Rabu, 28 Oktober 2009

Ta'aruf bersama Kaum kerabatku (Jin & Iblis & Syaitan) serta rawatannya.. Part 2


(Bagaimana rupa Jin/Syaitan/Iblis itu Rahsia yang pasti Kami dari Api)

JIN 3 : JIN AIR 

     Jin Air kebanyakkannya beriman seperti manusia. Ada sebahagian kecil daripada mereka yang kufur sama ada tidak beragama atau beragama selain dari Islam. Jin jenis ini tinggal di kawasan-kawasan perairan seperti kolam, tasik, telaga, sungai dan laut.


 Punca kerasukan Jin Air
  • Apabila seseorang itu jatuh ke dalam sungai, parit atau lombong. 

  • Mandi di sungai, Tasik, laut atau kolam tanpa terlebih dahulu memohon perlindungan kepada Allah dengan membaca ayat-ayat Quran atau zikir. 

  • Mandi-manda di kawasan berair sambil menjerit-jerit  atau menyanyi dengan kuat. 

  • Wanita berenang dalam keadaan telanjang atau separuh telanjang

  • Apabila seseorang itu hanyut di laut atau di sungai lalu jin yang menemuinya akan mengambil dan akan menganggapnya sebagai harta kepunyaannya. 
Simpstom kerasukan Jin Air :
     Antara tanda-tanda paling ketara mangsa kerasukan JIN AIR ini adalah cenderungnya terhadap air. Mangsa terlalu kerap mandi atau berendam di dalam air. Dia suka sangat tempat dingin dan sangat gemar berada did persisiran pantai atau tepi sungai.

Rawatan Ruqyah bagi kerasukan JIN AIR


Merawat kerasukan jin air ini, perawat perlu memperbanyakkan bacaan Ayat-Ayat al-Quran, terutamanya surah berikut:

Surah Al-Baqarah
>  Surah Yunus
Surah al-Duhkan
>  Ayat-ayat lain berkaitan dengan Azab Allah dan tentang air serta laut.
>  Membaca doa perlindungan melawan gangguan Jin dan Syaitan


Maksudnya: " Dengan nama Allah yang dengan nama-Nya tidak akan ada apa pun yang dapat memberi sebarang bahaya dan kemudaratan di bumi dan di langit. Dan Dialah Yang Maha Mendengar dan Maha Menegetahui."

(Riwayat Ibn Majah
*Doa ini diulang  tiga kali atau lebih


   Selain bacaan ayat-ayat al-Quran, pesakit juga dianjurkan bagi berpantang selama dalam proses rawatan ini. Antara pantangnya:


Tidak memakan makanan laut seperti ikan,sotong,udang,ketam,tiram,lala dan sebagainya
Tidak mandi dengan terlalu kerap .
Menyapu minyak wangi pada tubuh pesakit, terutamannya pada setiap rongga tubuh yang terbuka seperti telinga dan hidung. Jin selalu benci wangian dan sangat gemarkan bau busuk dan kotor seperti najis, darah dan telur busuk.


P/S : To be continue (Sessi Ta'ruf Jin & kaum kerabatnya)


Selasa, 27 Oktober 2009

Rasulullah kata mereka ahli syurga.. Kita tak terjamin.. So?

10 Sahabat dijamin Syurga

1) Abu Bakar As-Siddiq r.a ( Teman setia yang banyak berkorban )

2) Umar Al-Khattab r.a ( Pintar membezakan yang hak dan batil )

3) Uthman Bin Affan r.a ( Keperibadian sampai malaikat malu )

4) Ali Bin Abi Thalib k.w.j ( Singa Allah yang dimuliakan wajahnya )

5) Talhah Bin Ubaidillah r.a ( Syahid yang hidup )

6) Zubbair bin Al-Awwan r.a ( Perajurit Allah pengiring Rasulullah )

7) Abdul Rahman Bin Auf ( Orang yang berniaga dengan Allah )

8) Saad bin Abi Waqqas ( Pelempar Panah Pertama pada jalan Allah )

9) Ubaidah Amir Bin Al-Jarrah r.a ( Orang kepercayaan umat ini )

10) Said Bin Zaid ( Seorang kekasih kepada Allah pengasih )



So, jadikanlah hidup, ibadah dan mati serta segala-gala amalan baik kamu adalah ke jalan Allah dan diniatkan kerana Allah semata-mata..

