Sabtu, 26 Jun 2010

Hampir Saatnya Kini


Lembaran naskah itu
Telahku tatapnya kemas
Telah ku renungnya jauh
Telah tersemat di hati
Aku menerima
Akur yang telah berlalu
Tak mungkin aku berpaling
Melihat kembali yang semalam
Tak mungkin aku berundur

Bunga, kau di taman larangan
Aku jejaka di martabat yang hina
Aku datang menyuntingmu bunga di taman
Kau yang haram, inginku halalkan

Bunga, kau kah itu?
Yang mewangikan jiwaku
Yang mengambil hatiku
Berkatalah bunga, yang kau sudi menerima
Dan mengizinkan aku memetikmu
Di taman larangan dan akan kuhalalkan.

Tidakku mahu menjadi 'kumbang'
Ambil madu yang lain dibuang
Tidakku bergitu, memetikmu bukan untuk berkasih
Tapi memetikmu mengabadikan sebagai seorang insan yang bergelar 'isteri'.

Surah Mu'awidzatain (Dua Surah Perlindungan)


Kenali..

Mu'awidzatain itu panggilan bagi dua surah dalam al-Quran, yakni surah al-Falaq dan surah an-Naas. Bacalah! Pada ayat itu kita memohon perlindungan daripada godaan jin dan manusia, kerana kekadang bomoh dibantu makhluk halus. 

Kenapa perlu baca?
Apabila kita membaca kedua-dua surah itu, kita meminta perlindungan Allah S.W.T. supaya Dia memelihara kita daripada kejahatan yang dilakukan oleh jin dan manusia.

Bila di amalkan?

Selepas solat lima waktu. Di luar solat juga boleh, misalnya ketika berdiri, duduk, berbaring. Kita mesti kerap-kerap kali melakukannya.

Selasa, 15 Jun 2010

Sekarang atau Tak Selamanya..


Sifat 'biasa'

Satu sifat yang biasa yang menjadi kebiasaan. Dalam hidup kita tidak boleh biasakan sifat yang menghampiri kepada sifat mazmumah. Kita kene ubah daripada biasa ke tak membiasakannya. Misal kata kita sudah terbiasa bercakap perkara yang kurang sedap di telinga mendengarnya seperti perkataan mencarut dan menghina. Pasti apabila di tanya kenapa kita mengeluarkan perkataan itu dan jawapannya mudah "Dah biasa". Tahukah anda perkara yang kita yang kita jawab 'biasa' tadi sebenarnya apabila dah menjadi biasa maka ianya sebati dalah hidup kita. Kekadang perkara yang kita anggap 'biasa' tadi kita buat pun kita tak sedar kerana ia lebih kepada sifat spontan. Spontan itu bermakna kita buat perkara itu tanpa kita rancang. Amat mudah membiasakan perkara yang negatif tapi sukar membudayakan sifat positif. Adakah kita sedemikian? Tanya Iman dan fikirlah..

'Biasa' dalam Maaf dan Taubat

Bagaimana 'biasa' di dalam maaf dan  taubat. Secara lumrahnya kosa kata maaf kita  tujukan untuk manusia seperti "saya minta maaf" dan taubat/ampun kita tujukan buat Allah S.W.T seperti "Ampunkan dosaku Ya Allah, aku bertaubat". Mungkin itu biasa dan kebiasaan. Dan menjadi kebiasaan juga kita mudah melakukan salah/dosa kepada manusia dan Allah S.W.T. Itu biasa dan menjadi kebiasaan juga malah mudah kita meminta maaf kepada manusia kerana dosa kita pada manusia hanya manusia yang boleh terhapus setelah minta maaf kepadanya. Dan dalam sesetengah keadaan kita melebihkan manusia daripada Allah S.W.T. Kenapa Ana berani kata macam tu? Kerana Kita kebiasaannya mendahulukan manusia dalam meminta maaf daripada kita meminta ampun dan bertaubat kepada Allah. Mungkinlah kerana kita takut 'tak sempat' minta maaf dengan manusia lebih tinggi peratusannya daripada kita minta ampun dan bertaubat kepada Allah. Mungkin itu fenomenanya.

Sekarang atau Tak Selamanya..

Namun walau apa pun keadaannya. Mulalah sekarang. Mulalah diwaktu masih ada usia kita. Mulalah ketika waktu Allah masih beri kita nikmat untuk menyedut oksigen-Nya. Mulalah sekarang meminta kemaafan kepada manusia dan berusaha tidak mengulanginya dan juga memohon ampun/taubat kepada Allah S.W.T. sekarang tanpa ada rasa kebiasaan untuk menangguh dan mengeluarkan kosa kata "kejap lagi" dan "nantilah" serta seumpamannya kerana jika tidak sekarang atau tidak selama-lamanya.

