Isnin, 30 November 2009

Wasiat Luqman Al-Hakim ( Ahmad Hasan Mohd. Nazam)


(Mentafsir dan memaham pesanan Luqman al-Hakim yang tercatat dalam Al-Quran)

Sipnosis:-

Wasiat Luqman al-Hakim kepada anaknya seperti yang terdapat dalam surah Luqman sering dijadikan rujukan untuk mencari bahan guna bagi mendidik anak-anak. Bukan sahaja berguna bagi anak-anak, malah wasiat atau nasihat ini berguna untuk semua umat sejagat. Malah ayat-ayat 12 hingga 19 surah Luqman ini adalah sumber rujukan yang paling popular dan tepat.

Apa apa pun buku WASIAT LUQMAN AL-HAKIM ini menyorot dengan panjang lebar tentang isi pengajaran kepada kata-kata Luqman al-Hakim kepada anaknya.

Khamis, 26 November 2009

Puisi : ( Walau sukar, kurelakan... )



Walaupun sukar
Kau kurelakan pergi...

Walaupun payah
kan ku permudahkan urusan itu..

Walaupun aku kini kecewa
Kurela asalkan kau bahagia..

Kudoakan kau bahagia
Dengan si dia yang kau cinta..

Relaku mengundur diri
Untuk melihat kebahagiaan kau kini..

Insya-Allah,berpanjangan kudoakan
Doaku selalu mengiring kamu dan si dia..

P/S: Perghh.. Jiwangnya!!!!
(tiada kaitan dengan yang hidup dan yang dah meninggal)

Selasa, 24 November 2009

Medical Check up ( Jom periksa dalaman kita)



"Besar perhatian kita terhadap tubuh badan yang perkasa ini.. Walaupun mendapat sikit penyakit yang dapat menghingapi kita pasti akan bersegera kita membuat rawatan kerana takut mati yang terpaksa kita meninggalkan kelazatan dunia, maka betapa kita tidak mahu mengambil berat dengan penyakit yang hinggap di hati kita yang dimana jika kita biarkan dan tidak mahu buat rawatan.. Kita bukan sekadar berpisah dari kelazatan dan kebahagian dunia yang sementara, tetapi terpisah dari kelazatan syurga yang kekal abadi"

1. Iblis mengoda hati manusia dengan hasutan hawa nafsu, syahwat, tamak dan cinta dunia. Iblis akan membisikkan kepada mereka kesenangan atau kebahagian dunia, lalu ia(iblis) mendorang mereka merebut peluang yang ada..

2. Apabila hati manusia tergoda, matanya tertutup dengan kelazatan hawa nafsu dan syahwat. Maka manusia lupa akan Tuhannya dan ia berani berbuat maksiat yang mengakibatkan satu titik hitam legam dan sangat susah menerima nasihat dan teguran daripada orang lain yang berilmu dan prihatin..

3. Cubalah kita raba dada kita masing-masing dan bertanya pada diri kita sejauh mana ketaatan kita kepada Allah S.W.T. Sudahkah kita merancang satu masa depan kita di akhirat nanti seperti kita merancang hari tua kita di dunia ini ? Sejauh mana persiapan yang telah kita sediakan untuk menghadapi kematian yang pada bila-bila masa akan menemui kita.. Adakah kita sudah gambarkan malam pertama kita di alam kubur dibandingkan dengan amalan dan ketaatan kita kepada Pencipta kita ? Maka, bersiaplah kamu sebelum terlambat dan bertaubatlah kamu sebelum pintu taubat sudah tertutup rapat..

Di akhirnya mari kita muhasabah diri dan ambil peringatan..








Q = Questions and A = Answers



Q: Feelin alone?

A: InnAllaha ma ana ( Sesungguhnya Allah bersama-samaku)


Q: Wishin' Something?

A : Man jadda wa jadda ( Siapa berusaha, dia akan berjaya)


Q: Missing Somebody?

A: Ma fi qalbi qhairullah ( Dalam hatiku, cukuplah ada Allah)


Q: Saw evil or do evil?

A: Inni akhaullah ( Sesungguhnya aku takut Allah)


P/S: Persoalan yang selalu bermain di keliling kita dan di minda kita..

Jumaat, 20 November 2009

Sayang yang mana ni? ( kamu atau Dia)


( Gambar hiasan sahaja)

Keramahanmu memikat hati,

Senyumanmu menambah seri,

Namun, semakin kau kuhampiri,

Tergugat apa yang kuimani,

Walaupun kau bimbingi aku,
Jauh lagi aku lupakan Dia..



Oh, Tuhan!


dia amat kusayangi,
Andai kata-kata Kau redai,
Tunjukkan aku sekali,

Andai akidahku yang Kau redai,
Pimpunlah dia untuk turut merasai,

KEBENARAN akidah ini!

P/s: Dia/Kau dimana pangkal huruf "D" dan "K" yang besar bermakna Dia/Kau merujuk kepada Allah S.W.T



Khamis, 19 November 2009

Jangan, titik!!!



