Rabu, 31 Mei 2017

PUASAKAN


aSSalamualaikum dan bismillah..

Alhamdulillah, 5 Ramadhan sudah.Cepat betul masa berlalu. Dulunya kita menanti, sekarang kita sudah menerima dan berada dalamnya. Saya cakap kat pembaca semua jika kita menulis atau mencoret apa apa tentang ramadhan pasti oprang akan berhenti mengatur langkah  dan meluangkan masa membaca.Terima kasih luangkan masa membaca. Eh, belum habis lagi.

Ramadhan terutamanya dinantikan oleh semua bangsa yang beraama Islam, bangsa yang bukan beragama Islam juga turut menghormati bangsa yang beragama Islam yang berpuasa. Namun kerana puasakan. Kita gagal memperjuangkan erti sebenar puasa. Erti sebenar? Betul, ramai puasa penuh tapi solat tidak cukup, ramai puasa penuh tapi aurat tidak tutup dan ramai yang boleh berpuasa penuh tapi puasa dijadikan alasan. Bagaimana anda? 

BIla ramadhan belum muncul, kita mengira, kita menghitung kedatangan ramadhan. Berjanji jika bertemu atau ramadhan terakhir singgah kita akan kagum sehabisnya, menerima, melayan tetamu ini dgn sebaiknya. Tapi setelah beberapa hari beliau berkunjung, beliau ajak bersahur pun malas, beliau ajak berterawih apatah lagi malah beliau pula disalahkan dan beliau pula dijadikan asbab ke atas sesuatu. Kurang proaktif semasa berkerja alasannya puasakan. Mengantuk dan lesu alasannya puasakan. Astafirullah,berubahnya. Bila ramadhan datang, syaitan dan iblis diikat kemas tapi nafsu masih ada. Didiklah nafsu dengan semangat dan amalan ramadhan..

Ahad, 21 Mei 2017

SEBUAH KISAH


Assalamualaikum dan bismillah..

Seorang jejaka yang tidak lulus ujian masuk universiti, dinikahkan oleh orang tuanya dengan seorang gadis pingitan di pekan dan ada pertalian. Untuk memberi nafkah kepada isterinya, dia mencuba menjadi guru sekolah tadika dan mulai mengajar. Oleh sebab tidak mempunyai kelulusan latihan mengajar, belum sampai satu minggu dia sudah diberhentikan.

Setibanya di rumah, si isteri cuba menenangkannya dengan berkata: "Banyak ilmu dalam kepala, ada orang yang boleh menuangkannya, dan ada pula yang tidak. Tidak perlulah bersedih kerana hal ini. Mungkin ada pekerjaan lain yang lebih sesuai sedang menanti."

Kemudian dia mencuba pula pekerjaan lain, namun dipecat juga kerana tidak cekap. Si isteri merenung wajah suaminya seraya berkata: "Kecekapan seseorang itu berbeda, orang lain sudah bekerja beberapa tahun lamanya, abang hanya lepasan sekolah; bagaimana boleh jadi cekap?"
Dia mencuba lagi dengan pelbagai pekerjaan lain, namun tidak ada satu pun yang berhasil; semuanya gagal di tengah jalan.

Namun demikian, setiap kali dia pulang dengan patah semangat, si isteri yang setia terus sahaja memberikan kata-kata perangsang; dan tidak pernah sedikit pun mengeluh.

Bila sudah berumur 30-an dan punya anak kecil 3 orang, dia mulai mendapat berkat sedikit demi sedikit melalui bakatnya berbahasa; dan menjadi seorang pembimbing di Pusat Ehsan.Kemudian dia membuka kedai kecil-kecilan menjual alat-alat bantu bagi orang-orang cacat, serta berhasil pula membesarkan kedai tersebut.Akhirnya dia menjadi pembekal tetap bagi peralatan orang cacat. Dan maju, serta memiliki kekayaan yang bertapak dari kedainya itu.

Suatu hari, dia yang sekarang sudah berjaya, bertanya kepada isterinya: "Kenapakah ketika dulu masa depanku sedang suram, adik tetap begitu percaya padaku?"

Jawab si isteri sangat sederhana: "Sebidang tanah yang tidak sesuai ditanami gandum, boleh dicuba untuk ditanami kacang. Jika kacang pun juga tidak boleh tumbuh dengan baik, dicuba lagi tanami buah-buahan. Jika buah-buahan pun juga tidak boleh tumbuh, maka semaikanlah dengan bibit gandum hitam, pasti akan berbunga, kerana pada sebidang tanah itu pasti ada bibit yang sesuai untuknya; dan boleh menghasilkan tanaman yang bersesuaian pula."