Ahad, 25 Oktober 2009

Siapa ea Musuh-musuh Dakwah ?? (Ketahuilah)


Musuh Musuh Dakwah

Musuh Dakwah ialah mereka yang menjadi "batu api" kepada penghalang usaha-usaha dakwah. Allah S.W.T memberi peringatan bahawa musuh dakwah terdiri daripada: 

  • Orang kafir (Non-Muslim)
  • Orang dikalangan Islam (Muslim)
Firman Allah:


Maksudnya: 
"Mereka berkehendak memadamkan cahaya (agama) Allah dengan mulut (ucapan- ucapan) mereka, dan Allah tidak menghendaki selain menyempurnakan cahayanya, walaupun orang-orang yang kafir tidak menyukai."

(Surah At-Taubah 9:32)

Firman-Nya lagi:

Maksudnya:   
"Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya di antara isteri-isteri kamu dan anak-anak kamu ada yang menjadi musuh bagi kamu, maka berhati-hatilah kamu terhadap mereka…."

(al-Taghabun 64: 18)

Cara Musuh Dakwah 

Serangan dari dalam 
Iaitu menggunakan orang Islam sendiri iaitu dgn menaja atau memberikan pertolongan kepada golongan tertentu yang bertujuan menyesatkan umat Islam.

Contoh :

1) Gerakan Qardiani di India yg diasaskan oleh Mirza Ghulam Ahmad
2) Gerakan Bahai/Bahaisme di Iran yg dipelopori oleh Mirza Hussein Ali.
3) Gerakan Babiyah yang diterajui oleh Mirza Ali Muhammad.
4) Ajaran Ayah Pin (Terengganu) dan Rasul Melayu (Ajaran Kahar).

  
    Serangan dari luar  

    Iaitu dalam dua bentuk sama ada bersenjata atau tidak bersenjata 
    (serangan lembut/serangan pemikiran)
                 
    Serangan bersenjata
     
    > Perang salib di Palestine, Bosnia herzegovina, Iraq, Kashmir dsb.
    > Perang salib terhadap mujahidin di Afganistan.

    Serangan Tanpa Senjata
    > Bertujuan agar membuatkan Umat Islam lalai & lsg lupa akan Allah S.W.T. 

    > Bertujuan  memesongkan pemikiran Umat Islam terhadap Islam yang sebenar.
    > Wujudkan perpeacahan sesama Umat Islam sendiri.
    > Memupuk orang Non-Muslim agar membenci Islam total & umat Islam sendiri.


    P/S
    Amalkan doa ini selepas solat atau di mana sahaja agar diberi ketetapan Iman yang utuh


    " Ya Allah, janganlah kau pesongkan hati ( keimanan) kami sesudah kau memberi Hidayah kepada kami dan tetapkan kami dalam golongan yang diberi pertunjuk"

    Wa'Allahu'alam... 




    Soalnya Hati (Semestinya Cinta jer ke??)

    Assalamualaikum w.b.r pembuka bicara. Soalnya hati tajuk ingin dikupas...

    Betapa senang jika kita punya banyak teman. Betapa gembira jika perkataan dan perintah kita diikuti orang lain. Ternyata kuncinya ada pada suasana kalbu kita. Sehingga Rasulullah saw. mengingatkan kita akan pentingnya menjaga hati yang bersih. Sebagaimana sabda beliau;



    Ketahuilah bahwa sesungguhnya dalam jasad itu terdapat segumpal daging, apabila ia baik maka baiklah seluruh tubuhnya dan apabila ia rosak maka rosaklah seluruh tubuhnya, ketahuilah bahawa ia adalah hati (qalbu).” 

                         (HR. Bukhari dan Muslim)


    Sungguh beruntung bagi siapapun menjalani khusus aktiviti dakwah , yang mampu menata qalbunya menjadi hati yang baik, bening, jernih, bersih, dan selamat (صَلَحَت).


    Sungguh berbahagia bagi siapapun sekiranya memiliki qolbu yang tertata, terpelihara, dan terawat dengan sebaik-baiknya. Karena selain senantiasa merasakan kelapangan, ketenangan, ketenteraman, kesejukan, dan indahnya hidup di dunia ini, pancaran kebeningan hati pun akan tersemburat pula dari indahnya setiap aktiviti yang dilakukan (صَلَحَ الجَسَدُ كُلُهُ) .


