Jumaat, 4 Jun 2010

Muslimah Idaman Memperjuangkan Agama


Sahabatku..
Apakah istilah cinta menurutmu?
Adakah perlu cinta itu dengan keluar berdua-duaan?
Adakah perlu cinta itu dengan berpegangan tangan?
Adakah perlu cinta itu bergayut dalam telefon di tengah malam?
Adakah perlu semua itu?
Adakah perlu cinta itu kau menyerahkan mahkotamu yang paling berharga??
Aku kira semua itu tidak perlu..

Cinta itu terlalu suci bagiku
Ia adalah fitrah yang hanya dikurniakan untuk manusia
Mengapa kau perlu mengotorkan cinta itu dengan tingkahmu yang tidak bermaruah?
Cinta itu terlalu subjektif
Cintaa bukan hanya untuk insan berbeza jantina
Cinta juga wujud antara hamba dan pencipta
Antara umat dan rasul
Antara ibu bapa dan anak-anak
Antara adik-beradik
Antara sahabat dan teman
Dan cinta paling kudus
Yang hanya akan dicapai setelah cinta ALLAH, Rasul dan ibu bapa
Iaitu cinta suami dan isteri 

Sahabatku..
Luaskan pemikiranmu
Jangan kau katakan cinta itu salah
Tidak..!!!
Cinta itu tidak salah sama sekali
Tetapi kitalah yang telah menampakkan cinta itu salah
Kitalah yang telah mengotorkan nilai cinta itu
Kitalah yang telah meletakkan cinta itu di tahap terendah
Semuanya adalah kerana kita
Ingat sahabatku.. 

Kau wujud di dunia kerana cinta
Nabi Muhammad menitiskan air mata kerana cinta
Sumayyah syahid kerana cinta
Aisyah cemburu kerana cinta
Bilal terseksa kerana cinta
Semuanya kerana cinta.. 

Ingatan dariku buatmu sahabatku..
Carilah cinta YANG MAHA ESA 
Dan DIA akan memberikanmu cinta insan yang sangat istimewa
Itulah yang aku inginkan
Itulah yang sedang ku cari sekarang 

Tetapi..
Aku khuatir melihat sahabat-sahabatku
Yang menilai cinta bukan dengan mata hati
Kerana itu sajak ini ku tulis
Khusus buat sahabat-sabatku tersayang 

YA ALLAH..
Ini doaku..
Ini pintaku..
Ini Impianku..
Kurniakan aku cintanya kerana cintaMU
P/S:  Aku ingin menjadi temanmu di medan jihad.. kau membawa amanah agama di atas bahumu.. Kau memegang pedang ALLAH dalam perjuangan menegakkan syiar Islam..
 

1 ulasan:

  1. insyaAllah...sebuah kata2 : "Janganlah kamu bersedih hati bermuram durja andai kamu tidak mempunyai pasangan sebelum berkahwin,kerana khazinatul insan (sifulan) yang telah diciptakan utk menemani kehidupanmu sedang membuat persediaan terbaik untuk menjadi teman hidup terbaik untukmu,yang bakal menjadi pemimpin dlm sebuah bahtera yang sedang belayar ke negeri abadi(akhirat),dan bakal menjadi pembimbing terbaik serta bersama2 melangkah ke syurga Illahi..."

    BalasPadam

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha
Letakkan Al-Quran sebagai Panduan Hidupmu dan As-Sunnah sebagai gaya hidupmu

Antum/Antuna semua (ukhwah fillah)

Artikel - Artikel Popular