Jumaat, 11 Disember 2015

JAJAHAN TAKLUK

Bismillahir rahmanir rahim..


Saya tak mahu muqqadimah panjang, post kali ini kita terus ke tajuk dihijaukan di atas yakni JAJAHAN TAKLUK. Saya menulis ni hari jumaat [4:17 pm]. Lepas solat Jumaat dan waktu nak hampir masuk Asar. Sudah saya jamak tadi masa solat Jumaat kerana saya musafir semalam dari kuantan ke Kluang, Johor. Jika merujuk hukum fiqh bab solat Jumaat, barangsiapa yang musafir sebelum Jumaat subuh [lelaki] tidak wajib atasnya solat Jumaat, namun pengalaman Jumaat di negeri Johor menjadi kenangan paling indah walaupun sudah 3 tahun lebih beriisterikan anak kelahiran johor dan menjengah ke kampung halamannya hampir setiap 2 bulan sekali.


Maaf, tak mahu sisipkan gambar masjid, mahupun khatib sedang berkhutbah kerana percaya cakap saya. Tidak akan tidur atau mengantuk punya jika solat di masjid masjid daerah johor. Saya memuji penyampaian khatib khatib di daerah ini setakat saya solat jumaat di Yong Peng dan Kluang serta pernah satu masa dahulu di daerah Skudai, penyampaian khutbah yang jelas dan doa di akhirnya dalam bahasa melayu serta jelas menjadikan saya mengaminkan dan bertuahlah menjadi sebahagian daripada negeri JAJAHAN TAKLUK Sultan Johor [SULTAN IBRAHIM] yang kalau kita baca hari ini pelbagai jasa beliau kepada rakyat Johor. Wa'Allahualam..

 

Jumaat, 4 Disember 2015

KECILNYA

 

Bismillahir Rahmanir Rahim.. Saya sengaja letakkan gambar comel di atas sebagai muqadimah. Tengah rajin dan idea ada ni barulah nak mengerakkan jari jemari ini, senaman jarilah katakan sibuk tu biasalah namun sibuk nak menaip pun ada juga. Kecilnya dunia ini, biasa kita bertemu dengan orang yang lama tidak jumpa atau tidak pernah jumpa atau terserempak pun sebelum ni tapi macam tidak percaya hari ini terjumpa dan tergaman.


Namun kecilnya hari ini saya nak bicarakan atau menaip di sini, dunia berputas terutamanya anda yang mempunyai ramai adik beradik atau sudah mempunyai anak. Anda merasakan adik atau anak itu seakan akan anda pada waktu kecil, namun ianya berulang dan mungkin jika fikirkan kita boleh ubah keadaan agar apa yang sudah kita lalui dahulu pastinya akan berulang namun ulangannya lebih baik dan terurus..


Wa'Allahuta'Alam..

Rabu, 2 Disember 2015

IZIN IKHLAS

 

Bismillahir Rahmanir Rahim.. Jangan ingat tajuk sangat sebab tajuk hanya penarik bukannya apa yang hendak di sampaikan. Kebiasaannya gambar membantu menyakinkan penyampaian agak apa yang ingin disampaikan itu dapat menusuk qalbu dan fikiran pembaca. Izin dan ikhlas bukannya bersaudara. Jika izin belum tentu ikhlas dan jika ikhlas sudah semestinya izin namun pada hari ini jika ikhlas belum tentu izin ibaratkan paksa memaksa dipaksa dan terpaksa.

Jika redha kita pada dulunya membawa kebahagian namun redhanya kita pada hari ini membawa kita kepada banyak maksud dan perkara. Sebenarnya penulis juga susah nak gambarkan situasi walaupun sudah berada di benak pemikiran ini namun berilah andainya sedikit masa untuk menafsirkannya.

 

Isnin, 16 November 2015

AL FATIHAH

BISMILLAHIR RAHMANIR RAHIM

Hari ini jika masalah dunia diperbesarkan maka gamatlah sebuah keceriaan. Begitu juga apa sahaja, jika ayam di pasar kehabisan maka tiadalah makanan berbentuk ayam pada hari tu. AL FATIHAH buat diri kita yang masih hidup atau sudah meninggal dunia. Sesungguhnya kita banyak betul silap dan salah di dunia ini. Moga Allah Mengampunkan dosa dosa kita..
 