BERBOHONG adalah satu kesalahan. Berbohong menggunakan nama agama adalah kesalahan yang lebih besar. Saya hairan mendengar sesetengah penceramah agama yang menyatakan haram berbohong, tetapi semasa ceramahnya, dia juga melakukan dosa pembohongan yang paling besar.

Apa tidaknya, dia berbohong dengan menyatakan Rasulullah SAW bersabda sesuatu hadis sedang hadis tersebut adalah palsu pada nilaian ilmu hadis. Bohong jenis ini jauh lebih besar dosanya dari bohong saudagar atau ahli politik. Bohong saudagar dan ahli politik merosakkan harta orang, tetapi bohong pembaca hadis palsu merosakkan agama. Sebab itu Rasulullah SAW bersabda dalam hadis yang mutawatir:

Sesungguhnya berdusta ke atasku (menggunakan namaku) bukanlah seperti berdusta ke atas orang lain (menggunakan nama orang lain). Sesiapa yang berdusta ke atasku dengan sengaja, maka siaplah tempat duduknya dalam neraka”.

Hadis palsu adalah hadis yang direka atau diadakan-adakan, sedangkan ia tidak berasal daripada Rasulullah SAW. Banyak hadis rekaan ini dibaca oleh para penceramah yang jahil. Sehingga saya selalu menegur seorang ‘ustazah tv’ yang sering membaca hadis-hadis jenis ini untuk hidangan penonton.

Mungkin ada pembaca hadis palsu merasakan mereka tidak bersalah, sebab mereka hanya memetik daripada buku-buku mereka baca yang memuatkan hadis-hadis palsu. Maka mereka merasakan mereka hanya menyebarkan, maka tidak patut dipersalahkan. Mereka lupa penyebar hadis palsu sama ada menerusi ucapan atau tulisan, dia dalam masa yang sama sebenarnya menipu orang lain apabila menyandar sesuatu perkara kepada Nabi SAW tanpa bukti yang sah. Pendengar akan terpedaya lalu mengamalkan perkara yang dianggapnya daripada Nabi SAW, sedang ia bukan seperti yang disangkakan.

Al-Imam Ibn Hibban (w. 354H) dalam kitab sahihnya meletakkan satu pasal yang beliau namakan:
Pasal menyebut ketetapan memasuki neraka untuk sesiapa yang menyandarkan sesuatu kepada al-Mustafa (Nabi Muhammad) SAW, sedangkan dia tidak tahu mengenai kesahihannya (Ibn Hibban, Sahih Ibn Hibban, 1/210).
Kata al-Syeikh Muhammad bin Muhammad Abu Syahbah:

Tidak halal meriwayatkan hadis palsu dalam apa perkara sekali pun, melainkan bersama keterangan tentang kepalsuannya. Ini sama ada berkaitan halal dan haram, atau fadail (kelebihan-kelebihan amalan), atau al-tarhib (menakutkan orang ramai terhadap maksiat) dan al-targhib (menggalakkan ibadah), atau kisah, atau sejarah atau selainnya.

Sesiapa yang meriwayatkan tanpa keterangan bererti telah melakukan dosa yang besar dan termasuk dalam senarai pendusta. Ini berasaskan apa yang diriwayatkan oleh al-Imam Muslim dalam mukadimah sahihnya bahawa Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang menyebut hadis daripadaku sedangkan dia menyangka ia dusta, maka dia termasuk salah seorang pendusta”.

Ramai ulama hadis telah menghukum dengan ta‘zir (denda) dan takdib (hukuman membetulkan akhlak) ke atas sesiapa yang meriwayatkan hadis palsu tanpa diterangkan kepalsuannya. Kata Abu ‘Abbas al-Sarraj: Aku melihat diberikan kepada Muhammad bin Isma‘il al-Bukhari surat Ibn Karram yang bertanyakan beberapa hadis, antaranya: hadis daripada al-Zuhri, daripada Salim, daripada ayahnya - disandarkan kepada Rasulullah (Iman itu tidak bertambah dan tidak berkurang).

Maka al-Imam al-Bukhari menulis di atas surat tersebut: Sesiapa yang menyebut hadis ini maka wajib dipukul dengan keras dan dipenjara dalam tempoh yang lama. Bahkan di kalangan ulama ada yang menghalalkan darahnya. Maka, ketika disebutkan hadis (palsu) Suwaid al-Anbari: Sesiapa yang jatuh cinta, lalu dia menahan diri dan menyembunyikannya, kemudian mati, maka dia mati syahid), lalu Yahya bin Ma‘in berkata: “Darah orang ini halal”.