Peringatan Pendek

"Kemaafan itu hanya untuk hari ini..
Bukan buat semalam atau esok..
Dosa itu taubatnya hari ini bukan di tangguh lagi..
Sekarang atau tidak selamanya.."

Isnin, 14 Jun 2010

Sekadar Hebahan


PESTA BUKU ANTARABANGSA KELANTAN 2010

Di : Balai Islam, Lundang, Kota Bharu, Kelantan

Pada : 18 - 22 Jun 2010

Ahad, 13 Jun 2010

Ya Allah (Kembali Aku)


Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah
Ya Allah jangan Kau coba aku
Melebihi batas mampu dan sanggupku
Ya Allah bila memang Kau coba
Aku percaya Kau sayang padaku

Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah Ya Rabbi

Ya Allah
Ya Allah lindungilah diriku
Dari yang menjahati menzhalimiku
Ya Allah Kaulah Maha Segala
Engkaulah pelindung hidup dan matiku

Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah Ya Rabbi

Ya Allah
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah Ya Rabbi

Ya Allah
Ya Allah jangan Kau coba aku
Melebihi batas mampu dan sanggupku

Sabtu, 12 Jun 2010

Baiti Jannati Sakinah, Mawaddah & Rahmah

Membina Jannati Al-Bait

Rumah tangga yang menjadi idaman dan harapan setiap insan ialah rumah tangga yang didalamnya terdapat keindahan suasana sakinah, mawaddah dan rahmah. Setiap pasangan yang akan, sedang dan sudah mendirikan rumah tangga pastinya mendambakan sebuah Baiti Jannati yang dibina dengan disirami kasih sayang yang berpanjangan, harmoni dan sejahtera yang tiada tepian. Untuk mencapai hasrat tersebut setiap pasangan harus memahami konsep dan tujuan mereka berumah tangga.

Dimensi Perkahwinan
Terdapat tiga dimensi perkahwinan yang dicatatkan oleh Dr. Abdulullah Nasih al-Ulwan dalam kitabnya yang masyhur, Tarbiah al-Awlad fi al-Islam iaitu : ~
~ Perkahwinan adalah fitrah manusia.
~ Perkahwinan adalah Kepentingan dan Bermasyarakat.
~ Perkahwinan adalah penyucian dan pemilihan hati.

Perkhawinan itu :

~ Memelihara Benih Manusia

Institusi perkhawinan dapat memastikan kesinambungan keturunan manusia. Natijahnya akan bertambah dan bercabang-cabang salasilahnya antara satu dengan yang lain. Lantas, proses perkembangan ini seharusnya dipelihara daripada sebarang noda dan kerosakan. Oleh yang demikian adalah menjadia tanggungjawab pihak berkuasa untuk meletakkan dasar-dasar pendidikan dan perundangan yang mampu untuk menyelamatkan bangsa manusia daripada kerosakan akhlak, moral serta tubuh badannya jua.

Allah berfirman dalam surah An-Nisa ayat 1

"Wahai manusia. Bertakwalah kepada Tuhan kamu yang menjadikan kamu daripada diri yang satu, lalu dijadikan daripadanya pasangan  (Suami Isteri) lalu diperkembangbiakkan daripada lelaki dan perempuan yang ramai." 

 ~ Keharmonian Zuriat

Anak-anak yang lahir daripada perkahwinan yang sah pasti berbangga dengan pertalian nasab kepada ayah mereka. Justeru itu, seseorang manusia pastinya dapat mengidentifikasikan dirinya dalam keadaan yang tenang dan tenteram kerana mempunyai harga diri yang mulia.

Tanpa perkahwinan yang disyariatkan oleh Allah, nescaya masyarakat hidup dalam keadaan porak-peranda dan lahirlah zuriat yang tidak mempunyai harga diri dan keturunan. Akibatnya masyarakat hidup dalam keadaan tersebarnya kemaksiatan dan kerosakan di atas muka bumi ini. Jangan pula kerana kejahilan ibu bapa yang melahirkan anak luar nikah mengakibatkan anak luar nikah yang tidak punya dosa dilema sepanjang hidupnya. 

~ Benteng Penyakit Bahaya


Melalui Institusi Perkahwinan juga masyarakat akan terpelihara daripada penyakit yang menular dan membinasakan yang kini tersebar luas akibat perhubungan seks bebas. Hubungan haram ini telah menimbulkan bermacam-macam penyakit dalam masyarakat. AIDS, HIV dan seumpamanya antara penyakit yang sangat berbahaya yang lazimnya menghapuskan keturunan sekali gus melemahkan tubuh badan. Penyakit-penyakit ini juga boleh berjangkit kepada isteri dan seterusnya kepada anak-anak.