Sabtu, 14 November 2015

Sabtu, 24 Oktober 2015

NIQABIS


Assalamualaikum.Hari ini, niqabis hangat dibicarakan namun biarlah ia kekal jadi NIQABIS namun kita usahlah berkata sebarang kata kerana Allah S.W.T Maha Mengetahui Segala sesuatu. Wa'Allahualam..

Bertuahnya sebagai seorang wanita mencontohi SitiKhadijah yang mulia bersama Rasulullah menegakkan agama penghulu segala wanita disyurga

Bertuahnya sebagai seorang wanita mencontohi Siti Fatimah puteri Rasullah mentaati ayah dan suami tercinta berkorban segala kerana ALLAH
Bertuahnya sebagai seorang wanita mencontohi keimanan Siti Maryam segala cubaan dan dugaan melanda tetap teguh walau terancam
Bertuahnya sebagai seorang wanita mencontohi ASIYAH permaisuri Firaun kecintaan dan keimanan pada pencipta siksaan Firaun tidak digerun
Bertuah sebagai seorang wanita mencontohi sifat Siti Hajar menjalani cubaan dengan redha contoh wanita yang sabar...

Ahad, 11 Oktober 2015

ZIKIR HARIAN

Assalamualaikum. Post kali ini insyaAllah tidak panjang meleret. Cuma ada satu persoalan yg saya nak utarakan yakni sejauh mana keshohihan ZIKIR HARIAN ( ISNIN - AHAD) yang kita amalkan dan uar uarkan selalu.

Khamis, 8 Oktober 2015

BAU BUKU

Assalamualaikum, alhamdulillah singgah di lampuneonmu ini untuk menaip lagi perkongsian sehari harian. Bau buku, wah buku pun nak bau? Tiada benda lain ke nak jadikan bahan bau? Rujuk gambar, beliau adalah Amoy Muslimah (rasanya korang lebuih tau). Sejujurnya blogger belum lagi sempat membaca karya penceritaan beliau sebagai baby muslimah namun nak kabo bahawa blogger baru sahaja membeli buku ini dan sebenarnya amat amat rindu nak membaca motivasi atau kisah hijrah antum / antuna semua. Blogger semua masih menyepi dan saya sendiri sudah berkali kali membaca apa yang anda tinggalkan setelah sekian lama. Masih teringat zaman blog di jadikan diari, tempat luah dan sebagainya namun saya mengambil pendekatan berbaik sangka bahawasanya mungkin tiada keserasian antara blog dengan anda maka anda mencari keserasian (feel) dengan membina blog dgn nafas yang segar dan mantap. 

Saya tidak pasti buku Felexia Yeap ini sudah lama diterbitkan tahun ini atau saya sahaja yang lambat mendapatkannya namun amat bagus perkongsian tercetusnya hidayah Allah beri buat beliau dan kita sama sama memotivasikan diri agar menjaga, istiqomah dalam mengekalkan hidayah yang Allah beri kepada kita. Wa'AllahuAlam.. 
Jumaat 10/10/15 (1.13 a/m)


Selasa, 6 Oktober 2015

RINDU

 

Assalamualaikum. Tajuknya RINDU. Jangan salah faham atau salah menafsir RINDU itu. Cuba fahami tulisan Ingeris di atas. Jika ada yang mahu saya terjemahkan InsyaAllah saya akan jelmakan satu entery lagi untuk menerangkannya. Rindu saya menulis hari ini mahu menerangkan jika dilihat blog saya ada blogger yang saya ikuti namun sudah agak lama tiada sebarang entery dikeluarkan mungkin macam saya banyak hal hal lain yang difikirkan lebih utama atau sudahkan mereka ini membina blog baru yang lebih dirasakan serasi dengan jiwa raga. Jika terbaca entery saya yang tak seindah ini mohon komen dan memberi sedikit ulasan agak saya keluar dari terbelenggu fikiran saya.