    Betapa tidak, orang yang hatinya tertata dengan baik, wajahnya akan jauh lebih jernih, bagai embun menggelayut di ujung dedaunan di pagi hari yang cerah, lalu terpancari sejuknya sinar mentari pagi; jernih, bersinar, sejuk, dan menyegarkan. Tidak berlebihan jika setiap orang akan merasa nikmat menatap pemilik wajah yang cerah, ceria, penuh sungging senyuman tulus seperti ini.


    Begitu pula ketika berkata, kata-katanya akan bersih dari melukai, jauh dari kata-kata yang menyombongkan diri, terlebih lagi ia terpelihara dari kata-kata riya. Subhanallah!. Setiap butir kata yang keluar dari lisannya, yang telah tertata dengan baik ini, akan terasa sarat dengan hikmah, sarat dengan makna, dan sarat akan manfaat. Tutur katanya bernash dan berharga. Inilah buah dari gelegak keinginan di lubuk hatinya yang paling dalam untuk senantiasa membahagiakan orang lain.


    Hati yang bersih merupakan buah dari amal yang diperbuat seseorang. Bakr bin Abdullah Al-Muzanni, seorang tabi’in mengungkapan akan hal ini seperti dalam penuturannya;


    إذَا وَجَدْتَ مِنْ إِخْوَانِكَ جَفَاءً، فَتُبْ إلىَ اللهِ فَإِنَّكَ أَحْدَثْتَ ذَنْبًا،
    وَإِذَا وَجَدْتَ مِنْهُمْ زِيَادَةَ وُدٍّ، فَذَلِكَ لِطَاعَةٍ أَحْدَثْتَهَا فَاشْكُرِ اللهَ تعالى

    Jika kalian mendapati pada saudaramu kekeringan, maka segeralah bertaubat kepada Allah, karena sesungguhnya itu merupakan akibat dari dosa yang ia kerjakan. Dan apabila kalian mendapati dari mereka bertambah kasih sayang, yang demikian itu merupakan buah dari ketaatan, maka bersyukurlah kepada Allah.

    Orang yang bersih hati, akal pemikirannya pun akan jauh lebih jernih. Baginya tidak ada waktu untuk berfikir . Apalagi berfikir untuk menzalimi orang lain, sama sekali tidak terlintas difikirannya. Waktu baginya sangat berharga. Mana mungkin sesuatu yang berharga digunakan untuk hal-hal yang tidak berharga? Sungguh suatu kebodohan yang tidak terkira.

    Karananya dalam menjalani setiap waktu yang dilaluinya ia pusatkan segala kemampuannya untuk menyelesaikan setiap tugas hidupnya. Tak berlebihan jika orang yang bersih hati seperti ini akan lebih mudah memahami setiap permasalahan, lebih mudah menyerap aneka ilmu pengetahuan, dan lebih cerdas dalam melakukan beragam kreativiti pemikiran. Bersih hati ternyata telah membuahkan aneka solusi optimal dari kemampuan akal pikirannya. Subhanallah!


    Kesihatan tubuh pun terpancar pula oleh kebeningan hati, buah dari kemampuannya menata qolbu. Detik jantung menjadi terpelihara, tekanan darah terjaga, ketegangan berkurang, dan kondisi diri yang senantiasa diliputi kedamaian. Tak berlebihan jika tubuh pun menjadi lebih sehat, lebih segar, dan lebih fit. Tentu saja tubuh yang sehat dan segar seperti ini akan jauh lebih memungkinkan untuk berbuat banyak kepada umat.


    Ternyata hati yang bersih, sangat banyak manfaatnya. Apalagi kita sebagai pendakwah (Daei) . Aktiviti dakwah yang telah tertata hatinya adalah aktiviti yang telah berhasil merintis tapak demi tapak jalan ke arah kebaikan. Tidak hairanlah ketika ia menjalin hubungan dengan sesama manusia pun menjadi sesuatu yang teramat mengesankan. Hati yang bersih akan mampu menaklukan hati orang lain dan itulah wasilah dakwah kita sebelum kita menaklukan hati orang lain. Abbas As-sisi mengatakan Abbas:


     كَسْبُ الْقُلُوبُ مُقَدَّم على كَسْبِ العُقُولِ

    Menaklukan hati lebih didahulukan sebelum menaklukan akalnya.”

