Khamis, 31 Mac 2011

Terjun Diterjunkan . .

 

Alhamdulillah.. Syukur ke hadrat Ilahi.. Dengan bantuan Allah S.W.T., berkat usaha beberapa nama secara langsung atau sencara tidak langsung terutama mama dan ayah. Ustaz dan ustazah yang banyak membantu. Bukan bermana tak boleh berterima kasih secara langsung cuma kalau ada yang terkait dalam proses menyiapkan tesis ini.. 

Maaflah.. Agak sibuk sekarang dengan urusan dunia untuk meraih pahala di akhirat. Tidak selalu boleh menulis.. Insya-Allah di bulan akan datang Ana cuba tulis siap siap dari awal.. Insya-Allah.. Doakan Ana dan berbalik pada kalian doanya..

P/S : -  :-)  ;-)  :-*

Selasa, 22 Mac 2011

Malu Kepada Allah

 

Rabiah Al-Adawiyah menegur Sufia al-Tsauri

Rabiah berkata : "Andai diri kamu tiada keinginan pada dunia, nescaya kamu tergolong dalam golongan mereka yang suci

Sufia al-Tsauri berfikir sejenak. Dirinya berbalah sesama sendiri, hingga beberapa ketika barulah dia bertanya pada dirinya sendiri, "Apakah diri ini mempunyai keinginan duniawi sepertimana yang dibicarakan oleh Rabiah?"

Tanpa disedari, air mata insaf mengalir laju membasahi kepingan pipi dan janggut Sufian al-Tsauri. Dalam ratapan seorang insan yang takutkan dirinya tidak mendapat kasih Allah kerana ada sedikit keinginan dia berkata, "Ya Allah, aku mohon keredaanMu."

Tiba-tiba sekali lagi Sufian al-Tsauri ditegur oleh Rabiah

"Tidakkah kamu berasa malu kerana memohon keredhaan Allah sedangkan kamu belum melaksanakan amalan yang diredhaiNya?"

"Maksud kamu?

"Bagaimana mungkin kita sebagai hamba mengucap reda Allah selagi mana kita masih mengeluh dan tidak reda dengan ujian daripada Allah. Apa yang terjadi itu kehendak Allah, apakah patut kita sebagai hambanya berkeluh-kesah atas ketentuan qadak dan qadar Allah."

Kemudian fahamlah Sufian al-Tsauri yang manusia hanya mendapat reda Allah apabila mereka mampui untuk redha pada semua yang berlaku atas dirinya. Sama ada perkara itu baik mahupun tidak, mereka wajib yakin yang itulah yang terbaik buat diri mereka.



Ahad, 20 Mac 2011

Dialog Perkhawinan Rabiah Al-Adawiyah

 

(Gambar dari Internat - Maaf Muka di Tutup Bukan Mengambarkan Rabiah Al-Adawiyah yang sedang berpurdah - Hanya gambar hiasan
 
 
Pernah juga berlaku kepada Rabiah, seorang datang bagi berdialog dengannya. Selepas dapat bertemu dengan Rabiah, pemuda itu lantas bertanya, "Wahai Rabiatul Adawiyah, apakah sebabnya kamu menghindari pernikahan?
 
Pemuda itu mungkin mahu menguji Rabiah, ataupun mungkin juga ada niat tersirat di hatinya. Rabiah menjawab dengan penuh berhikmah kerana dia sedar sekiranya dijawab dengan jawapan yang lemah, pasti dirinya menjadi bualan.
 
"Saya akan berkahwin juga.
"Benarkah?"
 
"Benar, sekiranya mereka yang mahu mengahwini saya itu mampu mecari jalan bagi mengeluarkan, menyelamatkan dan mengubati saya daripada tiga kerisauan dan dukacita sedang saya hadapi.
 
Pemuda itu kelihatan teruja kerana sangkanya umpan sudah mengena. 
 