~ Mendambakan Erti Kesucian 

 Islam tersurat di dalamnya undang-undang yang sungguh mulia dan teragung. Dalam proses perkahwinan, telah diletakkan di hadapan si peminang dan yang dipinang itu beberapa syarat dan hukum yang perlu diikuti. Jika ianya dipegang, diikuti dengan baik nescaya perkahwinan itu akan berjalan lancar dalam bentuk penuh mawaddah dan rahmah.

Lantas, terbinalah institusi keluarga yang terdiri daripada keturunan lelaki dan perempuan diliputi dengan kemuncak keimanan yang kuat, tubuh badan yang sihat, budi pekerti yang mulia, akal yang matang dan jiwa yang tenang


Ucapan Umumku

Bila dua hati sudah terjalin,
Selamatlah pengantin Ana doakan,
Moga Redha Allah bersinar selalu,
Tanda bermula bahtera hidup baru..

Selamat pengantin baru...

P/s : Maklumlah bila menjelang je cuti sekolah pasti ada yang melangkah ke dunia perkahwinan dan tidak lupa juga buat Ustazah Ana (Siti Nora'aeshah Zakaria) yang menamatkan hari bujangnya pada 6 jun 2010 minggu lepas.. Semoga Ustazah dikurniakan rumah tangga yang Sakinah, Mawaddah dan Rahmah.. Insya-Allah.

Jumaat, 11 Jun 2010

Bebas Terbang Seperti Layang-Layang


Imbas Kembali

"Bebas Seperti Layang-Layang".. Seronok jika diimbas kembali sewaktu zaman kanak-kanak dulu. Hidup hanya memikirkan makan, main dan tidur. Selebihnya tidak tumpu sangat seperti belajar, solat, mengaji dan membantu mama. Maklumlah masa tu umur dalam lingkungan 5-7 tahun. Budak lelaki katakan. Matangnya lambat sikit. Masih nakal lagi, masih tidak tahu erti hidup, masih makan suap lagi waktu tu. Waktu itu menunggu musim untuk bermain sahaja.. Kalau musin gasing, dapatlah lihat berputaran gasing di ruang luar rumah, bermain bersama kawan-kawan dan adik beradik. Dan tidak kurang syoknya waktu musim layang-layang, cepat cepat tak mahu ketinggalan nak buat layang-layang daripada surat khabar dan mulalah ekor layang-layang berjela-jela..Mulalah bersepah surat khabarnya.. Abi kekadang membantu buat layang-layang dan ada kala marah juga melihat surat khabar bersepah sepah. Teringat pesan mama; "Baik beli je layang-layang daripada buat. Membazir surat khabar je buat." Inilah pesanan Mama yang Ana ingat semalam ketika adik Ana minta Ana belikan layang-layang buat mereka. Sebuah layang-layang tidaklah mahal dan hanya RM 0.60 tapi dulu lainlah waktu tu manalah kita ada duit nak membeli ni.. Kalau nak apa apa yang boleh buat maka buat sendiri jer..
 
Seronok Seketika

Sudah kembali ke realiti hidup ini. Hidup bukan seperti "imbas kembali" tadi hakikatnya. Hidup bukan hanya seronok dan semalam merasai "seronok seketika" sudah cukup mengutai senyuman di bibir yang beberapa tahun lagi sudah tidak mampu senyum sebegini dan beberapa tahun lagi bukan lagi di sini yakni bukan lagi di peringkat ini. Sedarlah, dunia ini berputar dan usia kita semakin bertambah dan hari yang ditunggu hampir tiba dan setiap masa itu tidak dapat diputar kembali serta tidak dapat dibayar dengan wang yang bertimbun-timbun. Susah senang hari ini merupakan modal kita pada masa hadapan. Tidak cukup dengan mengeluh sahaja dan tidak cukup dengan berdiam sahaja mampu menghasilkan modal yang amat berguna pada masa akan datang..

 Puisi ~ Bebas Seperti Layang-Layang

Aku ingin merasakan bebas terbang seperti layang-layang
Bebas terbang tinggi ke kiri dan ke kanan
Merasakan nyamannya angin yang bertiup
Bebas terbang berteman berasa awan biru

Aku ingin merasakan bebas terbang seperti layang-layang
Bebas melihat apa sahaja yang berasa di bawah
Melihat indahnya alam ciptaan Allah
Bebaskan diri bersama kehijauan alam yang kian berkurangan

Bebas Terbang Seperti Layang-Layang
Tidak perlu teringkat pada hidup yang sementara
Tidak menjadi pemerhati kepada lajunya kehidupan berlalu
Tidak menjadi berat tanggungjawab yang bahu memikulnya

Namun, ku bukan bebas seperti layang-layang yang terbang
Ku bukan hanya ingin terbang membawa diri 
Tidak hanya terbang sendiri tanpa memerhatikan kehidupan ini
Mengertilah diri, Ku bukan bebas seperti layang-layang yang terbang tinggi

Diriku diangkat tinggi, martabatku memperjuangkan agama
Tidak mampu ku bebas dan pastinya ku kan teringkat ketat
Teringkat pada agama yang ku angkat tinggi
Bebas seperti layang-layang itu impianku dulu
Tidak lagi kini setelah kehidupan ini bererti

Aku mengerti hidup ini pasti
Di bahu ini ada misi yang terus diangkat tinggi
Semoga Allah permudahkan urusan yang murni ini..