Ketika ditanya Ibn Hajar al-Haithami mengenai seorang khatib yang menaiki mimbar setiap Jumaat dan meriwayatkan hadis-hadis tanpa diterangkan sumber dan kedudukannya, maka jawabnya: “Hadis-hadis yang dia sebut tanpa menerangkan perawi dan siapa yang menyebutnya, harus dengan syarat dia seorang yang mempunyai ilmu dalam hadis, atau dia memetik daripada kitab yang penulisnya ahli hadis. Adapun jika dia hanya bergantung kepada kitab atau ucapan yang penulisnya bukan ahli hadis, maka tidak halal (berbuat demikian).
Sesiapa yang melakukannya dita‘zirkan dengan keras. Inilah keadaan kebanyakan khatib. Mereka semata-mata hanya melihat khutbah yang mengandungi hadis-hadis, lalu mereka hafal. Mereka berkhutbah menggunakan hadis-hadis tersebut tanpa mengetahui asal-usulnya. Maka wajib ke atas pemerintah di setiap negeri menghalang para khatib dari berbuat demikian”. (Abu Syahbah, al- Wasit fi ‘Ulum wa al-Mustalah al-Hadis, m.s. 321-322).

Mengapa bohong menggunakan nama Nabi SAW amat dilarang sekalipun dengan niat yang baik? Ada beberapa sebab yang dapat saya simpulkan. Antaranya, jika pendustaan menggunakan nama orang biasa diharamkan, apatah lagi menggunakan nama seorang rasul. Pendusta hadis palsu menyamakan rekaannya dengan wahyu, atau nilai kerasulan yang ada pada diri Nabi Muhammad SAW. Pendustaan jenis ini juga menghilang kehebatan dan keaslian agama. Agama yang hilang keasliannya, tiada nilainya lagi. Ia menyebabkan Islam yang bersumberkan wahyu sama seperti agama rekaan yang bersumberkan pemikiran dan khayalan manusia.

Ditambah lagi, pendustaan ini bererti penipuan terhadap pencinta Islam yang mungkin tertipu lalu mempercayai pendustaan itu. Mereka akan mengamalkan pendustaan itu dengan keyakinan ia tuntutan agama, padahal ia kepalsuan. Sedangkan mereka inginkan keaslian. Bahkan, pendustaan itu bererti pengkhianatan terhadap syariat yang diturunkan.

Jika pendustaan itu mempunyai unsur-unsur jahat, maka ia jenayah yang menyebabkan manusia hilang keyakinan terhadap agama. Atau menyebabkan manusia mengamalkan agama dalam bentuk yang salah. Jika pendustaan itu menokok tambah unsur-unsur yang dianggap baik, pendustaan seakan menganggap agama yang diturunkan Allah belum lengkap, justeru memerlukan nas-nas tambahan dan rekaan.

Dalam sejarah, bukan sedikit kesan buruk hadis palsu yang dipalitkan kepada Islam yang suci ini. Contohnya, hadis rekaan: “Ayam jantan putih adalah kawanku, ia juga kawan kepada kawan ku. Musuh ayam jantan putih adalah musuhku dan musuh kepada musuhku”.

Hadis palsu ini kelihatan sangat lekeh dan menghina Rasulullah. Tidak mungkin keluar dari mulut seorang nabi perkara yang sebegini. Mungkin ia direka oleh penggemar ayam jantan putih. Sebenarnya, semua hadis yang berkaitan dengan kelebihan ayam jantan putih adalah tidak benar sama sekali. (lihat: al-Jarahi, Kasyf al-Khafa, 2/422). Malangnya, dalam masyarakat kita ada kesan hadis palsu ini. Sesetengah kepercayaan dan bomoh mempercayai kelebihan ayam jantan putih untuk dibuat ubat dan seumpamanya.

Demikian juga pemalsuan hadis telah menjadikan ajaran al-Quran dan al-Sunnah seakan bertentangan antara satu sama lain. Padahal yang bertentangan itu hadis yang palsu. Contohnya, hadis palsu “anak zina tidak akan masuk syurga”. Dahulu, ramai yang menganggap keji dan tiada peluang untuk kebaikan. Akibat daripada hadis-hadis palsu seperti yang dibaca oleh sesetengah pihak. Sehingga ada yang menyebut hadis palsu lain: Anak zina tujuh keturunan tidak akan masuk syurga.

Sedangkan Allah menyebut dalam Surah al-Isra ayat 15 yang bermaksud:

Sesiapa yang beroleh hidayah petunjuk, maka sesungguhnya petunjuk yang didapatinya itu hanya untuk dirinya sendiri, dan sesiapa yang sesat maka sesungguhnya kesesatannya hanya ditanggung oleh dirinya juga, dan seseorang tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain dan tiadalah Kami mengazabkan sesiapapun sebelum Kami mengutuskan seorang rasul (untuk menerangkan yang benar dan yang salah).

Jelas, mana mungkin anak zina dihukum disebabkan perbuatan kedua ibu bapanya?! Ini mencemarkan penegasan al-Quran tentang keadilan Allah yang tidak menghukum seseorang atas kesalahan orang lain. Juga ia menyebabkan si anak zina kecewa dengan Nabi SAW.

