Selasa, 2 Februari 2010

Untukmu Wanita . . Hindari Tabarruj . .


Tabbaruj ? Ma makna Tabarruj ?

 Tabarruj ialah mendedahkan kecantikan rupa paras,sama ada kecantikan itu dibahagian muka atau di anggota-anggota badan yang lain. AL-Bukhari rahmatullah ‘alaihi ada berkata: “tabarruj, iaitu seorang wanita yang memperlihatkan kecantikan rupa parasnya”. 
Jika dirujuk Al-Quran, Allah menyatakannya secara kinayah dalam surah Al-Ahzab ayat 33:

Auzubulillahi minasyaiton nir rajim..

"Dan hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang-orang Jahiliyah yang dahulu."

Adapun ayat diatas merujuk maksudnya :   

Isteri-isteri Rasul agar tetap di rumah dan ke luar rumah bila ada keperluan yang dibenarkan oleh syara'. Perintah Ini juga meliputi segenap mukminat. Mukminat yang dimaksudkan adalah Wanita-wanita, anak-anak perempuan dan sekaum dengannya.

Dalam Surah An-Nur Ayat 31:
 
Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung kedadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau Saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak- budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. dan janganlah mereka memukulkan kakinyua agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, Hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung."

OLEH ITU...

Larangan ini adalah untuk menjaga masyarakat daripada bahaya pendedahan ‘aurat dan disamping menjaga kehormatan wanita dari sebarang pencerobohan, maka dengan yang demikian Allah melarang setiap wanita yang berakal lagi telah baligh dari bertabarruj. 

Bagi golongan lelaki juga tidak terlepas dari konsep ini di mana ada yang memakai perhiasan dan cara permakaian mengikut wanita seperti lelaki bersubang, bergelang dan berantai.. Yang lagi #Q#Q$Q$ ialah lelaki bertindik..
 
Dengan ini jelas bahawa sebarang corak perhiasan di anggota badan atau di pakaian, adalah boleh membawa fitnah.(khusus kepada wanita). Dengan inilah Allah melarang bermake-up. Larangan seperti ini hanya sanggup ditaati oelh wanita-wanita yang beriman sahaja kerana takut kepada kemurkaan Allah dan seksaan dari-Nya. 

SIKAP SUAMI PADA ISTERI YANG TABARRUJ
 
Lajnah Daimah ditanya : "Seorang laki-laki yang menikah dengan perempuan yang senang bertabarruj dan ia telah menasihati agar komitmen dalam menjalani ajaran Islam khususnya masalah hijab, sementara isteri tersebut telah boleh melaksanakan solat tetapi masih payah untuk melengkapkan dirinya dengan penutupan aurat yang sempurna.Apakah saya harus lakukan? Bolehkah saya mentalaknya? Apakah saya (si suami) akan menanggung dosa Tabarujj si isteri?
 
JAWAPAN :
 
Setiap suami wajib memerintahkan isterinya berhijab, sebab mengenakan hijab adalah wajib dan ia harus terus menasihati Si Isteri mengenakan hijab kerana setiap lelaki adalah pemimpin bagi keluargnya dan harus bertanggungjawab terhadap keluarga yang dipimpinnya. Insya-Allah, Allah meberkahi usahanya.
 
"dan barang - siapa yang bertakwa kepada Allah, niscaya Allah menjadikan baginya kemudahan dalam urusannya."
(At-Tallaq  ayat 4)

Dari Nabi  s.a.w.:

"Setiap kallian adalah pemimpin dan ia harus bertanggungjawab atas kepimpinannya


Wa'Allahuata alam.. 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha
Letakkan Al-Quran sebagai Panduan Hidupmu dan As-Sunnah sebagai gaya hidupmu

Antum/Antuna semua (ukhwah fillah)

Artikel - Artikel Popular