Awak, Tolong Saya Boleh? (Belajar Dari Idola - Muhammad s.a.w.)

( Tolong-Menolong Membuahkan "Cinta" )

Kenali "tolong-menolong"
Dari Abi Burdah, daripada Abi Musa, katanya: Sabda Nabi S.A.W.: Sesungguhnya kaum al-`Asy`ariyin apabila habis bekalan mereka dalam peperangan, atau kurang makanan keluarga mereka di Madinah, mereka himpunkan apa yang ada pada mereka dalam satu kain. Kemudian mereka membahagikan dalam satu bekas dengan sama rata. Sesungguhnya mereka daripadaku dan aku daripada mereka."
 
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Dalam hadith di atas, Nabi s.a.w. memuji sikap tolong menolong, bantu membantu serta perasaan mengambil berat sesama antara satu sama lain. Baginda s.a.w. memuji sikap yang ditunjukkan oleh kaum al-Asy`ariyin yang jamin mnejamin kebajikan sesama mereka. MaksudSesungguhnya mereka daripadaku dan aku daripada merekaialah menggambarkan redhanya Nabi Muhammad s.a.w. dengan tindakan mereka. Betapa yang mereka lakukan menepati ketaatan kepada Allah.

Konsep Mudah  "tolong-menolong"

Sejenak berfikir.. Bagaimana sebenarnya mudah atau senang konsep "tolong-menolong". Mungkin semudah "  A B C ". Konsepnya ada tiga iaitu :


1.    Hulurkan Tangan Ikhlaskan Diri

Bagaimana konsep yang pertama ini. Konsepnya begini; permulaan orang yang mengucapkan kata "Awak, Tolong Saya Boleh?" kita harus mindsetkan diri kita yang sebenarnya bila orang minta bantuan pada kita maka dia memberi kita membuat pahala dengan free walaupun tahan pahala itu biar menjadi urusan Allah. Seterusnya hadirkan sifat ikhlas dalam diri. Jika kita mahu tolong cakap "mahu" dan tolonglah hingga mission pertolongan itu berjaya. Jika kita tidak mampu atau kita juga sibuk dengan urusan kita maka berterus teranglah.. Jangan sesekali cakap "mahu" tapi hanya "acuh tak acuh" sahaja. Hal ini penting kerana banyak peristiwa yang menyebabkan ini salah satu punca renggangnya satu ikatan persahabatan.

2.   Hulurkan Tangan  Membebankan Lagi

Konsep kedua pula begini; konsepnya tidak jauh dari yang pertama tadi cuma bila kita menghulurkan bantuan pastikan kita benar- benar "sure" nak membantu. Misal kata dalam proses pertolongan itu ada aral melintang, maka cepat cepat kita maklumkan pada si peminta tolong atau kita cuba fikirkan alternatif lain agar kawan kita yang minta tolong itu sepanjang urusan pertolongannya itu berjalan dengan lancar. Jika kita benar tidak tahu akan sesuatu maka berterus terang sahaja lebih baik daripada menipu.

Contoh : ~
Biasa bukan orang menanya pada kita jalan ke sesuatu tempat dan pasti kita tak keberatan menolongnya. Tapi harus tahu bahawa jangan menipu dan jika tidak tahu maka berterus-terang sahaja tidak tahu. Jangan kerana malu berterus-terang sampai kita menipu. Dan jika orang menanya tahu yang kita menipu maka "sure" punya sumpah serapah keluar dari mulutnya yang memang tak sedap di dengar oleh telinga. (Minta jauh)

3.  Hulurkan Tangan Ringankan Beban

Ini konsep yang benar. Hulurkan Tangan Ringankan Beban. Jika kita ikhlas menolong orang, pasti kita disenangi dan didoai juga insya-Allah kita lulus "pahala" yang Allah janjikan dan kita sebenarnya dah mengamalkan sifat Rasulullah yang di sepanjang hayatnya suka menolong. 

