Rabu, 24 Februari 2010

Lagi lagi Facebook?? Facebook lagi lagi...

 
(Satu lagi kisahnya) 

Cabaran pemikiran Islam Era Globalisasi 

Laman Popular di asaskan oleh Mark Zuckerberg, seorang Yahudi Amerika dan Ahli aktif kepada sebuah pertubuhan Yahudi Amerika Utara, Alpha Epsilon PiFraternity. Facebook telah berjaya mengaut keuntungan sebanyak USD300 juta pada tahun 2008. Ini tidak menghairankan kerana ia disokong oleh 140 juta pengguna aktif di seluruh dunia dan sejumlah 8.5 juta foto dimuat turun setiap hari.

    Tedapat kajian dari pakar-pakar perisaian bahawa Facebook dibangunkan dengan bantuan CIA dan FBI bagi tujuan ketenteraan. Mereka dengan cepat dapat mengakses maklumat berjuta-juta orang dari seluruh dunia dan jika berlaku peperangan, maklumat sudah ada di tangan mereka. Ada juga kajian bahawa Zuckerberg dan Yahudi dapat mengesan sebarang maklumat yang dikongsikan oleh orang Islam yang ditaip melalui Facebook dan dengan itu mudah bagi mereka untuk menghapuskan umat Islam. Ini berasaskan latar belakang Zuckerberg yang pernah menggodam sistem maklumat peribadi pelajar-pelajar ketika menuntut di Universiti Harvard.

P/S :"Zuckerberg dan Yahudi dapat mengesan sebarang maklumat yang dikongsikan oleh orang Islam yang ditaip melalui Facebook dan dengan itu mudah bagi mereka untuk menghapuskan umat Islam." Adakah ada di antara kamu yang masih berselindung dengan kata ini "Ala,kita guna Facebook nak berdakwah bukannya buat perkara tak baik" Fikirlah apa yang kamu cakap tu..


Ahad, 21 Februari 2010

Wasiat Kekasih Allah buat Umatnya.. (Umati Umati Umati)


Assalamualaikum.. Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar La Haula walaa quwwata illa billah.. Selawat dan salam kepada Baginda Rasulullah s.a.w. Pejam celik dan pejam lagi dah hampir 1488 M Nabi kesayangan kita, Nabi yang kita pegang Sunnahnya dan Nabi yang bangga umatnya ramai telah pergi menghadap Allah. Nabi Muhammad dilahirkan pada 9 atau 12 Rabiul Awal Tahun Gajah (522 M) . Persoalan sama ada 9 atau 12 tarikhnya itu menjadi Khilaf Ulama tapi kedua-duanya diterima.

Menjelang Maulidur Rasul (kelahiran Nabi) sentiasa berulang-ulang cerita tentang kisah Nabi Muhammad s.a.w. oleh Ustaz/ustazah, di masjid masjid dan surau surau serta di dalam laman blog atau laman social. Perkara ini amat bagus dan perlu diteruskan supaya generasi kita (Islam) akan datang tidak Jumud dan tidak Jahil akan sejarah Nabi Muhammad dan kisah hidupnya.

MEMBAWA KELAINAN

Ana nak je cerita kisah Nabi di blog “Lampuneonmu” ini tapi nak buat kelainanlah sikit.

Hehehe (Tak lain pun cuma saja je kata lain). Ana nak bawa Wasiat Rasulullah buat Blogger semua.

Kebanyakan orang yang sanggup mengorbankan kebenaran dan kejujuran walaupun jelas ia adalah haram, bidaah, kemungkaran, syirik, maka janganlah kita takut untuk menereangkannya.

Apa ea rasulullah wasiatkan???

1) Mencintai orang miskin

     Islam menganjurkan umatnya agar merendahkan diri terhadap orang-orang miskin, menolong dan membantu mereka. Para sahabat contonya:

i.  Khalifah Umar Al-Khattab yang terkenal dengan mesra rakyat
ii. khalifah  Abu Bakar yang terkenal dengan sedekah "pikulannya"
iii.Uthman bin Affan dan Abdul Rahman bin Auf dengan sikap  
    dermawannya.