 

HUWOOO... HUWOOO... WOOO... HMMM..  Bertahanlah wahai raksa, jangan kau terhenti, berautlah wahai nyawa ini bukan... Eh dah, bukan nak menyanyi lalu di sini nak sedikit memberitahu bahawasanya saya kalau sedang menekan kekunci huruf tidak boleh dalam keadaan baring. Mahu juga duduk di atas kerusi dan netbook di meja. Moga ketemu lagi. InsyaAllah..
Bertahanlah, wahai raksa, jangan kau terhenti Berpautlah, wahai nyawa, ini bukan mimpi

This content was illegally copied from http://liriklagu.biz/lirik-lagu-terbang-tunduk-fynn-jamal/
Bertahanlah, wahai raksa, jangan kau terhenti Berpautlah, wahai nyawa, ini bukan mimpi

This content was illegally copied from http://liriklagu.biz/lirik-lagu-terbang-tunduk-fynn-jamal/
Bertahanlah, wahai raksa, jangan kau terhenti Berpautlah, wahai nyawa, ini bukan mimpi

This content was illegally copied from http://liriklagu.biz/lirik-lagu-terbang-tunduk-fynn-jamal
                

Sabtu, 3 Oktober 2015

HOBI

Assalamualaikum & Bismillahir Rahmanir Rahim.. [12.31 A.M ~ AHAD]

Sengaja nampak canggih sikit, siap masa dan hari lagi. Biasalah, buat pengetahuan semua yang membaca, waktu dan tarikh dipaparkan oleh blogspot ni kurang betul (mohon blogspot jangan sekat saya) dan jangan marah saya semua sebab masa masa ini saya bercerita berkenaan hobi. Nak tanya sikit, ada sesiapa yang tengok Kamen Rider Fourze tv7 setiap sabtu dan ahad pukul 11.00 pagi kita geng lagi. Saya minat sangat. Itulah hobi saya, kumpul mainan.

 

Mungkin pos ini agak membosankan namun itulah hakikatnya setiap dari kita mempunyai kegemaran yang bebeza. Lihat sahaja blog saya diupdate pada waktu begini walhal mungkin dikalangan kita sudah lelapkan mata. 24 jam kita sama namun aktiviti kita berbeza, amat amat berbeza. Selamat malam pembaca. Wa'AllahuAlam..




Ahad, 20 September 2015

MALAM MASIH PANJANG

Bismillahir Rahmanir Rahim..

Innalillahiwainnailaihorajiun dan Al Fatihah buat semua Jemaah Haji 2015 yang terkena/terkesan akibat bencana tumbangnya Kren di Tanah Suci Mekkah tempoh hari. Selamat malam semua, masa saya menulis ini, saya baru selesai meneguk beberapa teguk kopi dan sekarang 12.14 pagi. Tadi kata malam ni  pagi pulak, penulis ni pening ke macam mana? Eh, p saya sudah berfungsi dengan baik sekali. Suka amat suka. Baik, selepas 12.01 kita sebut pagi. Tapi sesetengah kita apabila pukul 10 atau 11 malam hatta 11.40 atau 11.57 juga mereka sebut malam masih muda. Saya fikir juga apa yang di maksudkan malam masih muda walhal bila pula disebut malam sudah tua? Pukul 12.00 tepat ke malam sudah tua? Kalau 12.01 sudah di sebut pagikan. Jika anda juga keliru atau masih memikir persoalan itu maka kita geng dan mari bersama membantu saya selesaikan kebuntuaan itu setelah sekian lama.

 

Apa pula cerita perihal kopi, kopi, nampaknya p saya sudah mula beroperasi dengan jayanya. Mungkin saya sudah lama tidak menekan papan kekunci ini dan p saya merajuk. Banyak pula p saya gunakan dalam ayat ini. Baik P untuk kopi, menenguk kopi tadi kini saya rasa mengantuk. Siapa kata minum kopi tak mengantuk. Saya minum kopi boleh sahaja tidur dengan lena dan mengantuk sekali. Persoalan itu pun masih meninggi di benak pemikiran saya termasuklah persoalan kopi tak bagus walhal kopilah minuman kegemaran Rasulullah s.a.w.(Selawat sikit) selain susu dan madu termasuklah air zam zam. 

WaAllahu'alam..




Khamis, 3 September 2015

B UNTUK

 

B untuk .....