"Sekiranya begitu, khabarkan."
Rabiah diam seketika sambil matanya terpejam, dengan perlahan-lahan dia mengangkat mukanya seraya membuka mata dan berkata, "Pertama, saat malaikat maut mencabut nyawa yang tunggal ini, apakah dirinya dapat menjamin saya mengadap Allah dengan keimanan yang sempurna?
 
Pemuda itu terkedu dan mulutnya terkunci rapat. Melihat pemuda itu tidak bersuara, Rabiah meneruskan perbiacaraanya. "Kedua, sejurus berada di padang masyhar, dapatkah dirinya memastikan saya menerima buku amalan sepanjdang kehidupan dengan tangan kanan?" 
 
Sekali lagi tiada jawapan daripada pemuda itu, Hanya bunyi tiupan angin di padang pasir sahaja yang menerobos ke gegendang telinga mereka. Kemudian Rabiah menyambung kata-katanya. 
"Yang ketiganya adalah, selepas hisab di padang masyhar, golongan yang soleh akan dimasukkan ke dalam syurga manakala golongan yang kufur dihumban ke dalam neraka. Apakah dia dapat menjamin yang saya berada di syurga?"
 
Pemuda itu menjawab lemah, "Ternyata hanya kamu dan Allah yang mengerti apa yang kamu lakukan."
 
P/S : Tidak membelakangi Sunnah namun Allah dan Wali-Nya (Rabiah Al-Adawiyah) lebih mengerti tindakannya.

Sabtu, 19 Mac 2011

Dialog Kesufian Rabiah Al-Adawiyah

 
(Gambar dari Internat - Maaf Muka di Tutup Bukan Mengambarkan Rabiah Al-Adawiyah yang sedang berpurdah - Hanya gambar hiasan)

Rumah Rabiah Al-Adawiyah sering menjadi kunjungan guru yang Rabiah sendiri pernah mempergurukan mereka. Mereka antaranya Hassan Al-Basri, Sufian al-Tsauri, Malik bin Dinar, Abdul Wahid bin Zaid dan banyak lagi. Di kediaman Rabiah yang serba kekurang sering terjadi dialog di antara Rabiah sendiri dan beberapa orang termasul ulama dan umara' pada zaman itu.

Dialog pada kali ini dimulakan dengan persoalan yang dilontarkan oleh Rabiah kepada kelompok orang soleh Basrah itu. Dia bertanya kepada mereka sambil matanya menyoroti setiap hadirin dengan pandangan mata yang tajam. Tanda dia tidak main-main dalam urusan itu.

"Wahai Hamba Allah, mengapakah kau menyembah Allah?"

Lelaki soleh itu menjawab tanpa ragu "Tentunya kerana saya takutkan azab neraka Allah yang maha pedih."

Soalan yang sama lantas ditanya kepada lelaki sebelah tadi. 

Dia menjawab, "Tentunya kerana saya mahu ke syurga Allah yang penuh dengan nikmat abadi itu."

Selepas mendengar jawapan daripada kedua-dua lelaki soleh itu. Rabiah diam membisu seketika. Selepas menghela nafas panjang dengan perlahan-lahan dia mengangkat kepalanya dan merenung tajam mereka yang berada di hadapanya.

Kemudian dia berkata, "Alangkah hinanya seorang hamba itu jika beribadah kepada Allah hanya kerana mahukan syurga dan dijauhkan daripada api nereka." 

Sekelian yang hadir terkedu dengan kenyataan itu. Mereka tidak menyangka jawapan mereka itu dinilai salah malah dipertikaikan sebegitu rupa.

"Sekirannya syurga dan nereka itu ditakdirkan tiada maka masihkah kalian menyembah Allah?

Hening. Tiada yang berani bersuara. Masing-masing hanya berpandangan sesama sendiri. Hanya selepas beberapa ketika, salah seorang daripada mereka bersuara, " Wahai Rabiah, jika begitu apakah pula sebabnya kamu menyembah Allah?

" Saya menyembah Allah hanya kerana mengharap keredaannya. Nikmat dan pemberiannya sudah cukup untuk saya mengerakkan diri saya bagi terus beribadah kepada-Nya.