Rasulullah bersabda:

"Barangsiapa yang menghilangkan satu kesusahan dunia dari seorang Muslim,Allah akan menghilangkan darinya satu kesusahan di hari kiamat. Dan barangsiapayang memudahkan kesulitan orang yang dibebani hutang, Allah akan memudahkan baginya di dunia dan akhirat"
                                                            (Riwayat Muslim)

2) Mencintai orang yang lebih rendah kedudukannya dalam hal material dunia..
   
    Rasulullah memerintahkan agar kita melihat orang-orang yang berada di bawah kita dalam masalah dunia dan mata percarian.Tujuannya mensyukuri nikmat Allah.. Dalam hal ini kita selalulah Qonaah (merasa cukup apa yang ada), tidak serakah, tidak pula iri hati dengan kenikmatan orang lain.

   "Lihatlah kepada orang yang berada di bawahmu dan janganlah emlihat orang yang berada di atasmu, kerana hal demikian lebih patut agar kalian tidak meremehkan nikmat Allah yang telah diberikan kepadamu..."

                                     (Riwayat Muttafaqun alaihi)

3) Menyambung silaturrahim kepada kaum kerabat

     Silaturrahim adalah ungkapan mengenai berbuat baik kepada kaum kerabat kerana berhubung nasab (keturunan) atau perkahwinan..Dengan silaturrahim, Allah memberi banyak manfaat. 
Antaranya ialah:

i)  Menjalankan perintah Allah dan Rasul-Nya..
ii) Memberi kelapangan rezeki dan umur yang panjang.

    Dan jika kita abaikan silaturrahim.. Ada laknat Allah pada kita.

Antaranya:

i)  Allah sempitkan hartanya dan tidak memberi berkatnya umurnya.
ii) Allah tak masukan dia ke syurga.

 Rasulullah bersabda, "Barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir, hendak ia menyambung silaturahim"

4) Memperbanyak ucapan "La Haula walaa quwwata illa billah"

    Rasulullah memerintahkan memperbanyakkan ucapan "La Haula walaa quwwata illa billah" agar kita terlepas diri dari rasa berasa tidak mampu.Pada hakikatnya, seseorang hamba tidak memilki daya upaya apa melainkan pertolongan Allah. Lihat contoh ini..

"Seorang penuntut tidak boleh hadir ke majlis ilmu tanpa pertolongan dari Allah. Demikian juga seseorang guru tidak mungkin boleh mnegajar ilmu yang manfaat kepada muridnya melainkan dengan pertolongan Allah".

Nabi bersabda:

"Ya Abdul bin Qois, mahukah aku tunjukkan kepadamu atas pembendaharaan dari   pembendaraan syurga? Iaitu "La Haula walaa quwwata illa billah"
                                                                          (Riwayat muttafaqun ‘Alaih)

5) Kebanyakkan orang sanggup mengorbankan kebenaran dan kejujuran walaupun jelas ia adalah haram, bidaah, kemungkaran, syirik, maka janganlah kita takut untuk menerangkannya. Sesungguhnya, jihad yang paling utama ialah mengatakan kalimah kebenaran ( haq ) kepada pemerintah yang zalim.

Barangsiapa yang ingin menasihati pemerintah , jangan dilakukan secara terang-terangan. Hendaklah dipegang tangannya lalu menyendiri dengannya. Jika pemerintah itu mahu mendengar dan menerima nasihat itu, maka itu adalah yang terbaik. Dan jika pemerintah itu enggan , maka ia telah melakukan kewajipan amanah yang diberikan kepadanya.
( Riwayat Ahmad )
6) Tidak takut celaan dalam berdakwah.

    Betapa berat risiko dakwah yang Rasulullah dan para sahabat alami. Mereka menderita kerana menghadapi celaan, ejekan, fitnah dan boikot selain dilemparkan dengan kata-kata kesat, diserang dan dibunuh.

     Manusia yang sakit hatinya kadang-kadang tidak mahu menerima dengan penjelasan dakwah, maka para pendakwah harus bersabar dalam menyampaikan ilmu dengan cara berhikmah. Jika dai mendapat tentangan dan cercaan.