Assalamualaikum, bulan 9 dah. Entery bulan 1-9 ni, semoga segala yg ditulis selama ini tidak tersentuh atau terguris mana mana individu atau kelomPok. Masih tertanya tanya, B untuk nanti di akhir tulisan ni saya beritahu B untuk. Muqqadimah sahaja ni tak berniat nak menulis berjela jela namun suka saya beritahu bahawa B untuk Baik.


Jumaat, 28 Ogos 2015

GAGAL

 

Bismillahir Rahmanir Rahim, lama tidak menukil. Demi membuka kembali lembaran nukil menukil ini. Di atas tu ada satu, dalam nukilan ini saya gantikan itu dengan ini *. Jadi bila anda baca nanti faham faham jelah.
 
*enulisan ini sebenarnya satu yang boleh melatih jari jemari namun jika anda menulis *astikan ada menulis sesuatu yang berfaedah kerana a*a yang anda tulis itu banyak maksudnya se*erti :

1) A*a yang ada tulis itu melambangkan diri anda.
2) *erkara yang anda tulis atau nukil boleh menjadi asbab orang yang membaca tahu diri anda.
3) Boleh buat orang makin murung atau makin gembira mahuun ceria jika membaca *enulisan anda.

Maaflah sebenarnya la*to* keyboardnya rosak dan gagal menai* *erkataan di atas. Itulah saya mengantikan *erkataan tersebut dgn gambar di atas. Selamat membaca. :)

Isnin, 11 Mei 2015

SEMAKIN PINCANG


Assalamualaikum. Masih bertemu dan bersua kita di petikan jari jemari. Petikan jemari dulu lembut, satu satu terlantun kini longlai lemah. Mahu memetik papan kekunci sudah pun memakan masa sepuluh hingga dua puluh minit membuka laman blogger dengan password setiap kali masuk setiap kali hendak di isi semua. Nak ingat semula sudah pun memakan masa. Akhirnya nak beritahu ni "AKU MENULIS BUKAN KERANA NAMA." 

Sememangnya tiada kaitan secara langsung mahupun tidak namun semakin pincang kemalasan, kesibukkan diri dari segenap perkara, hal hal penyebab dan sebab serta asbab munasabah melanda berikut semakin hari semakin umur meningkat, tanggungjawab makin bercambah, kewangan makin tipis, otak banyak memikir, kos barangan dan bahan mentah makin naik, harga kereta dan pengangkutan awam makin setapak tapak berkos namun seorang penulis hanya berbekalkan ilmu dan idea sahaja memerah diperah dipaksa keluar untuk menulis sesuatu yang keluar daripada font tulisan. Mestilah font tulisan tidak menulis guna dakwat pena cina yang hitam itu pun susah pula nak scan masuk dalam ini nak dimuat turun. Idea yang bagus juga sebenarnya. InsyaAllah satu masa nak buat macam itu. Sekian..

Ahad, 26 April 2015

BUKAN TIDAK PEDULI

Hari ini masing-masing dengan urusan dunia masing masing. Ramai orang di sana sini masing masing sibuk dengan urusan masing-masing. Dunia atau akhirat? Tak mahu peduli namun haiya haiya (ayuh ayuh) makmurkan bumi Allah dengan kebaikan.

Assalamualaikum w.b.r.

 

Kita sebenarnya mencari apa di dunia ini? Kerja? Redha Allah? Hiburan? Apa pun kita mencari harapnya kita mencari apa yang halal dan hindari mengambil hak orang sesungguhnya cukuplah Allah bagi kita sebagai penolong dan tempat bergantung harap.

"BERJALAN, MELIHAT DAN MENTAFSIR REDHANYA MELALUI PERJALANAN GERAK KAKI"

Khamis, 12 Mac 2015

DALAM KERAGUAN INI


BISMILLAH.. Mudahkan wujudkan keraguan dalam sesuatu. contoh yang popular baru baru ni "Saya masak kari ikan. Macam biasa bahan bahannya, air, santan, ikan, daun kari, bawang, bendi kalau nak sedap lagi tapi saya masukkan sedikit arak. Oh, sikit takpe. 95% bahan halal dan 5% arak haram." Okey bagaimana tu? Sifirnya bila masuk sedikit yang haram maka haram secara sempurna.