Demikian saya amat dukacita apabila diberitahu ada penceramah kursus perkahwinan membaca hadis palsu kononnya Rasulullah SAW bersabda: Apabila seseorang kamu menyetubuhi isteri atau jariahnya, maka jangan dia melihat pada kemaluan mereka kerana yang demikian itu menyebabkan buta.

Maka ‘demam’ pasangan yang ingin berkahwin mendengar hadis palsu ini. Sementara yang dah lama melihat kemaluan isterinya kehairanan kerana dia masih belum buta. Lalu mungkin disangkakan Nabi SAW memberitahu sesuatu yang tidak benar. Sebenarnya, pereka hadis palsu itu yang berbohong dan ustaz pembaca hadis palsu tersebut menyebar kebohongan.

Sedangkan Allah berfirman dalam Surah al- Mukminun ayat 1-6: (maksudnya)

Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman. Iaitu mereka yang khusyuk dalam solatnya. Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia; Dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya (dengan menunaikan zakat harta itu); Dan mereka yang menjaga kemaluan mereka, kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya maka sesungguhnya mereka tidak tercela.

Mengulas hadis tadi, kata tokoh ilmuwan hadis, al-Syeikh Muhammad Nasir al-Din al-Albani r.h:

Penilaian yang betul akan menunjukkan kebatilan hadis ini. Ini kerana dari segi persetubuhan, pengharaman melihat faraj isteri bererti pengharaman kepada wasail (faktor-faktor ke arah persetubuhan). Jika Allah menghalalkan suami menyetubuhi isterinya, apakah logik untuk dia dilarang melihat kemaluan isterinya. Demi sesungguhnya tidak!

Ini dibuktikan dengan apa yang diriwayatkan daripada ‘Aisyah, katanya: Aku dan Rasulullah pernah mandi bersama dari satu bekas air. Maka dia mendahuluiku sehingga aku kata: tinggalkan untukku! tinggalkan untukku!) Riwayat al-Bukhari, Muslim dan selain mereka.

Jelas daripada hadis ini harus melihat kemaluan isteri. Ini dikuatkan oleh riwayat Ibn Hibban melalui Sulaiman bin Musa yang apabila ditanya mengenai suami yang melihat kemaluan isterinya, dia menjawab: “Aku pernah bertanya hal ini kepada ‘Ata. Kata ‘Ata: Aku pernah bertanya ‘Aisyah, lalu ‘Aisyah pun meriwayatkan hadis di atas” (Al-Albani, Silsilat al-Ahadis al- Da‘ifat wa al-Maudu‘at,, 1/353).

Contoh lain kepalsuan yang menyanggahi prinsip-prinsip Islam; hadis-hadis yang menyatakan orang yang bernama Muhammad atau Ahmad tidak akan masuk neraka. Ini bercanggah dengan prinsip Islam bahawa syurga dan neraka dinilai melalui amalan soleh. Ahli syurga adalah golongan yang beriman dan soleh. Sementara dimasukkan ke dalam neraka ahli maksiat walau apa nama dan panggilannya.

Kata Ibn Qayyim al-Jauziyyah:
“Ini bercanggahan dengan apa yang diketahui dari agama Nabi SAW iaitu; bahawa neraka tidak dapat dielakkan darinya dengan nama dan gelaran. Sebaliknya, yang menyelamatkan dari neraka ialah iman dan amalan soleh”. (Ibn Qayyim al-Jauziyyah, al-Manar al- Munif fi al-Sahih wa al-Da‘if, m.s. 57).

Namun, ada mempercayai bahawa nama yang baik sahaja boleh masuk syurga. Saya pernah mendengar penceramah agama yang menyatakan siapa nama ‘Ghazali’ mudah masuk syurga sebab sama dengan nama ulama. Inilah satu daripada salah faham terhadap agama.

Hari palsu juga mewujudkan khurafat yang pelbagai. Dulu ada orang Melayu yang menganggap Hari Rabu akhir bulan adalah hari mudah ditimpa nahas. Ini semua disebabkan hadis palsu yang menyebut hari Rabu terakhir bagi setiap bulan adalah hari nahas yang berterusan. Ini adalah hadis palsu. (Lihat: al-Albani, Silsilat al-Ahadis al- Da‘ifat wa al-Maudu‘at, 4/88.)
Menjadikan sesiapa yang percayanya ketakutan tanpa sebab dan memandulkan urusan kehidupan. Bahkan isi kepalsuan ini menyanggahi realiti yang kita saksikan. Betapa banyak hari Rabu akhir bulan datang dan pergi sedangkan kedatangan musibah tidak pernah memilih hari. Ia adalah ketentuan Allah SWT semata. Malang sekali apabila ada penceramah motivasi yang membaca hadis ini sebagai tips-tips penting dalam mengatur hidup, kononnya elakkan hari Rabu terakhir dalam bulan Islam bimbang nanti ditimpa nahas.