Mendengar penjelasan si isteri, menitislah air dari kelopak matanya kerana rasa terharu.... Keyakinan yang kuat, serta ketabahan dan kasih sayang si isteri, bagaikan sebutir bibit hitam yang harum lagi unggul.

Prestasi dirinya adalah berkat keajaiban bibit unggul yang kukuh hingga tumbuh kembang jadi kenyataan.Di dunia ini tidak ada seorang pun yang menjadi sekadar sampah merempat, akan tetapi seseorang itu hanya tidak berada di tempat yang tepat dan berkat.


Selasa, 9 Mei 2017

HALIM SUDAH QANAAH PULA

 

Assalamualakim dan bismillah. 

Qana’ah adalah sikap rela menerima dan merasa cukup atas hasil yang diusahakannya serta menjauhkan diri dari dari rasa tidak puas dan perasaan kurang. Orang yang memiliki sifat qana’ah memiliki pendirian bahwa apa yang diperoleh atau yang ada didirinya adalah kehendak Allah. Seorang muslim yang memiliki sifat qana’ah akan selalu berlapang dada, berhati tenteram, merasa kaya dan berkecukupan, dan bebas dari keserakahan.

Seperti dihuraikan pada posting lepas HALIM lebih kepada sifat sabar yang perlu ada pada seorang ketua keluarga yakni bapa atau ayah. Sifat Qan'ah juga perlu diresap dalam diri seorang ketua keluarga yakni ayah atau bapa tadi dalam memgemudi dan menghadapi isteri dan anak anak terutamanya. Kalau setiap kali saya mendengar ceramah atau kata kata Ustazah Nurhafizah Musa. Ustazah sering mengajar dan memberi peringatan kepada kita yakni ketua keluarga ni sebagai fungsi penting dalam keberkesanan dan berjayanya sebuah ummah didik dan dibentuk. Saya nak kongsi satu dosa yang Ustazah ajar kepada pendengar secara umumnya :

"Wahai Allah/ Ya Allah, sebagaimana aku ini hambaMU, Anak-anak dan isteri-isteriku juga hambaMu, Pimpinlah hatiku dan hati-hati anak-anak dan isteri-isteriku untuk tetap beriman kepadaMU. Perbaikilah akhlak kami dan perbuatan kami. Ampunilah dosa dosa kami."

Marhaban bikum




Assalamualaikum dan selamat kembali..

Aduii, saya pun terikut dengan ayat selamat kembali, baik baik, Selamat kembali kepada blogger semua yang 2 3 tahun menyepi. Alhamdulillah, wel-welcome kata orang kampung saya. Biasalah dari saya baca ada yang last update baru lepas SPM dan kini dah grade ijazah pertama dah. Ada yang mula tak aktif selepas mendirikan rumah tangga. Ada yang tak ingat kata laluan, ada ayang itu ada ayang ini. Tidak mengapa, jarang jarang muat turun dan berperang dengan papan kekunci pun tidak mengapa asalakan komitment hidup apa yang harus didahulukan, didahulukan selesai.


Kesempatan ini blogger menyambut dan mengucapkan selamat datang bulan ramadhan yang akan berkunjung dan singgah serta menginap di halaman iman kita selama 30 hari berikutnya. Ramadhan berapa hari lagi ea semua? 16 hari yakni kurang 3 minggu lagi. Insya-Allah, Marhaban ya ramadhan.Terbaik!!!

Isnin, 8 Mei 2017

KISAH PASTI


KISAH PASTI : PEMBURU SUBUH YANG ISTIQAMAH!

"Subuh, 01 Mei 2017.  Saat saya berada di sebuah Masjid di Petaling Jaya sedang menyampaikan kuliah Subuh, telefon saya bergetar tanda ada panggilan masuk. "Kalau panggil pagi-pagi ni mesti ada orang meninggal ni", hati saya meneka.

Berulang kali bergetar, akhirnya saya segera menamatkan kuliah Subuh dan menjawab panggilan itu dari suara yang saya kenal iaitu salah seorang jemaah surau saya. Dia memaklumkan kepada saya, "Ustaz, saya nak maklumkan En. Zainal Janggut (gelaran setempat) baru meninggal di rumahnya."

Innalillahi wainna ilaihi raajiiuun..

