Sabtu, 22 Mei 2010

Sempurna Sudah atau Hancur Sudah ? ( Isu 1)


Diskriminasi Melampau

Dari Purdah Ke Bikini (memalukan Islam)

Ketika Wanita Islam Eropah bangkit mempertahankan purdah, Amerika memilih Rima Fakih yang berketurunan Lebanon (Arab) sebagai Miss USA.

Setelah lama terperosok di dalam kepompong. Umpama "kempompong lahirnya rama-rama" sebahagian wanita Arab kini semakin menebarkan warna sebenar sang reramanya. Adat tradisi digadai demi mengejar sekelumit imbuhan dan perhatian sekelompok pihak. Lari daripada stereotaip yang sering digambarkan pada diri mereka seperti berjubah, berkelumbung dan 'lebih gemar bersembunyi', mereka semakin berani menghapuskan wajah klise itu.

Kerjayaan bersejarah 'hitam' wanita Arab berketurunan Lebonan, Rima Fakih yang dimahkotakan sebagai Ratu Cantik Amerika Syarikat (AS) minggu ini bagai cuba menyampaikan mesej bahawa wanita Arab kini semakin bebas, berfikiran terbuka dan seksiMemang benar penglibatan wanita Arab dalam pertandingan ratu cantik bukanlah perkara baru. Imej jolokkan seksi penyanyi wanita Arab juga sudah lazim dilihat di kaca televisyen. Namun ia masih belum cukup kuat untuk meruntuhkan pandangan tradisional terhadap wanita Arab secara umumnya. Cuma apabila Rima berjaya meraih gelaran itu dan serata dunia bergema dengan kata-kata 'Arab women crowned Miss USA', impaknya mungkin berbeza.

Impak Hina (Arab kafir tak mengapa, ni Arab Islam)

Pertandingan yang di adakan di Las Vegas itu, Rima Fakih berumur 24 tahun, yang merupakan seorang Arab beragama Islam bangga memperagakan tubuhnya di depan khayalak termasuk dengan hanya berpakaian bikini. Kesanggupannya mengadaikan maruah agama dan maruah diri kerana hanya ingin mewakili Michigan, negari dia bermastautin dan berbangga berjaya menewaskan 50 wanita Amerika yang lain. Rima merupakan anak kelahiran Srifa, Lebanon yang berhijrah ke AS bersama ahli keluarganya pada tahun 1993.

Kata-kata (Dipetik dari  Akhbar Kosmo)

Pakar sosialogi di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof. Dr. Fatimah Daud beranggapan apa yang di pertontonkan oleh wanita Arab hari ini termasuk berpakaian seksi merupakan manifestasi daripada diskriminasi dan sekatan melampau yang dilakukan golongan lelaki di negara-negera Arab. "Teori menyebut, kalau sesuatu itu lebih kuat ditekan, maka lebih kuat letusannya. Lelaki Arab juga boleh dipersalahkan, " kata Fatimah.

"Wanita dilarang melakukan banyak perkara. Di Arab Saudi, mereka masih tidak dibenarkan memandu kereta. Baru-baru ini, saya melakukan umrah dan saya tidak faham mengapa wanita dilarang menziarahi makam Nabi Muhammad dan tidak dibenarkan sembahyang di tepi Kaabah. Hinakah wanita? Apakah begitu yang diajar agama?" ujarnya.

Fatimah beranggapan sesetengah wanita Arab tidak menjadi diri mereka sendiri sebaliknya berpakaian menutup seluruh badan hanya arahan pemerintahan bukannya ikhlas kerana agama. " Saya sendiri menyaksikan ketika orang sibuk melaksanakan solat di Masjidil Haram, ada anak gadis yang sibuk mengirim SMS kepada teman lelakinya. Ada juga yang sampai sahaja di lapangan terbang negara lain, berlari memasuki tandas dan terus bertukar rupa. " Ujarnya. 

Fatimah berpendapat, kemenangan wanita Arab di lapangan ratu cantik seperti yang dikecapi Rima Fakih di Amerika Syarikat merupakan permainan psikologi Barat untuk menentang Islam. "Semasa umat Islam di Eropah bergelut mempertahankan purdah, propanganda Barat cuba memperbodohkan Islam dengan menunjukkan bahawa mereka akan memuja wanita Arab yang membuka tudung dan mendedahkan auratnya. Ia bukan sesuatu yang dibanggakan dan bagi Islam itu satu penghinaan." ujarnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha
Letakkan Al-Quran sebagai Panduan Hidupmu dan As-Sunnah sebagai gaya hidupmu

Antum/Antuna semua (ukhwah fillah)

Artikel - Artikel Popular