        Hati yang bersih, ibarat magnet yang dapat menarik benda-benda di sekitarnya. Akan terpancar darinya akhlak yang indah mempesona, rendah hati, dan penuh dengan kesantunan. Siapapun yang berjumpa dengannya akan merasakan kesan yang mendalam, siapapun yang bertemu dengannya akan memperoleh aneka manfaat kebaikan, bahkan ketika berpisah sekalipun, orang seperti ini menjadi buah kenangan yang tak mudah dilupakan. Dan tentunya bagi seorang aktifis dakwah, hati yang bersih merupakan modal untuk dapat menaklukan hati-hati manusia untuk diajak ke jalan yang benar yang kemudian digiring bersama-sama untuk berjuang di jalan Allah swt.



    Penting bagi setiap aktifis dakwah untuk mentadabburi hadits Rasul saw. berikut ini;
    ا

    Ruh-ruh itu bagaikan prajurit yang selalu bersiap siaga. Maka siapa yang mengenalnya ia akan bersatu dan jika tidak mengenalnya akan berpecah.” 

    (HR. Bukhori Muslim)


    Subhanallah!, lebih dari semua itu, kebersihan hati pun ternyata dapat membuat hubungan dengan Allah swt. menjadi luar biasa membawa manfaat. Dengan berbekal keyakinan yang mendalam, mengingat dan menyebut-Nya setiap saat, meyakini dan mengamalkan ayat-ayat-Nya, membuat hatinya menjadi tenang dan tenteram. Konsekuensinya, dia pun menjadi lebih akrab dengan Allah, ibadahnya lebih terasa nikmat dan lazat. Begitu pula doa-doanya menjadi luar biasa mustajab. Mustajabnya doa tentu akan menjadi solusi bagi persoalan-persoalan hidup yang dihadapinya. Dan yang paling luar biasa adalah karunia perjumpaan dengan Allah Azza wa Jalla di akhirat kelak, Allahu Akbar. 

    Allahu a’lam... Wassalamualaikum w.b.r



    Jumaat, 23 Oktober 2009

    Puisi : Telah Aku


    Hari ini..
    Aku akan membuang semua,
    semua yang aku rasa terhadapmu..

    Hari ini..
    Tiada lagi aku..
    Tiada aku mengharapkanmu..

    Tiada lagi aku membina
    angan-angan mat jeningku..

    Sudahlah!!!

    Telah kubuang semua..
    Tak akan sesekali aku akan kutip kembali..
    Setelah semuanya telah terlerai...

    P/S : Luahan Hati Sang Pencinta..


    Rabu, 21 Oktober 2009

    Ta'aruf bersama Kaum kerabatku (Jin & Iblis & Syaitan) serta rawatannya..


    (Bagaimana rupa Jin/Syaitan/Iblis itu Rahsia yang pasti Kami dari Api)

    Gangguan Jin dan Syaitan


       Gangguan dan kerasukan jin atau syaitan atau juga disebut Iblis, adalah fenomena penyakit yang unik dan berbeza dengan penyakit biasa. Namun simptom atau tanda-tanda yang dialami pesakit kadangkala menyerupai mereka yang sakit mantel atau fizikal. Mungkin kerana itu,usaha penyembuhan daripada rasukan dan gangguan ini lambat diambil. Biasanya pesakit hanya sedar dirinya mendapat gangguan ghaib setelah semua rawatan perubatan moden tidak berkesan malah ahli perubatan langsung tidak dapat mengesan sebarang kecacatannya, sedangkan dia menderitai sakit yang tenat.

        Tetapi dalam keadaan tertentu, pesakit gangguan ghaib ini boleh dikesan oleh mereka yang berpengalaman dalam bidang ini. Petanda paling jelas adalah reaksi pesakit apabila dibacakan ayat-ayat al-Quran, doa dan jampi daripada sunnah kepadanya. Biasanya pesakit menjadi marah, gelisah takut atau mungkin menjerit serta meronta-ronta.

