Jumaat, 14 Mei 2010

Ku Cuba Pejam Mata Tapi Tak Terdaya

Aku Hamba-Nya

Segala puji yang selamanya kepada yang Tuan Punya (Allah), Rabbul Izzati semester alam, penguasa atas semua makhluk yang ada di langit dan di bumi. Hanya kepada Allah kita beribadah dan hanya kepada Allah kita meminta pertolongan. Aku bersaksi tidak ada illah kecuali Allah dan bahawa Muhammad s.a.w adalah utusannya (Memperbaharui Syahadah). Semoga rahmat Allah diberikan kepada Rasulullah, sahabatnya dan para pengikutnya hingga hari kiamat. Bersyukur terhadap kesempatan helaan nafas yang dikurniaan-Nya.

Aku Dengar, Lihat dan Peka

Keadaan umat Islam hari ini, setelah ditinggalkan seorang diri, setelah runtuhnya Daulah Uthmaniyah, setelah kaum muslimin berabad-abad lamanya menguasai dua pertiga bumi ini. Namun hampa, kekuasaan itu hilang serta merta, orang kafir dan musuh-musuh Allah mula bersatu dan padau tujuaannya menyerang dan memerangi umat Islam sampai ke akar-akarnya, hingga mereka bak buih yang tak berguna, tak punya kekuatan di hadapan musuh-musuhnya bahkan mereka pula sesetengahnya duduk bersama musuh melihat kehancuran saudaranya.

Rasulullah s.a.w bersabda :

"Hampir tiba masanya kamu dikerumuni oleh manusia seperti mana orang-orang mengerumuni sesuatu hidangan" Berkata seorang sahabat, "Adakah ia lantaran pada waktu kita yang sedikit?" Nabi menjawab, "Tidak,sebaliknya kamu ramai tetapi kamu menjadi seperti buih ketika berlaku banjir. Allah mencabutkan rasa gerun dari hati musuhmu dan memasukkan perasaan wahan ke dalam hatimu." Sahabat-sahabat bertanya, "Apakah itu wahan?" Bersabda nabi, "Cintakan dunia dan takutkan mati ".

(Hadis Riwayat Abu Daud)

Lalu, muncullah benih-benih kecil kaum muslimin yang mulai sedar akan realiti yang ada  sehingga berdirilah jamaah-jamaah dan harakah-harakah jihad yang ingin mengembalikan kekuasaan Islam dan menjadi kalimat Allah yang paling tinggi. Mereka sedar bahawa kekuasaan tidak akan boleh kembali bersatu, kecuali dengan adanya jamaah, adanya aturan dan tujuan, saling bantu-membantu antara umat Islam, menyatukan langkah mereka kerana Allah S.W.T.


Firman Allah S.W.T :

"Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berperang (berjuang) dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti bangunan yang tersusun kukuh."

Firman Allah S.W.T. :

" Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka (adalah) menjadi penolong bagi sebahagian yang lain. Mereka menyuruh (mengerjakan) yang makruf, mencegah dari mungkar."

(Surah At-Taubah 9 :71)
Aku Yang Silap atau Kamu Yang Tak Mahu Faham ?

Sayang sekali hari ini, ketika banyak umat Islam berusaha menyatukan langkah dalam rangka menahan arus penjajahan dengan berjihad, amar makruf nahi munkar atau amal lainnya. Tiba-tiba ada sekelompok umat Islam yang keikhlasannya terpengaruh oleh propaganda musuh-musuh Allah, sehingga bukannya mendukung umat Islam yang berupaya terbebas daripada cengakaman musuhnya, tapi malah menuding mereka dengan sebutan-sebutan yang tidak layak diberikan kepada sesama muslim, mengeluarkan kata-kata keji yang tidak pernah mereka sedar mereka mengutuk dan mengata saudaranya yang sesama muslim dan menyalahkan amal kebaikan mereka, dakwah dan jihad yang dilakukkan oleh umat Islam hari ini. Mereka mengeluarkan fatwa sesat bahawa jihad untuk mengusir musuh-musuh Allah di muka bumi ini tidak boleh dikatakan sah, kecuali ada amirul mukminin yang ditaati semua kaum muslimin.
Tak dapatku pejamkan mata melihat suasana ini. Jika mereka yang bercinta mandi tak basah dan tidur tak lena kerana cinta tapi aku mandi tak basah dan tidur tak lena melihat para daei dan ulama' serta perjuang Islam diperlekeh, disalah dan dicemuh. Adakah aku yang silap atau kamu yang tak mengerti sebenarnya apa itu jihad ke jalan Allah?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha
Letakkan Al-Quran sebagai Panduan Hidupmu dan As-Sunnah sebagai gaya hidupmu

Antum/Antuna semua (ukhwah fillah)

Artikel - Artikel Popular