Ahad, 24 Jun 2018

HATI BUKAN MILIKKU

Assalamualaikum dan Bismillah..


Tiada sebarang posting bulan May, kenapakah? Adakah blogger sibuk, adakah laptop blogger buat masalah lagi atau adakah adakah adakah? Tiadalah, bertaba dalam gua ramadhan diam diam pun tiada. Blogger tak sempat sebenarnya, masa berlalu dengan pantas sekali. Puasa pun rasa macam sebentar sahaja, kejap sangat terus nak raya.

Pertama tamanya Selamat Hari Raya semua. Raya ini alhamdulillah. Betul tidak sama sejibik dengan raya tahun tahun sudah namun ada manis dan kenangannya untuk dilakar dan diukir. Alhamdulillah. Cerita puasa InsyaAllah akan diusahakan posting dengan tajuk entri PUASA TAHUN INI. Nantikan.

Baik, bagi entri pos kali ini benarkan hati kita ini bukanlah milik kita mutlak, berkali blogger ingatkan jika hati kita sering diketuk ketukkan dengan sesalan, rindu beragama dan rasa gundah gelana dengan maksiat Alhamdulillah Allah masih memberi kita perasaan atau masih memelihara kita.

Sesekali apabila memandu sambil layan radio ikim ada diputar lagu Sebatang tamar yang merindui Rasulullah. Walaupun sekadar mimbar yang pertama menjadi sandaran namun  benda yang tak bernyawa punya hati yang lembut, kita bagaimanakah?

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha
Letakkan Al-Quran sebagai Panduan Hidupmu dan As-Sunnah sebagai gaya hidupmu

Antum/Antuna semua (ukhwah fillah)

Artikel - Artikel Popular