Orang-orang yang menyampaikan risalah-risalah Allah, mereka takut kepada-Nya dan tidak berasa takut dengan sesiapapun selain Allah. Dan cukuplah Allah sebagai pembuat perhitungan.

( Al-Ahzab  33 :39 )

7) Tidak suka meminta-minta sesuatu kepada orang lain.

      Orang yang dicintai  Allah, rasul dan manusia adalah mereka tidak meminta-minta. Orang Muslim harus berusaha makan dari hasil jerit payah tangannya sendiri dan tidak boleh selalu mengharapkan belas kasihan daripada orang lain.

Sesungguhnya, seseorang dari kamu mengambil tali, lalu membawa seikat kayu, kemudian menjualnya, sehingga dengannya Allah menjaga kehormatannya. Itu lebih baik baginya daripada meminta-minta kepada manusia

( Riwayat Bukhari )
Wa’Allahu’alam..

P/S :  Apabila kamu mendengar sebutan Rasulullah, Muhammad s.a.w. maka jawab dan sahutlah sallahu alaiwasalam. Sesungguhnya Allah dan Para malailakat serta para Nabi berselawat pada Nabi (Muhammad s.aw.). Maka kita yakni hamba Allah umat Muhammad ini berselawatlah ke atas Nabi Muhammad s.a.w.

Sabtu, 20 Februari 2010

Hey Kawan.. Elakkan Berlagak Bijak.. Kau Tahu Segala-galanya ke?

 

Kita harus mengakui jasa dan kelebihan orang lain , apatah jika orang itu lebih tua dan berilmu dari kita, bijak menangani kekurangan dan kesalahan orang lain. Kita harus lihat kekurangan diri sendiri serta tidak mengungkit kebolehan, jasa dan kebaikan diri.


Setinggi mana pun darjat dan kedudukan, kita sebagai seorang manusia biasa pasti pernah melakukan dosa dan kesalahan, sama ada kecil atau besar. Ada kalanya kesalahan itu disengaja atau tidak disedari. Tapi agak malang jika tidak mahu mengaku kesalahan dan kelamahan diri sendiri.
 
Justeru, adalah tidak wajar kita menghina, berpesersi negatif dan merendahkan  orang lain kerana kesalahan dan dosa yang pernah  dilakukannya. Ketahuilah, ketika kita menghina dan merendahkan  orang lain itu sebenarnya ketika itu juga kita merendahkan darjat dan menghina diri sendiri, kecuali  terhadap orang yang memang dihina Allah S.W.T. 
 
Kita tidak harus merasa EGO dan BERLAGAK SOMBONG, seolah-olah kita bijak dalam segala-galanya sehingga meremehkan pendapat dan kebolehan orang lain yang mungkin lebih baik dan lebih tinggi darjatnya, lebih bernas pendapatnya dan kebolehan orang lain yang mungkin lebih tinggi dan lebih baik darjatnya daripada diri kita.
 
Kalau kita tidak pakar dalam satu bidang, mengakulah kekurangan kita dan jangan sekali-kali tunjuk pandai yang akhirnya menjadi seperti tikus membaiki labu. Jika hal ini dilakukan juga, tunggulah detik kehancuran.
 
Hakikatnya, selain menerusi amal ibadah, Allah S.W.T boleh mengangkat darjat seseorang kerana dosanya. Bagaimana mungkin? Ketika seseorang itu dibebani dosa dan menyesali dosa yang dilakukannya, kemudian terus-menerus meminta ampun kepada Allah S.W.T, ia pun gigih menjauhi dosa dan bertaubat serta berusaha menebus dosa itu dengan kebaikan, maka yakinlah ketika Allah S.W.T mengangkat darjatnya.
 