Hadis-hadis palsu telah merosakkan imej Islam. Namun ramai yang belajar agama tidak mempelajari ilmu hadis atau merujuk kepada ulama hadis telah tersasul dengan membaca hadis-hadis palsu ini. Sehingga dalam laman web pihak yang berlogokan kemajuan Islam pun dimasukkan hadis palsu. Agama menjadi keliru disebabkan hadis-hadis yang seperti ini.

Maka kita sepatutnya selalu mengingati amaran Nabi SAW kepada para sahabah baginda:

Pada akhir zaman akan ada para dajjal lagi pendusta. Mereka membawa kepada kamu hadis-hadis yang tidak pernah kamu dan bapa-bapa kamu mendengarnya. Kamu hendaklah berhati-hati dengan mereka agar mereka tidak menyesatkan kamu dan memfitnah kamu (menipu kamu sehingga yang batil disangkakan benar). (Riwayat Muslim).

Sabtu, 14 November 2009

Puisi : Mengertilah Pencari Cinta Ilahi..



Wahai manusia
mengapa hidupmu larut dalam kegelapan
mengapa kau masih ragu dengan kasih sayang Maha Penyayang
mengapa pula dirimu hanyut dalam penderitaan
bukankah Allah tidak pernah melupakanmu walaupun sedetik..
 

Memang.. 
Tapi Kita yang selalu lupa Dia walaupun sedetik... 
Kita lalai.. Kita Alpha... 
Kita memang manusia yang lemah.. 
tapi kita tak berusaha menjadi sebaik-baik manusia.. 
Kita tak mengenal erti kekhalifahan kita di muka bumi ini.. 

Huhhh.. Kita hanyut dengan orang-orang yang hanyut.. 
Orang buat itu kita ikut tanpa kaji.. 
Kita hanya penurut apa yang kita tak tahu.. 
Sedangkan Al-Quran dan Sunnah yang patut dan wajib kita ikut..
Kenapa kita ingkar?? kenapa?? 

Perlukah aku bertanya baru kamu hendah sedar?? Perlukah?? 
Sedarlah hakikat engkau dicipta... 
Sedarlah tugas kekhalifahanmu.
Sedarlah sebelum telat (terlembat) 
Sebelum nyawamu milik malaikat maut.. 
Sebelum jasadmu milik bumi.. 
Sebelum kau diseru.. 
Menikmati Malam pertama di Alam kubur.. 
Mengertilah..

Jumaat, 13 November 2009

Katakan tidak kepada FACEBOOK ( BOIKOT!!! BOIKOT!!!)


Assalamualaikum w.b.r..


Hari ini blogger "lampuneonmu" ingin mengajak dan menyeru kepada semua umat Islam terutamanya meningkatkan kebencian kita kepada golongan yang Allah S.W.T laknat dan golongan ini juga yang telah banyak melakukan kerosakan bumi dan merekalah juara mengingkari perintah Allah serta telah banyak membunuh para Anbiya.. Golongan yang Ana maksudkan ialah  Yahudi di laknat Allah.. Kini propanganda mereka yang telah menyebarkan hendonisme dan sekarang mengasaskan "Facebook" yakni saya panggil "mukabuku".. hehehe Kelakarkan punyanya "Mukabuku" ???

Ana nak bawakan satu pertikan akhbar di sini.. Tajuknya "Israel intip maklumat orang Islam menerusi Facebook" Perhg.. Gerun Ana dengar.. Selamat membaca...
Dubai - Pasukan perisikan Israel dipercayai menceroboh maklumat sulit orang ramai, terutama pengguna Arab dan Islam dalam Facebook bagi mendapatkan maklumat berharga mengenai individu tersebut. Pendedahan terbaru itu diperoleh menerusi sumber-sumber dipetik sebuah majalah, Isreal Magazine, di Perancis.

Pencerobohan maklumat peribadi dalam web jaringan sosial itu bertujuan untuk menganalisis aktiviti dan memahami corak pemikiran mereka. Pendedahan tersebut ternyata menjejaskan rahsia kerajaan Israel dan hubungan diplomatik Tel Aviv manakala duta Israel ke Paris menuduh majalah tersebut sengaja menghasilkan maklumat sulit sedia ada kepada pihak musuh( Islam).
Aktiviti risikan Israel itu terbongkar pada Mei 2001, kata profesor psikologi di Universiti Provence, Gerrard Niroux. " Ini adalah rangkaian perisikan yang dicipta ahli psikologi Israel yang cuba menggoda belia dunia Arab, terutama di negara yang terletak dalam konflik Israel-Palestin dan Amerika," katanya.

Niroux turut memberi amaran kepada pengguna lelaki yang menggunakan Facebook untuk mencari teman wanita kerana aktiviti intipan akan menjadi lebih dengan mengunakan golongan tersebut.