Susah jugakan awak bukan Ustaz, Ustaz menerangkan mengunakan hukum, hujah pun dibidas terang terang guna akal yang tak waras. Risaunya jika yang haram itu dikatakan halal, maka nantikanlah azab azab yang bakal menimpa bukan ke atas individu malah ke atas semua. Moga Ustaz dan individu yang cuba menerangkan kebenaran walaupun akan turut dibalakan namum ada hujah yang kukuh di sana nanti untuk melalui laluan ke syurga sana.



 

Sekarang dunia sudah berubah. Islam masih sama masih syumul. Kita perlu juga meneruskan pengsyumulan Islam itu sendiri. Kita bagaimana pun Islam tetap syumul namum binasalah orang yang rugi melaksanakan pengsyumulan Islam itu sendiri. Islam kita amik semua, bukan yang sesuai dengan kita amik, dan tak sesuai buang. Islam ajarannya semua sesuai. Tanpa Islam siapalah kita dan tanpa kita Islam tetap gah dan murni.



Selasa, 24 Februari 2015

WASIAT



Sedang Muaz bin Jabal r.a duduk maka datang Rasulullah s.a.w. memegang lengan Muaz lalu mengatakan Baginda amat mengasihi, mencintai dan menyanyangi Muaz dan mewasiatkan satu doa.

Sabtu, 14 Februari 2015

GENERASI



INNALILLAHI WAINAILAI HIRAJIUN..
 
AL FATIHAH buat Allahyarham Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat (1931-2015) atas pemergian beliau dijemput Pengcipta yakni ALLAH S.W.T pada 12.2.15. InsyaAllah kita pula menyusul satu persatu.

Habib Ali Zaenal Abidin berkata :

 " Tugas kita adalah untuk menunjukkan Islam itu agama yang indah, melalui perbuatan dan perkataan kita. "

Kita semua pendakwah, bila namanya Islam dan mengucap dua kalimah Syahadah maka pendakwah setepek pada diri kita. Pendakwah ada lawannya yakni pendakyah. Dakwah ajak perkara kebaikan dan dakyah ajak perkara keburukan. Kita tolong orang buta lintas jalan dan orang lain melihatnya dan yang melihat pula tolong orang buta lintas jalan maka itu disebut satu dakwah. Satu perkara baik yang bila orang tengok kita buat, orang itu akan ikut, lagi yang melihat akan lihat dan ikut dan akan ikut lagi. Kita buang sampah melalui kenderaan atau buang sampah di tempat awam dan
orang lain melihatnya dan yang melihat pula tolong orang itu pula akan buang sampah macam kita  maka itu disebut satu dakyah. Satu perkara baik yang bila orang tengok kita buat, orang itu akan ikut, lagi yang melihat akan lihat dan ikut dan akan ikut lagi.

Simplekan saya jelaskan dakwah dan dakyah ini? Hanya berbeza perkataan W dan Y maka berbezalah dosa pahala yang akan diperteruskan oleh generasi mata yang melihat. Seperti Habib Ali Zaenal Abidin berkata, apabila kita tunjukkan sesuatu yang baik atau jahat orang akan melihat dan ikut serta pratik maka amat penting kita menunjukkan teladan yang baik. Betul, remeh benda ini sekecil kecil perkara maka benda yang remeh inilah akan mejadi sebesar besar perkara dan sekecil atau sebesar mana pun akan disoal kelak. Wa'AllahuAlam..



Ahad, 8 Februari 2015

CEPAT



ASSALAMUALAIKUM (TAK JAWAB DOSA)

WAALAIKUMUSALAM.. HEHE GURAU SAHAJA.

Janganlah monyak (masam muka) pagi pagi ini, cuba senyum. Kebetulan senyuman kita boleh buat orang yang sedang masam muka turut mengikuti jejak kita turut tersenyum. itu dimaksudkan senyum itu satu sedekah. Sedekah pada hati yang gundah gelama, hati yang kerisauan, hati yang berdebar dan sebagainya.
 
"CEPAT". Kata melayu lain deras, laju, atau bahasa Ingeris "EXPRESS". Dalam menelusuri hidup yang makin laju ini tak salah jika melihat sudut berbeza dari manusia biasa melihat namun jika perasan maka alhamdulillah kita masih berpijak di bumi yang bulat.
 