Allah S.W.T. berfirman : 
. 
" Hai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubatan nasuhaa (taubat yang semurni-murninya). Mudah-mudahan Rabbmu akan menutupi kesalahan-kesalahanmu dan memasukkanmu ke dalam jannah yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, pada hari ketika Allah tidak menghinakan nabi dan orang-orang mukmin yang bersama Dia; sedang cahaya mereka memancar di hadapan dan di sebelah kanan mereka, sambil mereka mengatakan: "Ya Rabb kami, sempurnakanlah bagi kami cahaya kami dan ampunilah Kami; Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu." 
 
(Surah At-Tahriim ayat 8
 
 
Justeru itu, usahlah kita menghina dan merendahkan orang lain kerana kekurangannya apa lagi di hadapan atau diketahui oleh orang lain. Kita dianggap baik oleh orang, hakikatnya kerana Allah S.W.T masih menutupi keaiban kita. Jangan sampai anugerah Allah S.W.T kita kianati.

Rasulullah s.a.w. ada bersabda, bermaksudnya: " Ketika kita gemar membuka aib orang membuka aib orang lain, maka Allah S.W.T pun akan membukakan aib dan kekurangan kita kepada orang lain"
 
Bagaimana cara agar kita boleh bersikap mulia. Caranya amatlah mudah. Lihatlah diri sendiri terlebih dahuku sebelum melihat orang lain sehingga tidak terjebak kedalam sikap merendahkan orang lain, berburuk sangka dan menganggap diri kita begitu mulia.
 
P/S :  Bagiku, ada kemungkinan apa yang aku tahu kamu tidak tahu. dan ada kemungkinan apa yang aku tidak tahu kamu tahu. Dan ada kemungkinan juga kita sama-sama tahu atau sama sama tidak mengetahui. Yang Maha Mengetahui adalah Allah S.W.T.

Kenangan yang "tipu" tapi memenatkan dan terkejut serta benci..

 
(Kucing pun berubah singa)

Assalamualaikum.. Hehe Pelikkan? Tajuk pun pelik.. Tapi Ana tak mahulah ubah jadi singa.. The Hulk dan Tripe-h pun tak mahu Ana jadi.. Mesti pembaca tahukan maksud Ana.. Maknanya Ana nak marahlah kerana ditipu sepetak-petaknya.. Tersebutlah kisah.. (cewah cewah).. Hehe.. Ala,berilah chans.. Firstime ni tulis kisah sendiri kat blog ni.. Okey.. Ceritanya macam ni.. Ana mula mula berhajat nak ke Paka melawat seorang saudara Ana yang sakit dan masih baru menderita barah otak tapi dah sembuh cuma ingatannya saja masih kurang pulih. Tapi,tak jadi pula ke Paka kerana dengar cerita dari sepupunya dia kemalangan dan menghadapi konflik jantung. (Dalam hati ada rasa kesian kat dia. Yalah orang kata "sudah jatuh di timpa tangga") maka Ana berkeputusan tukar tiket ke Kuala Lumpur semata-mata nak melawat saudara Ana tu yang sepupunya kata dia di "Institusi Jantung Negara (IJN)". 5 jam dalam Bus (memang nak patah pinggang) dan ambil teksi ke IJN. Puas Ana cari nama pesakit dan kaunter pertanyaan kata cuba tanya di "Hospital Kuala Lumpur (HKL)" dan buat beberapa panggilan ke Hospital seluruh KL tapi hampa. Ana dah malas dan penat. Pastu ada seorang kawan Ana ajak Ana ke seremban.


(The Mines , seremban.. Dan harap tak sampai lagi ke sini)

Mungkin Plan ke seremban alang-alang Ana nak pergi kerana nak berjumpa dengan kawan Ana buat pertama kali. Tapi tak sangka itu pertama kali dan terakhir kali. Kenapa? Adalah kisahnya.. Ana bermalam di hotel yang murah aja tapi bolehlah menghilangkan penat dan lindungi dari hujan..Keseorang Ana di seremban kerana sampai hati dia tinggalkan Ana sesorang jer... Ana cuba contact di berkali tapi dia off.. Pastu malam tu saudara Ana yang sakit tu contact Ana kata minta maaf sebab sepupu dia tipu Ana.. Sebenarnya dia masih ada di Hospital Paka,Terengganu.. Di hati Ana timbul perasaan benci.. Di bilik hotel Ana menjerit kebencian kepada sepupu dia dan kawan Ana yang tinggalkan Ana keseorang. Tak sangka senang Ana ditipu dua orang serentak.. Ana mula resah memikirkan "Apa aku buat ni?? Tanpa tujuan dan dah jauh aku berjalan tanpa arah". Ana pun manusia dan mengalir air mata benci dan kepenatan. Tak pernah Ana benci orang selama ni. Ini pertama kali Ana benci orang dan dua orang serentak..


