Selasa, 28 Jun 2016

BEBERAPA HARI LAGI

Bismillah.. Alhamdulillah..

Assalamualaikum.. Salam ramadhan ke 24. Allahu cepat sahaja masa berlalu. Ramadhan berkat ramadhan mengeratkan. Tetamu kita sudah berkira kira hari sudah mahu pulang. Bulan yang selalu di doakan agar datang, bulan yang selalu kita sebut sebut mahu duduk diribanya, bulan yang kita mesrakan tulang empat kerat beribadah lebih dan buat saya bulan yang masa saya banyak bersama keluarga dengan erat dan ikhlas. 


Sering bertanya ramadhan bagaimana? Sebenarnya keimanan kita bagaimana? Bagaimana bulan bulan biasa kita dikawal syaitan maka bulan ini kita dikawal nafsu. Moga 30 hari tempoh diberi untuk perubahan berjaya kita manfaatkan supaya kita lebih dekat dengan Allah S.W.T. 



 

Khamis, 16 Jun 2016

BUKAN TAK NAK PAYUNG

Bismillahirahmanirahim.. Payung menjadi terkenal secara populariti yang semakin meningkat di zaman kini.  Walaupun cuaca panas hujan jarang jarang namun payung tidak pakai pada musim panas sering disebut sebutkan. Persoalanya benarkan ada yang ingin meminjam payung di rumah saya?

Susah saya nak hurai maksudnya yg tepat nampaknya saya kena dapatkan buku Saudara Baharuddin Bekri jugalah. Jika nanti saya sudah beli dan baca saya akan share dengan anda dan panjangkan pos ini. Jumpa Lagi.. 

Rabu, 15 Jun 2016

RAMADHAN DAN TARAWIKH




Bismilillahir Rahmanir Rahim..

Alhamdulillah, menyapa juga anda walaupun di 10 Ramadhan hari ni. Alhamdulillah dipanjangkan umur lagi bertemu Ramadhan tahun ini, al maklumlah permulaan puasa ada kesihatan kurang memuaskan. "Posa macam mana, ada baek?".. Hehe.. Alhamdulillah..

Ramadhan dan tarawikh tak dapat dipisahkan. Namun orang kita Ramadhan dan bazar tak dapat dipisahkan, tarawikh tidak pergi tidak mengapa. Ada pula macam tu? Yang sunat sebulan setahun sekali inilah menghidupkan kembali masjid dan surau, inilah yang kembali menjadikan hati berpaut pada rumah, inilah asas platform hati sebenarnya, syaitan sudah diikat namun kaki dan hati mahu melangkah ke rumah Allah dengan rela hati walaupun jika bukan ramadhan tiadalah tarawikh juga tiadalah solat jemaah lain.  

Tetamu ini setahun sekali sahaja singgah, hargailah kehadirannya. Macam saya pernah pesan dulu, dia memang akan singgah setahun sekali cuma anda tu mana tahu tiada lagi tahun depan. Sekian.

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha
Letakkan Al-Quran sebagai Panduan Hidupmu dan As-Sunnah sebagai gaya hidupmu

Antum/Antuna semua (ukhwah fillah)

Artikel - Artikel Popular