Kalaulah tolong menolong sesama puak diizinkan dan dipuji oleh Rasulullah s.a.w. demi kebajikan terutamanya ketika waktu susah dan terdesak, tentulah tolong-menolong sesama muslim dalam keadaan Islam dimusuh dan ditindas lebih dituntut. Bahkan tolong menolong, bantu membantu dan jamin-menjamin sesama muslim di dalam perkara makruf atau kebaikan adalah merupakan tuntutan al-ukhuwwah al-Islamiyyah (persaudaraan Islam). Seseorang muslim sentiasa berusaha membantu saudara muslimnya yang lain. Sabda Nabi s.a.w.:

Bandingan seorang mukmin dengan seorang mukmin yang lain bagaikan satu bangunan, kuat-menguatkan antara satu sama lain.” 

(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Rabu, 9 Jun 2010

Sohih.. Setiap Amalan Bermula Dengan NIat..


Diriwayatkan daripada Amirul Mukminin Abu Hafsh 'Umar bin Khahtab r.a., ia berkata : Aku pernah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:

" Sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan setiap orang hanya memperolehi apa yang ia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya kerana Allah dan RasulNya maka hijrahnya itu kepada Allah dan RasulNya. Dan barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang akan ia memperolehinya atau kerana perempuan yang ingin dinikahinya, maka hijrahnya itu kepada apa yang dihijrahkan kepadanya"

Hadith ini diriwayatkan oleh dua Imam, iaitu:
  • Imam Al-Bukhari (Abu 'Abdullah Muhammad Bin Isma'il)
  • Imam Muslim (Abu Husain Muslim bin Al-Hajjaj)
Sisipan Sinar Harian Edisi Pahang hari ini : ~

"Pulang dari Gaza dengan Misi yang gagal, dapat pula gelaran "Pengwira Bangsa Negara". Adakah niat kita salah atau pemberi yang salah menafsir? Sebenarnya tak perlu wujud gelaran-gelaran ni. Buang masa sebenarnya. Kenapa perlu penghargaan setiap yang kita buat? Cukuplah Allah menilai dan jauhilah daripada manusia menilai. Dalam perjuangan hanya dua yakni Syahid dan Hidup."

Renungilah wahai pemerintah dan orang bakal menerima gelaran...

Isnin, 7 Jun 2010

Selamat Hari Tua Buatku (7 jun - Perhargaan)


(Diriku yang biasa tapi menghargai)

Syukurku ( Bukan Minta Diraikan tapi Mengingati)

7 Jun 19_ _.  Itu tarikhnya ku melihat dunia sebagai seorang bayi lelaki yang beratnya 2.7 kg pada pukul 10.15 malam. Diazan dan diiqomatkan oleh Abi tercinta (Adenan) dan di belai oleh ibu tersayang dan dimanja (Norwani). Diriku anak keempat daripada 8 orang adik beradik tetapi kini kudigelar anak kedua setelah Abangku dan Kakakku masing-masing anak pertama dan ketiga sudah pergi dahulu setelah hanya mampu melihat dunia hanya beberapa jam, mungkin minit dan saat sahaja. Itulah serba sedikit tentang hamba Allah yang digelar Shah oleh rakan-rakan dan sahabat dan digelar angah dikalangan keluarga tercinta.

6 Jun tarikhnya ( Kejutan Mengingati )


( Megalanes, bowling Centre)

Suprise yang membahagiakan. Itulah yang mampuku ukirankan kata-kata. Terima kasih buat teman yang mengingati walaupun sehari sebelum tarikhnya. Cuma menyayat hati. Buat teman atau lebih sedap digelar kawan sekolah lama yang sudi mengeluarkan sedikit kos untuk mengembirakan seorang sahabatnya. Terima kasih. Duduk semeja menjamu selera bersama kalian sungguh menghiburkan dan bersukan (bowling) walaupun sudah lama tidak memegang bola (3 tahun lebih juga) cukup membuka lebaran baru dan terima kasih tak terhingga buat kalian yang mengelarku "birthday boy" pada hari itu. 

Ucapan Dari Mereka


Ucapan Selamat hari Tue buatku ~ Terima Kasih..

Siti Rabiatul Aisyah

Selamat Ulang tahun kelahiran.Semoga dgn btambahnya usia ni,akan mematangkan lagi fikiran Shah.Usia yg tinggal pd masa kasarnya adlh 41 thun lg,tp rasia sebenar hayat kita hanya Allah yang tahu..D arapkan Shah tidak mensia2 kan umur yg ada ini..Masa yg dah terlepas, tidak bisa kita putar kembali seperti jam.Umur N hayat kita ibarat air yg mengalirn dr hulu ke hilir,dr atas ke bawah, dr teluk ke muara..Bila ia berlalu tetap berlalu.. Jgn d ingatkan kisah tp fikir la apa yg perlu d buat  tok esok, esok, esok N esok, sebelum ajal datang menjemput.. Tiada adiah yg berharga, tiada ucapan yg bagus melainkan sekuntum doa yang ikhlas dri ati, semoga Shah berjaya d dunia N akhirat, tidak sesekali terleka dgn godaan syaitan N tidak  sesekali gentar bila pedang berada d leher demi mempertahan kan agama ys suci.. Islam.. Allahu akbar. Alhamdulillah syukur, Shah d beri kesempatan tok meraikan ulang tahun kelahirannya. Subhanallah, walhamdulillah, Allahu akbar.