Begitulah Rabiah, penuh dengan ketegasan dan hikmah. Mereka yang bersamanya sentiasa mendapat manfaat daripada kalimah-kalimah yang dituturkannya. Mereka yang hadir di dalam majlis itu pun sentiasa bercerita berkenaan kisah itu kepada sesiapa sahaja segingga kisah itu menjadi sangat masyhur dan ditulis dalam riwayat yang muktabar.  

Jumaat, 18 Mac 2011

Maafkan Kami Ya Rasulullah


Misal kata Rasulullah dengan izin Allah tiba-tiba muncul mengetuk pintu rumah kita. Ketika itu baginda datang dengan tersenyum dan muka berseri-seri di hadapan pintu rumah kita. Apa yang kita lakukan? Mesti kita menjadi sangat terkejut. Kita juga akan memeluk erat-erat lantas mempersilakan baginda masuk ke ruang tamu. Kemudian kita pasti akan meminta Rasulullah sudi menginap beberapa hari di rumah kita. Barangkali kita meminta Rasulullah menunggu sebentar di ruang tamu.Tapi kemungkinan pasti kita meminta Rasulullah menunggu di depan pintu sebentar kerana teringat VCD 18+ atau lukisan separuh bogel yang melekat diruang tamu kita sehinggakan kita terpaksa memindahkannya semuanya ke belakang dan tergesa-gesa kemudian mengantikkannya dengan khat nama Allah dan Muhammad yang tersimpan dalam almari dan kita melekat di ruang tamu.

Apa agaknya Rasulullah katakan jika baginda tahu semua itu? Bagaimana pula jika baginda bersedia untuk menginap di rumah kita? Barangkali kita menjadi malu kerana tidak mengetahui sedikit pun sejarah Rasulullah s.a.w., keluarga baginda dan para sahabat. Kita juga terpaksa menjadikan ruang tamu sebagai ruang solat, malah segera mencari kopiah, serban serta jubah juga Al-Quran manakala bagi anak dan isteri kita terus kita belikan  pakaian menutup aurat demi menutup malu kerana selama ini tidak pernah kita menyuruh anak dan bini kita menutup aurat.
Apa agaknya rasa Nabi dengan perlakuan kita dan lakonan kita tersebut? Belum lagi kaset, kaset lagu barat dan cd karoeke serta set karoeke? Ke mana hendak kita singkirkan semua itu  demi menghormati junjungan Nabi kita? Sudah tentu kita menjadi malu kerana kita tidak pernah ke masjid meskipun azan maghrib kerana kebiasaannya pada waktu itu kita masih bersama keluarga kita di hadapan TV. 

Justeru, bayangkan apabila Rasulullah tiba-tiba muncul di depan rumah kita. Apa yang kita lakukan ? Masihkah kita memeluk junjungan Nabi kita itu dan mempersilakan baginda masuk dan menginap di rumah kita? Atau akhirnya dengan berat hati kita menolak kunjungan baginda kerana hal itu akan sangat membuatkan kita segan dan malu. Maafkan kami Ya Rasulullah. Oh betapa memalukan kehidupan kita saat di mata Rasulullah. Itu belum lagi cara kita mencari duit, membina keluarga, cara kita berpolitik, berniaga dan segala perlakuan kita yang bertentangan dengan sunnah Nabi Muhammad s.a.w.?

Layakkah kita menyatakan rindu buat beliau? Layakkah kita bergelar umat Muhammad? dan layakkah kita mendapat syafaatnya kelak? Maafkan kami Ya Rasulullah.

