Ahad, 20 September 2015

MALAM MASIH PANJANG

Bismillahir Rahmanir Rahim..

Innalillahiwainnailaihorajiun dan Al Fatihah buat semua Jemaah Haji 2015 yang terkena/terkesan akibat bencana tumbangnya Kren di Tanah Suci Mekkah tempoh hari. Selamat malam semua, masa saya menulis ini, saya baru selesai meneguk beberapa teguk kopi dan sekarang 12.14 pagi. Tadi kata malam ni  pagi pulak, penulis ni pening ke macam mana? Eh, p saya sudah berfungsi dengan baik sekali. Suka amat suka. Baik, selepas 12.01 kita sebut pagi. Tapi sesetengah kita apabila pukul 10 atau 11 malam hatta 11.40 atau 11.57 juga mereka sebut malam masih muda. Saya fikir juga apa yang di maksudkan malam masih muda walhal bila pula disebut malam sudah tua? Pukul 12.00 tepat ke malam sudah tua? Kalau 12.01 sudah di sebut pagikan. Jika anda juga keliru atau masih memikir persoalan itu maka kita geng dan mari bersama membantu saya selesaikan kebuntuaan itu setelah sekian lama.

 

Apa pula cerita perihal kopi, kopi, nampaknya p saya sudah mula beroperasi dengan jayanya. Mungkin saya sudah lama tidak menekan papan kekunci ini dan p saya merajuk. Banyak pula p saya gunakan dalam ayat ini. Baik P untuk kopi, menenguk kopi tadi kini saya rasa mengantuk. Siapa kata minum kopi tak mengantuk. Saya minum kopi boleh sahaja tidur dengan lena dan mengantuk sekali. Persoalan itu pun masih meninggi di benak pemikiran saya termasuklah persoalan kopi tak bagus walhal kopilah minuman kegemaran Rasulullah s.a.w.(Selawat sikit) selain susu dan madu termasuklah air zam zam. 

WaAllahu'alam..




Khamis, 3 September 2015

B UNTUK

 

B untuk .....

Assalamualaikum, bulan 9 dah. Entery bulan 1-9 ni, semoga segala yg ditulis selama ini tidak tersentuh atau terguris mana mana individu atau kelomPok. Masih tertanya tanya, B untuk nanti di akhir tulisan ni saya beritahu B untuk. Muqqadimah sahaja ni tak berniat nak menulis berjela jela namun suka saya beritahu bahawa B untuk Baik.


Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha
Letakkan Al-Quran sebagai Panduan Hidupmu dan As-Sunnah sebagai gaya hidupmu

Antum/Antuna semua (ukhwah fillah)

Artikel - Artikel Popular