Jumaat, 30 Ogos 2013

I'm Coming!!!

I'm Coming..Coming..
Bismillahir rahmanir rahim.. Masa kita kuar dari perut mak kita, tiada pun kita jerit I'M COMING.. No No No.. o-O Pelik dah tengok, okey. Bahasa melayu tinggi.. TINGGI.. TINGGI.. Comelkan budak tu? Gitulah kita dulu. Keluar ke dunia dengan tangisan. Tak nangis? tepuk punggungnya. ngeeh nguaah.. Nangislah.. Itu normal..

Berdasarkan hadis Rasulullah saw yang disampaikan oleh Ibnu Abbas, beliau berkata;
"Tidak ada seorang anak yang lahir, kecuali ia menangis..” -  HR. Ad-Darami
 
Diriwayatkan oleh Abu Hurairah, beliau berkata, saya mendengar Rasulullah bersabda;
"Tidak ada seorang anak Adam yang lahir kecuali di pegang oleh syaitan ketika ia dilahirkan, sehingga ia berteriak menangis karana pegangan syaitan, kecuali Maryam dan anaknya."

Hal ini juga disampaikan oleh Ibnu Abbas yang diriwayatkan oleh Ad Darami, beliau berkata: 

"Tidak ada seorang anak yang lahir, kecuali ia menangis, syaitan memegang perutnya hingga ia menangis kecuali Isa putra Maryam"
 
 

Siapakah kita yang sebenarnya?

Hidup penuh dengan persoalan, dan kita kadang bertanya soalan tersebut untuk mencari identiti diri kita. Ramai juga cuba menjawabnya dengan akal semata-mata. Tetapi kita telah melewati beberapa persoalan pada artikel sebelum ini. Jelas dan nyata kita hendak bermula dari satu konlusi – Kita ialah hamba Allah SWT.

Namun apakah semudah itu jawapannya dalam mendefinasikan siapakah diri kita?

Jawapannya hanya ada pada anda..


 

Sabtu, 24 Ogos 2013

Zikir Hari Ahad

 
ZIKIR HARI AHAD

YAAHAIIYU YAA QAIYYUUM

"Memperolehi harta yang banyak dan berkat semasa hidup kita."

Sabtu, 10 Ogos 2013

Tanyalah Ustaz

BISMILAHIR RAHMANIR RAHIM..

Tanyalah Ustaz/Ustazah, rancangan yg bagus untuk ditonton. Bukan ea saya buka ruang menanya di sini. Bukan. Kekadang bagus rancangan begini, eh bukan kekadang tapi amat amat bagus cuma sayanglah ramai yg sukar nak luang masa melihat dan menonton. Jangan ditanya kenapa kerana anda lebih tahu cuma rancangan ini bagus sebagai satu pengisian rohani pagi dan mendengar pendapat serta ulasan daripada para ustaz dan ustazah yg berbeza setiap minggu.

 
 ( Laki laki dan pompuan )

[Bukan Ustaz/Ustazah, tak berhak menjawab soalan?]

Cuba selak Al Quran yg sudah lengkap Allah mengurniakan kepada Nabi Muhammad sebagai mukjizat tinggalkan pada kita. Cuba singkap hadith hadith juga dari Nabi Muhammad ( selawatlah sikit). Ada tak ayat atau tertulis "Kau bukan Ustaz/bukan Ustazah maka tidak boleh menjawab perihal hukum agama yg kau tahu?" ada tak? Yang ada..

Allah sendiri mengingatkan kita dalam firmanNya : 


"Dan jangan kamu berani mengatakan terhadap apa yang dikatakan oleh lidah-lidah kamu dengan dusta; bahwa ini halal dan ini haram, supaya kamu berbuat dusta atas (nama) Allah, sesungguhnya orang-orang yang berani berbuat dusta atas (nama) Allah tidak akan dapat bahagia." ( Surah an-Nahl: 116)

Mahu lagi ?


Berkata Imam Syafie ra :

" Kamu lebih alim tentang hadith dan ilmu rijal dari aku (katanya kepada Imam Ahmad ibn Hanbal) maka jika sesuatu hadith itu sahih maka beritahulah aku tentangnya…"
(rujuk Ibn Abi Hatim dalam kitabnya
"
( Kitab Adabul Syafi'ie", m/s 94).

[ Saya tak kata ]

Jika orang bertanya kita sesuatu yg kita tahu maka jawablah seadanya, contoh berkaitan puasa atau sebagainya cuma kita pula jangan tak tahu menjawab soalan berkaitan hukum agama seakan akan tahu. Kita bukan nak tunggu jadi Ustaz/Ustazah baru nak belajar agama. Hukum dan jawapan bagi sesuatu soalan itu sedia ada namun kita cuma sebarkan dan pastikan apa yg kita jawab itu betul dari segi hukum dan syariat bukan betul daripada logik akal. 

Jumaat, 9 Ogos 2013

Jadual Kuliyah UAI bulan OGOS



Assalamualaikum dan bismillahir rahmanir rahim, meskipun jadual UAI banyak berkuliyah di Negeri Terengganu namun mingkin dalam mood raya ini anda berada di kawasan disebutkan maka moh ramai ramai pergi..  :)

Sekadar perkongsian..

Rabu, 7 Ogos 2013

Salam Lebaran.. Salama Eidul Fitri



Assalamualaikum. Di sini, sempena Eidul Fitri yg bakal menjelma esok. Ana, isteri dan mujahid kecil memohon seribu kemaafan diatas kesilapan, kekhilafan dan kesalahan serta dosa kepada semua terutama yg mengenali secara langsung atau yak langsung. Semoga Hari Raya Eidul Fitri kita dapat mengembalikan kita kepada fitrah yakni fitrah semula jadi seorang hamba ialah taat kepada PengciptaNya. Ameen.

Mai mai beli pantun..

Makan ketupat dgn lemang,

Masak pula di subuh hari,
Hari raya bakal menjelang,
Puasa tinggal haruslah diganti..

Dua tiga kuih koci,
Mana nak sama kuih suji,
Hari raya eidulfitri bakal menjelma lagi,
Bila mau buat open house kasi makan free?


Mari mengail si ikan gelama,
Ikan dijual di dalam kota,
Ramadhan berlalu syawal menjelma,
Jangan dilupa yg jauh dimata..


Ketuput rendang kueh samprik,
Enak dimakan bersama keluarga,
Wahai teman wahai saudaraku yg baik,
Mari bermaafan dihari raya..


Selamat Hari Raya Eidul Fitri 1434 Hijrah.


Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha
Letakkan Al-Quran sebagai Panduan Hidupmu dan As-Sunnah sebagai gaya hidupmu

Antum/Antuna semua (ukhwah fillah)

Artikel - Artikel Popular