Setelah selesai sarapan pagi yang disediakan oleh pihak masjid, saya bergegas ke rumah arwah. Saya lihat sudah ramai jiran dan saudara terdekat arwah berkumpul. Saya mendekati arwah dan melihat wajahnya. Subhanallah. Betul ke dah meninggal ni? Sungguh, macam sedang tidur! Sangat tenang
.
Selang beberapa ketika, selesai segala urusan dokumentasi dengan pihak polis, saya mengarahkan jenazah dibawa pergi ke surau untuk disempurnakan.Alhamdulillah, segala urusan menguruskan jenazah sempurna dari awal hingga akhir. Tidak sukar memandikan dan mengkafankannya.
Anak arwah mahu jenazah dikebumikan selepas solat Zohor kerana masih ada saudara yang dalam perjalanan. Saya akur dan hormati permintaan warisnya itu.

Saat itu hujan lebat mula turun namun kehadiran tetamu menziarahinya tetap ramai. Bukan itu saja, saya melihat imam-imam surau, pemimpin-pemimpin masyarakat setempat turut hadir beri penghormatan terakhir kepadanya. Suatu perkara yang jarang berlaku jika ada kematian di tempat saya. Mereka menunaikan solat jenazah sebelum Zohor kerana masing-masing ada tugas hendak dilakukan. 

Seusai solat jenazah, ada ahli keluarga yang baru sampai. Mereka meminta izin untuk melihat wajah arwah. Dengan perlahan, saya buka ikatan kafan di atas kepalanya dan menyelak kain sehelai demi sehelai sehingga terlihatlah wajahnya yang berjanggut panjang itu. MasyaAllah. Sangat tenang. Mulutnya kering tertutup rapat tanpa perlu diikat. Matanya terpejam rapi tanpa perlu dipaksa tutup. Kelihatan ada air mata bertakung di tepi kedua-dua mata arwah. Ini petanda yang baik. Alhamdulillah. 

Alhamdulillah, selesai solat Zohor. Solat jenazah kali kedua pula dilakukan kerana masih ramai yang belum berkesempatan menunaikannya.Hujan di luar masih lebat. Setelah selesai solat jenazah, saya lihat ramai orang berpusu-pusu untuk mengangkat kerandanya sedangkan waktu itu masih hujan. Seolah mereka tidak menghiraukan baju yang basah lencun dek hujan. Jenazah dikebumikan dengan bantuan ramai anak muda yang sanggup basah ditimpa hujan dan pakaian dikotori lumpur. Alhamdulillah, sempurna segalanya.

Inilah hikmah yang Allah swt ingin tunjukkan pada semua sebagai satu pedoman buat kita. Saya tidaklah begitu rapat dengan arwah kerana arwah kebiasaannya sesudah solat terus balik ke rumah. Hanya sesekali sempat bertegur sapa. 

Satu kelebihannya adalah istiqamah berjemaah Subuh di surau. Di tempat kami ada beberapa surau yang berdekatan. Arwah akan pergi ke setiap surau bergilir-gilir. Pernah sekali waktu saya baru pulang menguruskan jenazah dari Hospital Serdang, saya melihat arwah sedang minum di sebuah kedai berhampiran. Waktu itu jam 3:00 pagi. "Hairan, apa orang tua ni buat malam-malam gini," kata hati saya.

Malam berikutnya saya berjumpa dengannya di surau dan bertanya tentang hal itu. Jawapannya, "Saya ingat dah Subuh, saya pun siap-siaplah. Sampai surau tengok gelap lagi. Bila tengok jam. Allah! Pukul 2:30 pagi! Itu yang pergi minum tu alang-alang dah bangun. Hehe."

Begitulah istiqamahnya arwah dalam menjaga waktu Subuhnya. Sungguh, saya pun tidak setanding arwah! Dia tidak ada sakit sebelumnya. Diceritakan kepada saya, malam itu sewaktu solat Maghrib. Jemaah di sebelahnya melihat arwah seolah-olah mahu rebah namun sempat disambut oleh jemaah lain. Selepas solat dia terus pulang dan tidak bersama berjemaah sewaktu Isyak.

Pagi sebelum Subuh, dia ingin bangun bersiap untuk ke surau seperti biasa. Isterinya masuk ke dalam bilik air dahulu, setelah isterinya keluar dia melihat arwah sudah terbaring di ruang tamu. Saat itulah nyawanya telah diambil oleh Illahi. Subhanallah.

Insya'Allah barang siapa yang mati dalam keadaan baik. Maka kehidupan di akhirat pun pasti baik. Semua tanda-tanda ini terdapat pada Rasulullah s.a.w semasa kewafatan Baginda s.a.w. Semoga Allah swt mengurniakan kita semua Husnul Khatimah. Ameen ya Rabbal a'lameen...

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha
Letakkan Al-Quran sebagai Panduan Hidupmu dan As-Sunnah sebagai gaya hidupmu

Antum/Antuna semua (ukhwah fillah)

Artikel - Artikel Popular