 

Jangan ketawa sangat. Batang hidung kita hari ni terselah. Esok orang pula. Bab nikah kahwin ramai sebenarnya sensitif. Bukan drama, sinetron dan buka telenovela tapi lumrahnya yang sibuk cinta cintun, tunangan hebah hebah inilah lambat dalam menyempurnakan ijab wa qabul serta walimatuurus sampai "EXPRESS" di pintas oleh kekawan atau rakan kenalan rapat atau jauh dulu menyempurnakannya. Mulalah katanya dalam diam, sebenarnya pepatah melayu sudah lama menyebut, diam ubi lebih berisi, lebih umpp, kukuh dan mantap.



MATI. TAK BISA KAU HINDARI . TAK MUNGKIN BISA ENGKAU LARI. AJALMU PASTI MENGHAMPIRI. MATI TINGGAL MENUNGGU SAAT NANTI. KEMANA KITA BISA LARI. KITA PASTI MENGALAMI MATI.

Situasi biasa dan nak kata takut kena bersedia, nak kata seram kena bersedia ramai yang kita ziarah dalam keadaan sakit kronik, teruk dan tiada peluang sembuh dalam masa sama yang perkhabaran kita dengar si polan ini meninggal dahulu daripada yang mengalami sakit. Itulah kehidupan. Selamat menjalani kehidupan.
 




Ahad, 25 Januari 2015

BAGAIMANA


[[>  IHSAN DARIPADA BAKAL MAYAT  <]]
 


Assalamualaikum

Setiap berlaku mesti ada alasan asbab dan munasabahnya. Begitu juga si anak perempuan jika masa pembesarannya lagi tidak memperkenalkan tudang atau alat menutup rambut, baju yang longgar, stokin kaki yang menutup kaki manakah mungkin apabila membesar meningkat remaja boleh disedarkan dengan semua ini. Masih memenggang pepatah lama 'Melentur buluh biarlah dari rebungnya'. Kalau dah jadi buloh maka nak lentur pun keras dan jika boleh maka patah. 

Banyak istilah diguna untuk mengambarkan 'perlu bangkit berubah'. Mari berubah. Juga pelbagai cara mengajak, menyeru, ajak, moh, mari, jom namum jika hati sudah tak mahu asbab ketidakbukaan maka susahlah. Bila mengajak, menyeru dikatakan bebelan. Bila ajak muhasabah dikatakan buang masa dan bukan bukan maka sampai bilakah kita masih mahu beralasan. Ajakkan, seruan itu tak akan pernah habis. Mati seorang insan, akan ada lagi insan lain yang akan mengajak dan menyeru sehingga lagi lagi dan lagi maka anda sampai bila mahu beralasan? Sampai sedetik ajal menjemputkah? Kita baik tak ditunjuk namun baik kita sebenarnya untuk kebaikan diri. Semuanya akan dipertonton dan dilihat kembali jadi malu dengan diri permulaannya. InsyaAllah akan malu dengan nabi dan rasul serta malu kepada Allah.
Saya bukanlah baik dan jauh sekali nak dikatakan baik dikalangan kalian namun saya berusaha untuk jadi baik. Bila saya tulis bukan nak tuju pada individu khas. Jauh sekali nak mention nama. Kita dah besar, matang berfikir. Tahu dosa pahala. Terasa dgn saya tulis berubahlah. Terasa maksudnya dalam diri masih ada iman. Bukan terasa buat dosa dan salah tapi bertukar amarah, dendam dan lain lain. Itu dah salah tu. Hidup dalam agama, nasihat dipanjangkan, teguran diambil kira, selalu muhasabah diri dan iman kena naik walaupun banyak turun. Bukan solat 5 waktu sehari semalam sudah cukup. Cukup untuk diri betul, apa usaha kita untuk masyarakat dan agama. Mana perjuang sunnah nabi kalau hal kecik nak gaduh. Cari salah penasihat dan penegur pastu dosa buat lagi, perangai maintain tak berubah. Hidup mati kerana Allah, 5 waktu solat lafazkan tapi setakat situ sahaja. Hidup tak ikut cara Allah pandukan. Bagaimana ni?