Hikmah terbalas walaupun sengsara

Antum semua tahukan? Ana pantang tengok buku dan minat membaca.. Jadi sempat Ana melihat banyak buku dan beli sikit buku yang berkenan di hati.. Hampir 5 - 7 kedai buku Ana pergi sepanjang  di Kuala Lumpur.Ada juga beberapa buku untuk tajuk penulisan tesis dan buku karya "A.Ubaidillah Alias" yakni penulis novel Animasi Seteguh cinta Ilahi, Novel Islamik yakni Warkah cinta berbau syurga dan Mengintai Cinta Khalifah. Beliau juga menulis buku motivasi yang bertajuk "Aku ingin jatuh cinta tapi dengan siapa??" dan "Hei kawan jangan patah semangat".

Emm.. Pasal Tesis pula Ana rasa Ana lebih cenderung memilih tajuk "Bahasa Arab sebagai medium Dakwah dan Penyatuan Ummah" Setakat laa ni Ana dah jumpa 5 rujukan pasal tajuk ni..(Cewah cakap kedah plak).. Ala seperti biasa.. berilah Chan.. Sekali sekala nak nakal nakal.. Hehe.. (Jangan mareee!! :-) )

 (MURAHNYA HARGA SEBUAH BUKU KINI)

Tengok gambar di atas.Tengok mana? Ataslah.Sedih Ana tengok.. Buku sekarang sampai lelong? Mana rakyat malaysia ni?? Mana orang yang membaca buku ni?? Rakyat Malaysia malas membaca dan malas nak beli buku.. Janganlah cakap nak membeli buku, membaca pun malas..( Adeii..Hampa, hampa dan hampeh serta hampas..)Gambar di atas Ana ambil secara live!! di sebuah kedai buku di kota raya (KUALA LUMPUR). Mujur Kuantan tak macam ni.. kalau ada malu Ana nak mengaku Ana orang Kuantan..Di Kuantan Alhamdulillah rata-rata kedai buku yang Ana kunjung walaupun tidak banyak tapi selalu Ana pergi mesti ramai dengan Ibu bapa bawa Anaknya, remaja, budak sekolah dan termasuklah warga emas.. Memang meriah.. Toksah nak habaqlah macam mana meriahnya..

Hehe.. Okeylah.. Sikit sikit udah ler..

Wassalamualaikum w.b.r.

P/S : Berilah chans sikit... Hehe..  
 



Khamis, 18 Februari 2010

Yassin ke Khafi?? Kebiasaan ke Sunnah Rasulullah??

 
(Peganglah pada Al-Quran dan As-Sunnah Rasulullah s.a.w.) 

 
FIKIR-FIKIRKANLAH…

TRADISI BACAAN YASIN

Yaasin kebiasaannya diamalkan :
  • Pada malam jumaat 
  • Pada orang nazak
  • Pada orang mati

Haruslah diingat bahawa tidak ada satu hadith pun yang menunjukkan nabi saw pernah melakukan perkara diatas.

Cuma ada dikaitkan dengan beberapa hadith tentang amalan diatas, tetapi hampir semua hadith yang menjadi sandaran itu adalah dari hadith dhaif(lemah). Malahan ada yang maudhu’(palsu).


Inilah hadith-hadith yang menjadi sandaran :

        1. “sesiapa yang membaca surah Yaasin pada malam hari kerana mencari keredhaan Allah, nescaya Allah              mengampuni dosanya “

(Dari Abu Hurairah / Riwayat At-Tabrani dalam kitab Mu’jamul Ausath & As-Saghir )

 Keterangan : Hadith ini dinilai dhaif (lemah) kerana terdapat perawi yang bernama Aghlab Bin Tamim. Al-Bukhari mengatakan perawi ini adalah munkarul hadith (pemungkar hadith).