    Jenis-jenis Jin dan Syaitan Serta Rawatannya


    Jin 1 : JIN API atau JIN MAJUSI
      
        Ini adalah bangsa jin kufur yang menyembah api. Sekiranya dirasuk jenis ini, ia mungkin boleh membahayakan dirinya, keluarganya, jiran-jiran dan harta benda. Mangsa mungkin membakar dirinya, memanggang anaknya atau membakar rumah atau harta benda lain. Oleh itu, mereka yang kerasukan jin jenis ini perlu diawasi dengan ketat dan segera dipulihkan.

    Simptom kerasukan Jin Api :
    •  Suhu badan mangsa terlampau tinggi Wajah mangsa 
    • kemerahan dan kelihatan bengang 
    • Mata mangsa kemerahan 
    • Mangsa mungkin membakar sesuatu
    Rawatan Ruqyah bagi kerasukan Jin Api :
    •  Bertakbir dan Azan dengan kuat dan berulang-ulang kali 
    • Dapatkan sebaldi air dan baca surah Al-Mulk pada air tersebut.Air  yang telah di jampi dipercikkan ke seluruh rumah mangsa.
    • Berikan air yang dibacakan ayat-ayat Al-Quran bagi mangsa
    • Baca doa perlindungan kepada Allah: 
    أعوذ بكامات الله التلما تمنثرما خاق 

    Maksudnya : "Saya berlindung dengan kalimat-kalimat Allah yang sempurna daripada kejahatan makhlukNya"

    (Riwayat Muslim)   

    Jin 2 : JIN CINTA

         Jin jenis ini boleh meresap masuk ke dalam tubuh mangsa dan bersatu dengannya. 
      
    Punca kerasukan Jin Cinta :
    •  Mendedahkan aurat di dalam rumah tanpa berzikir kepada Allah S.W.T. Kadang kala, ada yang bertelanjang di hadapan cermin sambil mengagumi tubuh sendiri. Tanpa mereka sedari jin cinta memerhatikan setiap gerak geri mereka hingga mereka dirasuk. 
    •  Tidur dan mandi di dalam bilik air atau kolam dalam keadaan berbogel
    Simptom Kerasukan Jin CInta :

        Jin cinta ini kuat cemburunya. Apabila ia sukakan seseorang sama ada lelaki atau perempuan, ia akan memilikinya. Sekirannya mangsa adalah pasangan suami isteri, jin ini menggunakan tipu helahnya bagi menporak perandakan rumah tangga mereka sehingga akhirnya berlaku perceraian.

       Tetapi jika mangsa belum berkahwin, ia akan mengubah wajah mangsa hingga kelihatan buruk dan tidak di mata orang lain. Ini bertujuan bagi menghalang orang lain daripada terpikat dengan mangsa dan mungkin menjadikannya sebagai pasangan.

    Rawatan Ruqyah bagi Kerasukan Jin Cinta :

        Mengeluarkan jin cinta adalah sangat sukar, lebih-lebih lagi sekirannya ia telah sebati dengan diri dan jiwa mangsa. Namun, kaedah paling berkesan mengatasinya adalah dengan memperbanyakkan membaca ayat-ayat Al-Quran. kebanyakkan jin ini akan mati terbakar apabila ayat-ayat Al-Quran dihadapan mangsa.

    Antara ayat-ayat Al-Quran yang boleh dibaca :
    •   Surah Al-Baqarah, keseluruhan surah 
    •   Surah Yunus, ayat 23 hingga 43 
    •  Surah An-Nur, terutamanya ayat mengenai fitnah. 
    • Surah Ar-Rahman 
    • Berdoa dengan doa perlindungan daripada gangguan jin :
           Maksudnya : "Dengan nama Allah, saya berlindung kepada Allah, saya pasrah diri kepada Allah, tiada daya dan tiada kekuatan melainkan Allah S.W.T"

        Jin ini juga boleh dipujuk dengan membaca ayat-ayat Al-Quran agar beriman dengan Allah dan memeluk agama Islam. Jika berjaya dengan sendirinya jin ini akan melepaskan mangsanya.