Anayunita

Assalamualaikum.. happy befday.. 
Smoga b'jaya dlm hdup ddunia mahupun d akhirat.. 
Smoga sntsa bhagia b'sama family tersyg.. Wassalam..

Farhanah Hazwani

Salam awk.. Cmt ari lahir :-) 

Shazwanee Maysarrah

 Happy bday.. Semoga panjang umur, murah rzki, sukses n bhgie sllu.. ;-) senyum sokmo! he3. hope persahbtn kte sume tros kekal :)

Nur Lisa

Assalamualaikum.. slmat hari lahir.. smge pnjg umr, mrh rzeki 
dan dirdhai AllahAsif Jiddan lmbt ucp ya akhi..

Syukri Sohor

Slm Shah slmt hari lhr k..
smoga d murahkn rezeki dan sht slalu..

Noor Insyirah

Selamat hari Lahir.. 
Moga sentiasa driahmati Allah..
Ana doakan Anta menjadi penghuni syurga yang kekal abadi..

Fathiah Awanis

Salam Shah, selamat hari lahir ye, mudah2an shah dipnjg umo,
murah rezki dan moga2 hdp Shah dberkati Allah.. :))

 Syazlianie

Assalamu'alaikum warahmatullah :)
selamat hari lahir. Semoga d'murahkan rezki dan d'permudahkan bgmu urusanmu.
InsyaALLAH.. Amin :)
Teruskan usaha enta utk b'dakwah dan jgnlah ptus2 n jemu2 utk m'hantr msej2
b'hikmah kpd Ana.. :)

Suhaila Jamiludin

Salam.. Slmt hari tue!!
 Smuga pnjg um0r, dmurahkn rezki n cpt bertemu dgn insn istimewa..
Aehe.. Truskn perjuangan murni akhi t0k agama Islam..
 
 Ada lagi ucapannya.. Nanti Ana masukkan (Sabar ea??)

Sabtu, 5 Jun 2010

Aku Mahu Jadi Seperti Semut Yang Mencintai Gula

Aku MencintaiMu Seperti Semut Mencintai Gula

Siapa Kita?
Kita sering memperkatakan tentang kejadian manusia sebagai makhluk Allah subhanahu wa taala dan fungsi manusia, atau tujuan manusia diciptakan Allah. Mengikut ajaran Islam, manusia dijadikan Allah adalah untuk menjalankan peranannya sebagai hamba Allah, dan dalam masa yang sama menjadi khalifah-Nya untuk mentadbir dan membangunkan dunia ini mengikut perintah dan ajaran Allah dan Rasul-Nya.

Allah berfirman:

"Dialah (Allah) yang menjadikan kamu sebagai para khalifah di bumi, dan mengangkat beberapa darjat sesetengah kamu di atas sesetengah (yang lain) agar Dia dapat menguji kamu di atas apa yang kamu lakukan"

(Al-An'am, ayat 165).

Ayat ini dengan jelas menerangkan bahawa makhluk Allah yang bernama manusia ini telah diamanahkan oleh Allah agar menjadi khalifah untuk mengatur kehidupan di muka bumi sesuai dengan ajaran-Nya. Maka di antara umat manusia itu pula, Allah akan mengangkat darjat mereka sesuai dengan apa yang mereka lakukan dalam menunaikan tanggungjawab tersebut.

Maka tugas khalifah ialah untuk memakmurkan alam, mengambil manfaat daripada kejadian langit dan bumi, lautan dan daratan, di atas muka bumi dan di dalam perutnya, mentadbir umat manusia supaya dapat berfungsi sebagai umat yang berakhlak dan berkemajuan, bertamadun dan berilmu. Tugas ini merupakan tanggungjawab manusia ketika diberikan amanah untuk mentadbirkan alam ini dengan sebaik-baiknya.

Bagaimana dikatakan "Mengambil Manfaat"?

Allah mencipta/mewujudkan/mengadakan sesuatu dimuka bumi ini sama ada yang hidup (Living Things) mahupun yang tidak hidup (Non-Living Things) tidaklah sengaja atau sia-sia. Sebenarnya manusia yang berjaya itu belajar daripada kehidupan dan persekitaran. Sarat dan padat Ustaz Pahrol Mohd Juoi (Nota Zikir Untuk Fikir) mengupas banyak kisah terladan dari haiwan yang tidak punya akal tetapi punya strategi dan tidak kurang hebatnya karya-karya Dr. Danial serta Karya Harun Yahya yang membincangkan related nya sains dengan kehidupan manusia.

