Jumaat, 20 Januari 2017

HOBI KITA

ASSALAMUALAIKUM & BISMILILLAH

Suami dan diluar minta si wanita (isteri) sokong hobi suami namun suami perlu dahulukan apa yang menjadi perkara dahulu. Suami melayan hobi betul tapi ada sampai abai isteri & anak2. Pagi dah hilang pergi memancing & hiking tapi isteri serta anak anak subuh bangun solat ke belum atau bangun tapi lewat. Makan Minum pepagi dah ada ke atau kita breakfast sesedap mereka entah makan ke tidak. Suami kurang masa di rumah kerana kerja, balik kerja layan hobi jadi anak anak dan isteri kat rumah tu apa? Pasu bunga? Frame gambar? Bukan nak marah ke apa, berhobi pun biar bertempat. Berhobi pun biar idola ikutan Nabi s.a.w jadi ikutan. Berhobi pun sekali sekala to long isteri buat kerja rumah. Setuju ke idok tu?


Ahad, 15 Januari 2017

TEKNOLOGI MEMBUNUH

Assalamualaikum & bismillah


Teknologi membunuh, teknologi sepatutnya memberi kemudahan kepada kita namun lihat kerana teknologi kita lebih banyak

- Menyendiri
- Tak bersosial
- Kurang aktiviti sihat
- aku aku kau kau
- tak cukup tidur
- Sila tambah..


Pesan pada Ibu bapa terutamanya, tak salah atau menunjuk sesiapa tapi tolong, jarakkan gadget (telefon pintar, pemainan video, computer & lain2) yang tidak sesuai pada umurnya. 

Proses ini bukan mengkuno atau memisahkan anak dgn zamannya. Zamannya penuh kegembiraan, mahunya yg usia 2-6 tahun. Selamatkan mereka daripada apa yang tak perlu semasa usianya. Jangan kita gagal memberi masa buat mereka lalu terhakis kasih sayang kita buat mereka dengan kecanggihan teknologi seterusnya kita sangka mereka seronok namum sebenarnya mereka jauh pada kita

Selasa, 3 Januari 2017

Bersifat Terbuka

Assalamualaikum & Selamat pagi


Rambut memutih, botak ditengah, duduk sendiri menikmat kueh karipap panas sambil teh tarik dihirup sikit sikit. Berlalu eranya,memerhati anak cucu. 

Sesekali cucu singgah bercerita,dia melayan sabar tekun mendengar. Hari terang petang, rutinnya begitu. Sudah puas dia meraba setiap pelusuk kota,menanti lalu detiknya masa, masa dia telah berlalu,era kini,era anak cucu.

Memikir hari berlalu,memikirkan telah berlalu hal hal dunia bukan lagi waktu ini. Dia kini tenang,kini dia menang,bebas tak terikat riang,tidak merantai dan dirantai masa. Tidak dituai menanti hasil,tidak menilai dan menanti yg bernilai. Dia kini dia, dia kini tenang,bebas, menang dan diam.

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha
Letakkan Al-Quran sebagai Panduan Hidupmu dan As-Sunnah sebagai gaya hidupmu

Antum/Antuna semua (ukhwah fillah)

Artikel - Artikel Popular