    P/S : To be continue (Sessi Ta'ruf Jin & kaum kerabatnya)


    Selasa, 20 Oktober 2009

    Kaedah dan cara menghafal Al-Quran


    Hadis Nabi Muhamaad s.a.w :

    "Aku tinggalkan untuk kalian dua perkara. Kalian tidak akan sesat selama berpengangan dengannya, yaitu kitabullah (Al-Quran) dan Sunnah Rasulullah s.a.w"

    Hadis Riwayat Muslim


    CARA HAFAL AL-QURAN AL-KARIM



    1) Pilih surah yang hendak dihafal

    2) Baca awal surah hingga akhir surah (Tajwid terjaga)

    3) Baca muka pertama 5 - 10 kali (lancarkan)

    4) Baca ayat pertama 1 - 15 kali (cuba hafal)

    5) Baca ayat kedua 1 - 15 kali (cuba hafal)

    6) Baca ayat pertama/kedua serentak 5 kali atau lebih

    7) Baca ayat ketiga seperti ayat pertama
    (ulang cara ke-4)

    8) Hafal ayat kedua/ketiga 5 kali atau lebih

    9) Hafal Ayat pertama hingga ketiga 5 kali atau lebih

    10) Tertib dan ulang cara bagi ayat seterusnya

    11) Cuba amalkan bacaan yang dihafal dalam solat
    Fardhu dan solat Sunat







    Sabtu, 10 Oktober 2009

    Make Your first step and step up...


    Bila kau bergelar DAIE kau wajib sedar,
    Bahawa jiwamu tidak boleh selamanya REMAJA..

    Kata Hassan Al-Banna,
    "Tanggungjawab melebihi masa yang ada"
    dan Tarbiyah yang bersalutkan ILMU & CABARAN
    yang dapat menDEWASAkanmu..

    Tapi...
    Cukupkah sekadar menerima Tarbiyah ?
    Sampaikah ia pada yang lain ?

    Bangunlah wahai SYABAB,
    Sedarlah wahai FATAYAT..
    Kalian bukan memulakan perjuangan tetapi kalian
    adalah mata-mata yang menyambung rantai perjuangan..
    Lailatan Saedah.. =)




    Isnin, 5 Oktober 2009

    Ah.. Jangan mengeluh lagi sayang..

    Bismillahir Rahman nir Rahim..

    Aduhai, bagaimana diri akan membela di hadapan-Mu, ya Rab ? Dengan apa pembelaan ini akan kulakukan, padahal setiap zarah diriku tak dapat luput daripada penglihatan-Mu? Setiap kehendak yang tertanam dalam hatiku tak pernah luput daripada pengawasan-Mu ? Setiap keping daripada perbuatanku tak dapat lepas daripadamu-Mu ? Ke mana aku hendak berlari, sedangkan tak ada satu pun tempat di semesta-Mu yang tidak engkau ketahui?

    Sungguh, baru kusedari betapa hinannya diriku di hadapan-Mu. Walau aku timbang perbuatan baikku, itu tidak cukup berat apabila dibandingkan dengan amal burukku..

    Ampuni aku, Ya Allah..

    Ampuni dosa-dosa dan kesalahanku, Kasihanilah aku dan keterasinganku.. Temanilah kesendirianku.. Hiburkan kesedihanku.. Tenangkanlah ketakutanku.. Anugerahkanlah padaku salah satu daripada Rahmat-Mu, yang dengannya aku mampu merasa cukup daripada menuntut kasih sayang selain daripada-mu serta gabungkanlah aku bersama orang-orang yang Engkau cintai..

    Amen.. Ya Rabb bal Alameen...




    Khamis, 1 Oktober 2009

    Puisi : Payungi satu nama


    Di bumi ini kuberpijak,
    Di tanah bertuah inilah aku bertapak,
    Di payungi satu nama yang kian gah,
    Inilah Tanah Airku Malaysia gagah..



    1 Malaysia kini sama dijunjung,
    Bersatunya Melayu, India dan Cina,
    Dari Perlis hinggalah ke Sabah,
    Kami laungkan 1 Malaysia bersama,
    Kami bayangkan bangsa-bangsa kami bersama
    Bersatu merealisasikan rukun Negara..


    Cetusan Idea : ساه فررات

    Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha

    Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha
    Letakkan Al-Quran sebagai Panduan Hidupmu dan As-Sunnah sebagai gaya hidupmu

    Antum/Antuna semua (ukhwah fillah)

    Artikel - Artikel Popular