Semut dan Gula

"Di mana ada gula di situ ada semut". Dua teman ini memang akrab walaupun satu bernyawa dan satu tidak bernyawa. Semut menyintai gula sepenuh hatinya. Lihatlah balang-balang gula dirumah anda. Adakah ada semut di dalamnya? Pasti ada. Tidak boleh tidak mesti ada beberapa ekor yang asyik bercinta dengan gula. 

"Ku Mecintaimu lebih dari apa pun"

Itulah kata-kata tulus dari hati luahan semut kepada gula sehinggakan ada sahaja semut-semut yang mati di dalam pelukan kekasihnya gula. Begitu akhirnya riwayat seekor pencinta yang setia.

Aku Pencinta Setia


"Aku Mahu Jadi Seperti Semut Yang Mencintai Gula" Kenapa semut? Kenapa gula? Kita sebagai manusia sebenarnya kene malu kepada haiwan ciptaan Allah. Semut sanggup berjuang, mempertahankan dan sehidup dan semati dengan kekasihnya. Tapi kenapa tidak kita? Kenapa kita takut mati kerana agama kita? Kenapa kita takut mati kerana perjuangkan agama Allah? Hinanya kita kalau nak dibandingkan dengan semut. Kerana cinta kita kepada manusia kita sanggup korban apa sahaja. Bak kata P.Ramplee "berkorban apa saja. Harta atau Nyawa". Tiada salahnya kata Allahyarham itu bahkan benar cuma perlulah pengorbanan itu ke arah sumber yang benar.

Syahid atau Sanjungan? 
Sering gegendang telinga ini mendengar kata-kata kesanggupan untuk turut sama berjuang dan syahid kerana agama Allah, kerana Islam. Alhamdulillah. Penglafaz kata-kata itu bukan menyebutnya saja-saja bahkan mereka maksudkannya. Setiap yang melakukan sesuatu yang mendapat manfaat kepada Islam tanpa memperdulikan tenaganya, masa dirinya, dan hatta nyawanya sekalipun untuk menegakkan agama Allah, insya-Allah, mereka-mereka ini dijanjikan syurga dan digelar syahid jika mereka terkorban. Kejarlah syahid bukan sanjungan manusia.

Teman-temanku fikirlah..

Jumaat, 4 Jun 2010

Muslimah Idaman Memperjuangkan Agama


Sahabatku..
Apakah istilah cinta menurutmu?
Adakah perlu cinta itu dengan keluar berdua-duaan?
Adakah perlu cinta itu dengan berpegangan tangan?
Adakah perlu cinta itu bergayut dalam telefon di tengah malam?
Adakah perlu semua itu?
Adakah perlu cinta itu kau menyerahkan mahkotamu yang paling berharga??
Aku kira semua itu tidak perlu..

Cinta itu terlalu suci bagiku
Ia adalah fitrah yang hanya dikurniakan untuk manusia
Mengapa kau perlu mengotorkan cinta itu dengan tingkahmu yang tidak bermaruah?
Cinta itu terlalu subjektif
Cintaa bukan hanya untuk insan berbeza jantina
Cinta juga wujud antara hamba dan pencipta
Antara umat dan rasul
Antara ibu bapa dan anak-anak
Antara adik-beradik
Antara sahabat dan teman
Dan cinta paling kudus
Yang hanya akan dicapai setelah cinta ALLAH, Rasul dan ibu bapa
Iaitu cinta suami dan isteri 

Sahabatku..
Luaskan pemikiranmu
Jangan kau katakan cinta itu salah
Tidak..!!!
Cinta itu tidak salah sama sekali
Tetapi kitalah yang telah menampakkan cinta itu salah
Kitalah yang telah mengotorkan nilai cinta itu
Kitalah yang telah meletakkan cinta itu di tahap terendah
Semuanya adalah kerana kita
Ingat sahabatku.. 

Kau wujud di dunia kerana cinta
Nabi Muhammad menitiskan air mata kerana cinta
Sumayyah syahid kerana cinta
Aisyah cemburu kerana cinta
Bilal terseksa kerana cinta
Semuanya kerana cinta.. 

Ingatan dariku buatmu sahabatku..
Carilah cinta YANG MAHA ESA 
Dan DIA akan memberikanmu cinta insan yang sangat istimewa
Itulah yang aku inginkan
Itulah yang sedang ku cari sekarang 

Tetapi..
Aku khuatir melihat sahabat-sahabatku
Yang menilai cinta bukan dengan mata hati
Kerana itu sajak ini ku tulis
Khusus buat sahabat-sabatku tersayang 

YA ALLAH..
Ini doaku..
Ini pintaku..
Ini Impianku..
Kurniakan aku cintanya kerana cintaMU
P/S:  Aku ingin menjadi temanmu di medan jihad.. kau membawa amanah agama di atas bahumu.. Kau memegang pedang ALLAH dalam perjuangan menegakkan syiar Islam..
 