So, gerukan??  Meh sama sama kita fikir..
Dulu masa rakyat palestin di bedil teruk oleh Isreal Lakantullah.. Kita boleh je boikot semua barang Yahudi dan siap ada senarai lagi barang termasuk dalam boikot.. Hebat kita waktu tu.. Hebat sungguh sehinggalah Yahudi terganggu dan terjejas produknya.. Kita "Boikot Facebook" takkan tak boleh?? Boleh ke tak ni?? Kita Islam kene bersatu barulah orang lain gerun.. Bukanlah gerun gaya "The Hulk" tapi kita ada kelebihan kita dan kelebihan kita doa sebagai senjata, Allah sentiasa bersama-sama orang beriman dan akhirnya setiap orang ada tugas dakwah yang adalakala boleh jadi fardu Ain' dan boleh jadi Fardhu Kifayah.. Kita adalah penyambung dakwah Baginda Rasulullah.. Nak dapat Syafaat Baginda nanti kita wajib menyambung Dakwah Baginda..Tak kisahlah sebesar mana pun usaha kita, yang penting ada usaha.. Seorang sikit lama lama banyak.. Takbir!!!!  Allahuakbar...



Khamis, 12 November 2009

Adakah kamu tahu?? ( Mesej dari sahabiah bertanya)





Fatwa oleh: al-Syeikh Muhammad Soleh al-Munajjid
(Salah seorang ulama Saudi)

Petikan mesej : 
(Ana gelar dia Sahabiah (Sahabat perempuan) je)



Sahabiah : Salam Shah, Ana nk tnya sesuatu sebnrnya..
                  Urgent sgt..

Ana : Salam.. Tanya..
Sahabiah : Td Ana bru blk dr mmbeli tali gntung fon..kt tali 2 ada tnda salib..bru sat2 nie ana perasan.. jd apa yg ana prlu lkukn? nk buang? Dhlh mahal.. Bgaimne?
Ana : Berapa harganya? Tanda salib kat tali ke? Ada banyak ke tandanya?
Sahabiah : Hargnya RM5. Tnda salib 2 ada 1 dhujung tali.. Jelaslg 2.. kal0 ana tutup tnda 2 ngn 
pita plekat xpe ke? N xpe ke kal0 msuk msjd atau surau?
Ana : Jawapannya satu je.. tetap kena tinggalkan atau buang.. Haram dan berdosa simpan atau pakai..
Sahabiah : ohhh.. mcm 2? Silap ana juge.. Beli tp xtgk btl2.. .. trme ksh..

Jawapan Ana berdasarkan hadis ini..

 Ini kerana Nabi s.a.w. bersabda:

 لَمْ يَكُنْ يَتْرُكُ فِي بَيْتِهِ شَيْئًا فِيهِ تَصَالِيبُ إِلَّا نَقَضَهُ


Maksudnya: “Tidak membiarkan sesuatu di dalam rumahnya yang berbentuk salib, melainkan baginda memusnahkannya.” 
(H.R. al-Bukhari)


1. Jika logo itu dibuat sememangnya dimaksudkan logo salib (kristian). Maka ia tidak boleh dibawa, dipakai, dijual beli dan dilukis oleh seorang muslim. Sebab pengharaman ini adalah untuk menjauhi dari menyerupai kristian dan membesarkan lambang agama yang batil. Sebab pengharaman ini berlaku ke atas setiap bentuk salib yang dikenalpasti oleh penganut kristian apabila bantuk itu digunakan adalah untuk membesar dan sebagai lambang agama mereka.

2. Adapun jika dilukis sesuatu hiasan tertentu, atau dibuat sesuatu alat perumahan atau suatu alat-alat (kegunaan) biasa, kemudian secara kebetulan ia menghasilkan bentuk seperti bentuk salib, maka ia perlu dilihat:

i. Jika ia nyata/jelas bagi orang yang melihatnya kali pertama sebagai salib yang masyhur digunakan hari ini dikebanyakan gereja-gereja dan dikalangan penganut kristian. Iaitulah bentuk dua garisan (bersilang), salah satunya menegak dan satu lagi melentang, dimana garisan melingtang itu berada dalam kedudukan membahagikan garisan menegak kepada bahagian atasnya lebih pendek daripada bahagian bawah. Inilah bentuk salib yang paling masyhur semenjak ia direka oleh penganutnya, sepeti bentuk kayu yang digunakan untuk menyalib orang yang hendak dibunuh. Maka jika bentuk ini yang jelas kelihatan bagi orang yang melihatnya buat kali pertama, maka wajib membuang bentuk itu dan menghilangkannya. Atau menggantikan bentuk itu dengan menjadikannya bentuk lain. 


 ii. Jika bentuk salib itu tidak jelas/nyata, dan dia terhasil dari ukiran/hiasan secara tidak sengaja, atau ia merupakan binaan yang mempunyai peranannya, atau ia merupakan simbol metematik, seperti simbol tambah atau darab. Maka bentuk-bentuk sebegini tidak perlu dibuang dan dihilangkannya, maka tidak salah membuat bentuknya, menjual untuk tujuan ini, disebabkan tidak adanya sebab larangan iaitulah menyerupai kaum kuffar.


wallahu a’lam.

