Sabtu, 29 Januari 2011

Biskut Tak Macam Aku

 

Kejap ada kejap menghilang. Macam chpsmores, kejap ada kejap hilang. Tapi realitinya biskut tak macam aku. Apa merepek ni? Memanglah aku manusia bukan biskut. Makan pun tak boleh.. Taklah.. Itu perumpamaan sahaja. Realitinya sibuk benar bulan satu ni.. Hari ini dah 29/1.. Kejap sahaja masa berlalu. Orang yang sibuk (yang mengisi 24jamnya dengan aktiviti-aktiviti berfaedah sama ada bekerja dan beribadah) maka masa sebulan yang berlalu dirasakan lambat.

Semua orang sibuk.. Ramai yang menjadikan dunia ini tempat bersinggah untuk berlabur dengan pelaburan saham dunia dan hasilnya dikutip di akhirat. Alhamdulillah. Bukan sibuk sebenarnya, tapi beribadah. Kerja juga ibadah jika kerjanya menuntut dia berkorban segala-galanya (bukan maruah tapi masa dan tenaga) untuk menanggung apa yang dipertanggungjawabkan ke atasnya. Alhamdulillah. Ada yang berusaha, kerja keras sampai demam. Alhamdulillah. Allah cashkan dosakan kita dengan balasan dunia (musibah kecil - sakit sikit-sikit) kerana sedikit demi sedikit dosa kita gugur serta Allah mungkin nak kita apabila berjumpa dengan Dzat yakni Dia Pengcipta segala yang wujud ini dengan bersih. Alhamdulillah..


Duduk bersama bos bos, guru-guru dan pengurus syarikat besar binaan. Itu yang masaku terluang banyak dalam kursus binaan perumahan yang berlangsung 5 hari dari 24 - 28 hari bulan 1 yang semalam berlalu. Alhamdulillah, nampak sikit jalan dalam kehidupanku. Mula memahami bagaimana penat dan susahnya Ibu bapa kita mendidik dan memebsarkan kita. Dulu mereka marah bukan bermakna tak sayang tapi lebih kepada sayang. Apa yang hak mereka akhirnya turun kepada kita. Bukan hanya dipandang dari segi harta benda sahaja tapi kasih sayang. Bagiku, manjaku dengan keluargaku dengan mama dan ayahku. Gembira rasanya, penat pun buat mereka nak balas penat mereka dulu tak terbalaslah nampaknya. Dunia, aku sayang ayah dan mamaku.. Nukilan berakhir dengan senyuman..

p/s : Aku anak manja.. Bahagia manja dengan ayah dan mama.. Umur dah lewat makin manja dengan mereka makin rasa mereka redha apa yang aku lakukkan..  :)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha
Letakkan Al-Quran sebagai Panduan Hidupmu dan As-Sunnah sebagai gaya hidupmu

Antum/Antuna semua (ukhwah fillah)

Artikel - Artikel Popular