jadi katanya, “biarlah kita ke masjid ni, kita dan Tuhan saja yang tahu niat kita dan keikhlasan kita. Bukan apa, merungut begini, bimbang syaitan itu berbisik yang bukan-bukan.

Syaitan tu di mana-mana pun ada. Dalam masjid pun dia boleh bisik kat kita, walau kita tengah sembahyang. Inikan pulak tengah duduk-duduk begini.”

Azan isyak berkumandang. Kami bangkit dan bersalam, tersenyum seperti ada semangat baru meresap. Melangkah beramai-ramai ke dalam saf, untuk minta supaya ditetapkan hati dan iman hanya untuk DIA, bukan makhluk-Nya.

Ketika itu juga rakan tabligh kami mengangkat tangan dan berdoa “ya Allah, tahun baru akan datang, teguhkanlah hati kami agar sentiasa istiqamah di atas jalan-Mu, ibadah kami, amal kami, hidup mati kami, hanya untuk-Mu.”
Ramai-ramai kami mengaminkan doa itu.
Ikhlaskan hati. Kuatkan hati. Allah Allah Allah. Hati ini milik-Mu, jagakan ia sebaiknya kerana jika aku yang menjaganya, kerap aku campakkan ia di tempat yang tak sepatutnya.

# Tulisan ini adalah hak milik saudara Syukri Mohd Ali. Semoga tulisan ini memberi makna dan membuatkan kita terfikir sejenak. May Allah bless

Ahad, 16 Jun 2013

Kubersama Kurniaan Allah Setahun


Bismillahir rahmanir rahim..

Alhamdulillah. Semuanya kali pertama. Kekok lagi. Beranta dan beranti lagi. Nak sebut Abang dan Sayang alaaah, malunya. Bagaimanakah? Beranta anti lekat setelah 3 bulan berumah tangga. Tak kenal maka tak cinta. Dah nikah maka bercinta. Indahnya cinta lepas nikah. Suap cinta banyak banyak. Tidak menafikan Cinta Allah dan Rasul mencintai dia. Tidak mengabaikan Cinta Ibu bapa apabila mencintai dia. Cintailah si dia bergelar Suami dan  si bunga bergelar Isteri anda tanpa ada syarat setelah ijab qabul.

Doakan teman teman dua hati ini tetap dua yang mencintai suatu sama lain kerana Allah. Semoga Mujahid kami juga Mujahid Soleh. :))


Selasa, 4 Jun 2013

Buka rejeki..

(Kesebelasan Utama)

Assalamualaikum. Bismillahir rahmanir rahim..

Blogger tetiba minat bola. Last perlawanan Pahang vs Johor DT. Pahang menang 2-1 namum kalah agregat 2-2. Semua pun tahu dan yg pasti JDT akan menentang TRW 29 Jun ini di Std Bukit Jalil. 

Bukan rejeki itu sahaja mampu penyokong Pahang terima. Namu pasukan bintang cukup diaibkan apabila dalam saingan awal piala super mula mula perlawanan JDT kalah tangan pahang 3-2. Dah kalah lagi 2-1 membuatkan orang beranggapan pasukan bintang hanya bintang biasa biasa sahaja apa pun kita nantikan 29 jun ini. 

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha
Letakkan Al-Quran sebagai Panduan Hidupmu dan As-Sunnah sebagai gaya hidupmu

Antum/Antuna semua (ukhwah fillah)

Artikel - Artikel Popular