Khamis, 16 Februari 2012

Apa Harus Saya Kata

 

Saya jumpa kata kata ini tadi :

"Alhamdulillah Allah beri peluang dan buka hati saya untuk bertudung."

Pertama kali terbaca ayat ini saya semua ada tercenggang ada, ternganga ada, terkejut pun ada ibarat nak pinjam kata kata "macam macam ada" .. Dalam hati terdetik dua je kata kata, yang pertama kalau saya 'istiqomahlah' maka sebenarnya saya hanya kata agar berterusan dan jika saya kata 'dah lama dah benda tu jatuh wajib' maka nampak sikit kekurangan adab pada diri saya. Entahlah. Bukan saya tak mahu kata apa apa cuma saya tak berkenan tudung yang ramai panggil apa namanya tudung hana ape ke benda? hana tamika? hana jia? Hana apa? Tak pandailah saya nak sebut. Betulkan kalau saya salah. 

Entahlah kenapa, saya cuma berkenan pada tudung yang bidang 60 dan tudung labuh ni.. Pada tudung bukan pada orangnya tau.. Nak nak kalau yg berpurdah dup dap dup dap dap lagi saya rasa namun apakan daya saya ni jenis segan dan seganlah.. Balik pada topik.. Apa harus saya kata? Kalau ada jadi saya apa yang anda kata? Apa yang harus terniat di hati anda? Bagaimana dan kenapa? Jawab sayaa...

3 ulasan:

  1. Berkatalah benar walau pun pahit. Hakikatnya, tudung tu memang telah diwajibkan. Terbuka atau tidak. Tudung itu adalah wajib.

    Bak kata Ustaz Ismail Kamus ( kalau tak salah ), benda yang baik tu, walau pada asalnya kita buat semata-mata sebab malu pada org, tapi teruskan. Ikhlas itu akan datang dengan sendirinya.

    Hakikatnya, siapa kita nak menghalang dan melawan hukum ALLAH.

    BalasPadam
  2. Balasan
    1. Terima kasih respon Kak Diya dan sahabiahku Shima Nur.. Optionnya hanya 'istiqomahlah' atau ' dah lama perkara ni wajib'. Dua jawapan yang berbeza dan satunya lembut atau kasar.. Ada masa perlu berlembut dalam menyampaikan uslub dakwah ada masa kena lantang (mujadalah). Memang benar mulanya kerana niat cuma bagi Ana niat betul tapi niat tak boleh lawan benda azali lagi.. Niat vs perintah Allah? Niat (aku tak ikhlas pakai tudung jadi aku tak pakai) vs perintah Allah ( wajib menutup aurat) mana menang agarnya? Niat kita ke perintah Allah...

      Padam

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha
Letakkan Al-Quran sebagai Panduan Hidupmu dan As-Sunnah sebagai gaya hidupmu

Antum/Antuna semua (ukhwah fillah)

Artikel - Artikel Popular