Ahad, 8 November 2009

Barzkh memanggilmu... (Bersedia?? )



TANDA-TANDA SAAT KEMATIAN

a) 100 hari :
Seluruh badan rasa bergegar.

b) 60 hari :
Pusat rasa bergerak-gerak

c) 40 hari :

Daun dengan nama orang yang akan mati di arasy akan jatuh dan malaikat maut pun datang kepada orang dengan nama tersebut lalu mendampinginya sehingga saat kematiannya. Kadang-Kadang orang yang akan mati itu akan merasa atau nampak kehadiran malaikat maut tersebut dan akan sering kelihatan seperti sedang rungsing.

d) 7 hari :
Mengidam makanan.

e) 5 hari :
Anak Lidah bergerak-gerak

f) 3 hari :
Bahagian tengah di dahi bergerak-gerak

g) 2 hari :
Seluruh dahi rasa bergerak-gerak

h) 1 hari :
Terasa bahagian ubun bergerak-gerak di antara waktu subuh dan asar.

i) Saat akhir :

Terasa sejuk dari bahagian pusat hingga ke tulang solbi (di bahagian belakang badan). Seelok-eloknya bila sudah merasa tanda yang akhir sekali, mengucap dalam keadaan qiam dan jangan lagi bercakap.

******* BILA MALAIKAT MENCABUT NYAWA *******

Baginda Rasullullah S.A.W. bersabda :



"Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan! dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai ke lutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar. Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu."

Sambung Rasullullah s.a.w. lagi :
 

"Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail A.S akan menebarkan sayapnya yang disebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada disekelilingnya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail  a.s


"Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail A.S akan menebarkan sayap disebelah kiri. Maka orang itu tidak lagi melihat orang disekelilingnya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya."


Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah S.W.T. menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut. Apabila malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata :

"Tidak ada jalan bagimu mencabut roh orang ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah S.W.T."

Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada Allah S.W.T. dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu. Lalu Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud :"Wahai malaikat maut, kamu cabutlah rohnnya dari arah lain."


Sebaik sahaja malaikat maut mendapat perintah Allah S.W.T. maka malaikat maut pun cuba mencabut roh orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan keluarlah penulisan ilmu.Maka berkata tangan : 

"Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin dari arah ini, tangan ini telah mengeluarkan sedekah, tangan ini menusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan."

Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan, maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki. Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata :
 

"Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik menghadiri majlis-majlis ilmu."Apabila gagal malaikat maut, mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga. Sebaik sahaja malaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata :"Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir."Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin ini dari arah mata tetapi baru sahaja hendak menghampiri mata, maka berkata mata :"Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah."

Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah S.W.T. Kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud :
 

"Wahai malaikatku, tulis Asmaku ditelapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu."
 

Sebaik sahaja mendapat perintah Allah S.W.T maka malaikat maut menghampiri roh orang itu dan menunjukkan Asma Allah S.W.T. Sebaik sahaja melihat Asma Allah dan cintanya kepada Allah S.W.T maka keluarlah roh tersebut dari arah mulut dengan tenang. Abu Bakar R.A telah ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar R.A :
"Roh itu menuju ketujuh tempat :-
 

1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke syurga Adnin.
2. Roh para ulama menuju ke syurga Firdaus
3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.
4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka.
5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.
6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.
7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka.
Si Jin, mereka diseksa beserta jasadnya hingga sampai hari kiamat."

Telah bersabda Rasullullah S.A.W. :


Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya :-
 

1. Orang-orang yang mati syahid.
2. Orang-orang yanf mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.
3. Orang-orang berpuasa di hari Arafah.

P/s : Tanda-tanda ini sudah lama di hebahkan.. Sejauh manakah kebenarannya??


Selasa, 3 November 2009

Jangan mengeluh.. La Tahzan Ina'Allaha Ma'ana




Release your stress out!!!


Layar yang teguh mampu memagar angin kencang, Nakhoda berhati besar tidak akan tewas di tengah gelombang, Tanpa cabaran seseorang tidak akan menjadi kuat, Tanpa halangan seseorang tidak akan menjadi hebat..

Wahai diriku..
Penat bukan? Duduk dahulu dan ambil beberapa nafas yang panjang. Jangan pusing kepala dengan masalah yang tidak mampu diselesaikan. Kau berhak mendapat waktu rehat kerana kau juga manusia biasa. Kau bukan manusia super yang boleh buat segala-galanya. ..Kau dan aku.. kita semua manusia biasa sahaja. Jangan risau kalau orang kata kita lemah, kita kurang dan kita tak cukup teror. Sebab kata-kata itu ialah bukti bahawa kita ialah manusia.

(kau bukan super.. kau bukan star.. kalau digabungi engkau bukan superstar...)

Wahai hati..

