Khamis, 22 November 2012

Lihatlah Pandanglah Bacalah

Pandanglah Al-Quran di dunia agar Al-Quran 
memandangmu di akhirat dan memberimu syafaatnya.
 
Boleh pandang pandang, 
 
boleh pegang-pegang (kalau ada air sembahyang),
 
 duduk rapat rapat, 
 
baru bertambah sayang..

 

Hak Hak dengan Al-Quran.
 
1.    Membacanya dengan tartil dan membaguskan suara.
 
2.    Menghayati makna dan memahaminya ketika mendengar atau membacanya.


3.    Berpegang teguh dengan al-Qur`an, mengamalkannya, menghalalkan yang halal dan mengharamkan yang haram.

4.    Supaya Kita Untung Dalam ‘Transaksi Perniagaan’ Bersama Allah.

5.    Berakhlaklah Dengan Akhlak Al-Quran

 

Sabtu, 17 November 2012

Dia Suka

 


Isteri Ana kalau jumpa kucing..

Taammm sebab warna kucing itu hitam..

Ningggg sebab warna kucing itu Kuning..

Teehhhh sebab warna kucing itu puteh..

Dan

Pooookkk, eh belum jumpa yg tompok jadi mungkin belum panggil poookk... hehe..


Nak kabo bila sebut suka kucing itu keperibadian Rasulullah s.a.w dan Abu Hurairah r.a. (Bapa kucing.. Alhamdulillah pelihara haiwan dan Ihsan pada binatang itu sunnah Nabi s.a.w. Dan jika nak murah rezeki baiklah dengan haiwan dengan beri haiwan makan.. Insya-Allah.. :))

Lets Pray For Gaza

 

Peristiwa Gaza/Palestin. Ini bukan citer ni kebenaran yg orang Islam mcm kita di zon selamat ni wajib peka dan insaf.. Bukan sekadar ikuti perkembangannya sahaja, belek surat khabar yg orang jawa panggil paper baca, tengok di tv mcm citer perang je dan bukan juga update di FB share share like like.. Kita patut banyakkan doa buat mereka, banyak datangkan insaf dan taubat dalam hati. Kalau update dah, belek paper dah, baca di FB dah dan tengok tv dah tapi hati masih nak bermaksiat lagi, masih nak lalai. Memang berat nanang mu ni. Dop Rock Chetongmu ni.. Tunggulah Allah beri peringatan kat kita pulop. Tapi harap dijauhkanlah.. Nauzubillah.. :((

 

Mu jangang bahang rambang. Ore kata boOikot boOikot ar.. Yalah yalah.. Bagus. BoOikot MCD, Shell, produk nestle, cOca cOla dan banyok lagilah yg pruduk pruduk yahudi laknat. Ingat tu pesan opppp oppp opppah.. kalau tak, opah ngayang kau..



Isnin, 5 November 2012

Aku Yang Berdosa

Bismillah..


Sejauh mana langkah ku di sana
Aku melupakanMu
Seluas mana kau beri padaku
Masih ku angkuh padaMu

Segalanya dusta
Gelap mengaburi ku

Chorus

Ya Allah apa yang bisa
Ku tebus kepadamu
Atas dosaku
Ya Allah ku hina terasa
Biarku bersujud
Untuk ke syurgaMu

Segalanya dusta
Gelap mengaburi ku

Ulang Chorus

Ya Allah apa yang bisa
Ku tebus kepadamu
Atas dosaku

Ya Allah hina terasa
Biarku bersujud
Untuk ke syurgaMu

Pemilik Nyawaku

Bismillah..


Wahai pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dariMu
Ku pasrahkan semua pada-Mu
Tuhan baru ku sedar
Indah nikmat sihat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini ku harapkan cintaMu

Reff:
Kata-kata cinta terucap indah
Mengalir berzikir di kidung doaku
Sakit yang ku rasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya Ilahi muhasabah cintaku
Tuhan kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku denganMu

Ahad, 4 November 2012

Makan Apel Ludah Biji Betik

 

(MACAM MANALAH NAK MASUK LUBANG APPLE TU?)
Bismillahir Rahmannir Rahimm..

Bismilillah..

Kenapa tajuk tu lain je. Takpe, asalkan lain tu orang tertarik nak baca. Insya-Allah, Ana akan beri Umpphh ummphh punya walaupun ada yang kata apalah ditulis tu. Saja nak panjangkan cerita. Kenapa makan buah apel tapi ludah biji betik. kenapa kamu kamu agaknya?
 
Ini kerana kita macam tulah. Kita makan apel tapi ludah biji betik. Kita belajar agama tapi bila kita nasihat orang kita nasihatkan apa yg kita belajar cuma apa yg kita amal tu tak seperti kita belajar. Ajaran sesat ke? Bukanlah. Kita tak amal apa yg kita belajar. Nauzubilillah. 
 
Surah at-Taubah Ayat 22

"Dan tidaklah patut orang-orang mukmin itu semuanya pergi berperang. Mengapa sebagian daripada mereka tidak pergi untuk memperdalamkan pengetahuan agama mereka untuk memberi peringatan kepada kaum mereka sesudah kembali agar mereka dapat menjaga diri"

Ayat ini diturunkan oleh Allah untuk menegur para sahabat Rasulullah S.A.W yang terlalu mencintai syahid hinggakan setiap mereka sentiasa mahu berada di barisan hadapan dalam saf peperangan. Hinggakan yang akan tinggal cuma munafikin.

Tetapi ayat ini tidak bermaksud selain daripada belajar agama, semuanya teruk dan sia-sia. Tidak begitu. Allah menyeru kepada kesederhanaan. Islam yang dibawa oleh Rasulullah S.A.W menyeru kepada 'balance'.
 
Insya-Allah kita sepatutnya macam tu.. BALANCE bukan lebihkan dunia walaupun di dalam DADA ilmu agama ada.. Wa'Allahualam.. :))
 

Sabtu, 3 November 2012

Hebahan


1 2 3 4 5 6 7... Eh, 5 hari lagi.. Pakat Pakat Pergi Boh..

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha
Letakkan Al-Quran sebagai Panduan Hidupmu dan As-Sunnah sebagai gaya hidupmu

Antum/Antuna semua (ukhwah fillah)

Artikel - Artikel Popular