2.  “sesiapa yang membaca Yaasin pada permulaan siang (pagi hari) maka akan ditunaikan semua hajatnya “

(   Dari al-Walid B Syuja’ & Atha’ B Abi Rabah / Riwayat Ad-Darimi dalam sunan Ad-Darimi)

        Keterangan : Hadith ini dhaif (lemah). Atha’ Bin Rabah pembawa hadith ini tak pernah  
                       bertemu nabi    s.a.w


3.       “ sesiapa membaca Yaasin sekali seolah-olah dia membaca Al-Quran dua kali “

                                                            ( Riwayat Baihaqi dalam Syu’abul Iman)

Keterangan : Hadith ini maudhu mengikut kata AlBani (Dhaif Jamiush Shaghir 5801 oleh 
                   Albani)


4.       “ Bacalah surah Yaasin kepada orang yang akan mati (nazak) diantara kamu “

                                                                      ( Riwayat Ibnu Abi Syaibah )

Keterangan : Hadith ini dhaif (lemah) kerana terdapat perawi yang bernama Abu Ustman iaitu seorang  perawi yang majhul ( tidak diketahui). Hadith ini juga mengalami masalah mudtharib  ( sanad yang tak jelas )

5.    “ sesiapa yang membaca Yaasin dalam suatu malam, maka ketika ia bangun pagi hari diampuni dosanya dan sesiapa yang membaca surah Ad-Dukhan pada malam jumaat maka ketika bangun pagi hari diampuni dosanya “

Keterangan : Hadith ini maudhu’ (palsu).  
  • Ibnu Jauzi mengatakan semua jalannya adalah batil dan tidak ada  
    asalnya. Manakala Daruquthni menyatakan perawi yang ada dalam sanad hadith in
    iaitu Muhamad Bin Zakaria adalah pemalsu hadith.

6.       “ sesungguhnya tiap-tiap sesuatu itu mempunyai hati dan hati Al-Quran itu adalah surah Yaasin. Sesiapa yang membacanya, maka Allah memberikan pahala bagi bacaannya itu seperti membaca Al-Quran sepuluh kali “

                                                                 ( Riwayat At-Tirmizi / Ad-Darimi )

Keterangan : Hadith ini maudhu’ (palsu).
  • Ayah Ibnu Abi Hatim menyatakan awal kitab disusun oleh Muqatil Bin Sulaiman, iaitu  munkarul hadith. Oleh itu hadith ini batil dan tiada ada asalnya 
  • An-Nasai menyatakan, Muqatil Bin Sulaiman sering berdusta
  •  Imam Waqi’ berkata, Muqatil Bin Sulaiman adalah tukang dusta

Kesimpulan : “  AMALAN MEMBACA YAASIN PADA MALAM JUMA’AT ADALAH BUKAN DARI  
                         PERBUATAN NABI SAW “

Ada pendapat menyatakan bahawa amalan membaca Yasin pada malam juma’at adalah bertujuan untuk mengajak masyarakat suka membaca Al-Quran.

Penerangan : Haruslah diingat, bahawa kita sedang menghadapi dua situasi iaitu SYARI’AT dan SIKAP


1. Syari’at – Nabi saw mensyari’atkan dalam hadith sahih riwayat Baihaqi & Al-Hakim :

مَنْ قَرَأَ سُورَةُ الكَهْفِ يَوْمَ الجُمَعَةِ أَضَاءَ مِنَ النُُّورِ مَا بَيْنَ الجُمَعَتَينِِ

“ sesiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari juma’at,dia akan dikurniakan cahaya yang menerangi antara dua juma’at “ ( Al-Hakim )


2. Sikap : masyarakat suka membaca Yasin pada hari juma’at


Persoalan yang perlu kita jawab.

§     Yang mana perlu diikut ? Syari’at atau sikap ?