[[ NAK JADI BAKAL JENAZAH/BAKAL MAYAT PUN PERLU TERMA DAN SYARAT]]

Digital Filem dan Kodak




Assalamualaikum

Adakah masih relevan? Hari ini (semalam) tergerak nak 'cuci' gambar di smartphone murah saya mana tahu esok lusa nak tukar hp atau mana tahu sekejap lagi hp saya kehilangan. Dulu masa anak pertama dah siap 'cuci'. 'Cuci' ni sempena anak kedua dan dalam proses pembesaran. Dulu zaman saya kecik kalau saudara mara mesti nak tgk album gambar adik beradik, anak-anak tapi gambar mesti tutup aurat. Sempatlah masa duduk dengan mama dan baru kahwin saudara mara suka tengok album kahwin saya. Tapi budaya atau trend ini telah terhakis di teknologi yg bernafsu. Istilah 'cuci' tu meluas penggunaan dulu. Dah 'cuci' gambar? klasik bunyinya. Hehe.

Di tempat blogger masih lagi kekal harganya (rujuk bawah)

Saiz 3r | 1-4 keping rm0.50 / 5-100 keping  rm0.45 |

Saiz 4r | 1-4 keping rm0.60 / 5-100 keping rm0.50 |

Selain itu gambar saiz A1 sudah tukar nama U1. Minat juga bab gambar mengambarkan ni tapi banyak dah bidang terokai insyaAllah ada rezeki lebih teringin juga nak ada kamera DSLR sendiri. Kamera smartphone 8 megapiksel belakang dan 2 megapiksel depan pun tidak berapa guna sangat. Sengaja tidak mahu libatkan diri dalam bidang selfie atau amik gambar sendiri ini. Blogger juga kini ada hobi baru kecil kecilan dan insyaAllah nanti blogger kongsikan seperti pernah blogger kongsikan hobi mengumpul setam suatu masa dahulu. Setam pun susah dah nak dapati sekarang ini akibat arus teknologi smartphone budaya menulis atau membalas surat dianggap satu yang leceh atau lambat.



Jumaat, 23 Januari 2015

BAHAGIAN DAN MASA BELIAU

 

NAUNGAN pemerintahan bumi Arab Saudi dan dunia amnya tersentak dengan berita kemangkatan Raja Abdullah Abdulaziz pada usia 90 tahun akibat penyakit pneumonia. Putera pertama daripada salah seorang isteri Raja Abdulaziz Abd ar-Rahman Al Saud yang lebih dikenali dengan gelaran Ibn Saud itu dilahirkan di Riyadh pada 1 Ogos 1924.

Almarhum menerima pendidikan awal di Mahkamah Diraja Arab Saudi. Menerima pengaruh daripada bapanya yang merupakan pengasas pemerintahan moden Arab Saudi pada tahun 1932, baginda merupakan anak ke-13 daripada 45 orang anak Raja Abdulaziz yang bertekad mahu membina kembali kehormatan agama Islam, sejarah dan warisan di negara itu.

INFO : KOSMO ONLINE





Al Fatihah Raja Arab Saudi Almarhum Raja Abdullah. Ketika semua mahu menjadikan Donald Trumps idola atas kekayaan dan keotakkan perniagaan beliau dan ketika Bapa Pembangunan Dr M di lihat hebat dengan kepimpinan beliau dgn membawa malaysia ke arah wawasan 2020 saya mengkagumi beliau yakni Almarhum Raja Abdullah. Raja Abdullah pernah digelar raja kesayangan rakyat. Saya pernah jejak kaki di dua kota suci makkah dan madinah sebelum ini yang masih segar diingatan saya di kedai jualan pun ada tertampal poster barangkali gambar Almarhum diluar pintu masuk "Raja kesayangan rakyat". Al Fatihah Almarhum Raja. Syukur pada Allah ada Raja yg sudah mengerahkan tulang empat kerat beliau selama ini menjaga dua kota suci ini. Dimaklumkan Putera Mahkota Salman pemerintah Arab Saudi yg baharu.. Salam Takziah..


Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha
Letakkan Al-Quran sebagai Panduan Hidupmu dan As-Sunnah sebagai gaya hidupmu

Antum/Antuna semua (ukhwah fillah)

Artikel - Artikel Popular