Ahad, 25 Januari 2015

BAGAIMANA


[[>  IHSAN DARIPADA BAKAL MAYAT  <]]
 


Assalamualaikum

Setiap berlaku mesti ada alasan asbab dan munasabahnya. Begitu juga si anak perempuan jika masa pembesarannya lagi tidak memperkenalkan tudang atau alat menutup rambut, baju yang longgar, stokin kaki yang menutup kaki manakah mungkin apabila membesar meningkat remaja boleh disedarkan dengan semua ini. Masih memenggang pepatah lama 'Melentur buluh biarlah dari rebungnya'. Kalau dah jadi buloh maka nak lentur pun keras dan jika boleh maka patah. 

Banyak istilah diguna untuk mengambarkan 'perlu bangkit berubah'. Mari berubah. Juga pelbagai cara mengajak, menyeru, ajak, moh, mari, jom namum jika hati sudah tak mahu asbab ketidakbukaan maka susahlah. Bila mengajak, menyeru dikatakan bebelan. Bila ajak muhasabah dikatakan buang masa dan bukan bukan maka sampai bilakah kita masih mahu beralasan. Ajakkan, seruan itu tak akan pernah habis. Mati seorang insan, akan ada lagi insan lain yang akan mengajak dan menyeru sehingga lagi lagi dan lagi maka anda sampai bila mahu beralasan? Sampai sedetik ajal menjemputkah? Kita baik tak ditunjuk namun baik kita sebenarnya untuk kebaikan diri. Semuanya akan dipertonton dan dilihat kembali jadi malu dengan diri permulaannya. InsyaAllah akan malu dengan nabi dan rasul serta malu kepada Allah.
Saya bukanlah baik dan jauh sekali nak dikatakan baik dikalangan kalian namun saya berusaha untuk jadi baik. Bila saya tulis bukan nak tuju pada individu khas. Jauh sekali nak mention nama. Kita dah besar, matang berfikir. Tahu dosa pahala. Terasa dgn saya tulis berubahlah. Terasa maksudnya dalam diri masih ada iman. Bukan terasa buat dosa dan salah tapi bertukar amarah, dendam dan lain lain. Itu dah salah tu. Hidup dalam agama, nasihat dipanjangkan, teguran diambil kira, selalu muhasabah diri dan iman kena naik walaupun banyak turun. Bukan solat 5 waktu sehari semalam sudah cukup. Cukup untuk diri betul, apa usaha kita untuk masyarakat dan agama. Mana perjuang sunnah nabi kalau hal kecik nak gaduh. Cari salah penasihat dan penegur pastu dosa buat lagi, perangai maintain tak berubah. Hidup mati kerana Allah, 5 waktu solat lafazkan tapi setakat situ sahaja. Hidup tak ikut cara Allah pandukan. Bagaimana ni?

[[ NAK JADI BAKAL JENAZAH/BAKAL MAYAT PUN PERLU TERMA DAN SYARAT]]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha
Letakkan Al-Quran sebagai Panduan Hidupmu dan As-Sunnah sebagai gaya hidupmu

Antum/Antuna semua (ukhwah fillah)

Artikel - Artikel Popular