Khamis, 3 Jun 2010

Lama Doh Simpan.. Baru tahu boh.. (Lagi dan Lagi)

Sebenarnya masih ada lambang kemenangan Zionis dan kini dijumpai pula Lambang Salib yang terselit tanpa kita sedari dalam PC/Komputer/Laptop kita. Lagi dan lagi masalah ini timbul. Kalau kita bukan Islam mungkin kita jenis tak kisah tapi ini Kita Islam maka bersama peka. Yang duduk saja tu, cubalah periksa sikit file file yang ada dalam dalam notebook kita. Mungkin ana terlepas pandang dan sesamalah kita peringati.

Cuba Try : ~

Klik My Computer > C > Microsft Office > CLIPART > PUB60COR

Dalam file "PUB60COR" ni banyak gambar. Antaranya yang patut kalian padam :

Rabu, 2 Jun 2010

Sempurna Sudah atau Hancur Sudah (Isu 2)




 
Pemimpin "bisu" mula bersuara

                                           
Misi Keamanan Gaza yang dibawa oleh Sukarelawan-Sukarelawan termasuklah negara Malaysia yang menaiki kapal "MAVI MARMARA" ke sempadan Gaza belum pun tiba di destinasinya tetapi sudah ditawan oleh Rejim Zionis. Bila ini berlaku pelbagai pihak mula resah termasuklah pihak berwajib. Berginikah keperihatinan kita? Selalunya bila ia melibatkan rakyat Malaysia mulalah kita nak bertindak. Rupanya bagus juga rakyat biasa bertindak kerana selepas itu mulalah pemimpin nak bertindak. Tapi, dunia kini mula bersatu dan Rejim Zionis mula goyah. Pemulaan yang baik untuk melihat Rejim Zionis berundur. PBB mula buat kerja, negara-negara yang mula benci pada Yahudi mula berkerjasama. Obama pun dah mula "sedih". Sama samalah kita lihat Rejim Zionis berundur dari Palestien seperti mana Rasulullah menghalau Yahudi dari Yatrib.

 Terus Seru Boikot Produk Dana Terbesar Yahudi
 

Banyak lagi minuman yang sedap dan enak di Malaysia ni. Tak matikan kalau tak minum coca cola? Kalau tak mati jadi kerananya orang lain mati.



Di Malaysia kita ada Petronas. Hijau lagi lambangnya. Kenapa masih mahu ke Shell? Minyak di isi, liternya sama jer harga.. Sokonglah yang tempatan. Boikot Yahudi!!!


"Malaysia is A Planet Of Food" inilah gelaran yang diberi oleh pelancong luar negara dan ada yang tertarik ke Malaysia kerana makanannya.Tapi MCD juga kita nak pergi. Nak makan? Apa yang sedapnya? Seperti Makan daging saudara sendiri sahaja padahal burger di warung tepi rumah yang harganya RM1.90 lagi sedap.

Dan disaat kita ni berkobar-kobar marah pada Yahudi. Di saat kita mengadakan perhimpunan membantah dan menyuarakan ketidakpuashati kita kepada mereka. Tepi ada yang tak perasaan Lambang MCD dengan segan tak malunya tertampal kat depan cermin kereta kita. Tanda "MCD Delivery" lah konon. Itu tanda boikot ke sokong tu? Usah berialah kata marah pada Yahudi kalau belum kita tahu apa yang sepatutnya kita buat untuk menunjukkan tanda protes kita. Ibarat orang kata "Di sini kita beramal di sana kita buat onar".

Kita Lemah? Kita Tak Mampu Buat Apa Apa

Jangan pernah ada sesiapa kata kita lemah. Jangan pernah cabul mulut kata kita tak mampu buat apa apa. Allah jadikan kita sebaik-baik manusia. Allah jadikan Islam agama kita agama satu satunya diredhai. Allah jadikan doa kita sebagai senjata yang mampu menandingi apa sahaja perkakasa "Senjata". Perbanyakkanlah doa Qunut Nazilah. Letakkan Allah di leher-leher Yahudi Laknat. Sudah masanya kita berubah, buka mata dan sudah masanya kita sensitif dan bangkit!!!!

TAKBIR!!!!

Allahu akhbar!!! 7*

Aku Selama Benci Yahudi!!!! 

Doalah kepada Allah, maka Allah memperkenankan doamu..
Doa Qunut Nazilah

Maksudnya :


Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha
Letakkan Al-Quran sebagai Panduan Hidupmu dan As-Sunnah sebagai gaya hidupmu

Antum/Antuna semua (ukhwah fillah)

Artikel - Artikel Popular