Selasa, 24 Februari 2015

WASIAT



Sedang Muaz bin Jabal r.a duduk maka datang Rasulullah s.a.w. memegang lengan Muaz lalu mengatakan Baginda amat mengasihi, mencintai dan menyanyangi Muaz dan mewasiatkan satu doa.

Sabtu, 14 Februari 2015

GENERASI



INNALILLAHI WAINAILAI HIRAJIUN..
 
AL FATIHAH buat Allahyarham Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat (1931-2015) atas pemergian beliau dijemput Pengcipta yakni ALLAH S.W.T pada 12.2.15. InsyaAllah kita pula menyusul satu persatu.

Habib Ali Zaenal Abidin berkata :

 " Tugas kita adalah untuk menunjukkan Islam itu agama yang indah, melalui perbuatan dan perkataan kita. "

Kita semua pendakwah, bila namanya Islam dan mengucap dua kalimah Syahadah maka pendakwah setepek pada diri kita. Pendakwah ada lawannya yakni pendakyah. Dakwah ajak perkara kebaikan dan dakyah ajak perkara keburukan. Kita tolong orang buta lintas jalan dan orang lain melihatnya dan yang melihat pula tolong orang buta lintas jalan maka itu disebut satu dakwah. Satu perkara baik yang bila orang tengok kita buat, orang itu akan ikut, lagi yang melihat akan lihat dan ikut dan akan ikut lagi. Kita buang sampah melalui kenderaan atau buang sampah di tempat awam dan
orang lain melihatnya dan yang melihat pula tolong orang itu pula akan buang sampah macam kita  maka itu disebut satu dakyah. Satu perkara baik yang bila orang tengok kita buat, orang itu akan ikut, lagi yang melihat akan lihat dan ikut dan akan ikut lagi.

Simplekan saya jelaskan dakwah dan dakyah ini? Hanya berbeza perkataan W dan Y maka berbezalah dosa pahala yang akan diperteruskan oleh generasi mata yang melihat. Seperti Habib Ali Zaenal Abidin berkata, apabila kita tunjukkan sesuatu yang baik atau jahat orang akan melihat dan ikut serta pratik maka amat penting kita menunjukkan teladan yang baik. Betul, remeh benda ini sekecil kecil perkara maka benda yang remeh inilah akan mejadi sebesar besar perkara dan sekecil atau sebesar mana pun akan disoal kelak. Wa'AllahuAlam..



Ahad, 8 Februari 2015

CEPAT



ASSALAMUALAIKUM (TAK JAWAB DOSA)

WAALAIKUMUSALAM.. HEHE GURAU SAHAJA.

Janganlah monyak (masam muka) pagi pagi ini, cuba senyum. Kebetulan senyuman kita boleh buat orang yang sedang masam muka turut mengikuti jejak kita turut tersenyum. itu dimaksudkan senyum itu satu sedekah. Sedekah pada hati yang gundah gelama, hati yang kerisauan, hati yang berdebar dan sebagainya.
 
"CEPAT". Kata melayu lain deras, laju, atau bahasa Ingeris "EXPRESS". Dalam menelusuri hidup yang makin laju ini tak salah jika melihat sudut berbeza dari manusia biasa melihat namun jika perasan maka alhamdulillah kita masih berpijak di bumi yang bulat.
 
 

Jangan ketawa sangat. Batang hidung kita hari ni terselah. Esok orang pula. Bab nikah kahwin ramai sebenarnya sensitif. Bukan drama, sinetron dan buka telenovela tapi lumrahnya yang sibuk cinta cintun, tunangan hebah hebah inilah lambat dalam menyempurnakan ijab wa qabul serta walimatuurus sampai "EXPRESS" di pintas oleh kekawan atau rakan kenalan rapat atau jauh dulu menyempurnakannya. Mulalah katanya dalam diam, sebenarnya pepatah melayu sudah lama menyebut, diam ubi lebih berisi, lebih umpp, kukuh dan mantap.



MATI. TAK BISA KAU HINDARI . TAK MUNGKIN BISA ENGKAU LARI. AJALMU PASTI MENGHAMPIRI. MATI TINGGAL MENUNGGU SAAT NANTI. KEMANA KITA BISA LARI. KITA PASTI MENGALAMI MATI.

Situasi biasa dan nak kata takut kena bersedia, nak kata seram kena bersedia ramai yang kita ziarah dalam keadaan sakit kronik, teruk dan tiada peluang sembuh dalam masa sama yang perkhabaran kita dengar si polan ini meninggal dahulu daripada yang mengalami sakit. Itulah kehidupan. Selamat menjalani kehidupan.
 




Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha
Letakkan Al-Quran sebagai Panduan Hidupmu dan As-Sunnah sebagai gaya hidupmu

Antum/Antuna semua (ukhwah fillah)

Artikel - Artikel Popular