Khamis, 17 Mac 2011

Macam Macam

 

RAJIN BEKERJA RAJIN BERCAKAP - - -> BAGUS

RAJIN BEKERJA MALAS BERCAKAP - - - > KENA BULI

MALAS BEKERJA RAJIN BERCAKAP - - - > WAYANG CINA 

MALAS BEKERJA MALAS BERCAKAP - - - > TAK GUNA

MALAS BEKERJA SUKA MENGADU - - - > LALAT HIJAU

MALAS BEKERJA SELALU PONTENG - - - > LEBIH BAIK BERHENTI

MALAS BEKERJA SUKA TERMENUNG - - - > LEBIH BAIK MATI

RAJIN BEKERJA RAJIN MENGADU - - - > KAKI BODEK

TAK PANDAI KERJA KUAT MENGADU - - - > BERUK

RAJIN BEKERJA RAJIN TERMENUNG - - - > PENYAKIT ANGGAU

DI MANAKAH ANDA    ? ? ?

Rabu, 16 Mac 2011

Masih Rindu . .

Jam biologiku masih belum dapat disetkan dengan keadaan yang kini. Masaku masih lagi masa di sana. Hatiku masih lagi rindu dan masih berada di sana. Di antara kalian aku terpilih menjadi salah satunya. Kekaguman semalam belum lagi hilang pada kornea mataku. Ketekunan itu masih lagi aku rasa di sebalik tulang empat keratku. Tiba tiba ia hilang tanpa aku mahu berpisah dengannya. Bukan sengaja aku mengukir di sini. Namun hati ini masih rindu. Tak mampu mengungkapnya pada sesiapa lantas aku mengungkap dengan jemari membuah kata membentuk kata-kata membunyikan ayat yang utuh namun hatiku rapuh tidak dapat aku bayangkan.   

Masih kaku dan aku masih rindu. Rindu, itu je dapat aku ungkap buat ketika ini. Aku ingin bangkitkan rinduku dan mengajak kamu menepah tempat sebagai tetamu-Nya satu masa nanti. Sudah kenal aku jatuh rindu dan cinta, bila dekat aku ingin dakap, bila jauh duduk ku tak sebaris dengan orang duduk dan bila berdiriku tidak pula selurus orang yang berbaris dan berdiri. Hanya bisa aku ungkapkan rindu merupakan linangan air mata rindu dan mengharap satu masa nanti rinduku bakal diubati dan bakal dinyahkan dengan kehadiranku pada-Nya. Aku menuju-Mu.

P/S : Maaf, aku masih rindu..

Isnin, 14 Mac 2011

Tetamu Rasulullah dan Tetamu Allah


Assalamualaikum Semua.. Alhamdulillah, Ana selamat pergi dan selamat pulang seperti banyak doa disedekahkan pada Ana oleh kekawan. Terima kasih yang mendoakan. Alhamdulillah kembali dengan tenang walaupun berubah cuaca, berubah suasana dan berubah keadaan sekeliling. 

Alhamdulillah.. Maaf, tiada sangat entry bulan ni. Ana balik dah habis separuh bulan. Jadi tak dapat ramal apa yang akan terisi di blog ini bulan ini. Ini pun baru balik tak berapa stabil lagi. Tak tahu apa nak buat dulu. Semuanya masih baru. Hati ini masih rindu. Persekitaran masih hiba, Ana sendiri masih rasa 1001 rasa.. Betullah jika sendiri tidak alami maka Ana sendiri tak dapat nak bercerita macam mana keadaan disana. Ana begitu takjub kerana selama ini menyakini kiblat kita berpandukan Makkah Al-Mukkaramah hanya sekadar kiblat tapi di hari hari sebelum hari ini benar benar Ana solat mengadap kiblat  yang nampak dan yang gah berdiri semestinya juga kiblat para Nabi dan para sahabat terdahulu..


Syukur sangat pernah menjadi tetamu Rasulullah dan tetamu Allah. Ana diterima dengan senang hati tanpa banyak diduga namun pengalaman di sana membuatkan insya-Allah suatu masa nanti akan sampai lagi Ana ke sana dengan harapan masih lagi menjadi tetamu Rasulullah dan tetamu Allah.


P/S :  Insya-Allah, lembaran ilmu akan bermula kembali..

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha
Letakkan Al-Quran sebagai Panduan Hidupmu dan As-Sunnah sebagai gaya hidupmu

Antum/Antuna semua (ukhwah fillah)

Artikel - Artikel Popular