§     Syari’at tidak boleh diubah, dikurang atau ditambah mengikut 
    kemahuan dan sikap kita.

§   Tapi yang perlu diubah adalah sikap dan kemahuan kita mengikut syari’at.

§   Islam tidak boleh diubah untuk disesuaikan dengan dunia.

§   Tapi dunia yang perlu di sesuaikan mengikut islam

§   kenapa kita membaca surah Yaasin yang tidak disyari’atkan pada hari jumaat ?

§  kenapa kita tidak mengikut syari’at yang telah ditentukan   iaitu membaca surah Al-Kahfi pada hari jumaat ?

Sesuatu yang tidak kita sedari :

§ Kita menghidupkan bacaan Yaasin yang tidak disyari’atkan tetapi sebenarnya kita sedang mematikan sunnah nabi saw.


§  Seolah-olah kita mengganggap pilihan kita lebih baik dari sunnah nabi saw.

§    Al-Qaradhawi menyatakan dalam Al-Sunnah Wa Al-Bid’ah:    

“ Pengamal Bid’ah seolah-olah berkata ; Wahai Tuhan ! apa yang engkau telah syari’atkan kepada kami tidak cukup. Oleh itu kami menambah amal ibadah yang baru kepada apa yang telah engkau syari’atkan. Dengan demikian dia menjadikan dirinya pembuat syariah dan memberikan haq kepadanya untuk mencipta syariah baru sedangkan haq membuat syari’at adalah milik Allah semata-mata “

Kesimpulan :

§   MENGAMALKAN MEMBACA SURAH AL-KAHFI PADA HARI JUMAAT ADALAH SUNNAH NABI S.A.W
§   PERTAHANKAN BACAAN SURAH YAASIN,TETAPI DIAMALKAN  PADA WAKTU LAIN


Fadhilat dan Kelebihan Surah Al-Kahfi

§   Sabda Nabi saw : “ sesiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari juma’at,dia akan dikurniakan cahaya yang menerangi antara dua juma’at “                                   ( Al-Hakim / Sahih )

§ Sabda Nabi saw : “ Barangsiapa yang menghafal sepuluh ayat pertama surah Al-Kahfi maka akan selamat dari gangguan dajjal 
                      ( Muslim, Nasaei, Tirmizi, Abu Daud / Sahih )

§         Al-Barar bin ‘Azib menceritakan seorang sahabat bernama Usaid bin Al-Khudair telah membaca surah ini didalam rumahnya, sehingga akhirnya kuda dlrumahnya meronta-ronta. Sahabat ini meninjau ke luar dan mendapati gumpalan awan berdekatan kudanya, lalu ditanya kepada nabi saw, baginda menyatakan itulah Al-Sakinah (kebaikan, rahmat, barakah)yang diturunkan Allah kepada yang mengamalkan surah ini “
                                 ( Ahmad, Bukhari, Muslim / Sahih )

FIKIR-FIKIKANLAH…

  • Tujuan penulisan ini bukanlah untuk mengatakan tradisi bacaan yasin itu bidaah, sesat ataupun haram, tetapi ingin mengajak supaya kita berfikir dalam memilih untuk melakukan ibadat berdasarkan hadith yang sahih, jika anda diberi hadis yang dhoif dan hadis sahih, yang manakah  pilihan anda? Pastinya hadis sahih bukan? Fikirkanlah…

  • Tradisi bacaan yasin bukan amalan nabi dan surah al-khafi adalah amalan nabi, kenapa kita melakukan sesuatu amalan yang nabi tidak lakukan?  dan kenapa kita tidak mahu lakukan apa yang nabi lakukan? Fikirkanlah…

  • Membaca yasin mendapat satu pahala iaitu pahala sunat membaca Al-Quran, sedangkan membaca Al-Kahfi mendapat dua pahala iaitu pahala sunat membaca Al-Quran dan pahala sunnah kerana melakukan amalan nabi. Tidak mahukah kita mendapat pahala yang banyak? Fikirkanlah…

