Selasa, 17 Mei 2016

SAYA KURANGKAN

Satu orang satu medan media sosial, tapi sampai ada lebih daripada satu. Dia suka nukilkan satu perkara (asli dari buah idea atau amik dan tanpal). Jika tiga medan media sosail maka tiga tempat apa yg dinukilnya akan ada. Sedar atau tidak medan media sosial sebenarnya mematikan banyak perkara. Cukuplah ianya mematikan hubungan kekeluargaan, mematikan silaturahum, mematikan manusia di jalan raya dan dia sudah mematikan minat membaca, menulis dan bercerita. 

Saya pun ada satu medan media sosial, cukup lama ianya mematikan minat saya membaca dan menulis. Walaupun kekadang datang minat itu tapi senang ia matikan dengan lajunya masa dan lekanya mata. Rajin menulis hari ni. Dua Entry masuk sekali. Chia chia chia..

 TUKULKAN AJA NAFSU MELAYAN MEDIA SOSIAL

HARI GURU




Semalam hari Guru, ibarat semua perkara kalau hari lahir, ibu, guru maka hari satu hari itu sehabis baik kita threat (layanan) terhadapat orang dituju hari itu. Lalu disebut semua nama sekolah dan guru termasuk sekolah memandu dan sekolah tak formal. Itu normal setiap tahun sepanjang admin kenal dunia orang orang ini selama hidup 26 tahun menipu sangatlah tapi selama tolaklah 6-7 tahun itu berkisar seharian maka itulah menghargai seseorang bersesuai dengan hari yang dituju olehnya. Depends atas individu dan sependapat dengan saya cuma menyatakan dan tiada sedikit maksudnya mahu melarang atau menidakkan.

Hari tu berjalanlah di popular, kluang johor. Nampaklah pernulisan Baharuddin Bekri. Oh, buku bukunya bagaikan guru buat saya. Adalah koleksi sikit buku penulisannya yang banyak berkisarkan motivasi. Tajukknya yang terbaru ni "Jangan kata Abang tak payung". Ini juga norma norma kebiasaanya manusia namum buat buku yang saya ibaratkan guru ini belum saya dapatkan. InsyaAllah, akan dapatkan segera dan akan review. Maaflah jika orang tak setuju dgn saya bila kata buku itu guru kerana ada yang kata jangan baca buku ilmu tanpa guru kerana ibarat berguru dengan syaitan namun saya sendiri sedikit pegang, buku di malaysia ada tapisan maka InsyaAllah carilah bacaan yang baik baik maka anda dilindungi. 

Isnin, 9 Mei 2016

MELEPAS



Hampir terlupa, masih berkata pasal hobi. Perasan selepas melihat dua tiga rakan laman sosial menulis dua tiga patah mengenai Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur [PBAKL]. Hari ini hari terakhir, membakar dan kembali rasa nak membau buku. Terutamanya banyak buku daripada penulis baru untuk pembaca. Nak mulakan balik itu sesuatu yang susah. Jika anda sebelum ini minat membaca, jika sudah lama tinggal tabiat membaca ataupun anda sudah tidak ada silaturahim dengan buku maka itu jawapan pensil kaler merah anda dapat. 

 

Bersilaturahim dengan ilmu ibaratkan bersaudara dengan orang jauh, juga ibarat melepaskan sesuatu yang anda sayangi. Jika membaca sudah menjadi hobi maka teruskan dengan kadar sedikit demi sedikit. Membaca untuk ilmu bukan membaca untuk tamakkan penampakkan anda berilmu. Jika diizinkan gambar PBAKL 2016 saya akan sharekan di pos seterusnya. 

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha
Letakkan Al-Quran sebagai Panduan Hidupmu dan As-Sunnah sebagai gaya hidupmu

Antum/Antuna semua (ukhwah fillah)

Artikel - Artikel Popular