Aku meluangkan masa untuk menulis nukilan rahsia ini agar kita kembali kepda hakikat sebenar seorang Hamba Allah. Kita bekerja kerana Allah adalah untuk pahala dan keabadian syurga. Tiada yang selain-Nya. Kerja kita bukan bermatlamatkan kesempurnaan, kemenangan besar, pujian melata atau keuntungan berganda. Kita cuma mencari PAHALA. Dia mana ada pahala, di situ kita pergi. Sekalipun gagal melaksanakannya dengan sempurna, sekurang-kurangnya kita tahu pahal tetap ada untuk kerja itu. Jika kita sedar hakikat itu, bererti kita ialah orang yang mengerti hakikat kerjadian manusia..

Wahai hatiku.. jangan lumpuh semangat dalam mencari pahala.. kerana semangat seorang muslim itu tidak pernah lumpuh dalam mencari pahala.. melainkan dia sudah mengubah niatnya untuk mencari sesuatu yang lain. Bangunlah.. bekerjalah.. kerana duduk sahaja atau mengalah itu bukan sifat kita. Dan pastikanya kita tidak mahu memilih jalan untuk berdiam diri dan putus asa.

Ingat..


Bukan kita yang menetukan siapa bakal menjadi pemimpin masa depan. Kita tidak tahu.. kerana itu hanya seorang penyeru (daie) atau pun "muballigh".. Hidayah dan kesedaran serta takdir itu semuanya milik Allah. Kita hanya bekerja dengan bakat dan kemahiran yang ada dalam diri kita. Kita hanya bekerja kerana kita mampu melakukannya. Soal kejayaan dan hasil, itu bukan ditangan kita. Soal masa depan itu kita serahkan segala kepada Allah..

Oleh itu.. jangan bersedih.. janganlah bermurung.. jangan tertunduk dan berasa terpinggir.. itu bukan tugas kita sekarang.. Itu bukan perkara yang sesuai untuk kita buat sekarang. Yang perlu kita lakukan sekarang ialah.. tunjukkan kepada Allah bahawa kita ialah hambaNya yang sedia diuji dan akan terus berdiri. Kita akan tunjukkan kepada Allah bahawa kita termasuk dalam kalangan hamba-Nya yang ikhlas dan tidak pernah mengharapkan ganjaran duniawi. Kita ialah hamba yang bekerja untuk-Nya dan bertawakal kepada-Nya..

Wahai hatiku.. Sebelum itu.. jika kau penat.. Tidurlah dahulu.. Jika kau berasa walah, berehatlah seketika.. Tetapi jangan kecewa dan jangan mengalah. menangis dalam berjuang itu adalah lebih baik daripada tersenyum dalam ketewasan.. Dan aku menyakini kau ialah seorang yang tahu memilih apa-apa yang terbaik. Kau ialah pemimpin untuk diri aku.. Setiap keputusan yang Kau pilih.. Wajar dihormati..

Titik!





Ahad, 1 November 2009

Berdoalah kepadaKu (Allah) nescaya Aku perkenankan Doamu . .

. . .Doa Menghadapi Peperiksaan. . .

Doa agar dikurniakan kefahaman yang baik dan ingatan yang sempurna sewaktu meneleah mata pelajaran:

Allahummar zuqna, Ya Rabbi fahaman nabiyyiin, wa hifzaal mursaliin, wa'ilhaamal malaikatiil muqarrabin, fii 'aafiyaati, ya Arhamar raahimiin

Maksudnya : "Wahai Tuhanku, kurniakanlah kami fahaman Nabi-Nabi, dan hafalan para Rasul serta mendapat ilham para malaikat yang hampir denganMu, juga kurniakan kami kesihatan Wahai Tuhan Yang Amat Pengasih"


 Doa sebelum masuk kelas/dewan peperiksaan

Wa hai yi' lanaa min amrinaa rashadaa

Maksudnya : "Ya Allah, persiapkan kami mengenai dengan urusan kami dengan petunjukMu . . ."

Doa sewaktu lupa semasa menjawab soalan
  
 Subhaa na man laa ya naa mu wa laa yas hu Allahumma zakkrnii maa nasiit (3 kali)

Maksudnya : "Maha Suci Tuhan yang tidak pernah tidur dan tidak pernah lalai, Wahai Tuhanku, ingatkanlah aku apa-apa yaang aku lupa"


Doa memohon kerjayaan cemerlang
(Di baca sebelum tidur setiap hari sehinggalah keputusan peperiksaan diumumkan

Allahumma inni as-alukal fauza 'indal qadha wa manaazilasy syuhada wa 'ai syas su 'a da' wan nasr alaal a'daa'

 
Maksudnya ; "Ya Allah kami memohon kejayaan dalam setiap kentetuan, tempat para syuhada dan kehidupan orang-orang bahagia serta kemenangan mengatasi musuh."


 P/s :  Salam Berimtihan semua . . (Ana pun berimtihan juga . . Hehehe)

 




Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha
Letakkan Al-Quran sebagai Panduan Hidupmu dan As-Sunnah sebagai gaya hidupmu

Antum/Antuna semua (ukhwah fillah)

Artikel - Artikel Popular