  • Kadang-kadang kita terlupa, kita melakukan bacaan yasin secara berjemaah dan kita merasakan perbuatan itu baik, tetapi dalam masa yang sama kita sedang mematikan, meninggalkan, menyembunyikan amalan sunnah nabi yang sebenar iaitu surah Al-Khafi.  Fikirkanlah…

  • Mungkin dengan penulisan ini, pembaca merasakan pelik dan aneh dengan kenyataan yang di berikan, memang benar amalan bacaan yasin telah diamalkan sejak sebelum tanah melayu merdeka lagi dan tradisi ini telah berjaya menyatu padukan orang melayu islam semasa tanah melayu dijajah oleh jepun tetapi anda mesti pernah dengar ungkapan “ matlamat tidak menghalalkan cara”

  • Tradisi ini diterima oleh ulama-ulama Malaysia dan ianya diamalkan sehingga ke hari ini, antara alasan sebahagian pihak untuk meneruskan tradisi bacaan yasin khamis malam jumaat ini ialah :

Hari itu sahaja orang nak baca Al-Quran, kalau hari itu tidak baca, bila lagi masyarakat nak baca Al-Quran?

Bacaan yasin ini dapat mengajak orang datang ke masjid.

Salah ke baca yasin, yasinkan sebahagian daripada Al-Quran, tak kan tak boleh baca?

Kenapa perlu bincang pasal yasin ini, ini kan hal kecil, masalah besar tentang akidah, akhlak  remaja yang semakin teruk, tak mahu bincang…

Tak mengapalah kita baca yasin dari sesetengah pihak suruh orang baca Al-Kahfi, mereka itu baca ke?
               
Persoalan diatas banyak diperkatakan oleh masyarakat, memang benar apa yang dikatakan, tetapi, dari semua huraian di atas membuktikan supaya kita harus berubah kepada sesuatu amalan ibadah yang jelas sahih dari Al-Quran mahupun As-Sunnah. Adakah kita mahu generasi akan datang terus menerus melakukan sesuatu amalan ibadat yang tidak jelas kesahihannya? Atau orang melayu memang suka dengan ungkapan { Takliq Buta }

  • Apabila membincangkan tentang amalan bacaan yasin ini harus ditukarkan kepada Al-Kahfi, masyarakat mula meletakkan hukum dengan mengatakan golongan ini adalah fahaman wahabi. Masyarakat terus memandang serong dan ada pihak yang ekstrim terus mengatakan sesat. Wahabi bukanlah persoalannya disini, soalnya adalah ilmu, ini adalah suatu perbahasan ilmu, dimana mengajak kita melakukan ibadah yang disebut dalam hadis nabi. Masyarakat harus berlapang dada dan berfikiran terbuka dalam menuntut ilmu dan menerima sesuatu ilmu, kita tidak boleh cepat mengatakan sesuatu ilmu itu salah atau sesat. Setiap yang diperbincangkan haruslah mempunyai hujah dan dalilnya.

  • Masyarakat selalu mengungkapkan kata-kata ini, ini bidaah, itu bidaah, habis itu, telefon, kereta, komputer itu bidaahlah, ini adalah kata-kata mereka yang tidak berilmu. Bidaah hanya berkaitan dengan hal ibadah sahaja, kemajuan dunia tidak termasuk dalam masalah bidaah.

  • Masalah yang didapati dari perbincangan ini ialah masyarakat sendiri menyempitkan fikiran mereka dan amalan ini sudah menjadi adat tradisi masyarakat orang melayu islam. Mustahil untuk diubah...jadi fikir-fikirkanlah...

  • Terpulang pada masyarakat untuk menilainya, penulisan ini bersandarkan hadith Nabi s.a.w. Kita takut, jika kita ragu-ragu atau tidak menerimanya, samalah kita menolak dan menafikan sunnah nabi s.a.w

Segala salah silap mohon ampun dari Allah s.w.t

FIKIR-FIKIRKANLAH...




Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha
Letakkan Al-Quran sebagai Panduan Hidupmu dan As-Sunnah sebagai gaya hidupmu

Antum/Antuna semua (ukhwah fillah)

Artikel - Artikel Popular