Isnin, 18 Januari 2016

MASIH BULAN SATU

Assalamualaikum

Kepala banyak pening, rasa pusing pusing. Angin bertiup tenang. Duduklah aku melihat keindahaan angin meniup pasir. Pernah seketika mata melihat, gugurnya daun dari dahan. Daun hijau dan perang jatuh selepas. Begitulah jangka hayat manusia. Allah tidak memilih jatuh itu warna apa, asal namanya manusia pasti akan jatuh (mati).

 

Inspirasi sumber air, tak payah air sangat. Angin ke api ke awan ke, saya tak percayalah bahawa orang ada sifat api, air, awan, pelangi. Pelangi??? Hehe. Tidak sengaja. Saya tengok ultraman pun tengok sahaja. Bila keluar firebeam dari tangan saya kagum tapi tengok sekadar tengok sahaja. Percaya jauh sekali tapi syok.



Lihatlah, rasalah, peganglah rahmat Allah. Sememangnya sementara tapi cukup lengkap sampai nak pulangkan pun tak mampu apatah lagi nak genggam lama lama risau tak boleh bayar (syukur) balik. Berpadalah dalam perbuatan dan jagalah sikap. Terima kasih.

 


 

Selasa, 5 Januari 2016

AMARAN MERAN MRAN

ASSALAMUALAIKUM..

AMARAN!! JIKA ANDA SEDANG DUDUK DUDUK MENGADAP MAKANAN ATAU MENGUNYAH MAKANAN SEPERTI BURGER, SOSEJ DAN SEDAP SEDAP MAKA ANDA TIDAK DIGALAKKAN MENERUSKAN PEMBACAAN INI.


MAAF GAMBAR KENA SENSORED PATUTNYA!!!

 

Blogger sebenarnya sakit gigi. Tanpal sudah tapi kalau 2 minggu lagi masih sakit kuat cabutlah alamatnya.. Lama dah sebenarnya tak ke klinik gigi ambik berat pasal gigi kecuali gosok gigi dua kali sehari. Umur meningkat, gigi makin gugur. Kafarah dosa. Jadi nasihat buat anda.

 

Isnin, 4 Januari 2016

MUKA SURAT SATU


BANGUN SEMUA... SELAMAT PAGI CIKGU..

Amboi, lupa sudah cara beri salam. Di lembaran muka surat satu salam 'ASSALAMUALAIKUM' pun sudah lupa barangkali diberi tapi tak mengapa sebab belum terlambat nak beri salam. Tapi agak tidak berapa nak faham seingat saya dahulu memang amalan, SELAMAT PAGI CIKGU, SELAMAT TENGAH HARI CIKGU. Tiada rasanya ASSALAMUALAIKUM CIKGU, Oh mungkin ada masa Ustaz dan Ustazah masuk mengajar mata pelajaran Agama Islam.

Aih telatah setiap awal tahun melihat anak anak kita darjah 1 ada yang senyum lebar, menangis, tarik pagar, panjat pagar nak balik tak mahu sekolah. Epik perkara ini dari dulu masa saya kecil pun macam tu, naik bus sekolah tak mahu pergi sekolah pusing satu bandar dengan pak cik bus hantar orang. Hahaha. Saya jenis baiklah tak nangis, tapi cakap terus terang kalau tak mahu pergi sekolah terus cakap tak mahu tapi seiingat saya pak cik bus tu kata kali ni je sekali pak cik PAYUNG kamu, esok tak mau turun pak cik hantar balik rumah biar kena piat dengan mak kamu. Masa tu mak blogger garang tau, garang garanglah jadi manusia sekarang.

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha
Letakkan Al-Quran sebagai Panduan Hidupmu dan As-Sunnah sebagai gaya hidupmu

Antum/Antuna semua (ukhwah fillah)

Artikel - Artikel Popular